November 21, 2010

Repentance and Forgiveness ( Part 4 ) - High School ( Technic ).



Salam .

Tadi baca entry aku pasal dekat hostel kan ? Now , aku nak cerita pulak pasal dekat kelas . 

Aku kelas 4 Awam 3 . Masa form 4 , memang masing-masing tak berapa nak close sangat lah sebab baru lagi kan . Kira macam baru sesi nak kenal & mesra lah . Bila dah naik form 5 , baru enjoy sikit kami satu kelas . Jadi macam adik-beradik . Sampai sekarang ! ;) ( Love you all guys . ;) )

Masa form 4 ni , aku pun tak tahu punca kenapa lah budak-budak kelas ni boleh lantik aku jadi Penolong Ketua Tingkatan ! Aku rasa aku tak macam penolong pun dalam kelas . Banyak kepada penyusahkah lagi , adalah ! Form 4 , ketua tingkatan masa tu Wan tapi naik form 5 dah tukar orang . Kiteorang satu kelas bagi ketua tingkatan tu kat Yunus pulak . Aku je still setia dengan jawatan aku yang tak berapa nak penolong sangat tu . Hihihihi .

Sekolah ni kalau jadi ketua ke penolong ke , sama je kerja dia dengan sekolah lain . Mungkin berbeza sekolah teknik aku ni memang ada buku khas untuk setiap kelas . Dalam buku ni , setiap hari ketua tingkatan kena pegi kutip or ambil dekat bangunan bilik Pengetua . Pengetua aku garang wooooo ! Dahlah memang susah nak senyummmmmm kat orang . Lepas tu , macam kena menopaus ! Lagi satu , kalau orang panggil bahasakan pengetua itu pengetua , dia pulak sibuk nak suruh semua student panggil dia BONDA ! Caitttttt ~ . Nak taknak , panggil je Bonda walaupun ramai tak rela . Hakhakhak .

Buku khas yang aku cakap tu , buku ni setiap hari , setiap cikgu yang mengajar kena sign . Lepas sign , kena notedown berapa ramai student yang ada dalam kelas . Yang takde tu kena tulis nama kat buku tu . Nak dijadikan cerita , ada sekali tu , si Yunus ni mintak tolong aku hantarkan buku tu kat bangunan dekat dengan bilik Bonda . Selama ni memang dia je yang hantar , dah kata aku ni bukan penolong yang boleh diharapkan kan ? Hehehe . Jadinya , aku ni tolong je lah . Sebab Yunus ni baik orangnya . Dia pulak masa tu memang nak kejar benda lain . Aku pun ok je lah . 

Aku ajak Suhaili masa tu or budak kelas panggil dia , Eli . Motif aku teman sebab at least aku ada kawan nak balik , dia pulak memang duduk hostel sama macam aku . Bila dah sampai kat bangunan tu , kiteorang memang akan lalu kat tangga yang memang khas untuk Bonda or Cikgu sahaja yang boleh guna tangga tu . Tetiba ... heh heh heh :

" Eli , jom lah guna tangga ni . Bonda takdelah aku rasa , takde pun kereta dia . Nak tak ? Aku malas lah wei nak guna tangga sana , jauhhhhhhhhhh ! ( Padahal malassssssss ! Muahahahaha . ;P ) "

Sebelum ajak tu , aku memang dah usha dulu , tengok-tengok line clear ke tak untuk kiteorang ikut short cut guna tangga yang khas untuk Bonda or Cikgu sahaja tu . Eli pulak masa tu memang dah senyum-senyum tanda kira setujulah dengan cadangan aku .

Lamalah jugak kiteorang dok melanguk kat situ . Padahal kalau jalan ikut tangga yang jauh tu , dah selamat agaknya hantar buku khas tu . Tapi kalau dah kata memang nak buat dajal kan ...

" Jom lah wei . Nanti lambat pulak . Jauh lah pulak aku rasa nak ikut tangga sana ... "

Terus , aku ngan Eli kira 1 , 2 , 3 ! Memang laju gila lah naik tangga masa tu . Memang confident habislah yang kiteorang boleh sampai atas without any cikgu yang noticed ada student pakai tangga khas tu . Sekali jeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee .....

Bila nak sampai atas tu , tetiba Bonda dah tercegat kat tangga atas ! Gila kauuuuuuuuuuuuuuuuuu ! Memang macam dah kena hukum gantung sampai mati dah masa tu . Muka kiteorang memang dah berubah ! Habis ! Habis ! Memang kenalah ni . Terus Bonda cakap :

" Awak berdua masuk office saya sekarangggggggggggggg ! "

Marah betul Bonda masa tu . Dia tu memang cepat marah semacam sikit . Sebab tu students semua tak suka . Jangan kata student , cikgu pun ada je yang tak senang dengan dia . So , kiteorang pun ikut je lah dia masuk dalam office . Bila masuk je office , sekaliiiiiii ... ada pulak cikgu cina yang ajar aku subjek Englishhhhhhhhhhhh ! Malu . Malu . Malu . Terpaksa tebalkan muka . Hukhukhuk .

Belum sempat nak cover ape , terus Bonda bagi arahan :

" Awak dah buat kesalahan , ketuk ketampi sekarang . 50 kali ! "

Hambekkkkkkkkkkkkkkkk ! Terkulat-kulat lah kiteorang buat ketuk ketampi . Korang tau tak ketuk ketampi tu cemane ? Ada yang tak tau ke ? Meh sini aku ketuk kau ! =______=

Masa ni memang dah termengah-mengah gila ! Tapi terpaksalah kan . Kang mengamuk pulak lagi si Bonda ni macam singa betina . Bila dah habis 50 kali tu , Bonda tanya lagi :

" Penat ? "

Aku senyum je . Nak jawab sebenarnya tapi tetiba si Eli ni laju je jawab :

" Penatttttttttt . Semput dah ni Bonda ! "

Apeeee korang ingat kiteorang terus boleh balik ? Takde maknanya okehhhhhhhhh ! Disebabkan jawapan Eli begitu , Bonda jadi lagi marah .. terus dia suruh ketuk ketampi lagi 50 kaliiiiiiiiiiiiiiiiiii !!! Memang mangkuk tingkat periuk belanga betul lahhhhhhhhhhhhhhhhhhh ! Sumpah aku bengang . Eli lagilah . Masa tu muka aku ke , Eli ke memang dah masam kalah cuka . Masa tu malas dah nak buat muka manis sebab menyampah dah ! Aku dah terlintas pikir dah masa tu ... menopaus apa perempuan ni ? Tetiba nak marah . Bukannya dia tangkap kiteorang merokok ke ape . Ini setakat ikut tangga je , apelah sangat kannnnnnn ???

Gila ! 100 kali ketuk ketampi ! Kau boleh bayangkan tak ? Kau boleh rasakan tak yang kepala lutut dah macam longgar and nak tercabut ! Duh ! Lepas dah settle , terus kiteorang balik tapiiiii nak balik hostel tu , kaki dah shaking semacam . Kalau nak rasa , cuba korang ketuk ketampi 100 kali ! Lama kot sakit tu nak hilang . Hukhukhuk . 

Itu kisah dengan Bonda aka Pengetua Sekolah . Kes lain , haaaaa ... kes ni kalaulah mak aku tahu time tu , aku rasa mahu dia sembelih aku kot ? Hahahahahahah .

Kes ni masa form 5 lah . Memang form 5 ni , dah nakal tahap gaban ! Waktu ni , subjek BM aku dapat cikgu kelantan . Korang boleh bayangkan tak : Ajar bahasa melayu tapi dalam kelas menggunakan dialek kelantan untuk ajar student ? Sakit hati tak kalau jadi aku ? Dah lah aku ni memang anti kelantan . Anti habissss ! Lagi menyampah bila dia start cakap kelantan . Kejadahnya bahasa melayu kat situ ? Aiyorhhhhhhh ~

Cikgu BM aku ni nama dia Cikgu Shauki . Siapa budak Awam 3 tahulah cikgu ni cemana . Bukan aku je tak suka , majoriti kot tak suka . Sebab perangai dia memang annoying gila ! Jangan tak tahu , dia ni suka mengendap kawan aku punya kain dalammmmmmmm ! Senonoh ke tak senonoh cikgu macam ni ??? =______=

Form 5 dah lah nak SPM kan ? Cikgu Shauki ni pulak memanglah sangat rajin suruh budak-budak buat karangan . Bermacam jenis karangan lah ! Jangan tak percaya kalau aku cakap yang aku TAK PERNAH ada buku latihan BM cikgu ni . Langsung takde ok ! Sebab aku dah menyampah dengan orangnya so , aku protes taknak buat latihan dia apa sekalipun . Cikgu ni tahu je aku tak suka dia sebab aku ni memang jenis , kalau tak suka seseorang tu tahap gaban memang muka aku cekodok habisssss !!! Cekodok basi pun kalah . Tee hee . ;)

Bila dah nak SPM tu , cikgu ni adalah tegur aku tapi kalau aku memang dah tak suka , aku tetap tak suka . Buat lah apapun , tetap TAK SUKA ! Finally , lepas dia dapat tahu aku memang takde buku latihan BM langsung , terus satu hari tu dia cakap kat aku :

" Ok . Awak taknak buat , takpelah ! Saya nak tengok result SPM awak . Awak dapat apa subjek saya ni . Awak tengoklah nanti result awak teruk . " ( Baca dengan slang kelantan ye kawan-kawan . Kekekekeke . )

Aku terus buat muka . Lagi menambah kemenyampahan aku kat dia anddddddddd nak tau tak SPM aku dapat BM apa ? Hahaahahahahaahaha . Aku nak gelak dulu . Aku dapat BM A1 ! Bangga gila sebab masa tu dah lah memang tak ramai dapat BM A . Lepas tu pulak , budak yang memang rajin buat latihan cikgu Shauki ni bagi pun , tak dapat A . Aku yang tak pernah ada buku latihan BM pulak boleh dapat result gempak ! Muahahahahhahaha .

Masa ambil result SPM tu , aku terus cari cikgu Shauki tu . Terus aku tunjuk kat dia . Terus aku sindir .

" Jadi cikgu , tak elok sumpah anak murid sebab jadi cikgu hati kena ikhlas tak kira kalau ada student tu suka atau tak dengan kita . Saya dah buktikan kat cikgu . Tak bermakna saya tak pernah buat latihan , saya tak boleh dapat result yang bagus . Lain kali , nak ajar subjek Bahasa Melayu , tolonglah pakai bahasa Melayu . Bukan dialek negeri cikgu . Itu yang buat saya tak suka . "

Kan dah kenaaaaaaaaa ! Terkedu cikgu tu . Dalam hati , aku puassss gila dapat cakap apa yang terbuku lama ni haaaaaaaa . Nampak memang kurang ajar tapi at least aku nak dia tahu , die sedar , jadi cikgu ni memang bukan mudah . Sepatutnya , dia tahu , kalau dah diamanahkan ajar BM , silalah ajar menggunakan bahasa yang mudah difahami . Kekekekekeke . ;P

Lepas habis je SPM , aku sempat lah kerja part time kejap before aku sambung diploma , kerja setahun and sambung degree balik sampailah ehem , ehem , aku kahwin . Jom baca kisah seterusnya !

3 comments:

  1. Hhahahahhhaaa...kakaakakakakaa...sakit perot aku gelk nekla..bile bukak cite kene ketuk ketmpi tu..psl tu memg aku tau..huhuhu..tp musykil ni..psl kain dlm tu..xpnh dgr pun spnjg dlm kelas? Kain dlm spe dia ske tgk?..cikgu tu pun penh sumph sha sbb slalu xde dlm kelas..jem sungguh...:)

    ReplyDelete
  2. Hhahahahhhaaa...kakaakakakakaa...sakit perot aku gelk nekla..bile bukak cite kene ketuk ketmpi tu..psl tu memg aku tau..huhuhu..tp musykil ni..psl kain dlm tu..xpnh dgr pun spnjg dlm kelas? Kain dlm spe dia ske tgk?..cikgu tu pun penh sumph sha sbb slalu xde dlm kelas..jem sungguh...:)

    ReplyDelete
  3. Salam .

    Hahahahahha . Pasal kain dalam memang takleh bocor but sha duduk belakang , supposely sha tau cerita itu . hihihihi . Cikgu Shauki tu memang suka menyumpah orang lah . Dammit !

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...