November 6, 2010

Jadi Pelacur Kerana Marahkan Tuhan !


Drama CHINTA .

Kalau dulu , sana sini orang akan bercakap tentang Nur Amina & Adam , takpun , Maya & Adam serta adik Mia yang comel . Sekarang ni fenomena sama berlaku bila drama Akasia - Chinta bersiaran dekat TV3 .

Sebelum balik Jeddah semula , aku ada terperasan gazet Chinta ni kat TV3 tapi masa tu takde nak tertarik sangatlah sebab pelakon utama , Fasha Sandha . Hmmmmmm . Bukan tak suka dia tapi agak kurang senang dengan cerita luar dia . So , bila tengok pun boleh jadi menyampah .

Tapi ... kuasa Fasha Sandha kan ? Aku percaya , ada di kalangan korang ada jugak tak suka dia . Sampai tahap kekadang nak tengok drama yang dia berlakon terus boleh jadi tukar siaran lain . Huhuhuhuhu . Ke aku sorang je buat macam tu ? =_____=

Aku admitlah , Fasha ni memang berbakat cuma banyak cerita luar dia yang mengundang masyarakat naik muak . Lagi-lagi bila dia terlibat dengan skandal rumah tangga orang . Siapa yang suka kan ? Yelah . Jadi artis ni kenalah tunjuk perilaku yang baik tapi kalau dah perangai pun tak seiring dengan bakat , tak kemana jugak . Ye tak ? ;)

Lepas cerita Epilog Syurga Cinta habis , aku takde nak tergerak hati pun tengok drama ni dekat mana-mana website . Orang macam aku yang tak dapat siaran negara sendiri , terpaksa tengok kat mana-mana website yang provide drama-drama melayu . Macam entry aku sebelum ni . Aku akan tengok dekat web dramamelayu.com .

Aku frust sebenarnya sebab tak dapat nak tengok drama-drama TV3 thru tonton.com.my tu . Dulu ok je sebenarnya tapi since TV3 dah tukar ke tonton.com.my , server sini agaknya tak support website tu . Langsung dah aku tak boleh guna akaun TV3 aku . Itu yang terpaksa menempek kat dramamelayu.com . Kira ok lah walaupun ada beberapa episod yang aku tak dapat tengok sebab video asyik tersangkut je memanjang tak sudah . Terus terpaksa skip episod ke seterusnya . =______=

Aku terpengaruh tengok drama Chinta ni sebab kengkawan dekat Facebook aku , asal dah nak dekat pukul 6.30 ptg je , mesti dok memanjang update status : Chinta . Dulu drama Adamaya macam tu jugak . Kalau dah semua dok letak status Chinta , hati aku terus rapuh . Mesti best drama ni . Kalau tak , takkan lah ada kawan aku yang jadi kelam kabut nak sampai rumah cepat sebab nak kejar tengok drama ni . Ok . Jangan ego Nailah ! Sila tengok .... :P

Ahhhhhhhhh ... sekali dah tengok , terus nak sambung ke episod seterusnya ! Hambekkkkkkkkk ! Pengaruh drama Chinta . Lakonan Fasha memang tak pernah menghampakan . Aku hormati bakat yang dia ada . Bawak lah watak apapun , mesti menjadi punyalah ! Tak pernah failed lagi . =_______=

Jalan cerita ni boleh tahan jugak lah walaupun ada certain kita dah boleh agak apa yang akan jadi pada sekian sekian sekian . Biasalah , drama melayu ni kadangkala ada yang stereotaip sikit . Huhuhuhu . Macam dalam episod 18 kot bila adik mak Chinta nak kahwin lain tu . Bila bagitahu kat bini dia , aku dah dapat agak mesti masa laki dia nak jalan ke depan tu , bini dia tikam dari belakang and confirm punyalah bini dia terus jadi tak siuman ! Rilek je dah tikam terus sambung potong ayam kat dapur dengan pisau yang dah penuh darah laki dia . Euwwwwwwwwwwwwwww ~

Agaknya , ada tak karakter Chinta yang sebenarnya kat dunia ni ? Bagi aku tak mustahil kalau wujud orang macam tu . Pada aku , kesian lah orang macam ni . Mangsa keadaan . Sebab tertekan dengan keadaan orang sekeliling , lagi-lagi tekanan dari ayah sendiri , dari gadis kampung yang memang sopan terus boleh jadi pelacur high class kat KL sebab tidak dapat menerima takdir yang menimpa diri malah menyalahkan Tuhan dalam setiap malang yang menimpa diri . Nauzubillah . :(

Watak Chinta memang class ! Fasha memang berjaya mempengaruhi orang ramai untuk terus ikut drama ni setiap petang dari Isnin hingga Khamis . Dah orang pun memang cantik kan . Seksi lagi . Lepas tu , dalam drama tu kalau korang perasan , dia pakai baju apapun , tetap melekat cantik kat badan dia . Huhuhuhu . Orang dah cantik kan , kalau pakai buruk pun tetap nampak cantik . =_______=

Apapun , drama ni memang banyak pengajaran yang tersurat dan tersirat sebenarnya . Cuma kita sebagai penonton kena peka dengan apa yang pengarah cuba sampaikan je lah . Jangan tengok je drama , pengikut setia sesuatu drama tapi tengok tak dapat apa . Sesetengah drama kan , selalunya mesti ada sebab kenapa diarahkan dan ditonton untuk orang ramai . Betul tak ?

Tapi aku macam dapat agak je apa yang jadi episod akhir . Korang agak akhir cerita drama tu cemane ? Kalau aku , aku agak episod akhir mesti Chinta tu insaf dan bertaubat . Percaya tak ? Sebab tu aku kata drama melayu stereotaip . Nanti kita tengok , betul tak tekaan aku . Heh heh heh . 

Sekarang aku baru tengok sampai episod 20 . Aku berjaya drag laki aku untuk sesama tengok gak . Itu paling penting ! Muahahahahahahaha . Bukannya senang nak suruh laki aku tengok drama melayu . Payahhhhhhhhhhhhhhh ! :P

Selamat menonton CHINTA !

2 comments:

  1. xbape minat cite chinta ni. lagi suke layan 'asmara' tiap selasa malam.

    ReplyDelete
  2. aku xtengok Asmara .
    Boringlah ! Cite lems . :P

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...