November 2, 2010

Pentingnya Monthly Expenses Untuk Kami .



Sejak balik dari Malaysia , buku diari aku yang penuh dengan note segala keluar masuk duit kiteorang setiap bulan sampai tertangguh dekat tiga bulan ! Dari bulan Ogos sampailah ke bulan October . Semalam baru aku berkesempatan and ada masa nak update balik monthly expenses kiteorang . Dan tengahari tadi barulah habis mengira . Fuhhhhhh ... berpeluh-peluh aku setiap kali nak kira total expenses untuk setiap bulan . =____=

Sejak kiteorang kahwin dan dah dekat setahun lebih , barulah kiteorang ni dapat duduk sebumbung . Dulu masa awal kahwin , jauhhhhhhhhh . Bila dah sebumbung ni , barulah boleh organize kehidupan tu dengan lebih teratur . Kahwin ni , bukan setakat keperluan zahir dan batin je kena jaga . Bende lain macam keperluan rumah , expenses tu pun sama pentingnya jugak . Especially expenses yang dibelanjakan setiap bulan . Korang notedown tak setiap expenses korang ?

Bagi aku , tak salah kalau kita catit segala urusan keluar masuk duit kita setiap bulan . At least , dalam sebulan gaji tu ( gaji laki aku lah . aku ni mana keja . :P ) , kita boleh tengoklah mana duit kita pergi . Paling tak pun , kita boleh tengok , dalam sebulan tu , duit kita banyak dibelanjakan untuk apa . Dari situ , kita dah boleh tengok , expenses tu ok ke tak . Manalah tau ... contohnya : dalam sebulan tu , duit banyak membazir untuk shopping . ( erk?! aku lah tu . eyh , kiteorang . aipppp , laki aku mestilah dikira sekali kan ? :P ) . So , untuk next month , boleh cutdown duit yang dah banyak ke shopping untuk expenses yang lagi berfaedah . Macam lebihkan ke saving ke , tak pun duit spare . In case if apa-apa jadi ke , takdelah nak tercangak-cangak kena korek duit tabung . =______=

Aku start notedown monthly expenses ni since aku datang Jeddah ni . Biasalah . Kat sini nak kata hidup senang tu , takde jugak . Tapi duit ni , kekadang macam air . Laju je keluar . Lagi-lagi kalau weekend . Tengok-tengok , da separuh gaji habis . Lakibini ni dah lah boleh dikata kaki shopping . Tapi itu dululah , sekarang dah kurang sejak timbul kesedaran . ( padahal takde bende nak beli dah ) . Muahahahaha . :P

Expenses ni laki aku lah yang start buat dulu . First dia buat , masa kiteorang nak kahwin . Dia buat sebab nak tengok berapa budget diperlukan untuk kahwin dulu . Almaklumlah , masa kahwin tu , aku kan study lagi . Mana ada duit . Harap dialah support segala benda . Nasiblah laki aku tu memang seorang yang penyabar and gigih mencari duit . ( untung kan jadi aku ? heh heh heh . :P ) . Tapi Alhamdulillah , dalam masa 8 bulan lepas tunang , kiteorang kahwin . Tengok ? Rezeki orang nak mendirikan masjid ni , tak boleh dijangka sebenarnya .  Percayalah cakap aku ! Sesiapa yang dah nak or nak kahwin tu , jangan terlalu pikir sangat if duit tu cukup ke tak . InsyaALLAH rezeki tu akan jadi murah . 

Hmmmm ... aku ada save lagi budget aku kahwin tu . Kekadang , kalau tengok balik jumlah budget kiteorang kahwin ... fuhhhhhhhh ... kereta myvi pun dah boleh habis bayar . Siap boleh buat downpayment lagi untuk beli rumah . =______=

Ok . Cakap pasal monthly expenses , Biasanya ... dalam monthly expenses kiteorang , aku notedown expenses dari segi :

  • Panda ( segala groceries yang kami shopping untuk sebulan )
  • Electric ( duit api & air )
  • Makan ( setiap kali makan luar , aku notedown )
  • Internet
  • Top up ( kat sini kiteorang pakai prepaid )
  • Minyak ( kereta - nasib sini minyak murah ;) )
  • Shopping ( oh , ini paling ngeri ! )
  • Kucing ( kata dah bela kucing kan : si MokMok )
  • Etc ( miscellaneous lah )


Itu yang biasanya ada dalam monthly expenses kiteorang lah . Total berubah-ubah setiap bulan . Tak tentu . Tapiiiiiiiii ... expenses shopping tu ... mak aiiiiiii , setiap bulan , same je ! Bilalah nak berubah ni  ye wahai En. Azman ? Sama je expenses shopping kita setiap bulan . Hmmmm ... =______= 

Sekarang ni , kiteorang lagilah nak kene control duit keluar sebab kiteorang nak start bayar PTPTN dah by Jan next year ( semangat dah ni nak bayar ) and jugak nak saving untuk beli rumah ( i am so 'dying' asked biebie to beli rumah dekat Cahaya SPK , Shah Alam tu . :) ) . InsyaALLAH . :))

Semoga ALLAH sentiasa terus murahkan rezeki kami ! Dan korang jugak ...

Happy 'notedown-ing' your expenses peeps ! :)

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...