August 27, 2013

TTC Survivor

I don't know how to start but all I can say, Alhamdulillah, miracles do happen. ;)

It is all started on the middle of April. Masa tu memang takde pikir apa or expected apapun sebab kami dok busy melayan tetamu Umrah yang datang silih berganti from Februari until May kot. Memang dok berulang alik Makkah-Jeddah je kejanya. Lagi-lagi masa Mertua datang. Lagilah almost everyday ke Makkah visited them just to check dorang ok ke tak and so on.

On April tu, memang saya sendiri takde nak kira or perasan langsung yang period dah lambat 10 hari. I think it is normal sebab kadang my period memang mabuk. Selalu on time but on certain time boleh mabuk ikut suka dia nak keluar bila, especially bila saya too stress or tak cukup rehat. Gituhhh.

Tapi natural thingy kan, kadang kalau kita rasa kita preggy, kita dapat rasa thru our gerak hati. Saya start rasa 'macam' pregnant when ada satu hari tu, perut cramp Ya Rabbi kalah senggugut taktau nak explain macam mana. Rasa macam ada orang dok pulas-pulas usus dalam perut pun iye jugak tapi masa tu, bila sakit macam tu, tak terpikir lak ke arah berlaku ovulation dalam perut. Gituhhhhh. Hahahahaha. Kemain nak guna ovulation bagai. 

That time pulak, saya memang struggle gila nak turunkan berat badan! Siap amik Herbalife and at the same time, saya gigih work out on cross trainer everyday dalam 10km macam tu. Memang semangat gila. Lagi semangat bila badan memang betul-betul turun dengan amount yang banyak. 

Then, bila ulang alik ke Makkah tu, saya memang banyak berjalan. Bukan jalan sikit. Jauh lak tu. Masa tu memang rasa dan tertanya jugak, apa pasal lah mengah semacam ni tapi disebabkan saya ni memang pesakit asthma, so saya just set dalam kepala, because you are asthmatic person. That is why mengah-mengah bila kena jalan jauh sikit.

Ok. Fine.

Sampailah bila saya sedar yang period tak keluar-keluar. Cakap jugak kat suami but then as usual, the next day mesti dua-dua macam takde nak pikir dah. 

A day before buat UPT tu, terus cakap kat suami : " B beli je lah UPT kat farmasi balik kerja nanti. Tengok macam mana. Takpelah kot negatif pun, dah biasa. ". Gituhhhh. Padahal sebelum ni kalau negatif selalu melalak keluar toilet. Kahkahkah. Itu few years ago lah. Lepas tu ok dah, takde nangis-nangis. :p

Masa tu saya tergerak hati suruh suami beli UPT sebab pikir saya ni buat work out. Kang kot kalau 'ada' apa-apa jadik kang, menyesal tak sudah. So, moh ler kita bertawakal sahajaaaaaaaaaaaa! Hehehehe.

Saya siap pesan kat suami : " Eh, you beli yang murah-murah punya jek tau. Takyah beli mahal-mahal. Kot negatif, membazir jek. ". Gituuuu. Sampai macam tu sekali okay. Kihkihkih.

Malam tu, konon janji dengan diri sendiri nak buat UPT bila suami pergi kerja. Konon kot negatif ke, takdelah dia kena menadah telinga dengar saya membebel macam-macam. But but but ....

Esok harinya tu masa bangun Subuh, tetiba gatal pi amik UPT tu bawak masuk sekali dalam toilet. Hati memang kental habis masa tu. Siap cakap kat diri sendiri : " Keluar result apapun, be strong. ". Ok. 

Lepas dah buat, terus letak UPT tu atas mesin basuh and terus ke sinki cuci muka, amik wudu nak solat Subuh. Masa tu memang almost lupa pasal UPT tu. By the time nak keluar toilet, terpandang UPT yang saya letak kat mesin basuh.

That was the time, mata yang bulat ni jadi lebih bulat bila keluar dua line! What is going on? That was the first question yang muncul dalam kepala? For real? 

Terus tak jadi keluar toilet dan sempat duduk atas jamban termenung tengok UPT tu. Macam-macam timbul dalam kepala. Siap pikir masa tu, " Kalau preggy betul, macam mana? I am gonna be a mother? ". Gituuuuhhhh. Memang drama habissssss! Hahahahaha.

Bila dah tersedor yang saya dah lama termenung duduk atas jamban, baru terkedek-kedek keluar bawak UPT terus tunjuk kat suami : " B, positif. I pregnant. KOT. ". Siap KOT kat hujung tu yang tak tahan tu. Hahahahaha.

Suami pulak, dengan muka blur baru nak bangun jugak cuma bagi muka blur dan cakap : " Yeke? Ok. ". Terus dua-dua berlalu dengan takde perasaan semayang Subuh. Solat macam biasa. Lepas solat, dua-dua terus membongkang sambung tidur. Sungguh tak sopan.

Bangun tidur, suami siap-siap pergi kerja. Bangun tidur, saya sempat jeling lagi UPT kat side table sebelah saya. Tengok takde perasaan for once again.

Until bila suami dah sampai opis, dia anta imessage : " Kalau betul apa you cakap pagi tadi, Alhamdulillah. Syukur sangat. ". I JUST SMILE. Enough. 

Serius rasa masa tu semua beban terlepas terbang dari bahuku ini. Gituuuuhhhh. Drama lagi. Hahaha.

Tapi masa tu, we both still buat macam biasa. Lompat pun tak, apa pun tak. Peluk-peluk pun tak. You know. Bukan sekejap kot, lama tunggu even I know, ada yang tunggu lebih lama dari kami but rasa dan perasaan tu mesti yang siapa TTCian, sure paham punya. I bet!

Bila dua-dua dah macam 'normal', memula tu suami macam tak berapa nak bagi sangat saya bagitahu both families dulu tapiiiiiiiiii disebabkan benda ni adalah benda yang baik dan benda ni lah yang lama sangat kami tunggu, we both bagitau jugak.

Saya siap mesej Mak saya : " Ilah pregnant KOT. Taktau lagi. Tak boleh nak confirmkan lagi selagi tak jumpa doktor. " and mom will always be a mom. I know, both parents confirm happy sangat. Syukur Alhamdulillah.

Terlebih dari syukur bila hujung minggu tu, kami dapat buat sujud syukur depan Kaabah. Alhamdulillah. Now, we not only have Kaabah yang kami boleh pegi bila-bila je but we also gonna have a baby soon inshaAllah.

Masa nak decide pegi hospital pun jadi satu hal jugak sebab kalau boleh, nak terus pi hospital yang boleh saya sticked sampai saya bersalin. Pikir punya pikir, we decided buat check up and sticked to GNP Hospital. Alhamdulillah extra bonus sebab GNP ni memang dekat gila dengan rumah. Dulu, setiap kali lalu hospital ni nak balik rumah or nak keluar pi memana, saya selalu cakap : " B, kalau I preggy kan, kot you lambat sampai, I jalan kaki je pi hospital. Senang. "

Now, bila dah preggy, errr ... tak la kot sebab kadang nak jalan jauh sikit pun, malasnyaaaaaaaaaaaaaaaa! Punya pemalas Ya Rabbi. Please la jangan ikut. Selalu je mintak suami dukung bila saya dah penat sangat. Hahaha. Tapi takdelah dia nak dukung betul pun. Tak kuat pun dia. Huhuhu.

Anywayyyyyyy, we both jadi macam tak mimpi yang we gonna have a baby bila saya pi check up masa baby 8 weeks. Time tu, bila buat ultrasound, kuat gila bunyi jantung baby. Saya siap ketawa okay sebab rasa macam kelakar doktor scan kat bawah perut pastu ada bunyi jantung penghuni lain kat dalam badan saya. Hehehe.

Selalu tengok orang punya, Alhamdulillah, now I have mine. InshaAllah ameen! ;)

Nanti, kalau saya rajin dan banyak masa dan juga tergerak hati nak share apa yang saya dan suami usaha sepanjang TTC, saya update kat blog okay? 

To all TTCian, keep moving, never give up. Miracles do happen. Allah SWT sayang kita sebab tu DIA uji kita. Believe me! All of us gonna be a mother, mom, ibu, ummi, mama, mummy one fine day. Allah SWT lebih tahu bila masa yang sesuai untuk kita. Keep praying and dua's and please stay strong! We are fighter remember? ;)

Till then. Kisses and hugs for all TTCians and also TTC Survivor! Muah!



Beraya Di Malaysia!


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Tahun ni rezeki lebih sebab dapat balik Malaysia 2 kali dalam setahun. Selalunya sekali dalam setahun je takpun, memang takde balik langsung. Walaupun bulan Januari haritu baru je cuti panjang balik Malaysia dan kebetulan pulak tahun ni kalau ikutkan memang turn suami cuti raya, dapatlah kami balik.

Tak lama mana pun. 3 minggu sahaja. 3 minggu tu pada setengah orang mungkin lama tapi pada kami yang setiap kali balik kena berulang alik dari utara ke selatan dan selatan ke utara, masa amatlah sangat-sangat terhad dan terbatas. Tapi tak kisahlah. Janji banyak masa dapat spend untuk both families. Itu dah lebih dari mencukupi. Alhamdulillah.


Rombongan Pak-Pak Sheikh dan Mak-Mak Sheikh dari Jeddah. Hihihi. Masa ni kami baru sampai kat KLIA. Tengah tunggu train nak claimed baggage.

Kali ni balik, ada 2, 3 families balik sekali which mean, balik sama flight. Not to forget, jazakallahkhukhair Razif sebab gigih pi hantar sebekas sate untuk kami yang naik economy class ni. Hehehe. Rezeki suami lah sebab sate tu dia yang balun sorang. Saya balun sebatang je kot sebab perut dah kenyang plus badan tengah tak selesa. So, nafsu makan pun terbatas. Huhu.

Sampai KLIA walaupun awal, sobs sobs sobs .... sebab flight ke Penang pulak boleh delayed dari tengahari sampai ke lewat petang. Berangan nak sampai awal konon nak pi bazaar pun jadi terbantut. Terus kami dua basi kat airport tunggu flight yang lastly, sepatutnya naik kul 1pm jadi naik pukul 6 pm. Serius stress masa tu sebab badan dah penat dengan satu hari tak mandi, tak cuci muka apa. Siap dah tidur okay. Tidur bangun tidur bangun, pun still delayed berkali-kali. Serik pun ado tapi nak buek camno. =___="

Sampai kat airport Penang pun memang dah lewat, so decided berbuka kat Penang je dari kena redah Penang Bridge yang confirm memang jammed masa tu. Sampai kampung pun dah lewat malam. Lepas berbuka tu memang kami terus gerak sambung perjalanan balik kampung. Walaupun this year turn beraya kat Johor but still, kena gak ke Perak dulu sebab kereta ada kat kampung plus nak bersahur dan berbuka dengan families mertua dulu before balik Johor.

Dan dan .... sebelum balik Johor, suami sempat bawak Mak Mertua dan adik-adik ipar pi cari baju raya. Dan dan ...



Saya sempat buat muka paling comel bodek suami belikan baju koleksi RTW dari Hatta Dolmat! Happy gilossss! Serius paling win sebab kualiti dan workmanship Hatta memang tip top habis! Harga memang murahlah pada saya sebab kain too quality and beaded semua memang teliti gila hasilnya. Alhamdulillah rezeki seorang isteri dari suami. Muahahaha. :p

Then, few days before raya, baru kami gerak balik Johor. Alhamdulillah, highway tak jammed. Smooth je dari utara sampailah ke selatan.


Suami kongsi rezeki bawak families saya pi buka puasa kat Hotel Selesa. Alhamdulillah food semua okay walaupun sambal belacan tu dah basi sebenarnya. Maybe sebab banyak sangat letak limau. Makanan lain, sangat okay. Padan dengan harga buffet yang pihak hotel bagi.


Sorry guys, ini adalah gambar raya paling senonoh. Gambar berdua yang duduk or berdiri molek ada, tapi tak molek untuk letak kat public atas sebab-sebab tertentu. So terimalah muka sebesar pinggan ini. Tengok gambar ni terus rasa muka suami macam suci murni gituuuuuu! Muka diri sendiri je selekeh nauzubillah. 

Memang sekarang ni rasa nak urus diri sendiri sangat malas. Make up semua hye hye bye bye sampaikan suami selalu je complaint : " Pucatlah muka you. " , " Nape tak pakai lipstick? " ... and yada yada yada sampailah membuatkan dia sendiri usaha pi belikan isteri dia lipstick baru after saya bagi alasan ... " Lipstick tertinggal, tak bawak. " ... Hihihi. Apapun, jazakallahkhukhair suami. Nanti belikanlah lagi. :p

Anyway, bila beraya kat Johor ni, first day raya memang selalunya lepas Solat Raya, kami ramai-ramai akan pi rumah arwah Atuk Nenek kat Kampung Bendahara. Lepaklah sampai petang. Petang terus balik Pasir Gudang semula.

Raya kedua pulak, pi Senai. Melawat dan beraya rumah adik-adik Abah. Belah Abah pun, Atuk Nenek dah takde. Jadinya memang raya dengan Makcik-Makcik je tahun ni.

Raya ketiga pulak, dah ready nak sambut tetamu special dari Jeddah ni haaaaaa. Kihkihkih. Dorang ni dah dikira tetamu wajibulghunnah setiap kali kalau dorang balik Malaysia. Tahun ni kira tahun kedua dorang datang beraya kat rumah. Jazakallahkhukhair Razif, Ina, Rayyan & Iman. Jangan serik okay walaupun malam tu ada tragedi berlaku. Kuikuikui.


Myself with Ina & Iman.


Suami with Razif & Rayyan.


Raya keempat, balik Perak. Gerak dari Johor pukul 10 pagi, sampai kampung 10 malam hokayyyyyy! Sakit pinggang duduk dalam kereta lama-lama. Macam mana pun, sakit pinggang itu terubat bila mana ......


Dapat mentekedarah Nasi Lemak bersama lauk Sambal Kerang dan Paru kat R&R Tapah. Serius heavennnnnn! Alhamdulillah. Mission accomplished gituhhhhhh! Alhamdulillah sebab rasanya still sama. Sedap kebabom dan harga pun gitu je. Tak berubah-ubah.


Dah berhenti kat Tapah penuhi kehendak isteri, suami ajak pulak berhenti kat Bukit Gantang penuhi nafsu dia nak makan Nasi Lemak Bungkus! Suami layan sampai makan 2 bungkus hokayyyyyy! Tak hagakkkk! Masa nak makan bungkusan kedua tu siap konon tanya " Ayang betul taknak? " ... Padahal diri sendiri dah tak sabo nak mentekedarah lagi sebungkus! Kan? Kan? :p

Sampai kampung dah nak tengah malam. Mandi dan terus membongkang.

Esoknya tu, ikutkan kami kena pi hantar rombongan merisik dan bertunang sepupu belah suami tapi disebabkan kami memang ada urusan penting, terus passed batton kat adik-adik ipor. Hihihi. Kami berdesup ke Jabatan Imigresen kat Penang sebab nak renew pasport saya. 

Sampai imigresen pun tengahari. Memang masak ranum lah nak menunggu turn nombor sendiri. Terus ajak suami cabut pi buat check up kat KPJ Bandar Perda jap. Then bila kami pi Imigresen balik, nombor dah terlepas. Mujur ada sorang staff ni tolong settlekan tapi still kami kena datang lagi esok harinya sebab akaun dah tutup and tak boleh nak buat payment.

Esoknya tu, kami pi la lagi ke Penang. Gedebuk gedebak, dekat pukul 1 petang, Alhamdulillah urusan pasport semua selesai. Terus kami gerak ke Queensbay Penang jumpa dengan kanak-kanak riang. Hihihi.


Dulu strangers, sekarang sisters. Abis semua kakak dengan adik dia jadi sisters. Kuikuikui. Siapa yang still ingat, ini adalah orang yang sama yang saya jumpa masa dorang datang buat Umrah dulu. Alhamdulillah ukhuwah  masih kekal inshaAllah sampai ke SyurgaNya. Ameen!

Anyway, jazakallahkhukhair Lynn, Along, Efa dan Wardina sebab susah payah usaha nak jumpa dan datang siap pakej bawak hadiah untuk penghuni dalam perut ni. Semoga murah rezeki korang sekeluarga inshaAllah. Ameen!


Esok malamnya tu pulak, families mertua ajak pi makan Char Kuey Tiaw kat Parit Buntaq! Ikutkan masa balik bulan Januari haritu dorang ni dah sibuk cerita, Char Kuey Tiaw kat Parit Buntaq ni sedap bebenor tapi sebabkan kesuntukan masa dan pulak dorang cakap, tempat ni memang sentiasa packed dengan customer, so takdelah kami nak pi sangat.

Alhamdulillah balik raya ni, sampai gak kat sini dan boleh kata, Char Kuey Tiaw dia memang sedap kebabommmmmmmmm! Paling sedap dalam banyak-banyak Char Kuey Tiaw yang saya penah makan. Rasa kebabom gila-tak-tipu-punya! Udang berlambak-lambak. Fresh lak tu. Rangup-rangup lagi. Wallah! Siapa yang ada kampung kat area situ, bolehlah pi. Tepi jalan je gerai dia. Tapi kena datang awal la sebab biasanya pukul 10 malam, kuew tiaw dah habis!

Balik dari makan Char Kuew Tiaw, memasing apa lagi, masuk dalam 'sangkar' memasing. Hihihi.



Esok harinya, walaupun pada asalnya cancel nak beraya ke Ipoh rumah adik ipar saya tapi tapi tapi tapi .... bila adik ipar bagitahu dia dah beli siput sedut sebab dia tahu kakak ipar sorang ni teringin nak makan lauk Siput Sedut Masak Lemak, so saya ajak suami pi Ipoh jugak. Kalau yang lain taknak ikut, takpelah. Kami pi berdua pun okay. Tapi lastly, semua berjaya diangkut beraya ke Ipoh! Hahaha. Misi success sebab berjaya angkut Abah sekali. Kihkihkih.

Gerak dari kampung pukul 11 pagi sampai Ipoh dalam pukul 1 petang macam tu. Masa tu Murni still sibuk masak kat dapur. Terharu bila masa sampai tu, masuk dapur tengok dia tengah gigih 'memarang' siput sedut. Banyak pulak tuuu! 3 bungkusssss! Alhamdulillah rezeki untuk saya dan baby. Hehehe.

Jadinya, lunch tu, memang operasi mentekedarah siput sedut beramai-ramai. Murni not only masak lauk Siput Sedut Masak Lemak, tapi dia ada gak masak lauk lain like Gulai Ikan Bawal. Siap ada belacan dengan ulam-ulaman lagi. Memang meriah lunch hari tu. Memasing berselera makan sebab dapat kumpul semua adik beradik belah suami. So, seronok makan tu lebih sikit. Alhamdulillah.


Petang tu pulak, we went for a short picnic. Apa entah nama tempat tu. Lupa. Tapi tak jauh pun dari rumah Murni. Only 10 minutes by car. Suami lah paling seronok sebab bab mandi-mandi laut ke, ayaq terjun ka, memang dia suka pun. Saya pi jugak tapi dok tepi je lah. Sentuh air pun idok. Tengok dorang having fun mandi and enjoy the short picnic pun dah lebih dari cukup. 

Disebabkan pergi pun dah lewat petang, jadinya dapat mandi dalam lebih kurang sejam lebih macam tu je. Jadilah. By 6pm dah kemas dan balik rumah Murni semula. Malam tu jugak kami gerak balik kampung semula dan kami sempat jugak had dinner together kat Ipoh sebelum gerak balik kampung. 

Anyway, jazakallahkhukhair Murni & Husni sebab bersusah payah memenuhi hasrat si ibu mengandung yang craving kan siput sedut. Jasa korang akan ku kenang hingga ke akhir hayat. Hikhikhik.

And that was the last day kat kampung. Esok paginya tu, dah bangun pepagi, kemas beg semua sebab nak gerak balik Johor. Sedih sebab it was a good bye session with the in law families. 

Dekat tengahari kot baru kami gerak balik Johor. Balik dengan perut kenyang sebab Mak Mertua dengan adik ipar gigih masak awal pagi untuk kami. Rezeki namanya sebab dorang masak Gulai Kepala Ikan. Memang eloklah masuk kereta memasing perut sengkak and it is a sign that kiteorang takyah dah nak singgah memana untuk lunch. Boleh direct terus je. Hihihi.

Based on our plan, singgah Port Dickson jap sebab hantar adik ipar yang bongsu kat sana but because of certain things, melencong stayed kat Shah Alam Concorde for a night. Esoknya tu, dapatlah attend walimah Munirah & Ihsan.


Kat booth tulis-tulis dalam buku untuk pengantin.

Dapat attend walimah ni pun kira rezeki baby jugaklah as saya sendiri pun memang rindu gila nak makan nasi kenduri kat dalam suasana kenduri kahwin. Walimah ni buat kat Dewan Perdana Hotel Grand Blue Wave Shah Alam. Sampai je kat hall, terkesima tengok decoration semua. MashAllah MashAllah, cantik gilaaaaaaaaa! Pelamin semua cantik! Makanan pun sedap gilos! 

Alhamdulillah sebelum gerak balik Johor on the same day, dapat jugak jumpa Mun dengan Ihsan. Selamat Pengantin Baru to both of you. Barakallah barakallah. Semoga kekal sampai Syurga ya? ;)

Settle walimah terus gerak balik Johor. Sempat jugak singgah MidValley bought something for my babies, Mok & Skulky.


Sampai Johor ingat nak pi beraya tapi disebabkan mak buyung memang dah kepenatan dan memang takde tenaga dah, so I asked bestpreng sorang ni datang beraya rumah. Dah nama bestpreng kan, so dia pun datanglah jugak malam tu dengan husband dia. It was my first time jumpa husband dia sejak dia kahwin almost a year ago. She is always in my top list orang yang wajib jumpa setiap kali balik Malaysia. Never missed so far. Alhamdulillah.


The next day, beraya rumah Pak Long & Mak Long pulak kat Plentong. Bukan setakat beraya je siap lunch terus. Mak and my elder sister sempat lagi pi beli kek celebrate my besday and si kecik sebelah tu sebab kebetulan, tarikh lahir sama. Jazakallahkhukhair Mak & Akak for the cake!

And before the end of Cuti-cuti di Malaysia, we ended up our Jalan-Jalan Cari Makan by had lunch kat Restoran Rahmat Kampung Pasir Putih. Lunch yang simple tapi mampu buat selera makan saya sampai ke puncak! Hiks.


Ikan Siakap Goreng Garing ni kira menu utama dia. Makan 4 orang je tapi order sampai 2 ekor! Tapi habis okayyyy! Licinnnnn. Side dishes lain saya pilih sendiri kat cashier. Saya pilih lauk sambal tempe, sambal bilis petai, udang goreng, sayur taugeh and ayam seketul for husband. 


This is how we appreciate the foods! Hihihi. Alhamdulillah.

Terlebih nikmat makan sebab restoran ni atas air. Sambil makan sambil boleh dengar bunyi ombak, tengok Singapore nun seberang sana. Syokkkkk! Restoran ni memang akan jadi my top list tempat wajib pegi makan la lepas ni. ;)

Then, by August 21, kami gerak ke Shah Alam. As usual, tidur rumah my bro in law semalam before the next day tu, our flight back to Jeddah.

And that is my hari raya punya cerita. Memang almost everyday, busy memanjang. Dapat rehat pun, waktu malam je. Waktu siang memang packed untuk spend time dengan families. Itupun rasa balik 3 minggu tu memang kejap sangat. Tup tup dah selesai 3 minggu. 

But for us, walaupun kalau diikutkan memang badan penat sangat especially untuk saya yang membawa perut ni, it is still okay as long as see the happy and smiley faces on each of our families member! It more than worth okay! 

Oh, please jangan tanya bila balik lagi sebab ada kemungkinan, hujung tahun depan baru balik kot kalau suami dapat cuti. 

Anyway, before you asked on certain things, I would like to admit now that I am heading to 24 weeks of my pregnancy! Alhamdulillah Alhamdulillah. Miracles do happen. Will share about it later.

Till then sayangku sekalian. Muah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...