June 28, 2011

Wordless Wednesday ( 6 ) - Selamat Menyambut Israk & Mikraj


Assalamualaikum.

Wordless Wednesday : On Wednesday, all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that is doesn't need any description.




Sekian. Masalamah.

June 26, 2011

Memburu Makanan Di Jeddah : FuddRuckers - World's Greatest Hamburgers


Assalamualaikum.

Dah lama tak update pasal makan-makan kan? Hehehe. Harini nak update pasal aku pergi makan kat FuddRuckers.

Yang pasti, selalunya kalau pasal makan ni semua, aku akan update restoran yang memang takde kat Malaysia lah. Barulah lain dari lain. Heeeeeeee~

Baiklah.

Biasanya, boleh katalah, setiap bulan mesti kiteorang akan pergi makan tempat best-best. Tapi, biasanya yang demand dan mengidam makan best-best ni, laki aku lah sebab dia tuuuuuuu, kang kalau tension sikit ke pasal kerja, kang mulalah gatal nak makan kat restoran yang sekali makan dekat SAR200++.

Aku tak kisahlah kan sebab memang selama ni memang dia yang tukang bayar makanan pun kalau kiteorang keluar pergi makan. Kalau aku bayar pun, ke aku belanja je, tetap kira dia bayar jugak sebab sumber kewangan dan duit nafkah kan dah sah-sah dia yang bagi. Hehehe.

Tunggu aku kerja jadi cikgu kat International School lah kat sini, inshaAllah baru boleh dikira aku belanja dia sebab sah-sah itu dari duit gaji aku mengajar budak-budak kat sekolah. Ehhhhh???




Ni bukan kali pertama kiteorang makan sini. Dulu dah pernah makan dah tapi masa tu, kiteorang makan dekat restoran dorang yang ada kat belah Andalus sana tapi kali ni, pergi yang dekat je. Kat Roshan Mall. Tak jauh dari rumah.

Laki aku ni memang suka makan burger. Kau bagi je lah burger apa pun, dia suka je. Burger Ramly tepi jalan pun dia suka jugak. Tapi kat sini, celah mana pulak la kan nak cari burger Ramly? =_=

Jadinya, ada satu hari tu, balik-balik dari kerja tu, dia dah terkeseng-keseng kat aku :

" Ayang, biebie nak makan burger lah. Lama dah biebie tak makan. Jom? Jom? "

Laki aku ni, kalau nak makan burger besor-besor dan harganya pun memanglah besorrrrrrrrrrrr, dia mesti akan bagi alasan : " Dah lama tak makan " even sebenarnya, minggu lepas kiteorang dah makan burger. =_=

Tapiiiiiiiii ...

Tak kisahlah kan as long as memang dia selamanya akan belanja aku makannnnnnnnnnnnn dan memang dialah yang kena keluar duit ... Hikhikhik.


Mushroom Soup

Kiteorang jarang sebenarnya amik apa jenis sup pun kalau makan tempat macam ni tapi disebabkan hari yang kiteorang datang tu, dorang serve Mushroom Soup ni, kiteorang amik je lah sebab aku memang dah lama nak Mushroom Soup.

Aku mengharapkan Mushroom Soup ni akan sedap macam kat Pizza Hut kat Malaysia ...

Tapi ternyataaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ....
.
.
.
.
.
.
.
.
.

LAGI BAPAK SEDAP dari Pizza Hut!!! 
Gila sungguhhhhhhhhhhhhhh!!!

Masa kiteorang makan sudu yang pertama tu, dah eksaited gila! Rasa jakun kejap. Rasa teruja. Rasa macam nak cepat-cepat makan sebab kalau lambat makan, nanti dapat sikit sebab kiteorang amik satu je. Sebab amik satu je, sebab taknak tamak sebab takut amik banyak takut tak habis!

Kalau makan share, kiteorang kena berebut. At the end, sup tu aku yang habiskan sebabbbbbbbbbbbb appetizer dah sampai which is his favourite! Hehehehehe.


Buffalo WIngs

Pergilah makan dekat Steak House ke, TGI Friday ke, Ruby Tuesday ke atau apa saja restoran yang appetizernya ada this Buffalo Wings ... memang laki aku akan order! WAJIB! Tak pernah tak order sebab kadang-kadang, sementara nak tunggu main course tu sampai, at least ada benda nak nguyah selain kembung perut dengan air. =_=

Tapi bila dah kata mula-mula pun dah makan Mushroom Soup lah, kemudian makan Buffalo Wings pulak, memang kau akan jadi perlahan je nak menghabiskan main course yang kau order kan?

Meh tengok kiteorang order apa lak untuk main course kat sini :




Aku lupa apa nama menu ni. Sebenarnya aku cari Salmon tapi Salmon pulak takde. Dorang serve ikan apa entah. Jadinya, aku belasah je makan sebab aku bukan pecinta burger macam laki aku. Serik dah nak order burger lagi since last time aku order burger kat Steak House, memang tak habissss!

Jangan kata separuh burger, suku burger je aku makan pun aku dah kenyang macam makan nasi berpinggan-pinggan. Lainlah laki aku. Makan burger dah separuh pun masih steady lagi dok nguyah burger tu. =_=


Classic burger

Ok.

Kat FuddRuckers ni, kau kena pilih sama ada burger tu kau nak saiz kecil, sederhana dan besar. Burger dia yang saiz kecik tu aku rasa, adalah besar burger BigMac. Laki aku order medium punya saiz, so kau boleh bayangkan tak betapa besarnya burger yang dia makan tu? 0__o

Aku yang nengok dia makan pun dah rasa nak terbelahak je tengok dia nak habiskan. Huhuhu. Tapi kalau dah kata ada nafsu anak badak tu, memang tak boleh nak cakap apa lah kan? =_=




Tengok????

Muka pun happy semacam sebab dapat makan burger sedap dan besarrrrrrrr punyaaaaaa!!!

Bulan depan, kita tengok pulak dia mengidam nak makan burger kat mana! Hehehe.

Sekian. Masalamah.

June 22, 2011

Na'ilah Abaya Online Boutique Kini DiBuka!


Assalamualaikum.

Nak buat bisnes online ni memang hamlau sungguh! Banyak betul dugaaaaaaaannnnnnnnnnnnn! Aku dah rasa macam nak campak je Macbook aku niiiiiiiiiii. 

Nama je guna Macbook tapiiiiiiiii ... lembabnya Ya Allah ... sabar je lah. Aku dah merempan dekat Twitter tanya kawan-kawan kenapa laptop aku jadi slow macam tu tapi ramai taktau. =___=

Tapi aku rasa macam mungkin Macbook ni dah jadi lembab semacam dah lama sangat aku pakai. Dekat 5 tahun dah pun. Servis pun sekali je. Itupun servis sebab Macbook ni hang entah kenapa entah. 

Lepas tu bila hantar servis masa tu, haaaaaa ambik kauuuuuuuuuu!!! Harga servis dah macam boleh beli Macbook putih tu sebijik! =___=

Mangkuk tingkat plastik periuk betul!

Bila mula-mula dah buat keputusan nak buat online bisnes ni, teruslah meredah jalan jammed nak ke Balad tu. Jalan nak ke Balad tu memang memanjang je lah jammed! Bertambah lagi jammed bila ada nak buat construction lah apalah. 

Perjalanan yang boleh kata sejam dah sampai, boleh jadi dekat dua jam baru sampai sana. Lepas tu, tambah lagi dengan perangai pemandu-pemandu kat sini, Ya Allahhhhhh ... sabar je lah. 

Aku kalau asal naik kereta je kat sini, bila dah masuk jalan besar ke jalan biasa sekali pun, mulalah rasa macam nak sakit jantung tengok perangai pemandu-pemandu sini yang memang selalu mintak kena sumpah dengan aku! Haih. =___=

Bila dah sampai Balad pulak, terus pergi butik Abaya yang memang dah biasa aku tempah untuk Abaya aku. Setakat ni, aku puas hati lah. Servis memang terbaikkkkkkkkkk dari padang pasir! Yang penting, tailor aku tu pandai speaking. Bolehlahhhhh sikit-sikit. Janji aku paham dan dia paham aku nak macam mana.

Dekat butik dia pulak, bukan aku boleh terus beli. Aku tempah buat lain. Proses nak menempah tu pun dan nak pilih design Abaya dah dekat 3 jam dekat butik tu semata sebab aku korek satu-satu design yang dia ada. Dari situ, aku request dekat dia nak design macam mana.

Proses nak menempah dan nak tunggu Abaya tu siap pun makan masa sampai 2 minggu sebab aku memang cakap kat dia awal-awal yang aku nak dia buat kemas-kemas, cantik-cantik. Aku taknak cikai-cikai punya. 

Tapi itupun, lambat sehari siap. Nasib baik, dia yang call laki aku bagitahu Abaya dah siap. Tengahari call, hari yang sama lepas solat Maghrib, terus pergi Balad lagi nak amik semua Abaya-abaya tu. 

Kesian laki aku. Dahlah kerja siangnya, balik kerja, kena pulak ke Balad amik Abaya. Memang penat dah lah aku nengok muka laki aku tapi disebabkan dia pun memang tulang belakang untuk semua ni, dia letak jauhhhhhhh belakang rasa penat dia tu jap.

Sepanjang sebelum nak bukak blogshop ni, memang seminggu tu lah, dua-dua lemau je. Hujung minggu pun, membutaaaaaaaaaaaa je sampai tengahari! Takde beriadah waktu pagi pergi jogging ke, picnic tepi laut ke atau pergi pasar sekalipun. Dua-dua terbongkang tak hengat sebab memang penatttttttt!!!

Dah settle tempah abaya sampai abaya siap, kerja aku pulak nak set up blogshop!

Memula, aku guna template lain sebenarnya tapiiiiiiiiiiiii ... dan dan aku nak bukak blogshop tu malam tadi, dan dan tu jugaklahhhhhh template blogshop aku tu buat halllllllllllllll!!! 

Entah kenapa entah. Aku edit-edit balik pun, sama jugak! Tak jalannnnnnnnnn! Aku cuba jugak sampai boleh jadi normal balik untuk template tu tapi sampai tengah malam kot aku buat, still samaaaaaaaaa!!! Sudahnya, pagi tadi, terus aku tukar template yang simple je dan Alhamdulillah, template simple tu memang senang 'dikerjakan'! Hehehe.

Tapiiiiiiii ... ada lagi dugaan datanggggggggg ... tak habis lagi niiii ...

Bila template dah ok, aku pulak tak boleh nak upload gambar dekat blogshop aku! Gambar elok je boleh upload tapi tak keluar dekat entriiiiiiii! Berejam kot aku cuba. Dari pagi sampai ke petang sampailah akhirnya aku terpaksa bukak dulu Facebook Page Nailah.Abaya.

Dah takde pilihan dah. Lagipun, kawan-kawan pun dah tanya mana gambar Abaya tak kunjung tiba. Dah berminggu kot? =____=

Jadinya, aku selesaikan amik gambar semua Abaya, aku edit dan terus aku muat turun dekat Facebook Page Nailah.Abaya. Bila dah selesai upload kat situ, Blogger masih macam tahikkkk sebab aku memang tak dapat nak upload gambar langsung!

Dahlah memang segala urusan pembelian semua kat blogshop sebab aku dah buat Borang Order semua kat situ, sekali bila dah Blogger pun dah buat tahikkkk, terpaksa tunggu jelah sampai Blogger ok.

Paling sadis bila aku tengok, setengah blogspot elok je boleh upload gambar tapi aku pulak tak boleh. Nasib baiklah bukan aku sorang je macam tu sebab ada setengah blogspot pun macam tu jugakkkkk! Hehehehe.

Nipun, blog aku ok bila dah tengah malam macam ni. Terus aku cepat-cepat upload dan label satu-satu. Biar ada kod dan aku pecahkan pada dua iaitu Koleksi Maryam & Koleksi Fatma. Alhamdulillah.

Ok. 

Pada siapa yang berminat nak beli Abaya, boleh klik LIKE dekat page ni :


Dannnnnnnn ....

Untuk urusan pembelian atau sebarang pertanyaan, sila ke blogshop kami :


Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan. InshaAllah. Amin Ya Rabb. 

Dah dekat pukul 12 tengah malam dah ni dan aku pun dah tahap mengantuk dah ni. Nak tidur. Lagipun, laki aku dah merengek nak cekodokkkk! Kahkahkah.

Sekian. Masalamah!

June 21, 2011

Wordless Wednesday ( 5 ) - Niqab Itu Bukan Penindasan


Assalamualaikum.

Wordless Wednesday : On Wednesday, all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the "wordless" title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.




Sekian. Masalamah!

Azman Mengidam Soto Ayam


Assalamualaikum.

Nak bagi laki aku makan, memang senang sebab dia tak cerewet bab makan. Apa sahaja aku masak, dia bedal. Dia makan je. Tak banyak songeh. Takde pantang apa pun. Senang kan?

Cuma errr ... dia ada jugak benda dia tak makan. Macam tempoyak tu. Boleh blah tak bila orang yang memang asalnya dari negeri Perak tapi tak makan tempoyak? Gila kesian betul laki aku ni! Aku masa dapat tahu dia tak makan tempoyak, aku dah buat muka muncung itik sebab aku gila tempoyak. =_=

Alasan dia tak makan, macam biasalah. TEMPOYAK BUSUK! Blughhhhhh. Sadis sungguh tapi kalau makan durian, boleh pulak kau kan? Lajuuuuu je kan? Huh! 0__o

Ok.

Bila duduk sini, duduk kat negara Arab yang terkenal dengan Nasi Mandy dan Nasi Beriani bagai ni, menjadikan bila balik Malaysia, mesti orang akan ingat aku makan atau masak makanan Arab macam tu semua untuk bagi laki aku makan setiap hari tapiiiiiiiiii ... sebenarnya tak ok!!!

Sampai sekarang, satu jenis masakan Arab pun aku tak dan nak belajar lagi sebab kat sini, memang setiap hari, aku akan masak lauk-lauk Malaysia. Tak pernah lah lagi melencong nak masak masakan Arab ke apa sebab tekak memang tekak Malaysia niiiiiiiiii. Masih setia dengan lauk-pauk Malaysia lagiiiiiiii. Heeeeeee~

Kau paham je lah kan. Makanan Malaysia ni banyak jenis. Macam-macam ada. Laki aku tu, biasalah. Kadang-kadang tekak dia kalau dah datang mood mengidam diaaaaaaa ... haaaaaaa ... mulalah nak itu, nak ini.

Nanti kang, kejap nak Nasi Lemak ada Sambal Sotong lah, kang pulak, nak Nasi Ayam lah, nak Popia lah, itulah, inilah. Nasib baiklah setakat ni makanan yang dia mengidam tu memang makanan yang aku boleh masak. 

Kalau dia mintak makanan yang memang aku belum pernah masak lagi, bukan alasan lah nak cakap kat dia : " I tak reti masakkkkkk tuuuu! " sebab zaman dah canggih ni, kau takde alasan yang kukuh lagi dah nak cakap tak pandai ke apa ke sebab kat internet tu haaaa, kau taip je lah resipi makanan apa pun, mesti ada punya! Antara nak masak dengan taknak je sebenarnya. Kan? Hehehehe.

Macam baru-baru ni, laki aku mintak aku buatkan Soto. Dekat dua minggu sebenarnya merengek nak Soto. Dah macam budak nak mintak susu dah aku nengok dia merengak nakkan Soto. Huhuhu.




Memula tu, aku ingatkan Nasi Impit segera tu dah habis sebab seingat aku lah, aku RASAAAAA macam dah habis. Jadinya aku cakap kat dia : " Mana nak buat Sotonya? Nasi Impit dah habislah Yangggg. ".

Oklah. Terus dia diam. Tak jadi nak mintak dah. Tapiiiiii ... bila kali kedua mintak nak Soto, aku pulak tak sampai hati sampai aku cakap kat dia : " Kalau Biebie nak, I buat tapi kita kena pergi cari plastik. I boleh buat Nasi Impitnya sendiri. Nak? ". Dia pun cakap ok je.

Masa dah berangan dan semangat konon nak buat Nasi Impit tu sendiri, semalam aku tergerak hati nak cek betul ke Nasi Impit segera aku tu habis. Sekali godek punya godek, selongkar punya selongkar almari yang aku simpan stok makanannnnn ...

Rupanya Nasi Impit tu ada lagiiii! Hahahaha. Confident lebih je aku ni cakap dah habis. Kesian lakikuuuuuu! Kahkahkah.

Sudahnya, harini barulah dapat buat Soto. Aku buat Soto Ayam. Ada isi ayam dicarik-carik, kacang, sambal kicap pedas dengan begedil. Begedil aku buat yang senang punya! Cuma lenyek kentang yang goreng je. Aku buat mana bahan yang ada je lah.

Ikutkan, begedil kan sebenarnya kena letak daging cincang, daun bawang, bawang goreng. Tapi sebab bahan yang ada cuma kentang, jadinya, aku buat berasaskan kentang semata sahaja. Jadilahhhhhhhhh dari takde. Kan? Hehehehe.

Alhamdulillah dan bersyukur sebab dah dapat masak makanan yang laki aku nak! Itulah kepuasan sebenarnya. Boleh kata itulah juga kebahagiaan dalam berumahtangga. Masak untuk orang tersayang ni dan tengok dia makan dengan sungguh-sungguh rasa ... hmmmmm ... korang kahwin lahhh! Nanti korang dapat rasa apa aku rasa. Hahahahaha.

Lepas ni kita tengok pulak dia mengidam makanan apa. Errr .. sebenarnya aku hutang Popia dengan dia. Dah berzaman gila kot dia mintak. Dah berbulan tapi sampai sekarang aku tak buatkan lagi untuk dia. Hahahaha.

Tunggulah mood rajin I nak buat Popia sampai ye Biebie? Ampunnnnnnnnn! ( Salam cium tangan pipi dahi hidung mulut. Eh? )

Sekian. Masalamah!

June 20, 2011

Panggilan Nama Untuk Kekasih Hati ...


Assalamualaikum.

Masa aku baru-baru kawan dengan laki aku dulu, aku bahasakan diri aku dengan panggilan nama : " Ilah " dan dia pulak aku panggil : " Man ".

Takdelah nak ber "Abang" bagai sebab aku ni memang jenis geli sikit nak panggil kekasih hati dengan panggilan manja sebegitu. Lagipun, aku pikir masa tu, apehal pulak kan nak panggil " Abang " ? Sedangkan aku ni dah ada Abang kandung sendiri. Hehehe.

Itu alasan utama aku dan memang aku sendiri TAK PERNAH LANGSUNG nak panggil kekasih hati dengan panggilan " Abang " . Kau pergi ah tanya bekas-bekas kekasih aku. Kebanyakannya mesti aku panggil nama singkatan jugak. Kalau tak pun, aku bahasakan " Awak " atau " Saya ". Itu dah cukup!

Aku tak ingat bila panggilan " Man " tu boleh bertukar jadi " Biebie ". Asalnya, sebenarnya panggil " B ". Lepas tu, jadi " Biebie " bila terikut wife sepupu aku panggil sepupu aku dengan " Biebie ". Bukan aku sorang je terikut. Sepupu aku yang gila lagi sorang tu pun terikut jugak panggil " Biebie "

Sampai ke sudah, sampai sekarang ni, boleh kata, kami bertiga sahaja panggil suami masing-masing dengan panggilan " Biebie " dan tiada " Abang " . ( Sumpah aku geli nak sebut " Abang " dekat laki sendiri! =_____= )

Zaman sekarang ni ...

Bukan nak kata barulah tapi majoriti yang baru bercinta tu, dan entah belum confirm lagi pasangan tu adalah jodoh kita, boleh siap panggil " Mama " & " Papa " lagi. Kalau tak " Mama " & " Papa " , panggil " Baby " & " Bubu ". ( Huh! Aku nak taip ni pulak terasa meremang bulu roma! T_____T )

Ada yang siap tu, kalau tak panggil " Abang ", tiba-tiba boleh bertukar pulak jadi " Abam " ! Apakah? Aku yang pertama kali dengar perkataan "  Abam " tu, aku ingat kependalah menatang tu. Aku sangka orang tu mungkin macam tersalah sebut ke apa ke. Rupa-rupanya, memang awak dulu pergi sekolah cikgu tak ajar sebut dan eja perkataan " Abang " dengan betul eh? Eh?

Sinis.

Suka betul kan budak-budak zaman sekarang ni mengeja dan menyebut perkataan dengan sebutan yang pelat? Kan? Kan? Kan? =____=

Rasa kasihan sungguh dekat cikgu Bahasa Melayu yang berhempas-pulas ajar anak-anak murid menyebut perkataan dengan betul sampai tergeliat agaknya tapiiiiiiiiiii, kesudahannya???? Bila anak-anak murid dah besar panjang, dah masuk Universiti pun, boleh tiba-tiba pulak jadi tak tahu nak sebut dan eja perkataan yang mudah dengan betul. T_______T

Haih.

Itu baru cerita pasal panggilan nama. Kalau ada yang lagi advance tu, siap dah berani muat naik turun gambar peribadi cium mulut dekat akaun Facebook. Paling sedih sebab, majoriti yang sikap sebegitu "berani" adalah golongan Melayu yang ternyata dan termaktub memang beragama Islam

Amboi dikkkkkkkk! Beraninya kau kan? Orang-orang yang dah kahwin yang memang sah dan halal boleh cium mulut dan beromen pun takdelah sampai nak pos gambar sungguh mengghairahkan sampai macam tu sekali. Tahu?

" Saya tak peduli walau apa pun orang akan cakap pasal gambar ni. Yang saya tahu cuma : I LOVE YOU B! "

Ehhhhhhhhhhhhhhhh?

Perghhhhh! Ayat bukan main. Agaknya nanti, suatu hari akan datang, kalau orang macam ni sedar dan jumpa 'jalan pulang' padaNya, mesti menyesal rasa macam nak terjun KB Mall sebab pos gambar macam tu kan? Ye dok? 

Masa tu lah baru nak nangis-nangis terkinja siap pergi balai polis buat report semua sebab kononnya, 'bekas teman lelaki' sebar gambar mengaibkan begitu! Padahal, masa kau tengah panas dok cium mulut berintan payung dengan dia, bangga pulak kan kau muat naik turun gambar separuh bersenggama macam tu? =____=

Aku yang dah kahwin ni pulak rasa segan tengok perangai budak-budak yang terlebih canggih sangat pada zaman teknologi ni. Sedih tapi kadangkala, aku nak tergelak pun ada. Siap ada tu, yang bercinta ada bagi warning lagi :

" You, I punya ok? I takkan benarkan sesiapapun amik You daripada I. You hak I seorang je. Orang lain tak boleh. "

Muntah! Hahahaha.

Adik-adik, nak bercinta tu tak salah. Tak harommmmmmm pun hukumnya tapi beringatlah, berpada-padalah bila bercinta tu. Janganlah melebih-lebih sangat, janganlah yakin sangat yang hubungan tu kekal selagi kau belum ada ikatan yang sah. Jangan ye adik-adik.

Sebab masa depan kita, apa yang terjadi pada masa depan kita, hanya DIA sahaja yang tahu. Ok?

Dan lagi satu, bercinta sesama manusia tu, janganlah melebihi lagi cinta kita kepada Allah. Biar cinta kepada Allah tu lebih banyak dari kekasih hati. InshaAllah berbaloi. InshaAllah kalau buat macam tu, takkan ada peristiwa terjun KB Mall lagi. Faham?

Sekian. Masalamah.

Sibuk Untuk Sesuatu ....


Assalamualaikum.

Entri terakhir yang aku pos adalah entri berkaitan 2 Tahun Selepas 12 Jun 2009. Terima kasih banyak-banyak pada yang sudi singgah dan seterusnya baca entri yang penuh bermakna pada aku tu. Terima kasih juga di atas semua doa dari kalian. Semoga Allah SWT membalas segalanya. InshaAllah.

Masuk harini, dah boleh kata dekat seminggu segala mala entri yang nak post jadi draft sahaja. Bukan nak kata mood berblog tu dah hilang ke apa ke. Tapi untuk seminggu entri yang tak muncul tu, aku busy menyiapkan sesuatu

Sesuatu yang boleh dikatakan adalah akan menjadi satu dunia baru bagi aku. Baru nak cuba-cuba je ni. Selebihnya serah pada Yang Esa bersama doa yang bakal mengiringi kepadaNya. InshaAllah. Doakan semoga kami berjaya dalam dunia yang baru itu. Hehehe.

Eh, jangan sangka pulak aku ni mengusung nyawa yang lain dalam perut! Hehehe. Untuk yang itu, doakanlah jugak. Impian semua perempuan, lagi-lagi yang dah kahwin ni nak juga ada anak sendiri. Ye dok? 

Tapi apapun, aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang ni. Mungkin belum masanya untuk memegang anak sendiri. Hanya DIA yang lebih tahu segalanya. Aku percaya, DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk hidup kami berdua. 

Ehem.

Apapun, inshaAllah lagi dua atau tiga hari akan datang ni, aku akan melancarkan ( Perghhh ... taknak bajet pulak kan? ), blogshop peribadi dan juga Facebook Page untuk perniagaan atas talian ( bisnes online ). 

Ingat lagi tak yang aku pernah bagitahu entri sebelum ni yang aku akan jual abaya-abaya dari Jeddah, Arab Saudi?

Haaa .. itulah dunia baru aku nanti. Bukan aku sorang tapi mestilah berdua dengan lelaki terhebat dalam hidup aku kalau tak lain tak bukan, laki sendiri. Hehehe. Nama laki kena sebut. Kalau tak sebut nanti, dia sentapppppppp! Lagi mesti sentap sebab dialah yang bagi modal untuk buat semua ni. ( Terima kasih lakiiiiii! Hehehehe. )

Kami dah lama merancang sebenarnya nak buat perniagaan atas talian ni. Tambahan pulak, kawan-kawan ramai dah tanya : " Kau taknak jual abaya ke?" , " Weii, jual lah abaya!"

Bukan taknak buat. Niat tu dah ada cuma benda ni semua pada aku perlu ada perancangan. Kalau nak buat semua caca marba, kang aku pulak macam sakai sebab tak teruruskan benda tu semua. Jadinya, sejak aku senyap dari sebarang entri tulah, aku buat satu per satu.

Dari set up blogshop, set up akaun, aktifkan balik akaun CIMB Clicks aku dan paling utama, mestilah sekarang ni, kerja kami lakibini duk kerja ulang-alik je pergi Balad. Pada yang baru lagi dengan blog ni, Balad ni adalah boleh dikira macam syurga membeli-belah. Macam Jalan TAR dekat Malaysia. Lebih kurang je.

Dekat Balad ni lah, kami berdua cari design abaya yang cantik-cantik untuk jual dekat korang nanti. Alhamdulillah, abaya-abaya yang aku tempah haritu, dah siap. Dah amik bawak balik rumah pun. Untuk permulaan ni, aku sendiri yang pilih nak corak sulam & manik kat abaya tu macam mana. 

Material kain abaya tu pun aku pilih sebab aku nak sesuaikan dengan iklim Malaysia. Dengar cerita, kat Malaysia panas sangat ye sekarang ni? Yeke? Aku kat sini ok je lagi. Jeddah boleh dikatakan panas biasa je. Kadang-kadang je panas luar biasa. Buat masa ni takdelah panas sampai peluh-peluh tahap boleh perah penuh satu baldi! =_=

Tunggu jelah nanti aku umumkan dekat sini. Siapa cepat dan pantas, dia dapat. Ada 12 jenis design sulam dan corak yang berbeza yang aku dah pilih untuk jualan pengenalan ni. Mintak-mintaklah semua corak tu korang berkenan. Takut jugak kot ada yang tak berkenan. Huhuhu. Pandai-pandailah korang pilih eh?

Buat masa sekarang ni, blogshopnya aku dah siap buat. Facebook Pagenya pun dah buat. Tinggal nak edit sikit-sikit je lagi. Gambar abaya pulak baru je separuh aku amik. Nasib baiklah rumah sekarang ni ada extra bilik kosong. Bilik kosong tu terus aku jadikan bilik 'studio'. Jadilahhhhhhhhhhh ...

Cuma proses nak amik pic abaya-abaya lah. Agak mencabar sebenarnya. Tapi korang janganlah harap gambar tu macam orang pro amik. Aku amik ikut skill yang aku ada je. Janji korang boleh tengok dengan jelas sulaman dan manik dekat abaya-abaya tu. Kan?

Sebelum aku berhenti dan nak sambung kerja amik gambar abaya-abaya yang ada lagi 7 design yang belum diambil, aku nak minta jasa baik koranglah. Jasa baik tolong vote untuk kami menang tiket ke Venice, Itali.

Tak susah pun. Korang cuma kena klik LIKE dekat page SABB ni dulu. Kemudian, korang klik LIKE lagi sekali untuk gambar yang kami dah pos dekat page tu. Ini linknya : Venice, Itali . Ok? 

Kalaulah kiteorang ada rezeki menang dan dapat tiket, inshaAllah nanti, 10 follower bertuah ada hadiah dari Venice, Itali. Tolong vote ok? ;)

Sekian. Masalamah.

June 13, 2011

2 Tahun Selepas Peristiwa 12 June 2009


Assalamualaikum.

Rasa macam baru semalam ...
Kepala rasa pening dan tersedar dari dalam kereta dan lihat dia terbaring tak bermaya di atas jalan ...

Rasa macam baru semalam ...
Aku lihat cermin kaca kereta bertaburan di atas jalan dan ada serpihan kaca yang terbenam di paha dan betis aku ...
Rasa macam baru semalam ...
Aku menjerit menangis bagaikan orang hilang akal apabila dia seperti sudah tinggal nyawa ikan ...

Rasa macam baru semalam ...
Aku lihat dia dibawa ke dalam ambulans dan menuju ke hospital ...

Rasa macam baru semalam ...
Aku diterangkan oleh doktor bahawa dia luka parah dan tangan kaki patah ...

Rasa macam baru semalam ...
Aku lihat dia sekali lagi di bawa naik oleh Ambulans ke hospital besar Ipoh untuk diselamatkan kerana kekurangan darah ...

Rasa macam baru semalam ...
Aku lihat dia seakan bertarung nyawa dan melawan segala kesakitan yang terpaksa ditanggung akibat kemalangan jalan raya itu ...

Rasa macam baru semalam ...
Aku lihat dia untuk kali ketiga dipindahkan ke hospital swasta dengan Ambulans demi nyawa dan jantung dia yang semakin berdegup perlahan ...

Rasa macam baru semalam ...
Aku turunkan tandatangan tanda setuju untuk dia menjalani pembedahan secepat yang mungkin ...

Dan rasa macam baru semalam ...
Aku terpaku bila disuruh oleh pakar pembedahan sama ada harus setuju untuk teruskan pembedahan atau tidak kerana nyawanya seakan hampir ke penghujungnya ...

Masih terngiang lagi : 

" Puan, jantung suami Puan semakin perlahan. Puan nak kami teruskan atau berhenti sebab peluang sekarang 50-50. "
Kalau kau tempat aku, apa kau rasa bila seakan kau kena buat keputusan dan di mana jika keputusan itu tidak memihak pada kau, kau boleh hidup dalam keadaan serba salah dalam seumur hidup?

Kau rasa nak teruskan pembedahan itu atau tidak? 0___o

Disebabkan keadaan aku pun pada masa tu boleh dikata di luar norma kawalan perasaan seorang manusia, aku terus laju menyebut " Teruskan sahaja Doktor .. " kerana aku percaya, ajal dan maut itu adalah di tangan Yang Esa dan bukannya pada sekumpulan manusia yang sedang bertungkus lumus bergelumang dengan darah orang yang aku sayang ...

Dan Alhamdulillah ... Kuasa Tuhan bila segalanya selamat!

Rasa macam baru semalam ...
Berkampung dua minggu di Hospital Fatimah, Ipoh dan selama dua minggu itulah, dua-dua terperap dalam wad tidak melihat langit, tidak melihat alam ciptaanNya, tidak melihat matahari yang sentiasa setia memancarkan cahaya buat manusia di bumi dan tidak lupa juga, tidak melihat sinaran bulan ...

Rasa macam baru semalam ...
Aku lihat dia belajar untuk berjalan semula seperti kanak-kanak kecil yang baru mahu belajar bertatih dan memijak bumi ...

Rasa macam baru semalam ...
Aku lihat dia gembira dan bernyanyi riang apabila dia boleh duduk antara dua sujud kembali seperti biasa selepas beberapa bulan peristiwa 12 June 2009 itu ...

Dan rasa macam baru semalam ...
Aku lihat dia semakin pulih dari hari ke hari meneruskan kehidupan seperti biasa ...

Dan sekarang ...
2 tahun selepas peristiwa 12 Jun 2009 tu ...

Dia semakin sihat ...
Dia sudah jalan dengan normal ... Tidak perlu tongkat ... Tidak jalan berdengkot-dengkot ...

Alhamdulillah ...
Kerana Tuhan kurniakan dia satu perasaan semangat yang luar biasa ...
Kerana semangat itulah dia bangkit semula sehingga tahap yang aku dan dia berada sekarang ni ...
Sujud syukur dan hanya Dia sahaja yang tahu apa yang kami dah lalui ...

Buat lelaki terhebat ...
Semoga kita terus tabah dan bersabar dalam menghadapi setiap dugaan yang seterusnya ...
Terima kasih sebab telah banyak berusaha dan berbuat segalanya yang terbaik dalam kehidupan kita berdua ...

I love you and you know I always do.


With love :
Wifey

June 12, 2011

Instax Mini 25 Hello Kitty Special Edition Ini Aku Yang Punya!!!


Assalamualaikum.

Sekarang aku DAH TAK PERLU SETIAP HARI nak kena GIGIH CARI BLOGSHOP YANG JUAL KAMERA COMEL LAGI, DAH TAK PERLU SETIAP HARI RASA SAKIT HATI TENGOK KAMERA NI DEKAT EBAY JUGA DAH TAK PERLU MEMENDAM RASA TENGOK KAMERA COMEL NI LAGI ...

Sebabnya ...


Ini aku yang punyaaaaaaaaaa! Hahahahahaha.

Hah! Kau orang nampak tak apa yang aku taip dekat caption gambar atas ni? NAMPAK TAK? 0___o

Ya kawan-kawan, kamera ni akhirnya aku berjaya dapatkan jugak. Bukan beli di mana-mana blogshop atau mana-mana laman web sekalipun. Tapi ini kamera, aku berjaya beli melalui seorang jejaka yang ehem ehem ( Nak puji ke nak kutuk ni? Bhahahahahaha. ) , kira memang baik hati lah sebab sanggup meredah kotaraya kat Jepun tu semata nak belikan benda ni bagi pihak aku! Yeayyyyyyyyy!!!


Tengok? Siap ada cakap lagi untuk jualan di Jepun sahaja!!!

Alkisahnya, ada satu hari suntuk tu, aku memang usha dekat E-Bay nak menatang ni. Survey punya survey, aku jumpa kamera instax ni yang warna pink putih tu. Kat E-Bay ni kan, ada barang kena bid dulu, kemudian baru kau dapat beli kalau kau menang bid tu.

Ada satu minah ni, memang rating dia tinggilah di kalangan buyer kat Ebay ni. Minah tu letak harga kamera instax putih pink tu memang murah. Dalam RM150 sahaja. 

Boleh kata masa tu, memang takde orang sangat nak bid. Jadinya aku letak lah nilai bid aku, kira aku letak dalam RM160 macam tu. Kejap lagi, boleh pulak kan, time tu jugak ramaiiiiiiii pulak manusia lain sibuk bid dekat minah tu jugak sampai satu tahap kamera putih pink tu jadi dalam 400 hengget!!!

Memang tak belilah kan sebab ikut pasaran Malaysia, nilai kamera instax putih pink tu dalam harga RM250 ke RM300 je. Takkan pernah bawah RM250 atau atas RM300. 

Ok. Terus aku jadi KECEWA sebab impian nak beli kamera macam tak tercapai je kan? T____T

Tapiiii entah macam mana, esoknya tu, terus aku teringat dekat sorang jejaka ni yang memang tinggal dekat Jepun dan dia ni kira kawan baik laki aku lah. Dorang kenal masa belajar kat UiTM Shah Alam dulu.

Si jejaka ni dulu sama course dengan laki aku tapi bila habis belajar, dia 'JADI CACAT' sikit bila dia kerja yang memang takde sangkut paut langsung dengan course yang dia amik! Kau tahu dia kerja apa?

Kerja dia jual Kuda Merah Lari dan kau senaraikanlah kereta mewah atau mahal macam mana pun, inshaAllah dia boleh jadikan impian kau jadi realti. Hehehe. 

Jejaka ni kalau kau dengar dia cakap Jepun, mesti kau ingat dia memang Jepun kot? ( Dahlah mata memang sepet macam orang Jepun ). Memang teror ah. Kira kalau biasa orang cakap, cakap English berhabuk, dia ni pulak, cakap Jepun berhabuk! Dah kata memang dah lama kerja dekat Jepun kan? Huhuhu.

Si jejaka tu lah yang tolong belikan kamera tu untuk aku! Special edition pulak tu! Sampai laki aku pun jadi bengang sebab dia laju je carikan barang untuk aku tapi barang laki aku yang laki aku mintak dia tolong carikan jugak, sampai ke sudah, takde update! Hahahaha.

Cuma, cuma, cuma ....

Kamera tu kat Jepunnnnnnnnnnn! Aku tak dapat lagi. Bukan tak nak pos ke sini tapiiiii kos nak pos tu, Ya Allah, mintak ampunlah sebab sangat mahal! Harga nak pos boleh beli kamera yang sama lagi sebijik. Kau nakkkk? Kau sangguppppp???? Aku takkkkkkkkkkkkk!!! T____T

Jadinya, nak atau tidak, suka atau tak suka, dia cuma boleh tolong bawak balik ke Malaysia dan pos ke rumah Mak aku kat Johor. Takde pilihan lain. InshaAllah masa aku balik cuti raya nanti, baru boleh jumpa dengan kamera comel Hello Kitty tu. =___=

Alahaiiiii ... lambatnya lagi nak Raya!!!!!!!!! Nak kamera Hello Kitty tu! Nak peluk ciummmm!!! Huhuhu.

Oh ya, sebelum aku terlupa, pada yang tanya mana boleh beli kamera ni, korang boleh cari Pasar Mini Ku dekat Facebook. Dorang ada jual. Rasanya rm250 cuma stok yang ada adalah kamera putih biru sahaja. Ok?


Sekian. Masalamah!

Jika Anda DiBeri Kuasa Untuk Memilih Destinasi Pilihan Untuk Melancong, Destinasi Mana Yang Kau Akan Pilih?


Assalamualaikum.

Harini datang semangat Power Rangers warna merah jambu sikit nak update blog sebab aku nak minta jasa baik korang untuk pilih sesuatu untuk aku. Kira aku nak minta pandangan dari koranglah. Boleh? Sebab aku tau, korang yang singgah sini semuanya punya hati yang baik. ( Ececehhhh ... dan dan je puji kan? Hahahaha. )

Baiklah. Terus kepada tujuan sebenar entri ni ..

Korang dah baca tajuk entri ni kan? Maaflah sebab aku rasa tajuk entri ni adalah yang PALING PANJANG kot sepanjang aku berblogging ni. Huhuhu. Tapi itu adalah tajuk yang terbaik untuk bagi korang lagi senang paham. Hehehe.

Ni aku nak tanya kat korang ni haaaa ...

Kalaulah korang ni kan diberi kuasa untuk pilih satu tempat untuk pergi melancong secara percuma, mana tempat yang korang MEMANG NAK SANGAT-SANGAT-SANGAT-SANGAT PERGI? ( Haaah! Sampai 4 kali aku tekankan. Itu tandanya memang tempat yang menjadi impian korang lah. )

Cuba korang bagitahu aku sikit mana korang nak pergi?

Macam aku lah, setakat ni, aku ada beberapa tempat yang aku MEMANG NAK SANGAT-SANGAT-SANGAT-SANGAT PERGI. Tapi aku tak tahulah ok ke tak. Cuba korang tengok dan bagi pandangan kat aku sikit dengan tempat yang aku dah senarai pendek ni :



1. Stonehenge dekat WiltShire, England

Aku letak tempat ni paling atas sekali sebab pada aku, tempat ni unik sebab Stonehenge ni merupakan satu binaan dari zaman dahulu kala iaitu zaman Gangsa dan Neolotik. Ia merangkumi binaan tambak tanah yang mengelilingi batu besar berdiri tegak dalam bulatan yang sebenarnya lebih dikenali sebagai megalit. 

Boleh kata tempat ni memang tempat sejarah sebab dibina sekitar 3100 SM. Sebab lain aku suka tempat ni, mungkin pemandangan kat situ yang memang menarik dengan rumput hijau luas terbentang.

Untuk pengetahuan korang lah, aku dengan laki aku sebenarnya memang suka pergi tempat yang ada pemandangan cantik-cantik macam ni.


2. Venice, Itali

Kalau sebut Venice, mesti orang dah terbayang tempat yang memang glamer dengan gondola ni. Venice ni pun dikira tempat yang paling menjadi kegemaran untuk yang baru kahwin lah.

Kau jangan ingat, aku ni perasan baru kahwin pulak kan? Dokkkkkkkkkkkk! Tapi, memandangkan, aku dengan laki aku masih hidup berdua, kira logiklah jugak nak datang sini. Manalah tahukan, tetiba ada rezeki ehem kat sini, kemudian, balik ke tetiba ada nyawa dalam perut aku buatan dari Itali ke, siapa tahu kan? Hahahaha. Kuasa Allah weih, kita tak tahu. Kekekeke.

Sebab lain nak datang sini, sebab kat Venice ni banyak bangunan-bangunan yang memang old school gila dan cantik melalui senibinanya dan juga ada terusan-terusan. Bandar Venice ni dianggap bandar paling cantik di dunia ye.


3. Tokyo, Jepun

Enough said, Tokyo memang salah satu tempat pelancongan yang kau harus pergi walaupun ada wujud kegelisahan takut time kau pergi tu, tetiba ADA OMBAK JAHAT BERNAMA TSUNAMI yang suka datang membawa segala 'sampah' dari laut dalam. Huhuhuhuhu. =___=

Walaupun juga ada yang kata, JEPUN JAHAT SEBAB BERLAKU KEJAM MASA ZAMAN PERANG NENEK MOYANG kita dulu, takpelah, aku nak pergi jugak sebab setakat ni, kawan-kawan yang dah pernah pergi Jepun, semua cakap best sebab TERLALU KAGUM DENGAN KECANGGIHAN TEKNOLOGI yang dorang ada.

Manalah tahu, aku boleh borong kamera comel Mini Instax lepas tu jual kat korang yang nak sangat tapi tak dapat tu! Bhahahahaha. ( Kejam gila statement aku! Kuikuikui. )


4. Kepulauan Maldives, Lautan Hindi

Ni lagi satu destinasi yang boleh buat aku gila sebab tengok laut dia yang jernihhhhh, Ya Allah sabar jelah aku! Rasa macam kalau terjun laut terus dari chalet yang sewa tu, macam taknak naik bilik dah je. Rasa nak tidur dan romen dalam laut macam filem Leornardo tu je. Kahkahkah.

Aku baru je survey Maldives ni bulan lepas. Saja je survey nak tengok kalau pergi dari Saudi ni murah ke mahal. Hehehe. Hasilnya? Boleh kata MURAHHHHH

Alaaaa tapi kalau pergi sini, kesian la kat aku sebab aku tak boleh nak pakai pakaian 2 keping tu. Mampus aku kang kena seksa dalam neraka! Tak memasal je. Hikhikhik.

Paling tidak pun, kalau nak pakai sangat, dalam bilik je lah kot? Tapi kang kalau asyik pakai dalam bilik pakaian 2 keping tu, kang memanjang DUDUK DALAM BILIK PULAK KAN

Dahhhhhhh rugi kat situ! Hahahaha.


5. Paris, Perancis

Aku letak Paris ni pilihan paling akhir sekali sebab pemerintah negara dia dah MENINDAS SECARA TERANGAN TERHADAP KAUM WANITA YANG MEMAKAI HIJAB ATAU NIQAB. Which is, AKU MEMANG TAK SUKA DAN SETUJU dan membuatkan nafsu aku nak membeli belah di Kota Paris menjadi pudar dari hari ke hari. =___=

Tapi takpelah, aku nak pergi jugak sebab selain nak membeli belah, pastilah aku nak tengok sendiri kemeriahan bandar Paris yang katanya meriah dengan cahaya lampu macam kat Bandar Tokyo jugak. Heh. 

Lagi-lagi, mestilah nak pergi amik gambar dekat Menara Eiffel ni. Tengok dalam gambar dah cantik. Apatah kalau pergi dan tengok sendiri. Kan?

Ok. Setakat ni, 5 tempat ni je yang aku pilih. Pada korang, dalam 5 tempat ni, yang mana korang rasa best sekali dan aku dengan laki aku patut pilih dan pergi tempat tu? Cuba pilihkan untuk aku sikit. Aku nak tengok korang banyak pilih yang mana. Ok?

Apapun, aku ucapkan terima kasih dulu pada yang sudi bagi pandangan kat aku. Nanti aku update lagi pasal ni. Hehehe.

Sekian. Masalamah!

June 7, 2011

Wordless Wednesday ( 4 ) - At Global Village, Dubai


Assalamualaikum.

Wordless Wednesday : On Wednesday, all over the internet, bloggers will post a photograph with no words to explain it to their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.




Sekian. Masalamah.

Dari Dapur Jeddah : Resipi Sheperd Pie


Assalamualaikum.

Harini nak kongsi dengan kau orang resipi senang dan mudah. Siapa yang suka makan kentang, cheese juga daging, boleh lah cuba buat benda ni. Hehehe.

Aku dapat resipi ni dari anak Amy Search si Nabila Huda tu. Minah tu aku tengok selalu sangat tweet pasal Sheperd Pie ni. Jadinya aku suruh dia bagi resipi ni. Dari personally, boleh pulak minah ni rajin tweet tengah malam buta bagi resipi ni dekat follower dia. =____=

Nasib baik kebetulan masa tu aku memang tengah online. Apa yang dia tweet, sejibik sejiban aku taip dalam note iPhone aku. Hehehe.

Meh kita tengok bahan-bahan & cara-cara nak buatnya ...

Bahan-bahan :
  • Daging Cincang
  • Sebiji Bawang Besar ( Dipotong dadu. Nak guna bawang merah pun boleh. Takde masalah ye. )
  • 5 biji bawang putih ( Diketuk )
  • Halia ( Dihiris nipis )
  • Cili Padi ( Ikut tahap kepedasan yang anda mahu. )
  • Serbuk Lada Hitam ( Pun ikut tahap pijar yang anda mahu. )
  • 4 biji Ubi Kentang
  • Susu Segar
  • Mentega
  • Garam
  • Mozarella Cheese

Cara-cara nak buat :
  1. Rebus ubi kentang sampai lembut. Kemudian, lenyekkan ubi kentang bersama-sama dengan susu segar dan mentega. Putar kentang sehingga kentang lenyek itu tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Sederhana sahaja. 
  2. Bila kentang sudah siap, ketepikan.
  3. Tumis bawang besar yang telah dipotong dadu dan halia yang telah dihiris nipis. Tumis sehingga naik baunya.
  4. Masukkan daging. Goreng dan gaul sama rata bersama bawang dan halia yang telah ditumis tadi.
  5. Kemudian masukkan bawang putih yang telah diketuk tadi. Juga serbuk lada hitam dan cili padi yang telah dipotong kecil. Gaul sama rata lagi.
  6. Masak sehingga daging hancur tadi sudah betul masak dan sehingga daging itu hilang bau hanyirnya.
  7. Pastikan juga daging yang dimasak itu tidak kering di dalam kuali.
  8. Bila daging dah siap, tutup api dan masukkan daging ke dalam bekas yang sesuai atau bekas yang boleh dimasak di dalam ketuhar.
  9. Ratakan daging di dalam bekas itu.
  10. Kemudian, tuang pula kentang putar tadi di atas lapisan daging. Ratakan supaya lapisan daging ditutupi sepenuhnya oleh lapisan kentang putar.
  11. Akhir sekali, tabur Mozarella Cheese di atas lapisan kentang putar tadi. Boleh tabur sebanyak mana yang anda suka.
  12. Bakar pada suhu 160-170 darjah celcius selama setengah jam atau sehingga cheese di atas hangus sedikit.
  13. Potong dan hidangkan!


Tengok? Aku tabur sebanyak mungkin! Hehehe.

Sheperd Pie sedang dibakar di dalam ketuhar

Ohhhhhh, sedapnyaaaaaaaa!

Ohhh, sebelum tu ... harini baru aku tahu yang kalau nak lagi sedap kentang putar tu, putar dengan letak sebiji telur. Itu kata anak kacukan Melayu Mat Salleh yang sorang ni.

Selamat mencuba!

Sekian. Masalamah!

Madinah Al-Munawarrah (3) - Solat Jumaat Di Masjid Nabawi. Alhamdulillah.


Assalamualaikum.

Entri aku kat Madinah haritu, tak habis lagi. Ingatkan nak sambung menaip semalam tapi semalam hari yang busy juga aku puasa dan tak berapa nak ada idea sangat. Otak blur tiba-tiba.

Bila nak update waktu malamnya pulak, laki pulak ajak pergi Balad. Aku pergi tempah Abaya yang aku nak jual nanti. Ada sesiapa berminat? Aku dah order beberapa pasang di mana dari segi design, corak dan warna sulam serta manik adalah pilihan aku sendiri. Kira macam custom design lah.

Kalau ada yang minat, nantikan butiran lanjut dari aku dekat blog ni ye? Hehehe. ( Promosi kejap. )

Baiklah. Aku sambung cerita kat Madinah haritu.

Hari terakhir kat Madinah kebetulan masa tu adalah Hari Jumaat. Nak kena check out dari hotel adalah pukul 2 petang. Kira lepas solat Jumaat, boleh check out terus.

Paginya tu, aku punya semangat bangun pagi kononnya sebab teruja nak sarapan memandangkan masa check in haritu laki aku dah siap amik pakej untuk sarapan sekali.

Bila dah siap dan kami turun bawah, pergilah cari cafe hotel tu. Cari punya cari, jumpa cafenya tapi takde orang! Padahal baru je pukul 8 pagi. Yang ada kat cafe tu cuma penuh dengan orang Turki. Lepas tu dekat meja utama adalah sorang staff hotel ni, dengan tray makan penuh atas meja. ( Tray makan macam makan dekat asrama tu. )

Tanya punya tanya, jap lagi staff hotel tu cakap yang sarapan takde. Yang ada cuma untuk orang Turki yang datang dengan pakej Umrah tu je. 

Jadi, nak tebus bayaran yang laki aku dah buat untuk sarapan tu, akhirnya dorang amik keputusan nak bagi kiteorang breakfast lain. Kira hantar kat biliklah. Nak taknak, terpaksa jugak amik je memandangkan kalau nak mintak duit, macam tak dapat je kan. 

Dari rugi sebab dah bayar dekat SAR60 untuk sarapan dua orang, kiteorang amik je lah apa yang dia nak bagi tu. Nasib baiklah berbaloi sebab ikutkan sarapan yang dorang hantar kat bilik tu adalah mahal.


Inilah pakej sarapan yang kami dapat

Boleh lah pakej sarapan ni. Ni pakej sarapan oriental dengan continental. Kiranya separuh Amarika stail, separuh Asia Barat stail. Telur tu sedap tapi masin sangat pulak tapi aku bedal jugak sampai habis!

Aku ni memang suka telur termasuk telur laki aku lah kan? ( Kahkahkah. ). Dulu rasa nyaman dan aman je dapat makan telur tanpa perlu kongsi tapi sejak dua menjak ni, laki pun dah mula suka telur. Sibukkkkk je kan? Tak pasal ada pesaing nak berebut makan telur. =___=

Lepas dah siap sarapan, Pakcik Makcik juga Sepupu aku datang bilik kiteorang. Nak tumpang barang semua. Terus aku pun siap-siap nak ke Masjid. Pergi awal ohhhhhhh sebab dah nak balik Jeddah kan? Kononnya, pergi awal bolehlah buat solat Sunat semua. Mengaji sikit. Hehehe. Bukannya selalu dapat solat dekat Masjid Nabawi kan? 0___O

Meh tengok suasana sekitar Masjid Nabawi hari Jumaat haritu :


Jalan nak masuk pintu utama : Pintu King Fadh

Sebelum solat Jumaat

Selepas solat Jumaat

Lepas je selesai urusan solat, terus kami semua bergegas balik bilik hotel aku. Sebabnya, bas Pakcik Makcik Sepupu aku ni nak gerak ke Makkah pukul 2.30 petang. Habis solat pun 1.30 petang. Memang terkejar-kejarlah.

Bila dah sampai bilik, Pakcik aku ni memang baru pertama kali buat Umrah. Jadinya, masa nak pakai Ihram tu ... ehem dia malu sebab lelaki kan kalau pakai Ihram kan kena bukak semua walau seluar dalam sekalipun memang kau tak boleh pakai! Aku dok senyum je. Kelakar pulak aku rasa. Hahaha.

Bab pakai Ihram ni, laki aku ajar Pakcik aku camne nak pakai. Nasib baik ok. Pakai Ihram ni senang je sebenarnya tapi kalau kau memang pertama kali nak pakai, memang kau akan rasa malu dan kekok. Malu sebab kau mungkin takut orang nampak anu kau. Kekok sebab kain Ihram tu macam grip dekat bahu dan secara automatik buat badan kau jadi tegak dan keras macam tengah berdiri lagu Negaraku! Kahkahkah.

Lepas dah pakai Ihram dan memandangkan kiteorang laki bini pun nak balik Jeddah, mestilah ada sesi bergambar kenangan beramai-ramai kan?


Aku bersama mereka sekeluarga

Lakiku bersama mereka sekeluarga

Lepas dah check out dan hantar dorang naik bas ke Makkah, kiteorang sempat lagi pergi shopping sejadah & tasbih. Benda tu semua aku punya sebab aku nak bagi ... hehehe. Tunggulah siapa yang akan dapat sejadah & tasbih tu. Ehemmmm.

Kiteorang sampai Jeddah pun dekat pukul 10 malam. Padahal sebenarnya 3 jam je dah boleh sampai. Tapi disebabkan sekejap singgah beli air, sekejap singgah beli kopi, sekejap singgah solat Maghrib & makan juga sekejap singgah isi minyak ... perjalanan yang 3 jam jadi sampai 6 jam! Hahahaha.

Gila betul! Aku rasa, itulah pertama kali sampai Jeddah lambat dari Madinah! Hihihi.

InshaAllah, Rabu atau Khamis ni, kiteorang pergi Makkah pulak jumpa dorang lagi. Lagipun, ada barang yang dorang tumpang dekat rumah ni. Aku pulak ada kirim Sutera Korea nak suruh bagi kat Mak aku. Aku beli nak buat baju raya. Maknanya tahun ni, aku ada 3 pasang baju kurung raya! ( Semangatkan? )

Semoga ada rezeki lagi kami untuk ke Madinah. InshaAllah mungkin selepas Raya. Amin.

Sekian. Masalamah!

June 5, 2011

Madinah Al-Munawarrah (2) - Terjumpa Pembaca Blog Di Bin Dawood & Makan Besar Meraikan UlangTahun Azman


Assalamualaikum.

Sambungan kepada entri sebelum ni ...

Lepas kami dah check in hotel tu, terus bersiap solat. Jarak hotel ni dengan Masjid dekat je. 10 minit pun tak sampai. Lebih kurang je jaraknya dengan Dar Al-Hijrah Hotel yang biasanya kami stay tu.

Alhamdulillah dapat solat jemaah dekat Masjid Nabawi untuk kesekian kalinya. Bersyukur dengan rezeki yang satu ni. Alhamdulillah sekali lagi. Shukran Ya Rabb.

Lepas dah siap solat Asar, kami berdua terus ke Bin Dawood Supermarket. Siapa yang pernah datang buat Umrah atau Hajj, mesti dah biasa dengan Bin Dawood Supermarket ni.

Niat utama pergi Bin Dawood sebenarnya nak cari plug pin nak gosok baju sebab plug pin kat hotel cuma ada dua je. Padahal plug pin seterika yang kami bawak tu ada tiga pin. Jadinya, kenalah cari plug pin yang boleh support tiga pin tu. ( Entah korang paham ke tak apa yang aku cakap ni? Hahahahaha. )

Bila dah jumpa barang yang nak dicari tu, kami pun beratur dekat kaunter nak buat pembayaran. Baru je nak beratur, tetiba ada sorang kakak ni muka dia berkerut je tengok laki aku. Kemudian, muka dia berkerut lagi tengok aku sampailah akhirnya dia tegur aku :

Kakak : " Awak ada blog kan? "
Aku : " Errr ... ada. " ( Muka confius kejap )
Kakak : " Saya ada baca blog awak pasal Umrah semua ni. Blog awak yang guna budak commot tu kan? "

Panggggggggggggg! Sedas aku kena! Bila dia sebut BUDAK COMMOT tu, aku dah terasa macam budak-budak pulak pakai url blog macam tu. Bhahahahaha.

Tapi nak buat cemana kan sebab blog ni wujud pun masa tu memang zaman aku muda remaja lagi. Hehehehe.

Ok. Sambung perbualan tadi ...

Aku : " Oh yeke? Alahaiii .. segannya. Blog biasa je pun. Sampai sini pulak kita jumpa ye? "
Kakak : " Akak tengok husband awak tadi. Rasa macam pernah biasa je tengok. Lepas tu, baru saya teringat ada singgah baca blog awak sebab nak tahu pasal Umrah semua ni. "
Aku : " Ohhh. Kat blog memang saya suka letak gambar dia pun. "

Borak punya borak sampai aku sendiri lupa nak tanya, siapa nama kakak tu. Entah betul kakak ke tak. Takpun entah sebaya aku je sebenarnya. Aku je sesuka hati cakap dia kakak! Hahahaha.

Pada 'kakak' yang dimaksudkan, kalau ada singgah blog ni lagi, kenalkan lah nama. Lupa lah nak tanya nama haritu. Cuma sempat borak, salam, cium pipi je. Huhuhuhu.

( Aku rasa, masa aku buat entri ni, 'kakak' tu masih ada kat sini lagi tapi bukan kat Madinah. Mungkin dah ke Makkah agaknya. Semoga segalanya dipermudahkan 'kakak'. InshaAllah. )

Ok. Lepas dah bayar barang tu semua, aku call Makcik aku. Tujuan lain datang Madinah selain dari nak buat amal ibadah ialah, nak jumpa Makcik & Pakcik juga sepupu-mupu aku yang datang buat Umrah.

Hotel yang dorang stay tu, tak jauh pun dari hotel yang kami stay. Kami lepak kat bilik dorang sampai pukul 5.30 petang sebab aku nak balik bilik. Nak mandi sebelum ke Masjid semula nak solat jemaah Maghrib & Ishak pulak.

Sebelum balik tu, dah pesan kat dorang yang lepas solat Ishak, nak belanja dorang makan malam sempena ulang tahun laki aku yang ke 30 tahun.

Senyum memanjanglah laki aku sebab tahun ni dia dapat meraikan ulang tahun diri di tempat yang paling hebat iaitu di Kota Madinah di mana terletaknya Makan Rasulullah SAW di Raudhah. Alhamdulillah.

Jadinya, lepas solat Ishak, kami terus pergi makan. Aku dengan laki aku pulak, memang kebetulan tak makan tengahari. Cuma alas perut dengan bekalan Nasi Goreng yang aku buat tu je.

Dorang nak sangat makan makanan Arab. Kami pun bawak dorang ke satu restoran ni. Nak kata sedap sangat tu, idok ler tapi nak kata tak sedap sangat pun, idok juge. Sedang-sedang saja. Heeeeeee.


Dorang ni rancak berbual. Macam-macam benda dijadikan topik perbualan.

Yang budak dua orang tu, buat hal memasing.

Cik Liza tumpang dengar dan tumpang menyelit dalam perbualan.

Masa ni rasanya, laki aku tengah semangat cerita pasal projek Airport Jeddah. Kekekeke.

Bab order makanan, ikut tekak masing-masing. Ada yang nak makan ayam. Ada yang nak makan Nasi Beriani dan menu wajib kalau datang negara Arab, mestilah KAMBINGGGGGGGGGGGGGG! Sedap ohhhhh kambing sini. Lembut jeeeeeeeeeeeeee. 


Semua tekun mengadap makanan memasing.

Lelaki ini tekun mengadap kambing. 

Kami semua selesai makan pun dah lewat malam. Dalam pukul 10 lebih. Itupun, Makcik aku tu mata dah layu je sebab siang tu, dia takde rehat. Ibadah ni memang penting tapi dalam masa yang sama, kesihatan pun kena jaga jugak. Kannnnnnnn???

Lepas makan, program nak balik bilik bertukar jadi program menghabiskan duit membeli belah dengan gembira kat tepi jalan juga lorong-lorong berdekatan hotel. Aku teman makcik aku beli Abaya, laki aku pulak teman pakcik aku beli Jubah untuk anak-anak laki dia.

Nantikan sambungan hari esoknya ...

Sekian. Masalamah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...