December 31, 2010

Dua Puluh Sepuluh.



As'salam.

Sekarang semua rakyat Malaysia dah selamat masuk ke tahun 2011 tapi aku kat sini masih dalam 2010 lagi. Biasalah. Kata beza masa pun dekat 5 jam kan. So, korang dah nak Subuh 1 Januari 2011, aku kat sini baru nak sambut 1 Januari 2011. T_T

Rasa macam kejap sangat dah 2011. Dulu ingat lagi masa SPM, sibuk je cakap, eyh ... agaknya apa jadi 5 tahun akan datang atau maybe 10 tahun akan datang?

Nahhh ... ni aku sekarang! Dah jadi bini orang dah pun. Jadi anak perantauan bersama laki tersayang. ( senyum)

Apapun, sepanjang 2010 ... tak sepanjang masa aku happy bergembira. Ada jugak aku rasa sedih, dan paling sadis, dah nak end of year 2010 ni, aku dilanda bad moooooooooooooooood tahap CIPAN! CIPAN tau tak sebab ada benda yang mengganggu jiwa dan pemikiran aku sampai aku sendiri boleh jadi out of control! Serius sampai sekarang still rasa macam tu.

Bilalah mood ni nak ada balik? Sobs. T_T

  • Januari - Untuk sekian kalinya, kami laki bini PJJ lagi untuk entah ke berapa kali sebab laki aku, Alhamdulillah dapat offer kerja kat Jeddah ni ha. Lepas semua dah ok dan laki aku dah cukup sihat untuk back to work life, dia dah pun nunnnnnnnnn terbang ke Jeddah. Memang happy sangat sebab tak pernah termimpi pun akan kerja kat Saudi and ehem , ehem paling tak sangka sebab dekat dengan Makkah Al-Mukarramah. Mase ni dah berdebar dah sebab eksaited nak tengok Kaabah. Tapi kena sabar sebab tunggu visa aku siap.
  • Februari - Alhamdulillah. Visa aku siap right on the time. Lagi pulak masa ni aku dah boring gila. Missed hubby. Then aku dah macam mati kutu. Tak tahu nak buat apa kat rumah. Asyik merambu jek dengan kengkawan. Kata tengah single mingle but not available kan? Hahahahaha. At last, the end February ni aku pulak nunnnnnn terbang ke Jeddah, Saudi. Nasib kental sebab fly sengsorang. GIGIH! T_T
  • March - Bermulalah kehidupan aku kat tempat orang. Masa ni tengah winter kat Jeddah. Memang sejuklah. Duduk rumah tak payah pasang aircond dah sejuk beku. Time ni jugaklah busy nak biasakan diri dengan kehidupan kat negara orang. Alhamdulillah. Aku ok and sangat hepi! Paling best, bulan ni lah finally aku dapat tengok KAABAH. Rasa terharu gila okeiii sebab selalunya tengok kat tv or gambar tapi kali ni dapat tengok sendiri without kena bayar tiket mahal-mahal or bayar package sampai 6000 semata nak datang sini. Rezeki kami lakibini. Rasa like macam kami ni the choosen one by Allah SWT. Bukan semua orang dapat peluang macam ni.
  • April - Lakibini like baru nak mengatur kehidupan semula. Yelah. After eksiden, we have to build new life back. Forget the past and those things yang memang sangat menduga kehidupan as hubby and wifey. Boleh cakap jugaklah, we come here because of nak forget the past. Nak kumpul duit and balas balik jasa semua family yang dah banyak tolong especially the both parents. Both side. Oh ya, tak lupa this month kami diuji bila MacBook kesayangan problem. I am totally like blurrr bila MacBook takde. Ni lah padahnya kalau dah manja sangat. Kahkahkah. Bulan ni jugaklah kalau tak silap, kami lakibini akhirnya ada rezeki dapat pergi Madinah melawat Masjid Nabawi & juga salah satu taman syurga, Raudhah. Feel so blessed. Rezeki yang memang sangat nikmat. No words could describe rezeki yang satu ni.
  • May - Alhamdulillah. Rezeki dariNya. Kami berjaya menambah koleksi 'baby'. After WPN 8717, we have WSX 8717. Now here, we have TJB ... alamak! Nombor belakang tak ingat! Bhahahahaha. :P . Months jugak lah pikir nak beli yang mana, nak ambil model mana. Laki aku memang working sooo hard nak senangkan kehidupan kat sini sebab dia cakap, dia nak aku hidup selesa. Terharu. T_T . This time jugak, MacBook back to our life sebab dah siap repair. Memang sakit jugaklah sebab cost repair bukan ratus tapi boleh beli MacBook yang color putih tu satu. Tapi nak buat macam mana. Tapi Allah itu Adil. Kami sentiasa murah rezeki.
  • June - The second year of our marriage dapat celebrate besday laki aku. Last year 2009 celebrate dekat Penang. A week before lakibini eksiden kat highway. This year celebrate kat sini. Happy sebab we celebrated with 29 cuppies. Even berdua je but we are soooo hepi! And for present, he asked me CK watch. Laki aku memang gila jam. Aku memang support lah sebab itu memang dia minat kan? Like he support me kumpul handbags and heels. ( senyum ) This month jugak lah genap setahun, we are recovery from accident yang teruk tu sampai laki aku sekarang jadi X-Men. Package lengkap X-Men bila kat tangan ada besi, kaki pun sama. Alhamdulillah, he recovery sooo well sebab he was soooo positive person. Semangat dia kuat semacam. TAHNIAH biebie because you did sooooo well sampai Dr Siva pun sangat impress tengok you recovery damn soooo fast!
  • July - Kalau bulan June, besday laki aku and cukup setahun lepas accident tu, bulan July genap setahun arwah adik aku meninggal. He was my brother-in-law. Even he was 27 and older than me but consider my lil brother lah because laki aku pangkat abang. Arwah memang jenis pendiam. ( like you lah Fida. ). Pendiam sangat. Tapi seorang yang kaya dengan senyuman. Kalau berkumpul adik beradik ke, if anyone of us ada buat lawak or bergurau sesama sendiri, he just smile. Tapi dia kuat nyakat adik bongsu, Deq Wan. Same goes to the second last adik, Lela. Tapi dah tertulis dia pergi dulu. Semoga roh dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman. For me, he was a goooood person. Damn GOOD! Adik yang baik pada abang-abang dia yang terejal. Abang yang baik pada adik-adik yang manja dan sensitif. Anak yang sangat baik pada mak abah kat kampung. Juga seorang kawan yang baik pada semua yang kenal dia. Bukan nak puji adik sendiri but people said it so.
  • August - Bulan yang paling aku suka sebab besday aku! Bhahahaha. Thanks to laki kesayangan sebab belikan kek aiskrim Baskin and menambahkan koleksi Jurulatih! I am soooo hepi! Bulan ni jugak kami lakibini first time dapat puasa sesama. Bangun sahur ( boleh kira dengan jari ), then berbuka sesama. Gain experience by beli kuih muih orang Arab. Quite nice jugak. Especially kuih bola cicah air gula tu. I like it sooo much. Laki pulak suka samosa versi orang Arab but aku tak suka sebab dorang buat letak daun herb apa kejadah entah. Aku pun tak tahu. And start bulan ni jugak menghitung hari nak balik Malaysia! Weeeeeeeeeee~
  • September - We are going back to Malaysia for hari raya! Tapi baru sampai memang terus diduga bila flight buat hal masa kat Abu Dhabi. Memang serik dah lah nak naik Etihad. Banned terusssss! Balik bercuti memang tak puassss sebab ada jugak yang kami lakibini tak dapat jumpa. But hepi sebab dapat spend time with families & friends. Alhamdulillah, bulan ni abang aku tunang dengan Yani.
  • October - Alhamdullilah. Balik dari Malaysia, kami terus diberi untuk ziarah Madinah lagi. Kali ni pergi memang puassssss gilaaaa! Mana taknya sebab baik Masjid Nabawi or Raudhah, memang lengang gila. Tak ramai sangat orang sebab dah nak musim Haji. Seronok sangat sebab masa kat Raudhah aku siap dapat baca Surah Yassin. Mau aku tak hepi? SERIUS HAPPY SANGAT!!! Lagi satu yang buat aku hepi, aku makin rapat dengan sorang minah ni. Muka senget bila pakai spec. Siapalah minah ni ek? Hehehehe. Rahsia. Tak boleh nak reveal. Nanti kang orang sibuk nak kontroversi kan dia lagi. Menyampah aku! Tak sabar nak tunggu March. Mana tahu dapat gigit dia yang kurus tuh! 0_o
  • November - Alhamdulillah lagi sekali sebab mak abah rezeki murah sebab dapat buat Haji. I am the most happiest lah sebab dapat bawak mak abah balik rumah. Stay rumah aku. Masak kan untuk dorang. Bawak shopping. Bawak makan-makan. Sampai ke Madinah okeiii. Tak puas kat Makkah, bersambung ke Madinah. 
  • December - Alhamdulillah sebab bulan ni genap 730 hari kami lakibini kahwin. Memang best lah celebrate tahun ni sebab surprises yang laki aku buat memang blast gila! Dari iphone4 sampai candle light dinner kat hotel then bersambung lagi dengan surprise rahsia tu, aku memang super duper happy gilaaa! The most happier person lah! Hiks. Tapi .... bila nak hujung ni lah, mood aku ke laut sebab something. Something yang memang aku tak boleh nak share dengan korang sebab too personal. Aku memang bengang gila lah. BENGANG TAHU TAK? Apapun, aku memang terhutang budi, jasa yang gila dan super banyak kat laki aku sebab dia MEMANG SANGAT BERJASA. Serius terhutang budi. Tapi serius kesian jugak kat dia sebab aku takde mood, dialah tempat aku jadi takde mood. Hukhukhuk. Paling tak boleh blah, hari terakhir 2010 ni lah laki aku dapat cop kat pipi sebab tercium dahi masa kat bank ke kat tempat gunting rambut petang tadi. Bhahahahhaha! Tak pasal jek. Berangan lah tu agaknya! Jalan menonong je tak tengok kiri kanan. Takpun jalan mata tengok chikaro Arab yang memang fuhhhhhh ... :P
Bila baca balik apa yang berlaku sepanjang 2010 ni, boleh kata banyak happy dari duka tapi masalahnya sekarang, apa yang jadi dua tiga harini memang totally buat aku takde mood langsung! Aku memang jadi out of nowhere. Like crying sooooo hard! Like crying sooooo bad! Sadis betul. Nasib baik ada laki. Dia lah sedaya upaya usaha nak buat aku ada mood lagi walaupun hakikatnya dia buat aku lagi nak marah adalah! T_T

Semoga tahun depan lebih bermakna. Semoga Allah SWT terus merahmati dan memelihara semuanya. Baik perkahwinan aku, family dan kengkawan yang rapat dan baik dengan aku. Aku sayang semuanya. Kami sayang semuanya.

Semoga jugak, rezeki semakin murah dan murah dan murah dan murah seperti biasa. 

Nota sampingan : Dua ribu sebelas tahun yang lalu, dengan kuasa Allah SWT, lahirnya Nabi Isa a.s yang dilahirkan ibunya Mariam tanpa lelaki bernama Ayah. Tapi disebabkan bible yang asal telah di ubah, orang Yahudi / Kristian telah ubah kononnya Nabi Isa a.s lahir 25 Disember. Sebab tu jugaklah Tahun Baru ni beriya sangat disambut orang Kristian / Yahudi.

Kan lebih baik kalau kita lebih memeriahkan Awal Muharram dari Tahun Baru. Apa yang aku nampak, dekat Facebook tu kalau Tahun Baru bukan main lagi semua nak update status pasal Tahun Baru tapi Awal Muharram? NAN ADO. Boleh kira dengan jari yang eksaited sambut Awal Muharram. 

Apapun, jangan leka sangat. Selamat beramal!

December 28, 2010

S'mores.



This is s'mores. 

As'salam.

Tadi dah sibuk cakap nak cheese cake.
Sekaranggggg???
Bila explore internet cari pasal graham crackers.
Terus teringat graham paling sedap buat s'mores!
SEDAPNYAAAAAAAA!
SEDAP tau tak? TAU TAK? T_T

S'mores ni memang senang nak buat.
Cuma perlu graham crackers.
Hershyes chocolate bar.
Marshmallow.

Then, ambik biskut graham.
First layer letak coklat bar.
Then letak marshmallow.
cairkan coklat and marshmallow.
Bila dah cair ...
letak lagi sekeping biskut graham atas tu.
Penyek kan ...
MAKANNNNN!

Sedap dowhhhhhhhh!

Ok.
S'mores ni memang femes kat Amerika.
Selalu dorang buat masa campfire.
Buat campfire panggang graham untuk cairkan coklat & marshmallow.

Tapi kau jangan lah pulak pegi buat campfire DEPAN rumah! =____=
Cukup sekadar bakar dalam microwave pun takpe.
Tapi jangan bakar lama.
Adjust untuk 10seconds je udah!
Janji coklat & marshmallow cair.

Sedap dowhhhhhh!

Buat masa minum petang.
Minum dengan hot choc or tea.

Sedap dowhhhhhh!

Aku dah nekad.
Esok nak pegi cari bahan buat oreo cheese cake.
Dengan s'mores ni.
Hope Panda ada jual s'mores.
And ada semua bahan nak buat cheese cake!

Korang mesti pelikkan kenapa aku mengidam macam-macam?
Ehem.
Tiada spekulasi di sini ye.
Harap maklum.

Nanti dah buat ..
Aku post jugak!

Tujuan utama adalah nak dengki SITI AKMAL HANISAH MOHAMMAD.
*sambil lambai kat Amal* Hi Amal!
Sekian.
:P

Kisah Keju.



Eyh, ini kek orang buat! Bukan aku. 0_o

As'salam.

Ok. Sekarang aku masih kecur air liur bila semalam tengok blog kak Mimy perihal dia buat sendiri Oreo Cheese Cake! Marvelloussss ohhhhhh! Tengah scroll blog dia even baca belum habis lagi pun dah cukup buat aku terpaksa teguk air liur banyak kali. Terima kasih Kak Mimy sebab berjaya buat Neklah kenyang air liur semalam. Hiks.

Sejak datang sini dan pernah balik Malaysia masa Hari Raya haritu, aku takde rezeki langsung nak makan cheese cake! Sedih takkkk jadi aku? Sobs. T_T. Padahal cheese cake tu kegemaran aku ohhhhh! Sadis. Sadis. Kesian kau Nailah! =____=

Kat sini, negeri penuh pasir halus ni bukannya takde jual cheese cake. Tak logik lah kan kalau takde langsung jual cheese cake. Itu namanya, negeri ni sangat ketinggalan zaman walaupun ada lah sikit memang ketinggalan zaman! Heh!

Ada je banyak jual cheese cake. Kat coffee house, berlambak gila. Sini siap ada Cheese Cake Factory lagi kat Red Sea Mall tu haaaa. Jangan tak tahu, Cheese Cake Factory tu memang the best cheese cake in the world okeiiiii! Femes dekat Amerika lah. Mana lagi.

Tapi masalahnya sekarang ...

Satu slice cheese cake pun boleh beli one set like nasi briyani ke ape ke. Kalau makan kat Fairooz Restaurant tu, boleh dapat Shawarma Plate satu.

Banyak kali je aku nak beli tapi bila tengok harga, mesti aku terbantut nak beli. Banyak kali dah macam tu. Banyak kali. Paham tak banyak kali? Banyak kali! ( demmit! )

Selalu rasa teruja nak beli bila setiap kali pergi Starbucks. Nanti dalam kereta eksaited semacam cakap kat laki : " B, I nak beli cheese cake boleh tak? Teringin lah. " . Memang teruja tapi bila dah masuk, dah beli air dan bila time nak pilih cheese cake, terus terbantut bila tengok harga cheese cake boleh buat aku beli Java Chip saiz Large lagi satu. Terus rasa tak berbaloi! Tsk tsk tsk. T_T

Ingatkan bila semalam dah tengok resipi Kak Mimy yang senang tuh, dah boleh buat lah. Tapi semalam bila laki aku balik kerja :

Aku : " B, nanti I nak buat cheese cake lah. "
Laki : " Buatlah. "
Aku : " I nak buat Oreo Cheese cake. So nak kena beli Oreo banyak. Takpe ke? "
Laki : " Laaahhh ... beli je lah. Tapi ... jangan buat banyak sangat. I tak suka cheese. "

Ok. Terbantutttttttttt aku untuk entah yang ke berapa kali!!!! Sedih lagi. Sobs. T_T

I am totally lupa macam mak nenek yang laki aku ni memang tak berapa sangat kalau benda makanan macam tu. Biasalah. Tekak orang kampung. 

Tapi kalau pergi Secret Recipe tu aku tengok laju je dia makan Banana Chocolate Cake. =_____=

Apakah?

Sudahnya sekarang aku berkira-kira dan still dok pikir lagi. Nak buat cheese cake ke tak? Nak buat ke tak? Nak buat ke tak? 

Hmmmm ... kempunan lagi kah aku? Terpaksa telan air liur lagi kah aku? 0_o

December 27, 2010

His Work. His Design.


His work. His design.

As'salam.

Hi! Hi! Hi!
Dah view my Tumblr? :P
*promote*

Ok. Rasanya this is the first aku expose hasil kerja laki aku kot? Rasanya kot? And I am 100% confident this was the first time ever. Kalau tak silap, ini projek kena design buat Villa Pak Shekih mana entah.

Kalau tengok real punya nampak macam kecik. Sekali tengok plan, besar gabak. Aaaahhh ... rumah kat sini tak sah kalau tak besar macam Villa. Lebih dari Villa pun ada. Like a private palace. Itu sumpah besar! Sampai kekadang dalam private palace tu siap ada masjid, klinik and whatsoever yang dorang boleh letak. Just name it ...

Aku kalau laki aku bawak balik kerja buat kat rumah ... hobi aku adalah memang suka kacau dia buat kerja. Ikutkan dia memang jaranggggggggg sangat bawak kerja balik rumah. Boleh kira dengan jari lah sebab dia lagi prefer siapkan semua kerja kat office dari rumah!

Sebabnya kalau bawak balik rumah ... hehehehe ...

Kalau dia tengah tekun buat kerja tu kan ... mulalah aku sengih-sengih diri sebelah dia sambil mata aku tengok screen laptop apa yang dia buat. 

Haih. Aku dulu memang minat gilaaaaaaaaa nak sambung belajar ambil Architecture tapi ... takde jodoh nampaknya dengan course Architecture!

Tapi sebaliknya pulak bila aku jumpa dia! Hiks. ( senyum )

Sometimes, bila mood jahat aku datang ... aku selalu tanya dia benda yang aku tak tahu. Yelah ... dalam plan kan colorfull. Lepas tu siap ada pokok lah, kereta comel-comel lah ( ferrari pulak tu. Dia suka letak ferrari dalam drawing dia. ) .

Ada sekali tuh ... die letak pokok ke letak apa entah. Tapi yang pasti benda tu bercolor lah. Then, aku tanya dia : " B, ni asal tak letak color pink? Kan comel. ". Kahkahkah. T_T

Takpun, ada sekali tu jugak, dalam plan tu ada macam spinning. Padahal aku tahu je benda tu tapi hanya sebab aku saja nak kacau dia buat kerja, aku tanya : " Ni apa benda B? ( sambil tunjuk kat screen benda bentuk spinning banyak-banyak). " . Hihihihi.

Kekadang kalau dia rajin melayan, dia jawab je apa aku tanya ... 

Tapi kalau dia dah tension sebab idea tak muncul or masa dah almost end ... mulalah buat muka tension sambil mengarahkan aku : " Please don't disturb me! Pergi duduk sana. Jauh sikit. " . ( sambil buat muka serius nak mati untuk aku rasa takut ) . Kahkahkah. :P

Apapun, disebabkan dia asyik dok design rumah cantik-cantik, office cantik-cantik, hotel cantik-cantik, resort cantik-cantik dan segalanya semua cantik-cantik ... aku dah tuntut kat dia awal-awal, kalau misalnya ada rezeki dapat beli rumah sendiri ...

Aku nak dia buat cantik-cantik rumah tu. Dari interior sampai lah ke landscape ... sampai jugak kalau nak renovate rumah tuh ... aku dah TUNTUT!

Kalau dia tak buat ... tahu lah nasib dia! *sambillambaitangankatlaki* ( Hi Biebie! )
Senyum.

Tumblr.



Tumblr.

As'salam.

Now, i do have my own Tumblr.
Do visit my Tumblr here.
Jangan malu, jangan segan ok.

It is like my Live Blogging lah.
Prefer Tumblr than Live Blogging itself.

I know Tumblr from Yuna.
First time viewing Tumblr by viewed hers.
Now I have my own.
I have Yuna & Hana Tajima in Tumblr.
I followed them both.
Hurrehhhhhhhhhh!

But errr ... I love Hana Tajima more than Yuna.
Sorry Yuna but I love your songs Yuna!

December 26, 2010

It Is From Maysaa.


As'salam.




I really want both snood!
Satin Wrap Band Snood.
And also The Chiffon Scarf Snood.
I want it! I want it! I want it!

I REALLY WANT IT SO BADDDDDD!!!!
Sobs. Sobs. Sobs. T_T




And the snood is from Maysaa.
The one hold the Canon camera is the owner of Maysaa.
Everyone who wearing hijab know her.
She is Hana Tajima Simpson.

The new fenomena fashion to all people like me.
Who wear hijab.
Who love fashion itself.

Hana Tajima now like pisang goreng PANAS in Malaysia!
Cun oh! 0_o
But she is married woman.
I am so proud of her.
Hot wifey!!! Fuhhhh .. fuhhhhh ...

Summore she is Muslim!
Yesss she is!
Just converted 5 years ago.
She mixed from America & Japanese.
That is why her name has Tajima - Simpson .

I really adore her.
Love the way she wear the hijab.
Simple, easy to wrap & niceeeee!

Nowadays, i keep viewing her Maysaa.
I love one of the dress.
I love one of the kimono wrap dress.
And of coz the both snood.
I want it! Again. I WANT IT!

Is there anyone yang stayed in UK?
And SANGAT BAIK HATI ...
Tolong belikan me all those things?
Pretty pleaseeeeeeeeeeee !!!
T_T

Nak Hidup Jangan Takut Dengan Kata Nista Orang!



Try to bring me down? You wish! Sigh.

As'salam.

Harini lunch seorang diri sebab laki sibuk kat office. Tak sempat nak balik lunch katanya. ( padahal nak cover sejam time lunch sebab pagi tadi dia masuk office lambat. Hahahaha )

Harini aku rasa perut aku jadi macam lapar semacam. Tak tahu kenapa. Harini jugak aku jadi blur tak tahu nak masak apa untuk lunch. Ni lah masalah yang selalu di hadapi orang macam aku yang bekerja as fulltime housewife. Bila setiap hari dah masak boleh jadi kekadang dah takde idea nak masak apa.

Sudahnya, aku masak sardin jek. Selalu masak satu tin tapi disebabkan takut tak cukup sebab sardin ni boleh dikatakan kegemaran laki aku. So aku masak dua tin. Tapi tin kecik je lah. Bukan tin besar. Nak buat lagi sedap, aku letak bawang banyak-banyak dan jugak letak kentang. Fuhhhhh ... 

Baiklah. Sekarang memang perut dah penuh. Kenyang. Tapi dalam masa yang sama, aku jadi mengantuk. Sangat mengantuk sekarang! T_T . Haishhh pelik betul lah. Sekejap tadi lapar semacam sampai perut berbunyi-bunyi. Sekarang dah kenyang, aku jadi mengantuk semacam. Mengapakah? T_T

Aaaaa ... harini borak santai jelah. 

Pernah tak kan, korang mengalami keadaan di mana semua orang nak cakap pasal korang? Mean kerja orang luar asyik nak mencari kekurangan korang lah. Pernah tak? 0_o

Aku perasan lah, penyakit nak mencari kekurangan orang ni bukan setakat pada kita je orang Melayu tapi semua macam tu kot aku rasa. Kenapa ek? Pelik tak? Menyampah tak bila ada sampai satu tahap tu, apa yang kita buat semua tak kena kat orang. Orang pulak asyik nak memperkatakan sesuatu yang memanglah sangat tidak enak di dengar kat telinga kita yang sungguh comel ini. ( apakah? Telinga comel? =___= )

Aku bagi contoh lah kan.

Dulu masa mak aku hidup sorang. Hidup jadi ibu tunggal. Paham jelah. Memang banyak pancarobanya. Memang banyak dugaan dan cabaran. Kalau tak kuat, tak tahulah apa jadi kat mak aku sekarang. Kan mak? So, boleh jadi, mak ni dikategorikan sebagai seorang yang super sabar dan super tabah!

Aku ingat lagi, masa mak baru pindah Johor. Nak cakap life jadi susah tu takdelah sangat. Alhamdulillah sebab cukup makan dan pakai cuma tu lah. Bila dah jadi dan ada status ibu tunggal ni, ada setengah orang cepat pandang serong sikit. Banyak pandangan yang sinis dari senyuman yang ikhlas.

Paling kelakar bila jadi ibu tunggal ni, akan ada isu, nak ambil laki orang lah, itu lah ini lah. Ahhhh ... mulut manusia bukannya boleh tutup kan? Lain lah kalau mulut botol ke, mulut periuk ke. Hiks.

Tak dinafikan, masa mak aku hidup sorang, ada je yang ... ehemmmmm ... mengata macam-macam. Tapi tulah. Mak aku ni memang jenis takde nak cepat melenting ke apa. Dia kalau dengar orang bercerita buruk pasal dia, hanya diam.

Paling teruk pun, kalau aku nak tau mak aku agak dah kurang kesabaran bila tengok dia menangis setiap kali habis solat. Itu je lah. Mak aku memang jaranglah nak tunjuk yang dia sedih atau ada masalah apa sekalipun depan anak-anak dia.

Tapi itu dulu lah. Sekarang? Alhamdulillah. Mak aku dah boleh tersenyum bahagia dengan apa yang dia ada sekarang. Macam haritu. Masa buat kenduri sebelum mak abah pergi buat Haji. Ada sorang kawan baik mak ni. Aku kenal sebab dia merangkap ustazah aku kat sekolah rendah dulu.

Kata dia pada aku :

" Alhamdulillah. Senang dah mak sekarang. Dulu susah. Hidup sorang. Nasib baik mak banyak bersabar. Mak awak kuat. "

Sambil ustazah tu cakap, sambil dia tengok mak aku yang masa tu tengah busy melayan tetamu yang datang. Aku senyum je lah sebab ada benarnya dengan apa ustazah tu cakap.

Kita hidup ni, kalau selalu sangat nak tunduk dan mengalah dengan apa yang orang cakap kat kita, memang susah. Sebab kita kena tahu yang kadangkala, orang yang asyik cakap tentang kekurangan kita, orang tu pun sendiri bukan betul sangat pun. Kan? 

Tapi kekadang, kena jugak dengar kalau sesuatu yang orang perkatakan tu, ada banyak benarnya dari yang salah. Nak 100% ingat diri sendiri betul pun, tak boleh jugak sebenarnya. Hiks.

Maksud aku kat sini, kalau orang dok mengata kita macam-macam. Bercakap perkara yang kita tak buat. Bercakap tentang kekurangan diri kita. Macam tu lah.

Dulu masa aku tengah hot bercinta dengan bekas yang pertama, ramai je yang bagi nasihat. Cakap jangan kawan dengan dia sebab dia player. Huh! Memang pun tapi masa tu aku butakan mata, pekakkan telinga. Dah kata sayangkan? T_T

Sebab degil taknak dengar nasihat kawan-kawan tersayang, berlanjutan sampai 7 tahun berkawan. Itupun kejap ok, kejap putus, kejap sambung balik, kejap ok, kejap putus, kejap sambung balik dan terus putus taknak sambung lagi dah. Muahahahahahaha. :P

Menyesal? Oh tidak pernah menyesal. Sebab pada aku, siapa pun dia, dia penah buat aku bahagia juga derita dalam masa yang sama. *hi awak* ( sambil lambai kat dia kalau lah dia baca blog aku ni dan aku sebenarnya lebih harap dia tak baca. Hiks. )

Lagi satu, masa aku hot bercintun dengan sorang ni. Tak tahu nak describe relationship tu macam mana sebab terlalu peribadi dan aku taknak mengaibkan sesiapa kat sini. Berkawan dengan dia pun salah jugak sebenarnya tapi hati remaja yang jiwa kosong, tetap buat tak tahu dan tak ambil kisah dengan nasihat kengkawan lagi.

Perhubungan tu berlanjutan selama setahun yang mana terus-terang aku cakap, aku menyesal gilaaaaaaaa dengan perhubungan tu. Serius sumpah menyesal! Sampai sekarang aku masih rasa menyesal hingga satu tahap kalau masa boleh patah balik, aku nak patah balik pegi tahun yang aku kenal dia dan betulkan semua kesilapan aku dengan menidakkan perhubungan itu. ( demmit! )

Itu contohlah kalau orang cakap-cakap pasal kita, kita kena dengar sebab perkara yang orang cakap-cakap tu, kekadang ada banyak kebaikan untuk kita dengar dan seterusnya kita elak dari terus melakukan kesilapan.

Contoh nak hidup tapi tak perlu takut dengan kata nista orang tu pulak like ...

Aku bagi contoh untuk kali ketiga yang pernah jadi kat aku  ...

Masa aku nak kahwin dulu. Bila aku nak kahwin dengan orang yang masa tu boleh kata tak sampai setahun kot kenal. Jangan kata setahun. Kurang dari 6 bulan. Masa tu ada setengah kawan aku cakap :

" Awak tak kenal dia. Baru je kenal. Entah boleh percaya ke tak laki tu! "

" Awak ni biar betul. Laki tu boleh percaya ke? "

" Baru je kenal dah nak kahwin? Biar betul? "

Oh, masa tu memang agak tekanan gila lah! Tapi aku tak gila sebab aku boleh berpikir dengan waras. Kalau sebab alasan baru kenal, memang aku booooo layanlah! 

Habis tu nak lama kenal bertahun-tahun baru nak kahwin? Yang aku kenal and kawan sampai 7 tahun tapi ke laut jugak! Tu apa maknanya? Sigh.

Sekarang, kau tengok lah sendiri boleh percaya ke tak laki yang kau cakap konon tak boleh percaya tu! Kau tengok! Kau tengok! Aku bagi kau tengok sekarang! *emosisekejap*

Senyum happy.

Hidup ni macam roda. Kejap kita kat atas. Kejap kita kat bawah. Aku dah penah rasa turun naiknya kehidupan ni. Nasib baik dah ada laki. So sama-sama mengharunginya. Susah senang bersama. Alhamdulillah. Aku bersyukur dengan apa yang ada.

Sekarang ni, boleh kata aku dah senang, kami dah senang sikit, aku dah steady dan telinga aku jadi kebal bila timbul pulak isu ... ehemmm ...

Isu pisau cukur.

Derghhhhhh ... laki aku kot! Takde isu nya lah. Suka hati aku lah. Laki aku tak bising, kau tak payah nak sibuk. Bolehh?

Aku takkan heran bila ada orang cakap :

" Elehhhh ... laki dia banyak duit, boleh lah! "

A'ah. Laki aku memang banyak duit pun. Kata kerja over to sea. Gaji mestilah berpuluh ribu. Lain lah kau. 

Takpun bila orang cakap lagi : 

" Alaaaa ... belajar sampai degree tapi duduk rumah! "

At least aku belajar sampai Degree. Kau ada apa? Meh bagitahu aku sikit. Aku nak tahu apa yang kau ada. Sigh.

So? Apa masalahnya? Ada aku kisah? :P

Hidup aku, biar Tuhan aku yang Satu tentukan. Aku takkan tunduk dengan kata-kata nista orang. Ini hidup aku. Aku punya hak itu. ( senyum )

Be Strong, Stay Strong.



As'salam.

Entry ni aku taknak cakap panjang.
Aku taknak cakap banyak.

Cuma boleh cakap ...
Buat mereka ...
Banyaklah bersabar dengan ujian dariNya.

Mungkin ada hikmah.
Mungkin ada alasan kenapa benda tu jadi.

Mungkin rezeki itu sampai situ saja.
Jodoh dengan anak kecil itu cuma hanya 3bulan di dalam perut kamu.
Bersabarlah. Sabar dan sabar dan sabar.

Bila sedih ...
Turn to Allah .
Bila rasa kecewa itu datang ...
Turn to Allah .
InshaAllah perasaan itu semua akan hilang .

Relakan lah hati kamu dengan pemergian anak kecil itu .
Ingatlah bahawa anak kecil itu akan menolongmu di Padang Masyar kelak .
Walaupun anak kecil itu belum cukup sempurna sewaktu pergi dari kamu ...
Dia tetap akan berdoa buat ibu yang telah memberi 'tempat tinggal' kepadanya.

Bersabarlah dan terus berdoa kepadaNya.

Pesan aku buat yang sedang mempunyai anak kecil di dalam perutmu ...
Jagalah sebaik mungkin .
Please ... please ... please ...
Be more carefull.

December 25, 2010

Kronologi Aku Dengan Sehelai Kain Bernama Tudung.



Siapa kata wanita bertudung tu tak cantik? 0_o

As'salam.

Entry sebelum ni aku cerita tentang mimpi merepek-juga-versi-mengarut aku. Kali ni, aku nak cerita tentang macam mana aku boleh terbuka hati untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan aku yang Satu, Allah SWT.

Aku start sekolah darjah 1 kat Sekolah Kristian or familiarly known as Convent school. Am i proud to be Convent girl? Neverrrrrr! Sampai sekarang aku masih tak paham, kenapa certain people sangat bangga bila dia sekolah Convent. Bangga semacam aku tengok. Like macam dengan hidung kembang, seluar koyak bila orang tanye : " Sekolah mana dulu? " . Dan dengan rasa angkuh bajet macam hebat sangat kalau dari Convent school itu. Sigh.

Aaaahhh ... memasing lah kan. Siapa terasa, nasiblah. Ini ruang aku. Aku bukannya apa. Annoying okeiii! Aku bukannya takde kengkawan yang dari sekolah Convent, ramai jek but ada certain tu ... perghhhhhh ... bukan main berlagak konon macam sekolah Convent tu macam Harvard University. Boleh blahhhhh! :P

Ok. Bila sekolah Convent, automatically aku rasa lagi prefer pakai baju pinafore dari baju kurung. Nasib baik sekolah kat situ tak lama sebab lepas tu terus pindah ke Johor dan dari sekolah kat Johor lah aku pergi sekolah pakai baju kurung.

Kata masa tu kecik lagi kan. Takde initiatif pun nak pergi sekolah sekali dengan pakai tudung. Free hair je sudah. Senang. Lagipun masa tu, mak aku takdelah nak ambil pusing sangat sama ada aku nak  pakai tudung ke tak. Plus masa tu ... ehemmmm ... bendera Jepun belum berkibar lagi.

Bila naik sekolah menengah, automatically pergi sekolah pakai baju kurung dengan tudung sekali. Walaupun pergi sekolah pakai tudung, still kat luar, aku free hair lagi. Takde nak ambil port sangat dengan nak bertudung bagai lagi. Then, masa tu pulak zaman kegemilangan 'jahiliah' aku. Lagilahhhh takde maknanya aku nak bertudung!

Sampailah aku habis SPM, sambung Diploma and jugak sampai aku merantau ke Penang mencari rezeki. Heh!

Boleh kata, mak aku start bising and tegur pasal tudung ni, bila aku somewhere masa tu dah habis Diploma kot. Tapi mak aku takdelah nak pressure ke ape. Cuma sekadar tanyalah : " Bila nak pakai tudung? Umur dah berapa? " .

Macam tu jelah. Lagipun mak aku paham sangat, aku ni bukan jenis boleh nak paksa. Tapi masa tu, apa mak aku cakap sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Aku sekadar jawab : " Nantilah! ". Macam tu je lah. Takde buat perjanjian apa sekalipun.

Bila dah bekerja pun sama. Mak still tanya perkara yang sama. Jawapan aku tetap sama : " Nantilah. " .

Sampailah aku jumpa and kenal laki aku. Eeeehhh ... nanti dulu. Jangan ingat aku pakai tudung sebab dia okeiii. Tidak sama sekali. Itu aku tak setuju. Masa kawan dengan laki aku, aku still freehair. Tiada istilah nak bertudung lagi pada aku masa tu.

Tapi kan, masa first time dia nak bawak aku balik kampung, suka ke tak, aku pakai tudung sebab ... hehehehe ... biasalah, kata balik kampung kan. Kenalah sesuaikan keadaan. Lagi pulak masa tu, ada kenduri dekat rumah dia. So, konon macam ikut temalah. KONONnya lah!

Tapi sebagai manusia pun, pakaian tu sendiri kita kenalah ikut keadaan semasa. Takkan lah datang kenduri rumah orang nak pakai skirt bagai pulak kan? Eeeeh, aku tak pakai skirt eyh! Short aku pakai. Skirt tak pakai. Hehehehe.

Takpun, takkan lah contohnya like sekarang lah, tengah winter salji tebal, korang nak keluar pakai mini skirt stok paling pendek dengan baju nampak pusat? Kan ke pelik bila orang tengok. Gila ke apa? Sejuk berdengung tapi kau boleh nak pakai baju macam tak cukup kain. Kau ingat fesyen. Takde maknanya! Buat orang gelakkan kau, adalah! Kahkahkah. T_T

Even dah tunang pun aku still freehair. But not so fully lah sebab masa tu aku dah prepare diri untuk bertudung. Like macam on off lah pakai tudung. It was bad ok. I am so bad that time. It was my mistake pun sebab on off but past is past kan. I take it as lesson for future.

Until few weeks before aku kahwin. Like macam aku tergerak hati and terpikir sendirilah, until when aku nak freehair? Macam mana kalau aku tak sempat nak pakai tudung and masa tu, Allah dah tarik nyawa aku? And macam mana nasib aku kalau Allah tarik nyawa aku tanpa aku sempat menutup aurat as apa yang diperintahkan olehNya? 

Yesss it come sendiri perasaan tu semua. Sebenarnya pada aku, itu tak dikira as sampai seru or whatsoever tapi benda tu sebenarnya datang dari kita sendiri sebab segala perasaan buruk like macam kata tak bersedia ke, tak sampai seru ke, itu semua hanyalah semata kita masih tewas dengan hasutan syaitan. Nauzubillah.

Aku bersyukur sebab Allah beri aku petunjuk awal. Bila dah kahwin, automatically, aku jadi terus nak keluar pakai tudung. Automatically okeiii sebab aku rasa masa tu, kalau aku keluar tak pakai tudung jadi rasa pelik dan rasa macam semua orang pandang pelik kat aku. Bolehhhh??? :p

Lagipun, kita sedia maklum, tanggungjawab kita sebagai isteri itu sendiri adalah menutup aurat dari pandangan bukan muhrim. Sebab kita cuma punya hak laki kita jek. Bukan orang luar. Lagipun, sebagai isteri jugak kita kena hormat suami. Paling utama mestilah jatuh, kita hormat pada agama kita sendiri.

Sebab menutup aurat itu adalah tuntutan agama kita pada Tuhan. Pada Allah kita yang Satu.

Untuk sesiapa yang dah berkahwin tu, kalau laki ada tegur perihal tudung, ikutlah kata suami atau laki kita. Percayalah, korang takkan rugi apa. Malah korang akan rasa lebih bahagia. Rasa tenang. Jiwa pun tenang.

Lagipun, ajal kita, kita tak tahu bila. Janganlah sampai, kain kafan adalah kain pertama dan terakhir yang menutup aurat kita. Takutlah dengan hukuman Allah. Ajal kita tak kira masa. Tak lambat seminit, tak cepat seminit sekalipun.

Sebenarnya, pada aku lah, pakai tudung ni kena tanya hati kita sendiri. Sebab ia tuntutan agama. Urusan kita dengan Allah. Takde kaitan dengan seru ke, belum tiba masa ke, tak terbuka pintu hati ke, or apa sekalipun lah. Semuanya dari hati kita sendiri. Bagaimana kita berjaya mengawal diri kita dari terpengaruh dengan syaitan laknatullah!

Sebelum aku sepenuhnya pakai tudung, aku selalu terpikir, apa jadi kat aku kalau aku mati tapi aku tak sempat nak berubah. Sampai bila aku nak tunggu seru? Kononnya lah ... Takut gila kalau mati tapi takde bekalan langsung. 

Even dah pakai tudung pun sekarang, aku masih tertanya-tanya lagi dan masih takut dengan nasib aku di alam kubur. Allah ampunkan ke dosa aku? Allah terima ke segala ibadah aku? Nasib yang memang aku takkan tahu selagi belum terpisahnya nyawa aku dari jasad ini.

Apapun, untuk korang yang masih belum memenuhi tuntutan agama, berfikirlah secara rasional. Jangan ikut kata hati sangat. Sebab ajal kita tak mengira masa. Buatnya bila cakap, tahun depan lah nak berubah pakai tudung tapi buatnya lagi sejam ajal kita tiba, jawapan apa kita nak bagi pada Mungkar dan Nangkir bila disoal tentang ingkarnya kita pada suruhanNya? Nauzubillah.

Doa aku, semoga korang mendapat cahaya dan hidayahNya. Semoga juga, semua amalan dan ibadah diterima olehNya.

Beringat, segala amalan tidak kira jika korang solat cukup 5 waktu sekalipun, amalan itu tidak akan diterima selagi ia tidak seiring dengan perintah Allah yang lain iaitu menutup aurat. Sama jugak bila dah pakai tudung, tapi tidak solat 5 waktu. Solat dan menutup aurat adalah seiring. Kena seiring dan sejalan. Macam lagu tu Uji dengan siapa entah yang laki tu ...

Sekarang, tanda-tanda kiamat kecil kebanyakannya kita dah nampak. Beringatlahhhhhhhhhh sebelum terlambat ...

Masalamah!

Aku Selalu Mimpi Aku Boleh Terbang!



As'salam.

Hi peeps! How your weekend? And how about the people yang celebrate the Merrier Christmas? How the eve going? Just hope everything going well. ( senyum )

Oh, cakap pasal Christmast ni, aku nak share link ni dengan korang sebab ramai yang keliru sama ada salah atau tak or haram atau tak, sama ada kita memberi ucapan atau menerima ucapan Krismas ni dari kengkawan. 

Apapun, aku tarik balik dengan segala ucapan Krismas aku. Maaf.

Ok. Harini aku nak share dengan korang pasal something. Bercerita pasal something memandangkan perkara ni kerap sangatlah aku alami. Hiks.

Tengok tajuk pun korang memang dah boleh tahulah apa aku nak cakap harini kat entry blog ni. Huhuhu.

Orang selalu cakap, mimpi tu sekadar permainan tidur kan? Tapi pada aku, ada jugak mimpi tu datang sebagai satu petanda untuk sesuatu perkara. Like something bad will happen ke, ape ke. Kekadang boleh dapat petunjuk dari mimpi yang kita dapat.

Meh sini aku bagitahu korang. Ni kira pengakuan ikhlas lah dari aku. Aaaaaa ... aku kan selalu mimpi aku boleh terbang! Ye. Aku mimpi aku boleh terbang like a Superman, like a bird. Kalau mimpi boleh terbang ni, tandanya apa pulak? ( merepek aku ni! )

Ok. Kalau rasa nak gelak guling-guling atas lantai, silakan. Aku tak kecik hati. Sobs. T_T

Merepek gila kan apa yang aku mimpi ni? Tapi itulah hakikat. Aku selalu mimpi benda mengarut macam tu lah. Orang kata mungkin sebab aku tak basuh kaki or whatsoever tapi ... kalau da buat tapi still aku mimpi aku boleh terbang, nak buat macam mana?

Ke aku ni banyak sangat daydreaming???? Sobs lagi sekali. T_T

Aku kan kalau dah mimpi aku boleh terbang ni, selalunya dalam mimpi tu mesti aku selamatkan orang and bawak orang tu pergi tempat yang lebih selamat. Asal mimpi terbang je, mesti aku selamatkan orang. Asal terbang je, mesti kerja selamatkan orang je lah. =_____=

If tak selamatkan orang, mesti aku nak selamatkan diri dari raksasa. Pernah je sekali tu, aku mimpi aku boleh terbang and masa tu aku nak selamatkan diri aku dari raksasa berbentuk cendawan! Nak tahu mana datang raksasa cendawan tu?

Dari game yang aku main. Dalam game tu, ada satu level tu memang aku kena lari dari raksasa yang bentuk cendawan. Level tu agak susah lah sebab raksasa cendawan tu boleh sembur api dan sangat laju tapi aku pulak terkedek-kedek lari. Asyik mampus je tak lepas-lepas dari level tu tapi sumpah lahhhhh ... aku memang tak ingat apa nama game tu! =____=

Then, ada sekali tu jugak, aku mimpi aku boleh terbang pergi travel sana sini without kena naik flight. Tak bazir duit. Tak payah minyak. Tak payah tol. Dalam mimpi tu, if aku nak pergi memana, aku just kemas baju letak dalam bagpack dan ... syuhhhhhhhhh ... terbang lah aku ke mana-mana sekalipun!

Melampau betul lah kau ni Nailah! Nampak sangat banyak berangan! Kau nak mengaku ke tak? 0_o

Mana ada aku berangan di siang hari. Takde. Tak tipu punya. T_T

Nak tau the latest bila aku mimpi aku boleh terbang? Haaa ... Rabu ke Khamis haritu lah! Aku mimpi aku boleh terbang. Dalam mimpi tu, aku tak mimpi boleh terbang sebab nak lari dari raksasa or terbang nak pergi vacay ke apa tapi as usual, aku selamatkan orang.

Syiok gila aku mimpi yang aku dapat terbang sampai tengah syiok dapat terbang tu, tetiba aku tersentak bila ...

" Ayang, tu apehal air liur basi penuh kat pipi tu? "

Perghhhhhhhhh ... penuh okeiiii ! Aku dengan muka blur bangun tidur, selamba je kesat air liur yang penuh kat pipi dengan tangan. Kahkahkah. 

Teruk gila betul aku ni kalau sampai mimpi keluar air liur basi. Kalau sikit, takpelah jugak. Ini ...

Sudahnya, sepanjang hari laki aku dok point jek aku dengan modal air liur basi tuh. Ciss!

Haishhhh ... apelah aku ni kan? Tak sudah mimpi mengarut. Anyone yang ada petua tak dari mimpi mengarut macam ni selain basuh kaki, ambil wuduk?

Bukan tak suka tapi kalau dah mimpi sampai keluar air liur basi ... kahkahkah.

Dah lah! Taknak cerita dah sebab aku boleh nampak korang dah gelak! Aku boleh nampak korang dah sengih-sengih! Takpe. Takpe. Sobs. T_T



aku : Yeahhh! Sekarang dah boleh chat free kat PingChat. Anyone yang pakai BB, iPhone or Android, boleh lah install and create ID. Then boleh chat. Lepas ni, makin rancak lah aku bergosip dengan BFF tersayang. Happynya! :P

December 24, 2010

Pertemuan MokMok dengan 'Kekasih Hati' .


As'salam.

Sila jangan tertipu dengan tajuk. Mesti korang ingat aku bawak MokMok jumpa girlfriend kan? ( sebenarnya kan ... sampai sekarang aku masih confius dan tak tahu lagi yang kucing aku ni betina ke jantan. Aku rasa macam jantan tapi laki aku pulak cakap sebaliknya. Kesian tak? Hohohoho. =____= )

Ok. Semalam, aku bawak MokMok kesayangan pergi jumpa vet sebenarnya. Sepatutnya, jumpa awal bulan haritu sebab Vet seawal lagi dah stamp pad dalam buku kesihatan MokMok supaya bawak dia dalam 11 December haritu tapi disebabkan kesibukan yang melampau tak tahu punca apa sebenarnya, selebihnya lebih kepada sifat tangguh, barulah akhir bulan ni, berjaya bawak MokMok ke HappyPets lagi.

Ya. HappyPets ini akan menjadi macam panel klinik haiwan untuk si makhluk berbulu putih itu. Secara rasmilah sebab kami berpuas hati dengan segala perkhidmatan yang disediakan juga perkhidmatan yang telah disediakan. Segalanya ... Alhamdulillah. Terbaik dan kami sangat berpuas hati.



Siapa nampak pintu itu ada bentuk seekor kucing persian, seeekor lagi kucing kampung?

Istilah yang aku sendiri cipta. Kalau kucing tu bulu sikit, aku main suka hati je letak ... okeiii itu adalah kucing kampung. Manakala kucing yang berbulu tebal dan kadangkala datang dengan muka kemek seperti sengaja dipenyekkan itu adalah kucing persian atau kucing parsi. Hiks. :P

Kami bawak MokMok selepas selesai solat Maghrib. Nasib baik masa tu, orang tak berapa nak ramai sangat. Cuma, paling tak best, orang yang bawak kucing untuk rawatan sangat sikit berbanding orang yang bawak anjing.

Sampai sekarang aku masih tak paham konsep agama Islam itu sendiri pada orang-orang Saudi. Boleh tak korang bayangkan, ada setengah pelanggan yang datang sini dan bawak anjing itu adalah orang Saudi yang beragama Islam. Boleh bayangkan tak muka aku macam mana?

Bila tengok banyak kali, boleh buat aku jadi menyampah! Memanglah setengah anjing itu sangat comel seperti anak patung, takpun ada yang comel seperti mop lantai tapi .... haram tetap haram. Sampai sekarang aku masih tertanya lagi dengan diri sendiri, mazhab manakah yang mereka pakai sedangkan dalam Al-Quran sendiri dah nyatakan yang anjing itu haram. =____=

Ada sesiapa yang boleh beri aku penjelasan tak tentang perkara ini?



Kaunter pendaftaran.

Baiklah. Kembali ke cerita asal. 

Sampai je sini, seperti biasalah, macam mana korang datang klinik biasa untuk kita manusia, macam tu lah kalau datang klinik haiwan ni. Kena pergi kaunter and daftar. Masa pertama kali datang dulu, kalau datang kena bagi no telefon sebab staff akan track rekod based on phone number. Tapi aku tak pernah ingat no telefon Saudi aku. Muahahahahaha. :P

Walaupun no senang tapi tetap tak ingat. Tak tahu kenapa. 

Sekarang dan seterusnya kalau datang sini lagi, dah tak payah bagi no phone lagi dah sebab dah ada buku kesihatan rasmi yang Vet sendiri bagi kat aku. Aku pun dah pernah tunjuk dalan entry yang lepas. Siapa yang tak pernah tengok entry tu, sila korek yek? 0_o

Kali ni datang, MokMok dapat turn yang ke 7. Tapi masa tu yang masuk dah no 4. Jadinya, takdelah lama mana kami nak kena tunggu. Yang si MokMok ni dalam sangkar dah buat muka seposen. Muka takde mood. Muka takut. Muka segala-galanya lah!

Bila sampai turn, seperti biasa ... MokMok akan keraskan badan dalam sangkar. Punya lah takut taknak keluar dari sangkar sampai memaksa Vet itu sendiri tarik dia keluar dan pujuk memujuk. Bila dah dapat keluarkan dari sangkar dengan cara memaksa, bolehlah nampak badan dia start bergegar-gegar. Kahkahkah.

Atau erti kata lain, shaking atau menggigil. Vibration. Mulalah tak keruan kucing aku tu. Kejap toleh kiri, kejap toleh kanan. Kali ni datang, MokMok kena dua injection sekaligus! Satu injection tu macam injection Rubella. Bagi protection and tambahkan antibodi dia. Then lagi satu tu, 3 in 1 punya injection untuk protect organ dalaman dia. 



Vet bersiap sedia untuk memasukkan vaksin ke dalam picagari. Dia pulak mata dah bulat!

Masa first time datang sini and dapat injection, dia takde nak meragam sangat tapi nampaknya kali ni, seakan meragam dan pandai rasa sakit. Mana taknya, lepas je Vet tu cucuk, terus dia cengih. Cengih ni bahasa utara. Maksudnya dia marah lah. Hehehe.



Masa ni cool lagi. Steady lagi tak marah. Tapi lepas Vet cabut injection tu .. apa lagi ...

Bila dah ambil injection ni untuk dia, lepas ni takde injection lagi dah. Injection yang sama ni kena ambil balik semula untuk tempoh setahun. So, tahun depan lah bawak dia lagi datang sini untuk treatment yang sama.

Jaga kucing ni sama macam jaga manusia. Siapa yang teramat cintakan makhluk berbulu begini, tahulah betapa kos untuk rawatan ini semua memang mahal tapi atas dasar suka dan sangat cinta, tak jadi hal lah! Hihihi. 

Kali ni datang, tak lupa untuk tanya perihal nak sunatkan si MokMok ni. Bukannya apa, kalau musim mengawan dia datang .. mak aiiiiiiii ... letih kau nak melayannnnnnnnn! Asyik dok mengiau jek memanjang buat suara nak mengawan. Boleh naik rimas okeiiii! 

Harga nak sunat memang sangatlahhhhhhhh boleh tahan. Nampaknya kena tunggu tahun depan jugaklah baru boleh sunat. Sekarang duit sangat terhad. Banyak untuk saving. InshaAllah, kalau ada rezeki si MokMok ni, sunatlah dia. 

Aku pulak eksaited nak tunggu dia disunatkan sebab kalau korang nak tahu, kucing kalau sunat atau dimandulkan, potensi untuk kucing korang jadi gemuk seperti garfield itu sangat tinggi ye kawan-kawan. Siapa yang taknak kucing gemuk dan sangat comel seperti Garfield kan? Dengan perot boroi, badan bulat ... geramnyaaaaaaaaaaaaaaaaa! 

Oh ya, berat MokMok dah naik nampaknya. Walaupun tak banyak tapi itu adalah perkembangan yang baik. Tee hee. ;)

Selamat berhujung minggu untuk korang di Malaysia. Selamat menyambut Hari Natal buat mereka yang menyambutnya. Hujung minggu aku dah tamat. Esok bermula hari biasa buat kami berdua kat sini. 

Jumpa lagi. Masalamah!

December 23, 2010

Di Sebalik Setiap Kedukaan, Kesedihan ... Pasti Akan Hadir Kegembiraan!



As'salam.

Harini di awal pagi, something made me feel soooooo sad! Aku benci betul bila perasaan macam ni datang. Like macam nak menangis tapi dah malas nak membazir masa nak menangis bagai. Sabar je lah wahai hati! =____=

Aaaaaaaaaaa ... aku tak boleh nak pikir sangat perkara tu, kang aku stress, lagi tak menjadi. ( demmit! ). I just totally hate it bila keadaan macam ni datang. Nanti mulalah hati tak keruan. Hati jadi tak tenteram.

Nasib baik ada game. Pujuk hati dengan senang hati main game kat Facebook. Laki aku terbongkang kat katil. Overdose makan ubat batuk. Si makhluk berbulu putih tu tadi dah bangun. Duduk depan aku bersihkan bulu. Tapi now dah masuk bilik balik. Nak sambung tidurlah tu! 0_o

Suppose aku dah tidur. Take a nap but because of this stupid feeling, aku terus tak jadi tidur. Ditambah pulak jiran bawah aku ni, pasang lagu macam dia sorang je ada sound system paling hebat kat area Al-Shatee ni. Nak lawan ke jiran? *emo*




Ahhhhhhh ... tapi disebalik kesedihan aku, datang kegembiraan. Aku super duper happy gila! Like macam budak dalam gambar atas tu. Rasa nak lompat dan lompat dan lompat!

Nak tahu kenapa?

I asked one of my friend ... aaaa ... sekarang jadi baik dengan dia. Dia memang baik tapi selalu malas makan. Juga selalu tidur lewat. Juga selalu salahkan kopi kalau dia tak boleh tidur dan dilanda imsonia. Ehemmmmmmm.

I asked her belikan aku fridge magnet and also HRC Shirt for hubs. I am soooooo excited okeiii as she was in US! Fida, i think rasa macam nak suruh Fida beli semua HRC Shirt yang ada dekat US or any country yang Fida pegi. Same goes with fridge magnet! 

" Will pay youuuuuu! Dengar takkkkk? Jangan nak mengada okeiiii! I gigit nanti. I ada gigi taring yang tajam okeiiii. You belum pernah kena gigit lagi dengan I tau. :P "

Can't wait to meet you by next year. I prayed may Allah will bring you & your mom here for Umrah! Hurrehhhhhhhhhhhhh~

See. I always believe in Allah. Everytime i feel soooooo down, Allah is always there for me. Alhamdulillah.

Now mood dah ok balik. Sekian.

December 22, 2010

Musim Berkebun Sudah Berlalu Tapi Tiba Pula Musim Membina Bandar.



As'salam.

Hi! Hi! Hi! Apa khabar korang semua? Sihat tak? How was your day and life? Just hope that each of you had a great day all the way. InshaAllah.

Heh! Harini update blog di malam hari lagi. Selalunya aku update blog siang hari tapi kenapa entah, lately ni aku jadi macam malasssssssssss tahap cipan nak update blog siang hari. Nak kata busy sangat tu, takdelah jugak. Tapi ... tu lah kan. Kalau penyakit malas dah datang, gitu lah ghupanya. T_T

Hah! Siapa dulu pernah terjebak dengan game berkebun kat FarmVille (FV)? Aku dulu addicted gilaaaaa okeiiii! Siap pengaruh budak-budak rumah main sekali. Tak puas budak rumah, aku pengaruh sepupu sepapat aku. Bhahahahahahaha! 

Tapi musim berkebun tak hot macam dulu dah. Sekarang mana ada dah orang berkebun. Yang tengah dok main lagi tu, maybe sebab baru jumpa game FV kot? Hihihi. Aku lama dah retired dari FV since aku dah sampai level 50 dan aku sendiri dah tak terkerjakan lagi dah dengan kebun aku yang besar gabak tu. Besar satu hal. Lepas tu, satu keja nak mengutip, membajak, menanam. Derghhhhhh ... tak kuasa okei! Letih!

Lepas FV, ahaaaaaaaaa ... sekarang muncul pulak CityVille. Seangkatan lah dengan FV. Satu company. Perghhhhhh ... sambutan game ni sama hangat macam FV dulu. Sekarang ni, kalau bukak Facebook jek, mesti penuh wall dengan post dari CV. Orang mintak tolong hantar itulah, inilah. Like FV like CV lah sekarang.

Dulu aku duk tengok je, sebab sekarang aku memberikan sepenuh perhatian dekat game Millionaire City tapi bila dah setiap hari hampir setiap masa, kengkawan aku asyik post benda yang sama, gatal lah aku pergi main. 

Sekali dah terjebak ... hambekkkkkkkkkk! Sekarang setiap jam dok nak bukak memanjang. Hukhukhuk. T_T

Game ni lebih kurang dengan Social City. Dulu aku main gak Social City tapi as usual, aku stopped. Semuanya sebab bila Social City nak upgrade sistem game dorang and buat Social City jadi lambat gila nak uploading. Lepas tu, asyik nak kena refresh jek. Jadi menyampahlah aku! 0_o

Terus aku stop! Tak cakap banyak. 

Tapi sekarang dah boleh tersenyumlah sebab aku dah jumpa pengganti Social City aku iaitu CityVille ni. Siapa yang tak join main lagi, sila-silalah yek! Tapi kalau korang dah addict, jangan salahkan aku! Hehehehehe.




Apapun, game ni memang best. Cuma payah sikit sebab kena ada energy untuk construct building, kutip hasil kebun, kutip hasil kedai. Energy tu pulak sikit jek. Kena tunggu. Leceh jugak. Tapi aaaahhhhhh ... apa nak kisahkan?

Sekarang aku baru nak masuk level 26 kot? Tak tahulah level berapa aku akan retired. Ada sorang sepupu aku sampai dah level 60. Siot betul! Geram aku. Semput sikit lah nak kejar. Aku nak kejar Allen kat game Millionaire City pun tak terkejar lagi sampai sekarang. Hukhukhuk.

Hahahaha. Paling kelakar, aku dengan Allen berjaya pengaruh Amal main sekali. Sekarang dia pulak semput nak kejar kiteorang. Kahkahkah.

Oh, Allen tunggu hari je sekarang. InshaAllah by 25 December ni, she will be admitted and the next day akan operate. Kena operate sebab baby breach. Baby taknak pusing. Nak taknak kena operate jugak. Apapun, sama-samalah doakan semoga semuanya selamat. I am so excited nak tengok hasil acuan muka Diddy & Allen. Mesti so comelllllllllll! Diddy hensem ( ehem ) , Allen pulak soooo gorgeous! 

Allen, wish you all the best! Semoga selamat semuanya okei? Jangan lupa tips tu. Jangan be so neves. Hiks. I know you can do it! Kalau gabra habis, gigit je kuku tangan ke, kuku kaki ke, mesti Allen okeiii punya! Muahahahahahahahaha. :P

Oklah. Nak sambung main game. Bye! Masalamah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...