December 6, 2010

Selamat Datang 1432H !




As'salam .

Sedikit info tentang Awal Muharram .

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam . Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi . Berlaku pada 1 Muharram dan ia merupaka hari pertama Takwim Hijrah .

Sekarang ni kalau kat Malaysia , mesti ada di kalangan korang yang dah baca Doa Akhir Tahun . Aku kat sini still menunggu lagi waktu untuk solat Asar masuk . Yang dah terlepas untuk baca Doa Akhir Tahun memang rugi lah sebab barangsiapa yang membaca Doa Akhir Tahun ini , maka syaitan akan berkata : "Hampalah kami di sepanjang tahun ini! " . 

Pada muka kauuuuuuu syaitan ! Hehehehehe .

Pastikan doa dibaca sebanyak 3 kali selepas korang selesai solat Asar . Itu yang paling afdal . Untuk menyambut kedatangan 1 Muharram pulak , korang baca Doa Awal Tahun . Juga dibaca 3 kali selepas korang selesai solat Maghrib . Kelebihan untuk Doa Awal Tahun ini pulak ialah InshaAllah akan terpelihara daripada gangguan dan godaan di sepanjang tahun itu . 

Lagi sekali ... padan muka kauuuu  syaitan ! Hehehehe . ( senyum )

Oh ya , apa azam korang sempena dah masuk Tahun Baru Islam ni ? Takpun apa penghijrahan yang korang nak buat sempena Tahun Baru Islam ni ? Ada ke takde langsung ? =______=

Macam aku , dulu aku penah berangan lah kan , setiap kali masuk 1 Muharram je , aku berangan nak pakai tudung . Aku nak berhijrah ke arah yang lebih baik . Almaklumlah ... Aku masa tu banyak dah sangat buat salah . Banyak sangat dah buat dosa kat Tuhan . Hukhukhuk . Sobs . T_T . Alhamdulillah , sekarang aku dah capai impian aku tu . Semoga tahun baru ni aku dapat menjadi yang lebih baik dari sebelumnya . 

Nak kata terlalu baik tu , tidaklah . Manalah ada manusia sempurna kan dalam dunia ni ? Cukup sekadar aku dapat jadi seorang Muslimah pada agamaku juga Tuhanku . Tak lupa jugak semoga aku dapat jadi isteri soleha buat laki ku itu . Hehehehe .


Salam Maal Hijrah 1432H !
Semoga kita semua terus dirahmati Allah SWT . InshaAllah .

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...