November 30, 2011

Awal Muharram & Rumah Baru

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Akhirnya urusan pindah rumah selesai. Rumah pun dalam masa 2 hari je dah siap kemas barang-barang yang utama. Yang lain cuma, barang-barang kecil dan nak top up sikit sana sini. 

Semangat rumah baru ni lain macam. Hehehe. Mana taknya, laki beriya hias sana sini nak cantikkan rumah. Aku rasa, dalam banyak rumah yang kami duduk, rumah ni lah yang paling beriya kami berdua nak top up macam-macam.

Kebetulan pulak, rumah ni, penyewa yang sebelumnya dah cat rumah ni dengan warna tema yang memang sangat kena dengan tema yang kami nak iaitu warna merah, putih dan hitam. Puas hati betul. Tak perlu nak buat kerja 2,3 kali.

Bersyukur jugak sebab dapat beli barang-barang perabut dari Majidah & Yazid yang balik Malaysia for good. Barang-barang yang dorang ada, semuanya dorang jual lump sump kat kami. Makanya, dapatlah kami jimat sikit untuk beberapa benda.

Paling suka, pastilah rumah baru sejuk sangat!!! Terlindung dari matahari. Sekarang ni musim sejuk, lagilah sejukkkkkkk rumah. Mok tu pun, sejak pindah rumah baru, memanjang je tidur. Tak bangun-bangun. Dari pagi sampai petang dok jadi gumpalan awan bawah katil. =__=

Harapan dan doa, cumalah, biarlah ini rumah terakhir yang kami tinggal. Tak larat dah nak pindah-randah lagi. Dah mengalahkan orang nomad dah rasanya. Tambahan, kalau pindah-randah dengan kerap sangat ni kan boleh buat perabut kita semua rosak. 

Laki siap cakap : " Ni misalannya kalaulah kena pindah lagi ke apa, memang ada perabut kena buang dah!. ". Memang betul pun cakap dia. Memang dah ada perabut kopak sana sini. Ni pun Alhamdulillah, masih boleh digunakan lagi.

Dan paling penting, kami berdua sambut Maal Hijrah di rumah baru. Sebelum masuk Maal Hijrah tu, masih sibuk lagi sebenarnya kemas rumah. Tapi bila waktu solat Asar dengan Maghrib tu, memang macam teruja semacam nak solat jemaah bersama disebabkan nak baca doa sama-sama.

Lagipun masa Maal Hijrah tahun lepas, 1 Muharram jatuh masa hari kerja dia. Makanya tahun baru tahun ni, bila Maal Hijrah jatuh hari hujung minggu, haruslah tidak melepaskan peluang. Semoga doa diterima Allah SWT. InshaAllah.

Azam baru tahun ni :
  1. Kalau boleh setiap hari nak solat tepat pada masanya. Macam masa buat Hajj haritu, sebelum azan, semua dah siap amik wudhu', solat sunat dulu. Bila azan, terus solat jemaah. Ni bila balik rumah, kejap boleh, kejap kang, kedaunggggg!
  2. Nak memperbanyakkan solat sunat. Kalau boleh, nak mengamalkan buat solat sunat dalam 12 rakaat. Sebab masa pergi Hajj haritu, ada ceramah. Dari ceramah tu aku baru tahu, sesiapa yang mengerjakan solat sunat dalam 12 rakaat setiap hari, Allah SWT menjanjikan Syurga Firdaus buat mereka yang mengamalkannya! Aku mahu ke Syurgaaaaaaaaaaaaa Allah!!!
  3. Mahu baca Quran setiap kali selesai solat Fardhu :  Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Setakat ni, baca lepas solat Maghrib atau Asar je dan kalau boleh, nak baca 100 ayat Quran dalam sehari. InshaAllah, aku bolehhhh!!!
  4. Mahu amalkan membaca surah Al-Baqarah setiap hari. Itu adalah petua untuk kerukunan rumah tangga. Kemudian nak amalkan baca Yassin setiap Khamis malam Jumaat dan juga surah Al-Mulk & As-Sajadah setiap malam. 
  5. Mahu berusaha terus kekalkan Iman, Hidayah & Taqwa kepadaNya.
  6. Dan paling akhir, haruslah ... jeng jeng jeng ... aku mohon supaya Allah SWT kurniakan rezeki anak buat kami berdua. InshaAllah. Segala usaha dan doa haruslah diteruskan seperti biasa. Tidak boleh berputus asa!
Semoga segala yang diazamkan dapat dicapai dan diamalkan sampai bila-bila. Salam Maal Hijrah buat semua.

Sekian. Masalamah!

November 22, 2011

Sistem Bekalan Air Di Arab Saudi



Assalamualaikum.

Dari malam tadi sampailah saat pindah Khamis pagi ni, rumah aku takkan ada air ataupun cerita yang tepat, rumah ni dah kehabisan bekalan air. 

Ni pun aku tak mandi lagi. Fikir banyak kali nak mandi. Walaupun laki aku gigih dah, pergi beli air mineral setong 6 gallon tu, aku macam tak sampai hati pulak nak guna untuk mandi semata walaupun memang itu niat dia beli. Nak bagi bini guna untuk cuci pinggan dan mandi. =___=

Kenapa aku cakap rumah ni dah kehabisan bekalan air?

Sebabnya, sistem bekalan air dekat Saudi ni tak macam dekat Malaysia. Kalau sistem bekalan air dekat Malaysia, air yang dah ditapis, terus disalurkan dari satu ke satu rumah. Tapi kat sini?


Ini contoh gambar macam mana lori air masukkan air dalam tangki bawah tanah bangunan

Kalau kau nak rumah kau ada air, kau yang kena panggil Lori Air datang rumah kau, hantar air satu lori. Rupa lorinya adalah seperti lori minyak. Kalau kat Malaysia, kita akan kerap nampak lori minyak seperti Shell, Petronas, Esso dan sebagainya, tapi kat sini rupa lori yang sama digunakan cuma bezanya, lori sini bawak air.

Kat sini, setiap masa kau akan jumpa lori air ni. Memang terpampanglah dekat shell lori tu akan tulis "Moya". Pastilah dalam Bahasa Arab. Aku tukar, tulis dalam Rumi. Hehehehe.

Kalau dekat sini, setiap rumah ke, apa jenis bangunan sekalipun, akan ada dua tempat tangki simpanan air di rumah iaitu di bawah rumah ( dalam tanah ) dan juga lagi satu, pastinya di bumbung rumah. 



Setiap masa kau kena memang tengoklah tangki air kau. Misalnya kalau dah nak kosong, memang kau sendiri kena uruskan panggil lori air datang hantar bekalan air. Setiap masa akan macam tu kat sini memandangkan kat sini memang tiada langsung bekalan air yang bersih yang boleh disalurkan terus pada setiap bangunan.

Nak bina empangan pun, memang kirim salam je lah! T_____T

Kat sini, kalau tak silap aku, sumber air adalah dari laut dan akan disedut dan ditapis sebelum di hantar ke kilang ke, apa entah nama tempat tu. Dari situlah, kalau mana-mana bangunan yang memerlukan bekalan air, baru dorang sedut bekalan air ke dalam lori dan lori pulak akan hantar bekalan air pada rumah yang memerlukannya.

Oh, kalau korang nak tahu, aku kat sini, kalau masak atau minum untuk kegunaan harian, memang biasanya akan beli air mineral sebab kalau nak guna direct dari paip, errr ... tak berapa baguslah untuk kesihatan. Tapi kalau mandi ke, nak amik wudu' ke apa ke, memang guna air paip je lah dan rasa air paip sini adalah masin ye. Nak rasa tak? Nah ... * hulur gelas berisi air paip *

Ni nak pindah, kalau nak telefon suruh isi air dalam tangki bawah, memang tak lah kan sebab aku pun nak pindah dah. Pandai betul Tuan Rumah ni isi tangki air kan? Mentang-mentanglah dia nak pindah, tak pikir pulak aku dengan laki aku yang dok menyewa atas rumah villa dia ni.

Sudahnya, pagi tadi, nak wudu' solat Subuh kan, Alhamdulillah, ngam-ngam air habis untuk wudu' aku dengan laki aku. Pagi tadi pun .. hehehe ... nasib baik laki aku bijak pergi turun bawah, mandi dekat paip bawah rumah. Itupun ngam-ngam jugak dia siap mandi, air pun habis.

Itu yang dia terus keluar pergi kedai beli air 2 tong ( 12 gallon ) untuk bagi bini dia guna buat mandi dan cuci pinggan. Masak? Oh tidakkk. Aku amik cuti harini. Heh.

Nampaknya, macam terpaksa je tidur rumah baru harini ataupun boleh jadi juga, mandi dekat sana nanti. Hmmm. Harap-harap semoga semuanya dipermudahkan olehNya. InshaAllah.

Sekian. Masalamah. Muah.


November 21, 2011

Kisah Muezza : Perkembangan Terbaru Mok


Assalamualaikum.

Harini Mok satu hari tak tidur! Dok termenung, bertenggek tepi tingkap tengok luar. Takpun kejap-kejap kang, dia turun main lari berkejar sana sini sorang-sorang. Kau kalau tengok dia main, macam 10 ekor kucing main sesama mereka.

Tapi ni sekor je. Macam mana tu? =___=

Mok ni kalau dah semangat mainnnnnn ... habis tunggang langgang rumah! Dengan karpet senget tunggang terbalik, dengan bunyi gedebuk gedebang lagi sebab dia kadang-kadang terlanggar sesuatu. Takpun bunyi barang jatuh. Cukuplah dia sekor main, dah cukup boleh buat rumah ni, macam aku bela kucing banyak sangat! T____T


Ni sejak aku tinggalkan dia lama dekat rumah sorang-sorang dan juga sejak aku hantar dia pergi saloon buat grooming, ada perubahan nampaknya. Bulu semakin gebuuuuuuu! Kadang sekali tengok, macam aku bela kambing biri-biri. Kadang jugak, kang kalau dia dok meleper baring atas lantai, aku dah rasa dia macam karpet bulu-bulu IKEA yang harga RM199 tu. Hahaha.

Sekarang ni, aku selalu je buli dia. Kadang-kadang kalau dia degil taknak dengar cakap aku, aku pukul bontot dia. Takpun kalau dia nak lari dari aku bersihkan telinga ke, apa ke, aku cekak dekat tengkuk dia. Nak lagi sarcasm, kalau aku lepas mandi ke, apa ke, kalau nampak dia dok baring leper atas lantai, aku selalu kesat-kesat tapak kaki aku dekat perut dia. Dah kata karpet bulu-bulu IKEA kan? Hahaha.


2,3 hari lepas, ada satu malam tu, mood dia sangatlah baikkkkkkk! Kejap-kejap posing bila nampak aku pegang iPhone aku. Kang aku berhenti, dia tengok lagi macam suruh amik gambar dia lagi. Itu yang ada sekali tu, aku upload gambar Mok sekali 4 dekat MukaBuku aku. Tapi sekarang aku mana ada MukaBuku dah. Dah settledown. Mungkin untuk sementara, dan juga mungkin untuk selamanya. Heh.

Oklah. Nak layan bola. Aku tahu semua dok tengah sedap layan bola sekarang ni sebab team Malaysia lawan Indonesia. You goooooo TIGERRRRRRR! #HarimauMalaya

Sekian. Masalamah. Muah!

Tinggal Hari Selasa & Rabu Sahaja ...


Assalamualaikum.

Harini dah hari Isnin. Tinggal hari Selasa dan Rabu sahaja lagi untuk tidur kat rumah sekarang ni. InshaAllah, hari Khamis pagi, barang-barang semua akan diangkat dan maka secara rasminya, kami berdua akan pindah rumah untuk kali ketiga. Phewwww!




Semalam, lepas Maghrib, lepas laki balik je dari kerja, terus bersiap ke rumah baru. Memandangkan mood aku pun dah seperti mahu kembali ke asal, makanya, program mencuci rumah haruslah dilaksanakan!

Dan semalam juga, aku angkut Mok pergi rumah baru! Saja nak biasakan dia dengan bau rumah baru. Tambahan pula, kesian dekat dia. Sejak sibuk ke sana sini, Mok asyik kena tinggal je sorang-sorang kat rumah. =___=

Itupun nasib baik semalam proses nak 'tangkap dan kurung' masuk sangkar carriage dia mudah! Hehehe. Serik pulak nak biar dia lepas dalam kereta sebab nanti bulu dia semua terbang pusing-pusing dalam kereta. Aku kan masih tak sihat lagi. Maka ada baiknya biarkan dia dalam sangkar carriage tu je.

Alhamdulillah. Malam semalam, sampai je rumah baru, terus mengemas rumah. Agenda utama semalam, pastilah aktiviti menyapu, men'vacuum' dan juga mengemop lantai. Faham je lah. Kat sini, memang cepat berhabuk. Bukan habuk sangat pun cuba cepat berpasir sikit. Itupun semalam memang dah kotor sangat sampai mula-mula dah sapu pun, kena vacuum dan mop lantai pun sampai aku ulang dua kali.

Tahap kotor tu sampai mop aku dari putih suci debu jadi hitam legam. =____=

Laki pulak sibuk fix sana sini dalam rumah. Laki I multi-tasking okay? Segala kerja boleh buat. Dari bahagian electrical, pasang lampu lah, pasang jamban lah dan juga sampailah ke kerja menyental dapur, dia memanglah juara! * peluk cium pipi *

Lepas aku selesai urusan sapu, vacuum dan mop lantai, aku teruskan pulak kerja menyental bilik air. Dua-dua bilik air aku dok sental cuma bila dah kat bilik air kedua dalam bilik utama, bab nak menyental tab mandi, aku terus beralah. Tak larat dah! Sebab pinggang aku dah buat hal. T____T

Nak beriya-iya kemas sangat pun tak boleh juga sebab tengah belum sihat sepenuhnya lagi ni, alahaiii ... seksa! Semalam masa laki dok menyental dapur dengan Mr Muscle tu pun, aku dah termengah-mengah sebab benda alah tu, Allah ... bau bahan kimia dia cukuplahhhhhhh!!! Cukup untuk buat aku sesak nafas. =____=

Harini taktau lagi nak pergi lagi ke tak kemas rumah. Tapi nampaknya macam pergi je sebab laki aku dah sibuk dok angkut speaker Harmon Kardon dia tengahari tadi. Hmmm.

Sekian. Masalamah. Muah!

November 20, 2011

Teman-Teman Paling Baik Di Kala Susah Hati

Assalamualaikum.

2, 3 hari ni, emosi memang out habis! Banyak benda yang datang secara bertimpa-timpa yang pada akhirnya, aku jadi tewas dan menangis sendirian. 2, 3 hari, emosi tetap sama yang pada akhirnya, semalam aku mengambil keputusan untuk keluar rumah juga mencari sesuatu.

Sesuatu yang boleh aku kata adalah teman-teman paling baik aku kala aku ditimpa kesusahan, kesedihan. Aahhhh .. bukan balik Malaysia pun cari teman-teman baik cuma keluar pergi Panda HyperMarket je sebab ada di kalangan teman-teman paling baik aku memang senang sangat nak dijumpai di hypermarket begitu.

Ya, aku sangat cintakan makanan yang bernama coklat dan juga aiskrim. Benda yang aku tak pernah lupa dan tak pernah tinggal dari dulu sampailah sekarang ni. Sangat diperlukan lagi-lagi bila emosi memang hilang entah ke mana.

Pertama sekali, mari aku kenal teman aku paling baik yang paling baru iaitu Galaxy coklat!


Siapa pernah jumpa Galaxy Coklat ni dekat Malaysia? 0_o

Serius aku cakap, coklat Galaxy ni memang sedap ya ampunnnnn! Lebih sedap dari Ferrero Roche dan juga Cadbury Milk! Sungguh aku tak tipu. Jatuh cinta dengan Galaxy ni sejak datang sini lah. 

Mana taknya, kejap-kejap keluar iklan kat TV : " Galaxy Chocolata ... bla bla bla ... sambil sorang perempuan baring penuh ghairah makan coklat macam ghairahnya dia dapat senggama dengan manusia yang berlainan jantina. " =___= 

Kalau dah sehari mengadap iklan yang sama berpuluh kali, haruslah aku terpengaruh. Sekali dah rasa, Allah .. sedapnya! Hmmm ... hmmm ... jilat bibir atas bawah. *sila bayangkan* Hikhikhik.

Tapi semalam aku tak amik coklat pun. Aku beli aiskrim bar Galaxy. Sampai tamak, aku amik 2. Habis bayar, dua-dua aku balun sebelum gerak balik dari Panda Hypermarket. =__=

Dan yang kedua ialah ...


Oh, Kinder Bueno yang dari dulu sampai sekarang, rasanyaaaaaaaaaaaaaa .. tidak pernah mengecewakannnn akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ku ku ku ku ku ku !!!! 

Tapi kat Malaysia, coklat ni mahal. Dekat RM4 kan satu bar? Tapi dekat sini, aku boleh senang hati amik sebab biasanya Panda Hypermarket selalu buat promosi. Beli 3 bar cuma 7 riyal! Cuma semalam, aku tak beli yang bar, aku beli packaging dia yang baru yang dia packing macam gula-gula tu. 

Dah gatal-gatal belek-belek Kinder Bueno, terpandang pulak rak coklat Cadbury Milk! Itupun aku pikir 2, 3 kali jugak nak amik ke tak sebab rasa macam banyak dah je coklat yang aku amik.


Tapi disebabkan aku pegang peribahasa baru iaitu : " Orang tamak selalu untung! " ... makanya aku amik jugak Cadbury Milk Bar. Tapi aku amik bar yang kecik je. 

Oh ya, Cadbury Milk coklat ni sangat mahal ye kat sini. Brand Cadbury Milk dikategorikan barang-barang yang diimport. Kalau kat Panda Hypermarket tu memang akan ada sudut rak 'Imported product'.

Harga memang wowwwwwwww! Mengancam habissss! Kau boleh bayangkan tak bila harga Cadbury Milk yang bar besar tu harganya boleh cecah hampir 30 riyal? Kau agak kau nak beli? Padahal balik Malaysia, less than RM10 boleh dapat! Riyal dengan Ringgit Malaysia tak jauh pun nilai harganya. Lebih kurang sama je.

Dah puas dekat setengah jam dekat rak coklat-coklat dan memborong segala coklat kesukaan, baru aku reti ajak laki pergi buat pembayaran segala barang yang aku beli.

Selesai urusan dekat Panda Hypermarket, terus laki aku ajak makan luar. Pertama kali cuba makan dekat American Corner. Alhamdulillah, memang puas hati dan buat aku rasa paling puas hati pada tahap yang maksima adalah apabila ....


Iya, Apabila dapat menikmati hidangan Banana Split bersama aiskrim Baskin Robbin berperisa Vanilla, Coklat dan juga Strawberry. Tak sia-sia datang restoran ni. Seakan paham yang aku memang memerlukan aiskrim Baskin Robbin juga dikala emosi yang hilang entah ke mana ni.

Harap-harap, emosi aku akan kembali seperti biasa dan oh ya, dengan ini aku mengumumkan bahawasanya, aku secara rasmi telah menutup akaun MukaBuku aku memandangkan aku rasa banyak perkara-perkara yang melukakan untuk dilihat dan juga dibaca. Malah pada pendapat aku, hala tuju MukaBuku seakan makin mengarut dan mengandungi banyak perkara-perkara yang lucah! 

Dari dosa aku bertambah-tambah, baiklah aku elakkan! Ye tak?

Makanya, sekarang ni, Social Network aku cuma pada blogging dan Twitter sahaja. Itu dah cukup membahagiakan aku.

Jaga diri semua dan selamat berhujung minggu!

Sekian. Masalamah. Muah!

November 15, 2011

Video Ceramah Sheikh Yusuf Estes Di Dubai - Lihatlah KebesaranNya! AllahuAkbar!

Assalamualaikum.

Aku terjumpa video yang sangat-sangat menarik untuk dikongsikan. Tolong lihat dan saksikan sendiri kebesaran Allah SWT. Sesungguhnya DIA akan memilih sesiapa sahaja untuk mengikut perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya dan juga mengakui bahawa Allah SWT adalah Tuhan Yang Satu dan Nabi Muhammad SAW adalah pesuruhNya.
Subhanallah. Allahuakbar. Alhamdulillah.





Semoga mereka iaini semua saudara baru baik yang di dalam video ini atau di seluruh dunia, semoga mereka terus dibimbing untuk mencari kebenaran tentang agama Allah SWT yang satu.

Bimbinglah mereka untuk sentiasa kekal dalam iman, hidayah dan taqwa kepadaNya. Semoga mereka terus istiqamah dan menemui lagi kebenaran-kebenaran yang hakiki mengenai Allah SWT. Semoga mereka terus dilindungi dan sentiasa di dalam barakahNya. InshaAllah.

Buat mereka yang sememangnya dilahirkan sebagai seorang yang beragama Islam, panjatkanlah rasa syukur kerana yang pastinya kita sudah merasa keindahan agama Allah SWT saat kita masih lagi di dalam perut dan rahim wanita yang mengandung dan melahirkan kita.

Ingatlah, tolong jangan terus leka dengan hal duniawi. Tolong jangan terus jadi buta mata dan buta hati dengan segala perintah dan laranganNya. Hidayah, iman, taqwa, ilmu tentang agama dari Allah SWT adalah benda yang harus kita sendiri usaha untuk mencarinya.

Dan bukannya dengan sewenangnya menyebut : " Belum sampai hidayah, belum sampai seru atau sebagainya lagi ... "

Kerana, kita hidup di dunia ini hanya sementara. Mati itu pasti. Tepuk dada, tanyalah pada diri sendiri : " Adakah kita bekalan kita sudah cukup untuk menghadap Ilahi? " . Kerana sebagai manusia yang mengakui kebesaran Allah SWT, tidak kiralah muda atau tua, kita hendaklah sentiasa bersedia untuk kembali kepadaNya.

AllahuRabbi. Kau lindungi kami semua. Kau ampunkanlah segala dosa kami. Kau permudahkanlah urusan kami di dunia dan di Akhirat. Sesungguhnya hanya Engkau yang Mengetahui segalanya. Amin. Amin. Amin.

Sekian. Masalamah. Muah!

Perjalanan Menunaikan Rukun Islam Yang Kelima - Sesi Kursus dan Ceramah Berkaitan Hajj


Assalamualaikum.

Sebelum pergi Hajj haritu, ada dua sesi Kursus Hajj dengan Ceramah Perdana berkaitan Hajj kami pergi. Yang Kursus Hajj tu, kami tahu pun saat-saat akhir. Dahlah kena booking dulu. Nasib baik, masa booking tu orang tak penuh lagi. Selamat dan syukur sebab masih ada rezeki nak join. Untuk Ceramah Perdana tu pulak, memang terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang tinggal di Saudi.


Yang Pertama

Kursus Hajj Perdana 2011
Anjuran Kelab Malaysia Jeddah
Bertempat di : Dewan Reeman, Old Makkah Road
Tarikh/Hari/Waktu : 14 Oktober 2011/Jumaat/4pm-9pm
Penceramah : Tuan BadrulHisyam Tuan Soh ( Pelajar Tahun Akhir Kuliah Pengajian Kehakiman dan Undang-undang Syariah, Universiti Umm Al-Qura, Makkah )

Ok. Kursus Perdana Hajj yang ni memang serius sangat best! Dengan penceramahnya yang ... ehemm ... MashaAllah sangat kacak! Dahlah kacak, tinggi ilmu agama, untung betul isteri dan anak dia. Eh? Hihihi.

Sepanjang kursus ni memang tak membosankanlah sebab Ustaz Badrul ni, permulaan ceramah memang nampak macam serius je. Tapi lama-lama tu, hmmm ... boleh tahan jugak dia dengan lawak dia yang .. adoiiiii ...

Dahlah suka buat lawak. Lepas tu, orang yang datang dah ketawa gelak semua, muka dia selamba je macam takde apa. Kahkahkah.

Sekali sekala hadir majlis ilmu macam ni, memang amatlah menenangkan hati, mententeramkan jiwa. Seronok sangat duduk, dengar dan belajar pasal agama kita sendiri. Memang best! 











Akhir Kursus, ada sesi soal jawab apa sahaja berkaitan Hajj. Seronok masa sesi soal jawab ni sebab banyak benda yang aku nak tahu sangat, aku dah jelas dah sekarang ni. Alhamdulillah.
Sebelum masing-masing balik, semua isi perut dengan Nasi Beriani yang dimasak oleh Kak Ina. Gila sedappppp! Menyesal tak tambah!

Sebenarnya memang ada niat nak tambah tapiiiii ... tapiiii ... kiteorang takut nanti makanan tak cukup! Tapiiii ... bila dah habis makan, dah cuci tangan, Kak Ina bagitahu yang makanan banyak lagiii! Huaaaaaaa ... tiada rezeki nampaknya! T____T


Yang Kedua

Ceramah Perdana : Bagaimana Mendapat Hajj Mabrur & Bagaimana Mengekalkan Kemabruran Hajj
Anjuran Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah dengan kerjasama Tabung Haji 
Bertempat di : Perkarangan Konsulat Jeneral Malaysia
Tarikh/Hari/Waktu : 20 Oktober 2011/Khamis/8malam
Ahli-ahli Panel Penceramah :  
  1. Yang Bahagia Dato' Hassan Ahmad (Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji Tabung Haji/JAKIM)
  2. Yang Bahagia Dato' Noh Gadut (Ahli JawatanKuasa Penasihat Ibadat Haji)
  3. Ustaz Zambri Zainol Abdin (Moderator)

Errr ... untuk sesi Ceramah Perdana ni, pada aku, masa Ustaz Dato' Hassan bagi ceramah sangat mengantuk dan sangat-sangat .. hmmm .. entahlah. Langsung tak berkenan dengan isi kandungan ceramah dia dan jangan terkejut kalau aku cakap yang dia bagi ceramah sambil baca kertas. Macam baca skrip! =_=

Bila Ustaz Dato' Noh Gadut punya giliran pulak bagi ceramah, boleh nampak sangat perbezaannya bila para hadirin semua bertukar muka ceria dan seperti nak Ustaz Dato' Noh Gadut tu je bagi ceramah sampai tamat masanya. Heh.









Ceramah Perdana ni habis lambat jugaklah. Dekat pukul 11malam. Habis ceramah, apa lagilah kan kalau bukan sesi makan. 

Oh ya, masa Kursus Perdana Haji 2011 tu, masa dah nak dekat habis, tetiba boleh pulak ada krew Astro Oasis datang buat liputan. Untuk Ceramah Perdana ni pulak, krew TV3 dengan TV Al-Hijrah buat liputan jugak tentang Hajj.

Untuk dua-dua majlis ilmu yang aku hadir ni, pada pandangan aku, ikhlas aku katakan, aku lebih suka Ustaz Tuan Badrul punya cara penyampaian berbanding dengan Ahli-ahli panel ceramah dekat Konsulat General Malaysia.

Sebabnya? Hanya Allah SWT sahaja yang tahu kenapa aku berkata begitu. Senyum.

Sekian. Masalamah. Muah!

Pindah Rumah Untuk Kali Yang Ketiga


Assalamualaikum.

Iya. Lepas balik je dari urusan menunaikan Rukun Islam Kelima, kami berdua sibuk pulak ke sana sini mencari apartment baru. 

Alhamdulillah. Urusan kami dipermudahkankan walaupun pada mulanya dan pada hakikatnya, banyak saja dugaan, halangan dan rintangan yang Allah SWT turunkan buat kami berdua. Tapi berkat kesabaran dan juga mungkin kadangkala sifat pasrah diri dan berserah pada Yang Esa, buat DIA mempermudahkan jalan kami pada akhirnya. Terima kasih Tuhan.



Untuk kali ni, adalah kali ketiga kami berdua akan berpindah rumah. Kalau pertama kali dulu adalah sebab memang terpaksa pindah memandangkan rumah pertama dulu mengalamai kebocoran yang amat teruk gara-gara sistem water proofing yang tidak berapa baik dekat sini.

Dan bila pindah ke rumah kedua pulak iaitu rumah sekarang ni, Tuan Rumah pulak, perangainya. Allah ... sangat menguji kesabaran dan keimanan. Sampai satu tahap, aku rasa kalau aku berdepan dengan Tuan Rumah ni, mahu aku bagi lempang sedas dekat dia! 

Perangai adalah sangat keji Tuan Rumah ni. Sayang sungguh. Solat mungkin tidak pernah tinggal. Tasbih selalu di tangan tapi sifat kemanusiaan, sifat peribadi jauh sangat terpesong. Sedih betul. T___T

Beginilah nasib hidup di perantauan. Memang banyak pengalaman dan pengajaran yang diperolehi bila hidup di tempat orang. Bermacam ragam manusia yang memang kita akan hadapi.

Alkisahnya berkenan Tuan Rumah ni, dia mungkin kehabisan duit atau punya masalah kewangan atau apa sajalah sekali pun sampai tahap dia dah jual rumah dia ni. Padahal kalau ikut perjanjian kontrak rumah yang telah dibuat, kami boleh tinggal di rumah sekarang ni sampailah bulan Januari tahun depan.

Tup tup tanpa perkhabaran dengan jelas, dah nampak dia dok mengangkut barang-barang rumah dia sikit demi sedikit. Semua dia bawak sampailah dia sendiri berterus-terang yang dia dah jual rumah dia ni. 

Dulu masa kami baru sewa, bab mintak duit sewa rumah in advance, memang cepat je. Kalau haritu dia mintak, haritu jugak dia nak duit. Tak sabar-sabar nak tunggu hari esok atau bulan depan ke. Mesti nak jugak, tak kira apa keadaan sekalipun.

Tapi bila kami mintak balik duit sewa rumah 2 bulan yang telah kami bayar awal iaitu bulan Disember dan Januari 2012, dia pulak berdolak-dalik. Kejap kata sibuk dengan urusan pejabat, kemudian bila telefon lagi, keluar pula suara sedih dan memberitahu yang isterinya sakit. Entah betul, entah tidak. Wallahualam.

Haritu bila bagitau laki aku dah jual rumah sampai 2 juta Riyal, takkan lah nak bayar balik dekat kami 3k pun takde duit langsung? Mana duit kau pergi? Kau pam dalam tandas ke? Ke kau dah tabur dari helikopter dekat Somalia? =_=

Senang je dia bagi alasan untuk mengelak : " I don't have money. Can I pay 2700 first then will make a second payment? ".

Wah!  Cantik budi bahasa kau kan? Apa perasan kau sekarang ni bila laki aku asyik telefon kau untuk bertanya perihal duit sama seperti mana yang kau buat dulu waktu kau nak duit dari laki aku? "I want 5500 for advance by today. Will take it from you after your office hour. " Peh! Peh! Cantik kau muka kau?

Sekarang apa cerita? Kau tahu kan hidup ni ibarat putaran roda. Sekejap kau akan berada pada pusingan atas dan kemudian pula, kau boleh akan berada pada bahagian bawah putaran roda. Kan?

Harap-harap, duit dan hak kami berdua dapat dikembalikan. Aku berdoa, semoga Allah SWT permudahkan segalanya. Semoga rezeki masih berpihak pada kami. 

Kesian dah aku tengok laki aku. Stress dibuatnya. Mintak duit sendiri pun dah seperti seakan mengemis pada orang lain. =_=

Alhamdulillah. Nasib baik rumah sewa baru ni kami dapat pada saat-saat akhir. Mana taknya, sebab sebelum ni, dah janji nak amik rumah satu tu tapi owner rumah tu pulak tiba-tiba dah bagi pada orang lain. 

Terpaksa cari balik rumah baru lagi. Nasib baik laki aku ni ada banyak contact dan ada simpan banyak nombor rumah untuk disewa.  Hihihi. Bagus juga bila dia sendiri punya ramai kawan-kawan Saudi dekat sini. Ramai yang menolong. Alhamdulillah.

Tapi pada aku, dia tetap yang paling beriya berusaha buat yang terbaik. Terima kasih Biebie. Muah! Muah!

InshaAllah, kami mungkin akan pindah pada awal Muharram atau boleh jadi, lebih awal dari tu. Aku dah tahap menyampah dah nak duduk rumah sekarang ni! Kalau Tuan Rumah sekarang ni lari dan taknak bayar duit tu, memang duit tu tak akan dihalalkan. Hutang tetap hutang. Kau jawablah nanti dekat Padang Masyar! Heh.

Doa aku, semoga ini kali ini adalah kali yang terakhir kami pindah rumah dekat Jeddah ni ha! Tak larat woiiiiii nak packing, unpacking banyak kali. Hihihi.

Sekian. Masalamah. Muah!

Dari Jeddah :
  • Nanti aku usaha ya update entri berkenaan perjalanan Hajj kami. Aku akan cuba buat yang terbaik. Banyak entri yang pending sebenarnya ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...