November 15, 2011

Video Ceramah Sheikh Yusuf Estes Di Dubai - Lihatlah KebesaranNya! AllahuAkbar!

Assalamualaikum.

Aku terjumpa video yang sangat-sangat menarik untuk dikongsikan. Tolong lihat dan saksikan sendiri kebesaran Allah SWT. Sesungguhnya DIA akan memilih sesiapa sahaja untuk mengikut perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya dan juga mengakui bahawa Allah SWT adalah Tuhan Yang Satu dan Nabi Muhammad SAW adalah pesuruhNya.
Subhanallah. Allahuakbar. Alhamdulillah.





Semoga mereka iaini semua saudara baru baik yang di dalam video ini atau di seluruh dunia, semoga mereka terus dibimbing untuk mencari kebenaran tentang agama Allah SWT yang satu.

Bimbinglah mereka untuk sentiasa kekal dalam iman, hidayah dan taqwa kepadaNya. Semoga mereka terus istiqamah dan menemui lagi kebenaran-kebenaran yang hakiki mengenai Allah SWT. Semoga mereka terus dilindungi dan sentiasa di dalam barakahNya. InshaAllah.

Buat mereka yang sememangnya dilahirkan sebagai seorang yang beragama Islam, panjatkanlah rasa syukur kerana yang pastinya kita sudah merasa keindahan agama Allah SWT saat kita masih lagi di dalam perut dan rahim wanita yang mengandung dan melahirkan kita.

Ingatlah, tolong jangan terus leka dengan hal duniawi. Tolong jangan terus jadi buta mata dan buta hati dengan segala perintah dan laranganNya. Hidayah, iman, taqwa, ilmu tentang agama dari Allah SWT adalah benda yang harus kita sendiri usaha untuk mencarinya.

Dan bukannya dengan sewenangnya menyebut : " Belum sampai hidayah, belum sampai seru atau sebagainya lagi ... "

Kerana, kita hidup di dunia ini hanya sementara. Mati itu pasti. Tepuk dada, tanyalah pada diri sendiri : " Adakah kita bekalan kita sudah cukup untuk menghadap Ilahi? " . Kerana sebagai manusia yang mengakui kebesaran Allah SWT, tidak kiralah muda atau tua, kita hendaklah sentiasa bersedia untuk kembali kepadaNya.

AllahuRabbi. Kau lindungi kami semua. Kau ampunkanlah segala dosa kami. Kau permudahkanlah urusan kami di dunia dan di Akhirat. Sesungguhnya hanya Engkau yang Mengetahui segalanya. Amin. Amin. Amin.

Sekian. Masalamah. Muah!

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...