October 31, 2010

Trendy Tapi Masih Sopan !



Najjah - Butik Pakaian Muslimah .

Aku rasa , tahun lepas ... brand Ariani memang naik gila-gila . Tapi sekarang aku perasan yang brand Ariani macam dah suam-suam kuku . Gila jugak aku dulu memborong tudung kat Ariani . Boleh kata dari yang corak , plain sampai lah ada batu kilat-kilat tu . Mahal tak payah cakap lah tapi bila pikir balik , apa salahnya melabur untuk menutup aurat yang memang tuntutan dalam Islam , terus aku jadi ... ok , tak pe . Tak rasa membazir kat situ . =____=

Lepas dah slow dengan Ariani , masa kat Jeddah ni lah , aku terjumpa satu brand seakan Ariani cuma beza and kelebihan brand ni pada fesyen yang mereka ada dari Ariani adalah brand ni bukan jual tudung semata tapi ada jubah and top muslimah . Mean sopan dan sejuk mata memandang . Takdelah serupa macam tak payah pakai tudung maksudnya yek .

Bukannya apa , sekarang aku tengoklah ... memang ramai perempuan dah berjinak dengan pemakaian tudung tapi paling sedih bila ada yang bertudung tapi pakaian serupa dah macam tak payah pakai tudung . Aku taknak tekankan sangat isu ni . Nanti kene banned pulak . Tapi sendiri fikirlah . Heh heh heh .

Sejak aku kenal dengan brand Najjah ni , aku terus jadi suka sangat . Tak tahu kenapa . Sebelum nak raya baru-baru ni , aku sampai order jauh tu dari Jeddah semata nak sediakan tudung untuk raya . Siap mintak tolong mak aku bayarkan dulu lagi . Tak pikir apa dah masa tu sebab dah suka sangat ! Mak aku sampai jadi pelik tengok stock tudung dengan inner berlambak-lambak aku order dari Najjah . :P



Twitter aku malam ni lepas view website Najjah untuk entah ke berape kali .

Tapi serius lah . Aku memang suka dengan segala apa produk Najjah . Semuanya bagi aku sangat wow ! Harga memang ada yang murah dan mahal . Tapi berbaloi lah kan . So far , bagi aku semuanya harga berpatutan . Tak lebih dari rm500 , kira ok lagi lah kan ? Shawl ke , tudung ke , paling mahal pun setakat rm99 . Kalau macam kat Ariani tu , ada yang sampai ... fuhhhhhh ... berpeluh nak bayar ! :p

Malam ni , aku gatal pegi view website Najjah lagi . Entah untuk ke berapa kali pun aku tak tahu . Tapi serasa aku lah , kalau aku tengok banyak kali pun , takpe ... sebab aku suke . Mungkin sebab produk dorang yang memang pada mata aku sangat gorgeous or model Farah Deeba yang sememangnya korang tahu sangat cantik ! Huhuhuhu .

Aku ni nasiblah duduk nun jauh kat sini . Ini kalau duduk kat Malaysia , mahu aku borong segala apa yang aku suka dekat Najjah ni ! Geram je rasa tengok produk dorang ni . Makan hati aku macam ni . Terpaksa memendam perasaan untuk 10 tahun lagi . Erk ?! :(

Nasib lah ada balik untuk raya . At least , aku ada alasan nak beli tudung ke , shawl ke or dress sekalipun . Yelah ... nak 'mengikis' duit suami sekalipun , kenelah ada reason yang kukuh . Betul tak ? Isk isk isk ... ape nak jadi ni nak 'mengikis' duit suami ? Huhuhuhu . Alahhh ... sebenarnya takde istilah 'mengikis' pun tapi orang luar je suka cakap aku ni suka 'mengikis' duit laki aku . Who cares ? Kata suami kan . Tanggungjawab suami kan salah satunya menyediakan keperluan pakaian untuk isteri . Lagi pulak , benda tu semua untuk laki aku . Bukan untuk orang lain . Tambah lagi , sekarang ni ... kalau aku keluar simple without eyeliner ke , laki aku pandai dah bersuara :

" Eyh , kenapa comot sangat ni ? " ... tettttttttt !

Baru malam ni , aku sempat view lama sikit fesyen yang ada kat Najjah . Meh aku tunjuk mana yang aku sangat berkenan di hati . Kalau ada rezeki lebih , I nak semualah biebie ! Bolehhhh ???



Shawl Najjah . Almost beli but tak jadi due to dah beli inner banyak sangat .



Bawal Najjah . See ? Lain dari lain kan . Bawal ni curve . Paling penting beads tu !



Syria Exclusive Najjah . Ni aku beli . Dua helai . Pink & Purple . Cantik kan ?

Selain tudung , Najjah provide jugak produk Jubah/Dress Muslimah :



Simple . Sopan . Labuh . Loosy .



Jubah ni mahal tapi cantik ! Mungkin sebab beads kat tangan & leher .



Baju kurung . Lain dari lain jugak . Kain kembang . Suka ! :)



Baju kurung corak .



Still . Another fesyen baju kurung from Najjah . Baju plain , kain corak .



I heart this Jubah so much ! Oh nooooooooooo .... =____=


Tengok tops pulak :



Top ni nampak macam caftan tapi tak sebenarnya .




Above : Both top lebih kurang sama cuma satu plain , satu stripe .

The most important : Their tops semua labuh tutup bontot . Yelah . Kata pakai tudung . Pakai tudung , kenalah sopan . Mana boleh pakai tudung tapi baju singkat nampak bontot . Lagi aku tak paham , pakai tudung tapi baju singkat nampak bontot yang dah ketat semedang ikut ketat seluar yang dipakai tuh . Kadang-kadang , rasa macam nak bagi selendang kat orang macam ni biar tutup sikit kawasan berbukit belakang itu . Tsk tsk tsk . =____=



Aku suka pants ni . Besar and longgar .

Sekarang ni , rasanya aku dah tak nak beli seluar jeans dah . Aku nak kumpul seluar macam ni . Barulah berbaloi . Sopan pun sopan . Boleh je pakai dengan tops yang aku ada . Still gorgeous kan ?

Mulai sekarang , nak berangan bila boleh dapat semua baju di atas . Buat Azman yang sekarang setiap hari rajin bukak blog bini kesayangan , sila jangan buat tak paham yek . Sekian . :P

Khatam Al-Quran .


Salam .

Alhamdulillah . Hari ni , lepas solat Zuhur , aku berjaya mencapai kejayaan peribadi . Khatam Al-Quran . Masa bulan Ramadhan hari tu , aku memang bercita-cita tinggi nak khatamkan membaca Al-Quran bila habis Ramadhan tapi disebabkan kadang-kadang kaum perempuan mempunyai perkara yang tidak boleh dielakkan , cita-cita tu tak kesampaian . Sigh ...

Bila dah khatam ni , teringat pulak zaman kanak-kanak dulu . Masa aku dah pindah Johor dan menumpang duduk rumah nenek kat Kampung Bendahara , mak hantar aku belajar mengaji dekat rumah Ibu . Memang sume panggil Ibu . Panggil Ayah . Satu kampung tu , kalau sebut Ibu ke Ayah ke , mesti tahu punyalah siapa . Lagi pulak , Ayah ketua kampung . Ada anak sebaya aku . Kembar tak seiras . Lelaki . Tapi umur sorang kembar tu tak panjang , meninggal sebab eksiden masa umur aku 17 tahun agaknya kalau tak silap ...

Cerita pasal khatam ni , dulu , sesiapa yang belajar mengaji dekat rumah Ayah dengan Ibu dah khatam Al-Quran , mesti ada wat majlis doa selamat . Bolehlah . Masa tu , bagi aku dengan yang lain kira bestlah sebab kalau ada majlis khatam Al-Quran , mesti takde kelas mengaji . Setakat datang , memeriahkan majlis , ada makan pulut kuning dengan rendang daging ( yummy ... sedapnya . Favourite aku ni . ) . Memang bestlah ! Kata budak kecik kan ...

Masa tu , Alhamdulillah aku khatam Al-Quran . Jadinya , mak pun ada buat majlis untuk aku . Hantar pulut kuning dengan packing gula-gula dalam plastik bagi budak-budak lain makan . Malam tu pun sama . Ada juga majlis . Kiranya satu hari memang takda kelas mengaji tapi rumah Ibu dan Ayah sebab budak-budak kelas mengaji semua sakan main keliling rumah . Tee hee . :))

Bila dah besar gabak ni khatam Al-Quran , takdelah nak buat majlis meriah macam zaman budak kecik tu . Kalau khatam bila kita dah dewasa ni kira kejayaan peribadi lah antara kita dengan Pencipta kita . Sekadar baca doa sendiri .

Tak rugi sebenarnya , kita sebagai umat Islam membaca Al-Quran setiap hari . Selain untuk menerangkan hati , Al-Quran itu sendiri memang jiwa untuk segalanya pada umat Islam di muka bumi . InsyaALLAH , jika lidah kita tidak pernah putus untuk mengalunkan irama indah susunan Pencipta di dalam satu-satunya kitab agung pada umat Islam , hati kita akan sentiasa tenang dan damai . Juga buat kita rasa dekat denganNYA .

Mungkin ada dikalangan kita termasuk aku lah tu , walaupun tidak faham ertinya , tidak jua belum mengerti pengajarannya tapi tanpa kita sedari , ayat-ayat yang selalu kita lantunkan itu boleh membuatkan hati kita bersih dari noda-noda kehidupan dan juga dari buruknya sifat-sifat makhluk fana yang mungkin ada dalam hati kita . Kitab Al-Quran adalah alat pembersih hati setiap manusia di dunia ini .

Semoga aku terus dibimbing olehNYA untuk terus mengalunkan firman-firmanNYA di dalam Al-Quran sehingga akhir hayatku . InsyaALLAH .

Allah SWT berfirman :

Barangsiapa yang membaca kurang dari 10 ayat Al-Quran setiap hari , sesungguhnya dia tergolong di dalam manusia yang lalai . Nauzubillah !

Bacalah Al-Quran paling sedikit pun satu muka setiap hari and you won't regret it at all . Trust me . May ALLAH bless each of you . Masalamah !

PTPTN - Korang Dah Bayar Ke ?

Ini bukan surat aku . Ini surat amek dari Google . :)

Ehem . Ehem . Sekarang isu bayar balik PTPTN jadi hangat . Dulu sesiapa yang belum pernah bayar tu , boleh duduk rilek lagi . Tapi sekarang , sejak dah wujudkan 'Dilarang Ke Luar Negara' pada pembayar yang ingkar , semua yang berkenaan jadi tak senang duduk . Panas bontot . Heh heh heh .

Ada yang dah bayar ke ? Aku ? Huhuhuhu . Aku dah start bayar dulu masa aku keja kat Penang tapi bila aku sambung belajar balik kat UiTM Shah Alam , aku dah stop bayar lah sebab aku dapat pinjaman lagi . Isk ... banyak betul hutang . Ikutkan aku taknak amek tapi dipaksa emak aku suruh amek jugak . Padahal jumlah pinjaman yang dapat tu , sangatlah kesian kat aku . Tolak tambah bayar yuran study ... adalah tinggal dalam rm200 . Hahahaha . Lepaslah bagi kete aku 'makan' untuk minyak . Kadang-kadang memang tak berbaloi tapi nak buek camno ? Kena paksa amek ....

Sekarang ni , bila aku dah selamat grad and walaupun tak dapat pergi konvo ... hukhukhuk ... kenelah aku sambung membayarnya . Tapi sejak dah nak dekat setahun habis belajar ni , nampaknya satu sen pun aku belum berjaya untuk bayar . Kui kui kui . Asyik tangguh je memanjang . Sudahnya sampai sekarang tak bayar-bayar lagi . Isk isk isk ... apa nak jadi ni oiii ??? :p

2 , 3 hari lepas ada jugak bincang pasal ni dengan En Azman . Haruslah bincang kan . Memandangkan sekarang aku jadi fully house wife terhormat , so kenalah bincang sebab apa-apa nanti , dia kene tolongkan bayar bagi pihak aku . Hahahaha . Kesian . Kesian . Dia punya pinjaman masa Diploma dengan Ijazah pun tak terbayar lagik . Tak pasal kena tambah bayarkan aku punya pinjaman jugak . Kui kui kui . Nasiblah biebie . Tapi kira ok lah sebab aku punya pinjaman takdelah banyak macam dia punya tapi kalau dah tambah pinjaman aku sekali dengan dia punya pinjaman ... jadi makin super banyaklah ! :P

Jangan tak tahu , macam aku ni , aku ada jugak lah dapat surat dari PTPTN tu . Ada surat perjanjian lah , ape lah . Aku pun tak tahu sebab selama ni kalau surat sampai kat rumah , biasanya aku suruh mak aku main belasah je tiru signature aku , lepas tu mak pos balik . Isi kandungan pun tak tahu . Mak aku ada bagitahu cuma aku je dah lupa . Tapi laki aku tu haaaa ... dah dekat 5 tahun kot dia dah habis study , umur pun nak tua berdengung dah ( kah kah kah ) , tapi memang tak pernah sampai langsung surat dari PTPTN ke apa . Pelik tak ?

Masa sebelum aku sampai sini dulu , aku pernah je call PTPTN . Nak tanya hutang tertunggak pinjaman laki aku yang belum dapat bayar lagi tu , sekali je abang yang jawab call aku tu cakap :

" Dik , nama Mohd Azman ni takda dalam rekod pun . Dah habis bayar ni . "

Camno tu ? Sape boleh tolong jawabkan ? Padahal satu sen pun tak pernah bayar lagi . Musyhkil tak . Bila aku suruh abang tu check sekali lagi and aku check balik no IC laki aku kat dia , memang sah takda dalam rekod . Abang tu siap cakap lagi :

" Alaaa dah bayar lah ni . Mungkin husband adik saje je kot ? "

Boleh tak ? Pening aku . Dua tiga kali call pun , tetap jawapan yang sama : Tiada dalam rekod . Hebat betul laki ni . Tak pernah bayar tetiba boleh kata dah habis bayar . Dashyat . Dashyat ! Nak salahkan siapa kalau PTPTN sendiri kadang-kadang takde langsung rekod peminjam ? Siapa yang tak buat kerja sebenarnye ni ? Isk isk isk .

Korang ingat lagi kes yang jadi dekat Faizal Tahir ? Kesian kat dia . Sungguh memalukan . Tapi kalau kes dia tu memang sah salah dia lah sebab dia dah pernah dapat surat macam aku tapi dia yang tak pernah nak bayar . Tak pasal kena bayar habis terus kalau nak lepaskan ke luar negara . Masa tu kalau tak silap aku , dia nak pergi Indonesia sebab ada show apa ntah . Huhuhu . Itu susahnya jadi artis . Pasal benda macam tu pun , boleh masuk paper . Aku rasa , dia pun sampai tak tau nak sorok muka kat mana . =____=

Disebabkan kejadian macam tu lah , aku kene berhati-hati . Baiklah aku start bayar . Dah lah aku ni memang keluar masuk imegresen . Tak pasal nanti , aku pulak masuk paper sebab tak bayar hutang tertunggak rm ..... . Heh heh heh .

Bukannya apa , kalau korang nak tahu , setiap kali kalau kiteorang dari Malaysia nak balik Jeddah , mesti masing-masing dah kelam-kabut check internet . Nak check yang nama kiteorang ni tergolong tak dalam senarai 'Di Larang Ke Luar Negara' . =____=

Cuma sekarang ni , aku sebenarnya , still tak clear lagi , camno sebenarnya nak bayar PTPTN ni ? Dulu mak aku yang tukang bayarkan . Mak aku selalu bayar kat bank je . Tapi membazir pulak aku rasa kalau bayar kat bank . Sebab ada service charge rm2 . Banyak wehhhhh ! Huhuhu .

Nanti kena tanya kawan-kawan lah camni . Aku taknak kene tahan imigresen kat KLIA ! Hutang tetap hutang . Kat dunia boleh lah lepas tapi nanti kene jawab kat Padang Masyar !

Selamat menjelaskan hutang . :)

October 30, 2010

Malaysia oh Malaysia ! Apa nak jadi ?


Malaysia sebuah hub pusat hiburan ???

Tsk tsk tsk . Sobs . Sobs . Sedih . Itu perasaan aku bile dapat tahu pasal perkembangan terbaru negara tanah air tercinta . Apa nak jadi ni ?

Dah takde bende lain ke kalau nak tambahkan pendapatan negara sekali pun ? Isk isk isk . Marah betul lah aku camni ! Malu pun ada . Mana taknya , satu dunia dah tahu bahawa Malaysia itu dah dirasmikan sebagai negara Islam . Habis tu kalau nak jadikan Malaysia tu sebagai sebuah hub pusat hiburan , macam mana pulak tuh ? =____=

Aku tengok , sejak tukar pemimpin , bukan jadi lebih baik malah jadi lebih teruk . Lagi super duper teruk dari jangkaan . Rasa macam nak tersungkur atas tanah dah ataupun masuk tersungkur terus dalam lubang kubur . Kenapalah ? Kenape ? Mengapa ?

Dah lah isu pasal Warisan Merdeka pun takde kesudahan lagi . Sekarang tambah lagi isu lagi satu . Rasa macam makin menambah-nambahkan lagi kemarahan rakyat Malaysia pulak . Tak peka ape orang yang berkenaan ?

Bukan nak compare lah , aku rasa lah ... sejak Tun Dr Mahathir lepas jawatan masa Parti UMNO tengah berbunga-bunga mengadakan perhimpunan , lepas tu , kepimpinan Malaysia terus terjejas teruk . Aku ni bukan nak kata suka politik tapi kalau dah sampai macam ni , aku pun boleh jadi naik menyampah !

Dah terang lagi nyata , dalam Islam , dalam Al-Quran lagi dah dinyatakan bahawa arak itu haram . Berdosa besar . Jadinya , apa sahaja berkaitan dengan arak tetap haram . Kalau dah jadi hub pusat hiburan , mestilah arak akan terhidang sana sini . Kan ? Dah tu , kenape mesti nak jugak jadikan sumber pendapatan ? Gilaaaaaaaaaaaaa !!!

Malaysia sekarang pun dah agak 'terkenal' juga serata dunia sebab kes buang anak luar nikah paling tinggi . Siap masuk paper over to sea and masuk berita okeh ! Jangan memain . Aku yang duduk luar ni dah rasa malu bila keluar berita macam tuh . Tsk tsk tsk . =_____=

Isu sosial tak habis lagi . Ni macam nak tambah semarakkan lagi masalah sosial rakyat . Ape ni ? Agak lah kot . Macam khilaf sangat . Tak pergi sekolah agama kah mereka ? Tak belajar agama kah mereka ? Tak tahukah mereka tentang halal dan haram dalam agama Islam ? Ba ... wau ... dal ... wau ... ha !

Paling aku menyampah dan meluat tengok perempuan yang disebalik tabir pemerintah Malaysia sekarang ni . Dah lah memanjang muka ketat ! Eeeeeeeeeeeeee ... meluat giler . Dah lah mengaku First Lady of Malaysia . Lagi gila . Terserlah kebodohan diri sendiri . Tak tau ke First Lady of Malaysia tu Permaisuri Agung ? Bongok terus sekarang ni aku cakap straight to the point ! Takde cover lagi dah . =______=

Dah lah konon organize IFF . Islamic kau lah kalau baju model yang pakai atas stage tu sumer nampak dada nampak kaki nampak belakang . Mana kau belajar hah ? Islam ape kau ni ? Lepas tu siap ada kalimah 'Muhammad' kat baju yang dah dikaligrafikan konon biar orang tak perasan . Kau je konon tak perasan tapi umat Islam kat Malaysia semua perasan ! Siap geleng kepala lagi tengok kejahilan kau . Lagi sekali ... ba wau dal wau ha !

Aku harap pilihanraya nanti dapat tukar pemimpin baru . Taknak aku kalau pemimpin macam ni . Buat malu jek . Kadang-kadang aku mengharap biar Tun Mahathir je terus memerintah Malaysia sampai ke akhir hayat dia . Sebab zaman dia , takde pun Malaysia teruk macam ni . Oh , I missed him !

Ok . Dah . Lega dapat cakap kat sini tapi hati masih meluap-luap macam Gunung Merapi yang nak meletup kat Indonesia tuh . *tiba tiba* . Lol . :P

Sami Yusof or Maher Zain ?


Last night , after lepak-ing at Starbuck Corniche , we passed by a shop that sell dvds , cassettes and cds . At first , it was just to survey if we could find any cd game but they don't have it at all . Suddenly , i remembered why don't we checked if there is any cd of Maher Zain new album - Thank You Allah . But still , they don't have or in other way , they do not have the stock at the moment . At the end , we decided to buy this :


Sami Yusof - Without you .

Sami Yusof is a British-Muslim singer song-writer . I know some of you never heard his name and of course his songs also . I knew about him past two years . He seem like Maher Zain but his songs more sentimentally than Maher Zain . Now , as what we know , in Malaysia , everyone keep playing-discussing-listening-talking about Maher Zain due to Maher Zain had came to Malaysia i think for the past two weeks . Am i right ??? Tee hee . :))


Maybe , you guys should give your time by listening to Sami Yusof songs also . His voice ... hmmmm ... i beat you , he could melt your heart . I can't imagine his voice while reading Quran . SubhanALLAH . For sure could make you fly-away to the heaven . :P


The most surprise here , i thought that this cd , the cost exactly same like Malaysia . Around 30 ringgit but guess how much i bought it ??? Only 15 riyal okehhhhhh that equivalent to 12 ringgit . Isn't that a cheap price for original cd album ??? Oh myyyyyyyyyyy ... almost half price than Malaysia ! No wonder here you ... eyh me lah ... couldn't find any pirate cd songs . Heh heh heh .

After listening to all Sami Yusof songs , i could say that : Maher Zain more better tham him !

You go Maher Zain ! Will buy your album nextweek . :)


Semakin MemBesar & Sihat !


Hi .



Eyh eyh . Comelnye saye . * terpakse puji diri sendiri . uhukuhuk *



During my shower yesterday .



Yumm yummm . Eyh ingat tangan I lazat ke ? I nak keringkan bulu lah !



Tekun . Komited . Tekun . Komited .

Hepily ever after . MokMok aku semakin membesar dan sihat bagai Johan . Eyh kenape mesti Johan ? Kenape tak membesar dan sihat bagai Naib Juara ke ? Kenapa mesti Johan ? Johan ? Johan ? Tsk tsk tsk . Macam nama anak sedara aku jek . Johan Ariff Rosdin . Ok . Dah merepek sangat ni . Lol . :P

Bela dia sangat mudah . Serius sekali lagi . Tak tipu . Pembersih . Sangat rajin membersihkan bulu . Setakat ni tak poo poo sepah-sepah lagi . InsyaALLAH kekal sampai bila-bila . Kalau sepah-sepah , denda duduk dalam toilet seminggu . Hukhukhuk .

Lagi satu , senang nak mandikan dia . Again . Im not lying . Kalau kucing lain kene mandi , mencecet lari mengalahkan lipas ! Lipas ? Euwwwwwwww ! Taknaklah . Bagi contoh lain . Mencecet lari mengalahkan Ferrari . Erk ?!!!

Maybe senang mandi sebab air panas . Demand kau kucing ! Paling suka , senang nak bersihkan telinga dia . Hanya korek pakai cottonbud macam korek telinga sendiri . Memula dia akan duduk diam but kalau agak-agak dah tak tahan , die akan geli-geli dan terussssss ??? Lariiiiiiii . Run ! Run ! Run for your life .

Ok . Bye !

The Best MilkShake in Town !


Oh , yes it's true . I had found it here ...



Joe's Diner .

It was recommended by his colleague . Actually they had mentioned that the restaurant was cozy . Hell yes ! The restaurant like they said with the simple and nice interior itself : checked floor and everything inside like you were in 50's or 60's . Oh , sorry i don't have any picture of the restaurant due to in Jeddah you can't simply take picture or else , you could get caught and have a good night in jailed . Hukhukhuk .

Ok . Lets see the main actor and actress in the making ... :P



This is the main actor : Tukang bayar .

Hmm ... he is thinking : " Why lah she is asking me to come again here ? Im bored ! "

Let see who is 'she' that he talked about ...



Who is she ? Can't see her face so well ...



Aaaaaaaa . Here we go . The super-chubby-wifey-gorgeous ! Lol . :P



The best chocolate milkshake in town !

Slurppppp . Slurppppp . Slurppppp . I am serious . I am not lying to you guys . This is super-duper-delicious and what so ever chocolate milkshake in town . Ever ! At Secret Recipe also you won't find and you couldn't feel the same taste like this . I tell you . Maybe it was because of they make it with Baskin Robbin Ice Cream with Hershey Chocolate Syrup and whipped cream . Isn't that sound heaven ? As we know , both are the best brand over the planet called earth ! So , do come here and i will treat you this .... errrr ... NO ! NO ! Do come over here and i will ask hubby to treat you this . Tee hee . :P

Other thank drinks , we ordered :



The Rooster .

Due to i would be lovely to change menu if i come here more than one time , so this time i changed and ordered The Rooster and it was great and over my expectations ! It was super again . Super 'sedap' . They grilled the chicken and add black pepper some more with olive oil i think . No calories here . Hehehehe .

Then ...



It is called Mish Mash .

Could you see the coleslaw ? Here also the first time we could find the coleslaw where it is exactly same like in KFC Malaysia . I mean the taste . Can't you see how hard we are working and traveling to find the same coleslaw like Malaysia ? Hukhukhuk . Finally we find it . Glad . Blissful . Erk ?!

This Mish Mash are recommended to anyone whom first time coming over here . The burger was totally superb with the 'compacted' beef in the middle that come along with hotdog that slices into pieces and cheese also could be included depends on you . Not to forget , the wedges * yang pasti bukan kasut baji itu ye adik-adik , kakak-kakak , abang-abang * . Lol . :P

Ok . The end . Enjoy the food ! * ape aku merepek ni ? *

October 27, 2010

Manusia oh Manusia !



Allah telah memerintahkan Rasullullah SAW agar sentiasa berlindung diri dari sifat dengki . Dalam Surah Al-Falaq ayat ke 5 , ALLAH berfirman :

وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ


" Dan dari kejahatan pendengki , apabila ia mendengki . "

Rasullullah SAW bersabda :

إيَّاكُمْ وَ الْحَسَدَ , فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلَ الْحَسَنَاتِ , كَمَ تَأْكُلَ النَّارِالحَطَبِ


" Jauhi diri kalian dari sifat dengki , kerana sesungguhnya dengki itu memakan pahala kebajikan sebagaimana api membakar kayu . "

MashaALLAH . Jauhkanlah . Amin .



Hmmmm . Baru-baru ni , aku terkejut when someone told me that one of my friend , our friend lah , meninggal dunia sebab terkena ilmu hitam : Santau . What the ..... ???? . Aku memang tak suka betul kalau orang meninggal dengan cara macam ni . Rasa macam aku kalau boleh , nak je pegi jumpe bomoh lain and hantar balik kat orang yang buat tu ! Ok tak ? Isk isk isk . Syirik , syirik .

Aku rasa benda ni kira macam dah lapuk jugak lah . Makin dunia nak maju , benda macam ni aku tengok makin menjadi-jadi . Dulu aku tak berapa sangat nak percaya dengan benda ni semua tapi bila dah jadi dekat orang keliling aku , aku jadi ... errr ... ok fine !

Paling aku bengang , yang buat ni biasanya orang Melayu yang nyatanya beragama Islam . Gila apa dorang ni ? Tak takut Tuhan ke ? Tak takut hukum di akhirat ke ? Tsk tsk tsk . =____=

Lagi-lagi kalau yang tukang hantar tu buat orang yang dihantar tu sampai akhir riwayat orang tu . Eeeeeeeeee ... rasa nak je ... haih ! Sabar . Sabar . Sabarlah ni .

Terus teranglah , aku sebenarnya dah ada pengalaman macam ni . Dari aku kecik lagi . Masa aku Darjah 1 . Masa tu memang family aku tengah konflik . Walaupun aku kecik masa tu , sampai sekarang aku ingat lagi macam mana teruknya , mama ( orang yang jaga aku masa mak pegi kerja ) kena . Kesian sangat . Sejak tu lah , kalau aku jumpa manusia tu , tak kisahlah sekarang atau bila-bila , aku nak sepak terajang dia laju-laju . Biar dia tahu yang budak kecik ni yang boleh dia perkotak-katikkan suatu ketika dulu tak senang untuk diperbuat sesuka hati . Serius . Sampai pernah depan mak aku , aku cakap kat dia :

" Aku nampak kau lagi , aku bunuh kau . Tengoklah ! "

Percaya tak ? Percaya tak ? Silalah percaya . Sesungguhnya aku berkata benar sebab masa tu aku memang tak pikir apa . Lagi pulak aku memang emosi bila orang luar 'menyentuh' orang-orang yang aku sayang . Lagi-lagi mak aku atau mama . Paling kesian , mak aku lah . Nasib aku punya mak yang sabar dalam menghadapi segalanya . Cuma mak je tahu dan faham kenapa sampai sekarang aku masih keras hati pada seseorang . =______=

Itu kisah dahulu kala lah . Sekarang ni pulak , aku kena hadapi benda yang sama . Tapi bukan mak aku lah . Keluarga mentua . Kesian kat mak mertua aku . Dulu , masa awal kahwin , aku memang gila panik kalau something wrong . Gila gelabah aku . Aku memang seorang yang sangat penakut walaupun kuat gagah perkasa dari segi fizikal . Huhuhuhu . Tapi kalau bab camni , aku memang kalah . Sebab tu lah , sampai sekarang ni , kalau balik kampung , even nak pergi toilet ke mandi ke kat dapur , aku mesti paksa laki aku temankan . Hehehehe .

Aku bukan nak kata , family mertua aku orang hantar santau ke ape . Gila kau ! Simpang malaikat 44 . Dijauhkanlah ! Amin . Tapi orang guna cara lainlah . Aku sampai kadang-kadang jadi tak paham kenapalah orang nak dengki sangat kan ? Bukannya mak abah aku kat kampung tu duduk rumah banglo tiga tingkat ke apa . Bukannya banyak duit ke apa . Semua biasa-biasa je . Sederhana . Tak pernah nak bongkak . Lagi pulak , abah tu memang seorang yang suka tolong orang lain . Itupun ada jugak yang tak senang kan ? Pelik , pelik . Tapi sekarang , mak kira dah jarang lah kena . Kadang-kadang jek . Tapi kalau dah kena tu , sumpah , aku pernah rasa sampai satu tahap tu , nak tido hotel je ! =_____ =

Kes paling baru , jadi kat kawan aku . Ayah dia cakap doc tak tahu sebenarnya apa punca . Yang tahu , tetiba bangun pagi , dia tengok anak dia lain macam . Bila bawak pegi hospital , doc cakap tak dapat kesan . Sampai masuk ICU okeh sebab jantung macam suam-suam kuku . Nak taknak , sementara arwah tu ada nyawa , ayah dia usaha cara lain . Panggil orang Darul Syifa' .

Bila ustaz tu dah sampai hospital , tak payah masuk wad ICU tu lagi , dari jauh ustaz tu nampak arwah terbaring kat atas katil , ustaz tu dah mengucap panjang ! MashaALLAH . Bila bagitahu ayah dia , ayah dia dah nak pengsan dah . Mak arwah jangan cakaplah , pengsan sedar nangis pengsan balik . Rasa macam kena hempap batu besar . Adik beradik dia , lagilah . Paling nampak sangat , abang dia . Sebab ada sorang abang dia ni memang rapat dengan arwah . Rapat sangat . Kalau keluar sama-sama , mesti orang cakap couple . :)

Tapi tu lah kan , kalau dah ditetapkan kat Luh Mahfuz , memang tidak akan cepat satu saat atau lambat sesaat pun . Arwah menghembus nafas terakhir kat depan family , teman-teman baik . Yang ajaibnya tu , sebelum nyawa dia ditarik , muka arwah cengkung biru-biru , badan jangan cakaplah . Lepas dah tarik nyawa , terus elok satu badan . Alhamdulillah , siapa yang datang and tengok masa tu , semua nampak yang jenazah senyum . Ustaz yang datang tu pun tersenyum . Mak dia sampai tak nangis dah , mak dia terus jadi redha .

Eyh , aku ni bercerita macamlah aku yang pergi tengok arwah kat hospital kan ? Hehehehe . Aku tak pergi pun . Inipun orang bercerita . :p

Itu antara contoh yang jadilah . Tapi ni bukan pertama kali . Sebelum ni , penah je jadi masa aku still study kat UiTM Shah Alam . Sorang senior aku ni , kena santau lah . Sampai dia terpaksa mintak cuti sampai 2 semester sebab nak bawa pegi berubat . Sekarang mungkin dah baik kot . Lagi sorang ni , kakak coursemate aku . Arwah kakak dia ni sampai meninggal jugak . Orang yang hantar tu , kawan aku cakap pakai vodoo . Alaaaa vodoo tu yang patung , pastu cucuk-cucuk pakai jarum tu . Gila tak ?

Punca ? Sebab ada orang dengki , arwah tu cantik , pandai . Lepas tu , dapat boyfriend yang memang boleh pakai plus orang senang . So , yang tukang hantar tu tak puas hati . Lagi dia rasa busuk hati bila lelaki yang selama ni dia dok kejar tu sangkut lak ngan arwah . Hmmmm . Inilah lumrah kehidupan . Kadang-kadang , sebab cinta boleh jadi lupa dan tak boleh nak bezakan dosa dan pahala . =_____=

Aku penah jugak kena ugut time aku masa tu dok bercinta lagi dengan bekas kekasih yang tersayang dan paling agung dalam hidup . Kahkahkahkah .

( Han , kalau kau baca ni , sila gelak sampai guling kat atas lantai okeh . )

( Biebie , yang sekarang ni suka curik-curik tulang baca blog I kat office , jangan nak senyum-senyum pulak dengan statement tu . :P )

Aaaaaa kata cerita lama tapi masa tu lah kan kalau aku silap langkah , mungkin aku kena tapi masa tu , aku pun jenis pikir panjang . Lagi pulak , aku letih dah nak berebut memanjang dengan perempuan lain . Break sudahhhhhh ! Tak pening . Tapi down to earth jugak lah . Kata first love kan ?

Ok . Gelak lagi . =_____=

By the way , semoga orang yang khilaf yang guna ilmu hitam ni , kembali ke pangkal jalan . Azab woooo kalau nak mati . Semoga orang macam ni sedar yang syirik tu adalah dalam salah satu dosa-dosa besar yang ditetapkan ALLAH SWT .

Haaaaaa ! Sesiapa yang tengah baca entry aku ni pun , kalau ada niat nak terjebak tu , mengucap banyak-banyak . Pegi amek wuduk , semayang sunat taubat . :)

Semoga mereka-mereka yang teraniaya dengan cara macam ni hingga ke hujung nyawa , ditempatkan di kalangan orang-orang beriman . Amin .


Eyh , apa cerita ek dengan movie Dukun ni ? Tak keluar pun . Penat aku tunggu .

Aku Seorang Pemain Game Yang Tegar


Hi . Im Sonic . Sweetheart to NailahAzman . Tee hee . :))

Erk ? Dah kata sweetheart , apa kejadah tetiba nama belakang still letak nama Azman ? Bolehhhhh ? Huhuhu . Erm ... sejak berjumpa , berdating dengan boyfriend baru nih , aku jadi lupa dan terus takde masa nak update blog aku ! Teruk betul lah ! Ape nak jadi ni dengan aku ? :P

Aaaaa bukan nak kata lah , bukan setakat Sonic jek , asal namanya game , aku boleh jadi addict semacam . Like game dengan Nailah tidak dapat dipisahkan . Aku memang admit lah , aku ni memang seorang pemain game yang tegar . Huhuhu .

Aku ingat lagi , mula-mula aku kenal dunia game ni mase aku kecik lagi . Darjah Satu . Masa tu aku dapat game Nintendo . Kira masa tu akulah paling update . Aku dapat pun sebab masa tu aku periksa dapat no 1 and aku Pelajar Terbaik Tahun Satu masa aku Sekolah St. Anne Convent Pelabuhan Klang . Tak ingat lah tahun berapa . Masa tu memang best betul . Rasa seronok semacam . Tapi masa tu game paling femes , Mr Mario . Kan ? Kan ? Gila syiok masa tu . Sampai aku jadi kurang nak main kat luar rumah . Hehehehe .

Dari situlah aku kenal dunia game ni . Macam-macam game aku main . Bila dah besar ni , lagilah . Jangan cakaplah . Sebelum addict dengan Sonic ni , aku gila main game dekat Facebook . Dulu , kat Facebook , akulah paling setia dengan game Farmville , Country Story , entah apa-apa lagi game . Banyak sangat game sampai aku pun tak ingat . Tapi sekarang , sejak Facebook sibuk upgrade facelift dorang and game asyik nak kena reload je memanjang , aku jadi bosan .

Kalau Farmville tu lagilah . Sebab kebun aku dah besar sangat . Aku gila malas nak membajak dan menanam lagi . Leceh . Kena buat satu persatu . Kalau boleh buat laju-laju , takpelah jugak . Ini tak . =____=

Sekarang kat Facebook , semua game yang aku pernah main , aku dah retired . Social City pun aku dah retired . Sekarang aku layan Millionaire City je . Syiok jugak . Sebab berlumba dengan teman baik aku : Allen . Aaaaa ... sekarang dialah ratu game kat Facebook ! Ganti tempat aku . Kalau korang pegi tengok wall Facebook dia , penuh satu wall tu dengan game yang dia main . Gila tak ? Macam aku suatu ketika dulu lah tu . Dia memang calon terbaik lah untuk ganti tempat aku . Lagi-lagi , bila dia sendiri pun selalu kena tinggal sorang kat rumah . Owh , Allen dah sarat mengandung dah sekarang . Nak masuk 8 bulan kalau tak silap aku . Wish for them : Allen & Diddy especially Allen lah yang nak due nanti . InsyaALLAH . Amin . :)

Cerita pasal Sonic aku duk mengadap sekarang ni , aku main Sonic Unleashed . Tak silap aku , game ni released tahun 2009 ke 2008 . Lebih kurang lah . Masa tu memang PS3 betul-betul baru keluar . Pehhhhhh ... masa tu harga PS3 jangan cakaplah . Gila mahal ! Masa aku datang honeymoon kat Dubai dulu pun , PS3 tu still mahal lagi . Bukan nak kata sekarang dah murah tapi boleh lah . Takdelah mahal melampau macam dulu . =_____=



Kiri : Sonic time siang . Kanan : Sonic time malam .

Hmmm ... Sonic Unleashed ni ada dua watak Sonic . Siang lain . Malam lain . Siang dia normal . Malam jadi Sonic the Werehog . Alah , macam werewolf tuh . Dia jadi camtu sebab kena attacked dengan Mr Eggman . So , game ni aku kena main sampai Sonic berjaya cantumkan balik all the pieces of earth and Sonic jadi normal macam biasa tak kira siang or malam .

Masa baru main tu , macam biasalah . Kacang goreng . Budak darjah satu main pun boleh menang . Huhuhu . Tapi bila dah makin naik stage and kene travel banyak tempat sebab nak cari temple Gaia , jadi makin susah . Lagi-lagi kalau nak kena lawan dengan BigBoss enemy . Gila ! Jenuh tangan nak tekan joystick . Huhuhuhu . Ada sampai satu tahap tu , aku boleh jadi tidur tak lena kalau satu ari tu aku tak dapat nak kalahkan BigBoss enemy . Bolehhhhhh ???



Play Stage .

Dalam game ni , aku paling suka kalau main Play Stage . Play Stage where you can see how Sonic could go fast as he could . Time ni lah , ada macam roller coaster macam kat gambar tuh . Play Stage ni , sama jugak lah . First stage memang senang kacang goreng kacang cap Ngan Yin tapi dah lama tuh , jadi makin susah . Siap kene terbang bagailah , itulah inilah . Sekarang ni , aku main Play Stage lah tapi tak lepas-lepas lagi . Dah dua hari main tapi tak lepas jugak sebab at the end tu ada tempat aku kene lompat bagai campur terbang bagai . Sekali je lepas tapi lepas tak lama lah sebab tetibe tengah syiok Sonic aku lari laju-laju , ada alien besar kat belakang Sonic aku bagi bom ! Sumpah aku bengang . Huhuhuhu . =_____=

Ehem . Ehem . Is there anyone yang ade tips pasal game ni ? Hiks . :P

October 24, 2010

Study Abroad ?


It was past few days . Aku tengah leka duduk tengok tv and hubby was at my back . Sitting on the sofa . Seperti biasa sambil tengok tv , we chatted about something . Biasanya borak kosong je lah . Kebetulan pulak masa tu memang tengah bercerita pasal study abroad . Suddenly ... he asked me :

" Eyh , U taknak sambung belajar kat oversea ke ? Nanti boleh I datang melawat U . "

Dia cakap dengan penuh muka bersungguh . Pulak dahhhhh laki aku sorang ni . Eyh , memang sorang je suami aku pun . Mana ada dua atau tiga . Hehehehe .

Sambung belajar ? Oversea ? Adoilahhhhh . Tak pernah terpikir or terlintas pun selama ni . Biar betul lah laki aku nih .

Motiffffff ???

Aku ni bukan takde impian or takde niat taknak sambung belajar lagi dah . Tapi kalau study abroad ni , memang tak pernah lah pulak nak ke situ . Lagi-lagi bila dah kahwin nih . Nak tinggal laki lama-lama pun aku dah tak keruan semacam . Ni kan pulak nak stay jauh macam tu sekali . Huhuhuhu .

Pernah je , bulan April lepas . Masa tu , tiba-tiba rasa macam nak sambung Master . Tangan gatal pergi dok view web UTM . Sebab dalam kepala masa tu dah pikir , kalau nak sambung , lebih baik dekat dengan rumah family . Boleh aku jimat dari segi rumah and makan . Hehehe . So , masa tu aku dah pikir , kalau nak sambung , aku nak sambung kat UTM Skudai , Johor .

Masa tu agak teruja jugaklah . Siap survey lagi dengan teman baik yang pernah study kat UTM Skudai . Kebetulan pulak , dia pun memang nak sambung Master jugak . Lagi buat aku teruja masa tu , teman baik aku tu pulak nak sambung sama course dengan course yang aku nak sambung tu nanti . ( Kononnyalahhhh ... )

Kira kalau ada kawan ni , lagi best . Lagi semangat sikit . Aku ni macam agak susah jugaklah kalau kat tempat baru , lepas tu kene jadi kepoh untuk sementara hanya semata nak cari kawan . Huhuhuhu . Leceh kat situ . Sebab aku bukan jenis friendly sentiasa . Kena tengok orang jugak . Memula kalau baru kenal , biasanya ... aku akan jadi seorang yang konon sangat sopan . Tapi bila dah kenal and makin rapat , plus kalau kawan baru tu satu kepala ... haaaaa barulah tahu aku ni sangat sopan ke tidak ! :p

Tapi kalau sampai nak study abroad ni , aku rasa nak cakap :

" Kirim salam lah ! " Hehehehe .

Maaf ye biebie . Itu tidak ada dalam senarai . Tidak berminat . Lagi seronok study kat Negara sendiri dari tempat orang .

Sekarang ni pun , jadi anak perantauan sebab ikut laki yang keje kat sini pun , aku dah terkulat-kulat . Nak keje ? Alahaiiiii ... lagilah . Ni lah akibatnya kalau dah terlalu seronok melayan suami je memanjang . Eyh , salah . Layan suami dan tak lupa juga si MokMok . Kucing yang semakin gemok dari hari ke hari . Huhuhuhu .

Aku ni suka je kalau tengok gambar kawan-kawan yang study oversea ni tapi untuk aku ? Oh tidak lahhhhh ! Terima kasih sekali lagi . Lagi pulak study oversea ni , paling payah , too costly . Gila kauuuu ! Lagilah aku taknak . Isk isk isk .

October 22, 2010

PadaMU aku bersujud .


Ya Allah Ya TuhanKU .
Kau TuhanKU Yang Satu .
Kau TuhanKU Yang Agung .
Kau TuhanKU Yang Memiliki seluruh alam ini .

Aku memohon kepadaMU .
Terus beri aku kekuatan .
Terus beri aku ketabahan .
Terus beri aku sinarMU .

Aku hanya insanMU yang kerdil .
Aku hanya insanMU yang penuh dosa .
Aku hanya insanMU yang kadangkala leka .
Sesungguhnya aku hanya hambaMU yang lemah .

Aku tunduk padaMU Ya Allah .
Aku bersujud padaMU Ya Allah .
Agar KAU terus bersamaku .

Terus tabahkan hati ini .
Untuk mengharungi segala dugaanMU .
Ku memohon padaMU .
Kerna ... hanya padaMU aku bersujud .

Amin Ya Rabbal Alamin . :)


CopyReserved : NailahAzman

Kekuatan yang hampir hilang ...


Sejak semalam dari ke waktu sekarang , emosi aku jadi tak berapa nak stabil . Ada beberapa perkara yang terjadi lately ni buat aku tersentak seketika . Rasa macam kena hempap batu besar sampai tak tahu nak kawal macam mana . Emosi berserabut . Hati meronta . Fikiran kusut .

Sebelum ni , aku dah boleh dikira berjaya kawal emosi dan perasaan dalam hal yang satu tu tapi semalam , entah kenape , aku terus jadi goyah . Lemah semacam . The whole day , hati menangis . Mengenang nasib diri .

Tapi aku tahu , aku sedar , apa yang berlaku , apa yang dah terjadi , semuanya adalah takdir dariNYA . Aku kene belajar terima kenyataan . Kene belajar terima hakikat . Walaupun pada mulanya agak sukar buat aku .

Pada yang kenal aku , rapat dengan aku , mereka tahu bahawa aku bukanlah seorang yang mudah menangis . Bukan seorang penyedih . Aku memang jarang untuk menunjukkan kesedihan aku depan sesiapa pun sebab aku tidak mahu orang pandang aku lemah .

Dari aku kecil lagi , aku belajar untuk menjadi orang yang kuat emosi . Tidak terlalu mengikut hati yang sedih . Mak mengajar aku untuk terus menjadi seorang yang kuat hati . Tidak mudah untuk rapuh . Kehidupan dan pengalaman waktu kecil yang menghadapi masalah dan konflik keluarga membuatkan aku menjadi seorang yang keras hati sehinggalah dewasa ini .

Tapi ...

Aku manusia biasa . Sekuat mana pun hati aku , akhirnya aku kalah pada apa yang terjadi sekarang ini . Kadangkala buat aku berfikir , mengapa dan kenapa ini harus terjadi ? Kenapa ALLAH selalu menduga hati dan perasaan hambaNYA yang satu ini ?

Saat aku dipeluk kemas oleh lelaki bernama suami selepas kami berjemaah bersama untuk menunaikan kewajipan menghadapNYA Yang Satu semalam , hati aku terus luruh . Terasa betapa aku punya kekuatan yang tidak berbelah bahagi oleh insan bernama suami . Betapa aku merasa bersyukur punya lelaki yang memberi aku sebuah kehidupan yang bermakna dan penuh bahagia . Terima kasih sayang . I love you . :)

Buat Han . Teman baik sedari zaman sekolah menengah sehingga sekarang . Merangkap juga penasihat perubatan tak rasmi aku , terima kasih kerana berjaya memujuk hati yang lara ini . Aku sayang kau .

Buat Amal . Kawan baik . Teman baik . Teman aku berkongsi segala cerita dan duka , terima kasih atas segala nasihat dan dorongan . Walaupun terpisah beribu batu , berjumpa cuma boleh dhitung dengan jari , dia sentiasa ada untuk aku . Terima kasih sayang kerana sudi berkongsi rasa yang satu ini . Segala nasihat dan doa yang dititipkan akan aku amalkan . InsyaALLAH . I love you also .

Tak lupa juga buat Shela . Teman baik yang sorang lagi . Seorang mama yang hot dan seksi . Seorang wifey yang kadangkala moody tapi cepat bawak 'lari' rajuk di hati . Teman aku bergossip segala cerita . Tee hee . Thanks for the concern . Love you dearie . :P

Hari ni , petang ini ... aku cuba untuk mencari kekuatan diri . Kekuatan yang kadangkala hampir hilang . Aku mohon agar DIA terus memberi aku kekuatan ini untuk aku menghadapi hari yang mendatang . Aku percaya , hari itu pasti tiba ...

October 19, 2010

Perempuan Arab : Cantik & Tersendiri


Perempuan Arab Saudi .

Selalunya , bila sebut je perempuan arab saudi , mesti dah terbayang perempuan yang berselubung satu badan dengan baju warna hitam serta berpurdah . Setuju tak ? ( Dulu taktau baju hitam tu panggil apa , sekarang baru tahu itu abaya rupanya . )

Masa mula-mula nak datang sini , agak risau jugak lah . Sebab faham je lah . Dari media , kita kadangkala disogokkan dengan cerita yang memang tak best pasal negara Arab Saudi ni . Tapi bila aku dah datang sini and hidup kat sini , apa yang boleh aku cakap ... apa yang korang baca kat media atau internet sekali pun , banyak yang salah dari yang betul tentang Arab Saudi or perempuan arab ni .

Bagi aku lah , perempuan arab adalah perempuan tercantik di dunia ! Serius . Kalau korang duduk sini atau pernah datang sini , korang mesti setuju jugak dengan pendapat aku . Yang nyata , kalau pasal perempuan arab ni , biasanya mesti dikaitkan dengan mata .



Sepasang mata yang cantik .

Perempuan arab boleh dikatakan , cantik serba serbi . Dari atas kepala sampailah ke kaki . Tapi aset utama perempuan arab ni adalah mata . Mata dorang ... fuhhhhh ... kalau aku yang perempuan ni tengok sekali pun rasa nak tengok je lagi , apetah lagi kalau lelaki kan yang tengok ? Memang orang kata , the superb lah ! Lagi-lagi kalau mata dorang tu dah dicantikkan dengan make-up . Paling penting , mestilah eyeliner kan ? Lagilah menawan kalbu . Kelebihan mata dorang cantik ni sebenarnya lebih kepada , eyelashes dorang yang memang panjang dan melentik . Tak payah nak pakai yang fake punya . Original serba-serbi . Tak perlu fake eye lashes yang kadang-kadang kalah bulu kat bontot ayam . Erk ? !

Lagi satu , kulit muka dorang . Halus mulus . Dengan putih lagi . Putih bukan putih yang kadang-kadang yang tak sama tone tu tapi kulit dorang ni , dah lah halus mulus , licin pulak tu ... pastu tambah putih lagi . Manelah tak cantik kan ?

Pernah masa aku pegi Terawih kat masjid time tengah puasa dulu . Ada satu hari tu , aku memang dah lambat sampai masjid . Imam pulak masa tu dah start baca AL-Fatihah ( Solat Isyak dulu baru Terawih kemudian ) . So , bila dah lambat ni , confirm-confirm lah mesti dapat saf belakang . Tak pun , saf depan tapi paling hujung dunia . Aku masa tu memang paling hujung lah ( hujung tapi tetap saf depan . ) . Ingat aku lah paling lambat . Bila selesai solat tu , adalah sorang perempuan arab ni kat sebelah aku . Ikutkan sebenarnya , perempuan arab ni , kalau nak solat memang akan bukak burqa ( purdah ) dorang . Memang tak pakai lah . Tapi aku tengok perempuan arab sebelah aku ni , rilek je tak bukak . Bukan pakai burqa tapi tutup terus . Tutup habis ! Memang tak nampak apa lah .

Perempuan arab ni biasanya kalau pakai burqa ada dua fesyen . Burqa yang biasa orang nampak , selalunya yang tutup tapi kita orang luar akan nampak mata dorang jek . Burqa lagi satu yang mungkin korang belum pernah nampak lagi ... tutup terus satu muka . Apa pun tak nampak . Tapi tutup macam mana pun , orang yang pakai tu still boleh nampak jalan lah . Takde lah terus tak nampak langsung . Huhuhuhu .

Bagi aku , kulit dorang cantik ni sebenarnya dari pakai burqa ni lah . Dorang pakai sebab utama mesti tuntutan agama . Sebab lain , nak elak dari kene debu pasir halus . Kata negara padang pasir kan ? Kadang-kadang bila sandstorm datang ( korang bayang hujan lebat tapi bukan lebat air tapi lebat dengan pasir debu halus ! ) , aku pun pakai ! Itu pun mungkin salah satu sebab jugak kenapa kulit aku sekarang pun dah macam dorang . Erk ? ! :P

Back to story tadi . Bila semua dah siap solat , ada yang lepas solat , sambung solat sunat pulak . Elok je time nak mula Terawih tu , perempuan arab sebelah aku ni barulah tanggal dia punya burqa . Bila dia dah bukak burqa dia tu ... fuhhhhhhhhhhhhh ... wa cakap sama lu , minah tu the most beautiful women i ever seen in this whole world since i was born ! Serius lah . Tak tipu . Aku bila tengok , jadi terpaku jap . Gila kagum aku . SubhanALLAH .

Jangan cakap aku je terpaku , perempuan-perempuan arab lain yang ada solat sekalipun , semua terpaku tengok perempuan arab sebelah aku ni . So , korang leh bayangkan tak perempuan ni cantik gila ? Pehhhhhhh ... sampai sekarang aku terbayang-bayang lagi perempuan tu . Itu jelah sekali aku jumpe . Days after tu , ada jugak tunggu perempuan arab tu tapi tak nampak-nampak pun sampai aku nak balik Malaysia .

Bila tengok dorang cantik tahap ... tahap apa pun aku taktau . Tapi aku boleh cakap lah , kalau dorang ni masuk Miss Universe , silap haribulan , top 20 tu semua perempuan arab ! Tak payah lah nak kene berbigini bagai . Tak perlu nak tunjuk body seksi yang menggiurkan juga boleh melelehkan air liur orang lelaki . Cukup kecantikan yang dorang ada . Yang penting , perempuan arab ni bijak macam perempuan lain kat dunia .

Cuma bila nama dah orang arab , banyak protokol yang kerajaan dah ditetapkan . Dulu memang perempuan arab kene kongkong lah . Sekarang , bila aku sendiri dah duduk Jeddah ni , aku nampaklah , kerajaan dah banyak expose perempuan arab ni dengan dunia luar . Cuma tinggal satu je lagi perkara yang golongan perempuan arab ni nak ...



Perempuan arab driving ?

NO !

Satu kesalahan kalau polis ( Mutaweer ) nampak perempuan arab memandu . Kat sini memang satu kesalahan lah kalau perempuan memandu . Bende ni lah yang dorang nak fight sangat sekarang ni . Aku tak dapat bayangkan kalau perempuan arab driving macam mana . Pehhhhhh ... korang tak rasa and tengok lagi orang Saudi ni driving camne . Aku yang duduk sebelah tak drive ni pun boleh sakit jantung kalau tengok gelagat dorang driving . Itu baru lelaki yang driving . Kalau perempuan arab ni driving , agak-agak sama tak ek ? Tapi kalau kat sini kerajaan Saudi dah bukak peluang untuk perempuan driving ... i will make sure im gonna be the earlier person to have the driving license in Saudi . Wohooooooooo ~ :)



Mereka & Blackberry .

Hari tu dah panas isu Blackberry nak kene banned kat Saudi kan ? Tapi takde pun sebenarnya . Gila ape . Majoriti pakai Blackberry kat sini . Setiap masa , tak kisahlah kat mana sekalipun , tangan dorang mesti tak lepas dari Blackberry . Entah apa dok belek pun , aku tak tau . Setiap masa aku tengok dengan Blackberry . Lagi-lagi kalau time solat . Kadang-kadang , tengah sujud pun , kalau Blackberry dorang berbunyi , boleh siap terus check msg lagi . Pastu , terus je sambung solat . Tak payah nak start solat balik ke ape . Erk ? ! Tak berapa paham lah mazhab dorang macam mana . Tapi memang berbeza lah dengan mazhab yang kita ikut . Hmmmm ...



iPhone .

Selain Blackberry , Iphone pun hot stuff jugak . Cuma apa yang aku nampak lah kan , iPhone ni biasanya golongan bangsawan arab saudi yang pakai . Or bahasa kasarnya , Blackberry orang biasa pakai and iPhone orang kaya pakai . Get it ? Tetiba teringat , ada sekali masa dalam toilet nak solat Maghrib , masa tu memang ramai beratur nak amek wudu' , iPhone aku pulak bunyi msg . Bila aku keluarkan je iPhone aku , keliling perempuan dok tengok aku . Pelik jugak lah . Asal lah dorang ni dok tengok aku . Sekarang ni aku dah ok lah bila aku realize ... for them , anyone who using iPhone , they will say 'someone' or 'somebody' yang mesti rumah private palace and pakai Bentley ke , Ferrari ke , Aston Martin ke ! Hahahahaha . Woi ... aku tak kaya lah ! Dok apartment satu bilik je pun . Kuikuikui .

Perempuan arab ni , aku paling suke tengok gelagat dorang bila hujung minggu . Suka aku cuci mata tengok gelagat or peel dorang ni . Baik kat mall , kat coffee house or tepi jalan sekali pun . Hujung minggu ni lah boleh nampak perempuan arab bersepah in everywhere . Biasanya sama ada ...



Perempuan arab yang memang pakai sopan begini .

Atau ...


Perempuan arab yang macam mak datin kat Malaysia ! :)

Itupun satu hal jugak pasal perempuan arab ni . Kalau yang sopan tutup litup bagai tu , memang sedapppppp mata memandang . Tapi kalau yang memang dah seksi tu , kadang-kadang pakai selendang pun nampak rambut , abaya pun sekadar syarat nak tutup ( macam jaket ) . Paling dasyhat , ada yang dah berani hisap rokok depan public . Fuhhhhhhhhhhhh ... hebat betul lah perempua arab sekarang ni ! Huhuhuhu . Merokok satu hal . Lepas tu ada yang kekadang , pakai abaya tapi dengan over make up , pakai heel pun baling anjing confirm mati punya lah ... isk isk isk .



Perempuan Arab & Shopping .

Yang pasti , perkara lain aku suka tengok dengan perempuan arab ni ... time dorang shopping . Mak aiiiiiiiiii ... shopping tak kira masa . Sekali dorang shopping , berpeluh lah siapa yang tak biasa tengok . Tak kiralah shopping apa sekali pun . Kalau shopping groceries pun , penuh satu troli sampai kadang-kadang kene amek troli lagi satu . Itu baru groceries , belum lagi shopping baju , make up or else , furniture ! Ya ampunnnnnnnnnn ... isk isk isk .

Kalau yang memang kaya tu , shopping pun macam beli barang tu each only 40 sen ke , 40 hengget ke . Let say like Chanel ke , Hermes ke . Ek elehhhhh ... kalau kita nak beli pun , pikir banyak kali . Tapi kalau dorang , when one they walk in to the boutiqe , they just picked up what they want and straight away pegi kaunter and pay ! Fuhhhhhhhhhhh . Jangan tak percaya kalau aku cakap , kat sini korang susah nak jumpe butik yang ada fitting room ! Takde beb . Sebab orang sini jenis beli barang , takde nak test bagai ke ape . Tengok , tunjuk , bayar . Tak banyak cerita . Takde nak tanya harga pun . Rilek je aku tengok ... isk isk isk .

Ape pun , bagi aku , perempuan arab ni ... memang cantik dan tersendiri . Mereka golongan yang orang luar anggap seperti ditindas tapi tidak pada mereka . Mereka bahagia dengan cara hidup tersendiri . Yang penting , bagi mereka , selagi tak melanggar hukum Allah , mereka selesa . Tak perlu seksi , tak perlu menggoda , orang luar yang akan sendiri 'jatuh' dengan apa yang mereka ada ...

Until then loveys ! Masalamah . :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...