January 26, 2012

Lokasi Harini.


Assalamualaikum.

Masa korang baca entri ni, aku dah selamat touch down di lokasi luar daripada Saudi Arabia. Yang penting, bukan Kuala Lumpur. Bukan London. Bukan Paris. Bukan Germany. 

Lokasi aku yang sebetulnya ...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Ehhhh? Kenapa ayam turki ya? Apa kena mengena dengan lokasi aku? Hahahahahahahaha. Siapa yang dah dapat tangkap maksud dengan gambar ni, TAHNIAH! Anda seorang manusia yang hebat! 

Yang tak paham lagi?

Meh aku terangkan lagiiiii ...

Nampak sedapkan ayam Turki panggang ni? ;D

Ayam Turki ni memang femes kalau musim Christmast. Kat sini, femes jugak tapi so far aku memang belum pernah cuba nak makan lagiiii.

Banyak je jual kat hypermarket sini tapi aku belum pulak tergerak hati nak beli, nak makan. Hihihihi. 
Ayam Turki ni bukan je nampak sedap dipanggang dan juga mungkin sedap untuk diteroka ...

Dah paham dah??? Ke dok pahe lagi??? Alohhhhh mung niiiiiiiiii ... lambat bebenor nak pick up nyer kan?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Yesssssss! Nailah & Azman is in Istanbul, Turkey yooooooooooooooooooooo!!! Alhamdulillah. Feel blessed. Finally we could make ittttt! 

This is one of the destination that we are looking for yearsss! Memang dari dulu dah berangan, kalau travel, Istanbul is the first destination. 

Alhamdulillah, Allah SWT make it for ussss! I is super duper happy wifeyyyyyy! ;D

Almost 2 weeks jugak, I did an itinerary for during our stay kat sana. I hunted my beloved sisters from my comunity here, Malaysian Ladies Jeddah for all information about Istanbul. They really helped me much!

Thanks to Kak Sofie, Kak Asma & Kak Mayam! Muah! Muah! Not to forget, to biebie's best friend Azmil who is still study in Manchester, UK too. Dia pun ada tolong jugak pasal info ni semua. Feel so blessed because we have them all as our friends! Alhamdulillah.





The moment you read this, it is 4pm at Istanbul. Sejam lebih awal dari waktu Saudi. Mean 6 jam lebih lewat dari waktu Malaysia.

Could you see that Blue Mosque? Cantik gilaaaa kannnnn!!!!

Aaaaa ... mungkin juga, the moment you guys read my entry ni, kiteorang tengah enjoy every moment, every scenery kat sini. Again, I am such a happy wifeyyyyy!!! ;D

End of this entry, I would like to thank you for the person that I heart most for making this for both of usssss! Shukran habibieeeee. Me love youuuuu. Muah!

Today is Thursday & inshaAllah, refer to the Yahoo weather, esok salji turunnnnnnnnnnnn! That make me more super duper triper happy wifey and also a dae'i to Allah SWT because at last, we could feel and touch the snow.

{ Saljiiiiii, be nice to me okay? Jangan tak turun pulakkk! Kang malu aku dengan reader-reader aku niii! Kahkahkahkah. }

By the way, we will stay here for 9 dayssss! Will fly back to Saudi on February 2. Our flight around 2pm if Im not mistaken.

Do take care guysss! Buat semua yang tersayang wahai reader sekalian, doakan semoga kami balik, ada 'hadiah' yang paling indahhhhh dalam perut aku ni haaaa! Kihkihkih.

{ Kalau takde lagi, itu tandanya belum ada rezeki. Sesungguhnya aku percaya, caturan Allah SWT itu adalah paling indah dan yang terbaik buat kami berdua. ;D }

Sekian. Ma'asalamah!


Cuba Teka Di Manakah Lokasi NailahAzman Akan Tuju Hari Ini?


Assalamualaikum.

Hah! Gabak map Europe aku akan tepek siiiiniiiii ...

Wahai kesayangan sekalian,

Sila teka lokasi mana kami berdua akan tujuuuuu ???? Hihihihi.



Spain?
France?
UK?
Germany?
Italy?
Greece?

Ataupun ...

Africa?
Egypt?

Kihkihkih. Tekalah koranggggggggg!!! Siapa bagi jawapan tepat, aku bagi hadiah! Sungguhhhhh! Serius niiiiii!

Selamat mencubaaaa!

Sekian. Ma'asalamah!

January 25, 2012

Packing Baju & Segala Dokumen Penting!

Assalamualaikum.

Harini agak kelam kabut sikit bila itinerary ke tempat yang bakal diterjah esok terpaksa diubah hampir ke semuanya.

Sebabnya, ada satu tempat tu, pakej yang aku amik, ada tarikh tertentu sahaja boleh pergi sebab sekali pergi untuk pakej tu, kena 4 orang. Aku dengan laki aku baru 2 orang. Makanya, lagi 2 orang, Alhamdulillah, dah ada. Jadi, proceed! Yeayyy!

Tapi proceed untuk pakej yang itu ke tarikh lain, bermakna aku kena jugak ubah tarikh-tarikh lain. Nasib baik memang one of the staff tu sangat membantu! Serius membantu. Bersyukur gilaaaaa sebab dapat bantuan dan tunjuk ajar dari pihak yang memang pakar ni. Heh.

Alhamdulillah, less than hour, lepas ubah sana sikit, sini sikit dekat itenarary aku, finally everything back on track! Super happy dan lega. Risau juga takut ada 'efek' lain pulak. 

Makanya, tadi, lepas dah buat itinerary yang baru, terus email ke laki, suruh dia print. He need to study my itinerary or else dia memang carik pasallll!!! Hahahaha.

Itinerary for trip, SETTLE!


Sekarang dah pukul 5.45 petang. Only 15 minutes left sebelum office hour laki aku habis. Memang satu harini, aku berhempas pulak check  baju yang nak dibawak dan dimasuk dalam luggage. 

Atas arahan laki, dia nak bawak dua luggage kecik je. Which is bila dah susun, satu luggage kecik ni memang dah penuh dengan winter clothes, thick clothes plus gloves, snow cap semua kejadah tu. Stokin pun sama. 

The other luggage, masih kosong. Aku masih berkira-kira lagi nak pakai dan bawak baju apa. Ni lah susahnya jadi perempuan. Everytime travel, memang pusing kepala nak pilih baju mana nak bawak dan baju mana nak pakaiiii! (=_=)

Pergi 9 hari, makanya aku kena pastikan, 9 helai baju aku bawakkkk! Gila banyak pulak rasa tapi I have no choice sebab aku ni memang jenis cepat berpeluh!

Tak kisahlah walaupun tempat yang bakal dituju tu memang tengah winter. Tapi pe'el aku, sekali dah pakai baju tu, aku memang takkan ulang pakai baju tu lagi. Tak selesa! Harus tukar baju lain. Itu aku.

Soooo, maybe aku bawak baju aku yang kainnya nipis sahaja, so that boleh jimat space sikit. Lagi pulak, aku pikir, baju tu nak pakai dalam je. Luar dah sah2 sentiasa pakai winter coat. Kan? Hehehe.

Baju untuk laki aku, senang je. Cuma keluarkan tshirt-tshirt dia yang elok dan yang dia memang suka pakai. Nanti dia balik kerja kang, dia pilihlah nak bawak yang mana.



Other than clothes, barang penting lain adalah Ventolin Inhaler aku ni. Ubat ni kalau tak bawak ke, aku tertinggal ke, memang kena bambulah jawabnya aku! Hehehehe. 

Ubat ni pun masih baru lagi. Tak pernah guna langsung lagi. Laki aku memang beli baru semata nak bawak untuk vacation ni. Berjalan, berjalan jugak. Kesihatan bini, tetap laki jaga. :')



Duit negara tempat yang bakal dituju adalah masih zero.  Laki aku bijakkkkkkkkkkk!

Dia nak tukar esok pagi masa kat airport! Memang aku tak bagilah. Aku buat final decision. By today, mean malam ni jugak dia kena pergi tukar. Anything could happen. Especially kat Saudi ni sebab certain place memang kadang dia main suka bukak pukul berapa dia nak.

Esok flight pukul 9 pagi, buatnya Money Changer bukak pukul 10 pagi, mana nak cekau duitttttt????? Jangan buat pasal. Huhuhu.

So, he will change the money by today jugak. 

Settle another thing!



Ahaaaaaa ....

Duduk Saudi ni, selain pasport adalah penting untuk ke luar negara dari Saudi, paper ini pun paling penting jugak. Kalau kau ada pasport tapi takde paper ni, memang dalam mimpi kau nak keluar dari Saudi. Ok?

Ini namanya  Re-Entry and Exit Visa.

Paper ni memang kena apply awal-awal. Office yang akan uruskan. Once dah dapat, biasanya, HR akan terus stapler paper ni kat belakang pasport kita. Paper nilah aku dengan laki aku dok sibuk check setiap kali nak keluar dari Saudi.

Tak boleh hilang ooooooooo! Kalau hilang, nayalahhh jawabnyaaaa!

Once ada paper ni, setiap kali boarding dan stamp pasport, dia akan stamp kat paper ni sekali. Paper ni kena stamp, masa pergi and  masa dah balik sini.

Semua barang-barang dan dokumen-dokumen penting dah selesai. Malam ni cuma finalize packing baju-baju je. Kerja packing baju memang kerja laki aku. Dia pakar packing baju. 

Memang sejak kahwin, kerja packing baju ni, dia yang buat sebab dia dah biasa travel dari zaman dia bujang sampailah dah kahwin ni. Kalau aku yang packing, alamatnya, boleh muat 1 luggage pun, boleh jadi sampai 3 luggage! Hahahaha.

Semoga segala urusan kami dipermudahkan! InshaAllah.

Sekian. Ma'asalamah!

NailahAzman Current Addiction!

Assalamualaikum.

Suddenly, I { super love } cotton candy!



Ini semua berlaku masa kat Taif harituuuuuuuuu! Puncanya adalah, cotton candy tu Ina beli untuk anak dia Rayyan. Tapi bila masuk kereta, bila aku ngecek nak rasa cotton candy Rayyan sikit ........................ 

" Ya Allah! Kenapa sedappppp sangattttt niiii???? " ( TT_TT)

Bukan aku sorang je. Tapi dengan Ina sekali aku dok pengaruh suruh makan jugak and she said the same thing toooooooo! ;D

Terus aku cakap kat laki aku : " Biebieeeeeeee, nak cotton candy tuuuuu! Nak 2 tauuuuu! ". Dan laki aku semestinya tak pernah mengecewakan bini dia. Terus keluar kereta balik, pergi beli cotton candy kat tempat yang sama.

Laki aku cakap, masa dia beli cotton candy tu, si tukang jual dok gelak-gelakkan diaaaa! Hahaha. Sebab tu aku taknak pergi beli. Kalau beli, takde budak, memang free free je kau kena gelakkkk! Kuikuikui.

Masuk je dalam kereta, terus tamak bukak, makan sampai habissssss! Eeeeeee ... rasa menyesal dalam hati. Kenapalah aku taktau benda tu sedapppp kat sini? Dahlah murah. 1 riyal je. Banyak pulak tu dan yang pentinggggg adalah sedapppppp! Cair just nice je dalam mulut! Hmmmmmmm.

Bila dah balik Jeddah, menggelupur nak beli masa pergi CityMax nak cari winter clothes haritu. Keluar-keluar kedai, dah nampak si penjual bawak cotton candy ni berbondong-bondong.

Aku pulak dah buat muka comel mintak tolong laki belikannnn! Hahahaha. Nasib baik laki aku ni jenis selamba jeeee! Kalau tak gitu, mesti dia malu nak beliiiii!

Dahlah masa beli tu, orang keliling tengok dengan muka pelikkkk. Maybe dorang pikir, laki ni beli untuk siapa? Anak takde pun? Kihkihkih.

Masuk kereta, pelahap makan. 2 bungkus sekali aku ngapppppppp less than 10 minutes okayyyyyyy! Aku siap cakap kat laki aku : " Lepas ni, asal nampak je, kena beliiiiii! Kalau I tau benda ni sedappp, dari awal dulu dah beliiii!.". Huhuhuhu.

That is my current addiction. Nailah current addiction!

Yang laki aku pulak ...

Suddenly, he { super love } Krispy Kreme Donuts!



Laki aku ni memang buang tebiattttt! Sepanjang aku kahwin dah 3 tahun dengan dia ni, dia amatlah susah nak melekat suka kat makanan yang manis-manis macam ni.

Biskut? Kuih muih? Kek? Dessert? Just named it as long as makanan tu dalam golongan yang manis, dia memang tak suka!

Tak suka dia tu, bukan tak makan langsung. Makan tetap makan tapi makan sikit-sikit je lah. Bukan macam aku. Sukaaaa memanjanggg! Sekejap sekejap nak, sekejap sekejap nakkkk! Sebab tu aku gemuk gini. Hahaha.

Yang laki aku ni, aku memang tak ingat sejak bila dia boleh suka donut dari Krispy Kreme ni. Aku syak, dia mula suka masa Affy, Fie dengan Razi bawak donut ni datang rumah masa dorang bertiga gave us a visit dulu! 

Ye, aku yakin masa tu yang buat laki aku jatuh suka dengan donut niiii ...

So, from that moment, macam ada sekali tu. Aku singgah beli donut ni sebab tujuan utama nak bawak buah tangan untuk Kak Rahima yang kena admitted sebab gastrik ke appendic.

Dalam wad tu, memang banyak kali dah pelawa laki aku suruh makan donut tu sebab donut tu aku beli banyak. Sedozen! Laki aku pulak asyik cakap nanti, nanti, nanti.

Sudahnya, dia tak makan langsung punnnn! Bila dah balik, masa jalan kaki nak ke kereta tu, dia cakap kat aku : " Alaaaaaa ... Biebie terlupa nak makannn donuttttt! Teringinnnnn!. ".

Heh! Memang kena padan muka lah dengan aku kan? Sebab dah pelawa banyak kali kottttttt. Tapi dia yang macam malu sebenarnya nak makan. Aku tau tuuu. Hihihihi.

Then, few days later, balik office, dia bawak balik sekotak. Since dari situ, kalau bolehhhhh, setiap hari nak singgah, nak beli sekotak, makan kat rumahhhh!

Taktik-taktik dia, taknak bagi aku marah sebab hari-hari beli donut tu, nanti kadang-kadang, dia saje je iMessage kat aku, tanya aku : " Ayang nak donut tak? "

Kadang aku memang tak reply langsung sebab nyampahhhhh! Sebab taktik basi dia tu aku memang dah paham sangat dahhhhh. 

Takpun, dia guna taktik lain especially bila dia tengah tension ke, tengah konon nak cari idea untuk kerja dia ke, mesti nanti last-last dia cakap : " I teringin nak donut lah. Boleh tak? ".

3 hari lepas, dia beli donut tu sekotak lagi. Bawak balik. Makan siap berjimattttt! 2 ketul makan on that time jugak, seketul aku makan, lagi 3 ketul, dia konon 'saving' nak makan untuk breakfast esoknya! 

Ni pagi tadi, baru donut tu habis sebab ada balance lagi 2 ketul. 

Haih. Kalau macam ni selalu, memang lama-lama nanti, muka, perut semua pun macam donut biebie. But as long as it will make you happy, I really don't mind. ;D

Harap our current addiction ni tak berpanjangan dan dapat dikawal sebab dua-dua mengandungi kadar gula yang tinggi dan semestinya tak bagus untuk kesihatan.

May it will still under control. InshaAllah.

Sekian. Ma'asalamah!

How I Train My Little 'Dragon' Skulky!

Assalamualaikum.

Bangun pagi harini, little 'dragon' aku dah buat aku naik darah, naik marah sampai aku rasa nak jeeeeee tendangggggg dia ke bawah tong sampah besar kat bawah rumah tu haaaaaa! (=_=)

Itu kalau bolehlahhhh ... " KALAUUUUUUU BOLEHHHHHHHH " ... Kihkihkih. 

{ Sekarang ni, aku memang takleh sebarang-sebarang nak marah Skulky especially bila back up besor dia laki aku ada kat rumah. Confirm nanti, bila aku marah Skulky, kang aku pulak kena marah balik dengan back up besor dia tuuuuu! :p }

Rutin aku bangun pagi, lepas settle Subuh, pergi dapur, buat air untuk laki dan kemudian mesti ke bilik tetamu sebab nak gosok baju kerja laki aku. 

Aku ni, ikut mood. Kadang, kalau aku terlebih rajin, aku gosok baju kerja dia sampai stok untuk seminggu pakai. Kalau rajin sahaja, malam sebelumnya dah gosokkan. Kalau malas macam harini, kang dia nak pergi kerja sebelum pukul 8 pagi, aku baru terhegeh nak gosok baju kerja dia. Hikhikhik.

{ Pssst ... harini ada orang tu pergi kerja pakai baju baruuuuu! Pe'el dia, kalau beli baju baru, sebelum pakai, mesti nak suruh aku basuh dulu. Tapi kali ni, sebab tahap kesabaran dia tu kurang dan mungkin eksaited terlebih nak pakai baju baru, sanggup tak basuhhhh okay! Terus suruh aku gosok je baju tu. (=_=). FINE! Puas tak dapat beli baju idaman? :p }

Makanya, lepas dah buat air semua, aku pergilah bilik tetamu tu. Baru je melangkah masuk bilik, aku tengok bilik aku dah tunggang langganggggg! Iron board aku, iron dengan spray baju pun habisssss dah bersepai atas lantai.

Aku ni, kalau bab-bab buat sepah sampai jatuh ke lantai ni, aku memang tak syak Mok sebab Mok such a nice cat. Dah kata betina. Kelakuan dia memang sopan amat sebab dia bukan jenis yang suka memanjat. Lari lompat, dia suka. Tapi bab memanjat sampai barang semua jatuh memang just not her lah!

Bila tengok, semua dah jatuh gitu, aku tak angkat barang-barang tu dulu. Tapiiiiii ... aku akan cari 'tukang' yang baikkkk hatiiiii jatuhkan barang-barang tu semua. Nak jerit satu rumah, kang memekak pulak! 

Baru je nak perambat Skulky, rupanya dia dah menyorok dulu. Kalau buat salah, gitulah jadinyaaaa! Paling sakit jiwa, bila spray air tu habis pecahhhhhh! Arghhhhhhhh! Tensionnyaaaaa! Dengan air habis tumpah atas lantai lagi. Aku pulak memang baru lepas refill spray air tu semalam. (=_=)

Dahlah kat sini susah nak cair spray air tuuuu! Aku beli tu kat IKEA. Gigih tahu? Itupun kebetulan terjumpa je masa tu. Sebelum sebelum tu dah pernah cari tapi tak jumpa-jumpa. Makanya, bila dah jumpa, memang beli je lah.

Dahlah sebelum sujud syukur sebab finally jumpa spray air tu, aku dok payah pergi renjis-renjis baju dengan air pakai tangan. Aku isi air dalam mangkuk, bawak masuk bilik, aku renjis-renjis je kat baju. Jadilahhhhhh dari takde langsungggg! At least, aku usaha. Kan? Hihihi.

Si Skulky ni, kalau dah buat salah dan bila dia tengok aku dah nampak apa dia buat, memang dia akan merempan lari dan sorok mana-mana yang dia boleh sorok. Kadang dia sorok, mulut dia diam, tapi kadang, dia dok sorok tapi mulut bising! Apa motif entah nak sorok kalau gituuu ... huhuhuhu.

Sebelum aku perambat dia, aku settle kan dulu gosok baju laki aku semua. Luckily hari ni, hari Rabu. Biasanya hari Rabu laki aku pakai t shirt collar sahaja. Hari lain, dia pakai kemeja. Bila gosok baju tshirt ni aku memang tak guna spray air tu sangat. 

Sambil gosok tu, aku mengomel. Mulut tak berhenti ngomel  : " Siap kauuuu! Kau tunggu aku siap gosok baju niiii! "

Elok je nak habis gosok tu, elok je dah nak perambat dia, laki aku pulak dah habis mandiiii! Memang tak dapatlah nak dok perambat dia. Terus aku bebel kat laki aku : " Tengok tu apa 'prince charming' Biebie buat tu?. ". Cakap sambil tangan aku tunjuk kat spray air yang dah pecah atas coffee table.

Laki aku tu, biasalah. Cakap apa pun, buat rilek je. Dia pergi kat Skulky, cuma cakap : " Kenapa degil sangat ni? Janganlah buat sepah-sepah. ".

Aku pulak dah dapat peluang, aku terus dok tampar bontot diaaaaa! Haaaa .. kalau nak ajar kucing kau jadi senonoh, gitulah kekdahnyaaaa! Kena pukul sikit. Sikit je. Jangan kau pukul sampai kucing kau ting tong pulak. Takpun sampai mati. Itu dah lain ceritanyaaaa! Huhuhuhu.

Aku kadang-kadang kalau rasa overdose dengan rasa amarah, memang kadang selalu terlepaslah jugak. Setakat ni, paling teruk pun, aku ketuk je kepala dia. (=_=)

Kalau tak, biasanya, aku marah je. Marah tengok muka dia. Dulu, dia jenis tak bagi respond sebab tak pandai lagi. Sekarang ni, kalau marah dia, dia tengok aku. Kadang buat muka kesian, kadang buat muka dia pahamlah aku marah. Hihihi.

Ada masa aku, jentik telinga, cubit bontot. Itu jelah. Takpun aku picit-picit muka dia. Kalau tahap buli aku sampai, aku letak getah tempe kat muka dia! Bagi dia menggeleporrrrr nak cabut getah tempe tu balik! Kahkahkahkah.

{ Buli kucing adalah nikmat ye? Buli saje-saje. Buli yang tak serius. }

Skulky ni pulak, kalau aku buli dia, dia macam redha je.  Buat rilek je, buat dek je. Kadang macam takde perasaan. Huhuhu.

Alhamdulillah. Sekarang ni, dia dah boleh paham, kalau orang marah macam mana, kalau orang jentik, cubit, pukul dia tu kenapa dan sebagainya.

Kiranya, dia dah dengar nasihat sikitlah. Dah senonoh sikit perangainya. Sekarang ni pun, dia takde dah korek terbalikkan sampah macam dulu lagi. ;D

Soal buang 'bahan' kat pasir pun dah selesai. Semalam jenuh juga aku cuci bilik tetamu tu sebab nak hilangkan bau hancing. Habis dettol dan segala pencuci aku campur, aku lap dinding dengan lantai bilik. Puas hati sebab bilik tu dah back to normal. 

Yang tanya macam mana nak ajar kucing buang kat pasir tu, aku cuma ada 2 petua je. :

  1. Petua aku - Aku biasanya kalau amik kucing yang memang tak reti nak guna pasir dalam bekas, aku mesti akan kurung kucing tu dalam bilik air dengan bekas pasir tu sekali. Kurung dalam seminggu biar dia 'sebati' sikit dengan bau tempat dia nak buang tu. 
  2. Petua laki aku - Ini kira petua kampung sebab laki aku cakap, mak dia yang ajar. Petua dia, kalau kucing kencing berak merata, kau angkat kucing kau tu, kau tonyoh tonyohhhhhh hidung dia kat tempat dia kencing berak tu. Nanti lepas tu, inshaAllah dia tak buat hal lagi dah.
Setakat ni, 2 petua tu aku dah penah buat. Petua aku tu, memang dah banyak kali buat dan Alhamdulillah, memang berkesan. Yang petua laki aku tu pun sama. 

Masa Skulky pancut dalam bilik tetamu tu dulu, laki aku tonyoh tonyohhhhh hidung dia kat tempat dia kencing berak tu. Kihkihkih. Macam kelakar pulak aku rasa sebab Skulky dah menggelepor taknak cium 'bau harum' buatan dia sendiri. Hahahaha. Tau busuk kau kan? Kencing berak sepah siapa suruhhhhh????

Alhamdulillah. Sekarang dah ok. Takde dah buat hal. Harap-harap kekal. Kalau buat hal lagi, memang no komen lah. Memang laki aku lah kena bersihkan sebab dia yang sayang sangat kat Skulky tu. 

Mok is mine. Skulky is him. :p



Gambar ni masa baru lagi amik dia. Tak sampai sehari lagi rasanya. Masa ni dia amatlah sopannnnnnnnn! Sekarang???? ......................... ( Sila isi tempat kosong sendiri tidak lebih dari 15 patah perkataan ). Kihkihkih.

Sekian. Ma'asalamah!

January 24, 2012

Perjalanan Menunaikan Rukun Islam Yang Kelima : Wukuf Di Arafah & Melontar Jamrah

Assalamualaikum.

Aku lupa betul nak sambung entri berkaitan dengan Hajj ni. Hehehe. Kalau dok bertangguh je, macam ni lah jadinya. Dah berbulan-bulan, barulah sibuk nak sambung cerita. Hewhewhew. (=_=)

Ok. Straight to the point je.

9 Zulhijah which is the next day after bermalam di Mina satu hari, pagi-pagi buta semua dah bangun. Mandi, solat Subuh & sarapan.

Selesai sarapan, semua jemaah beratur luar khemah. Beratur ramai-ramai jalan kaki menuju stesen LRT. 

{ Aku taktau nak consider LRT ke keretapi. Yang pasti, dia tak laju, tak lembap. Tapi gerabak dia punya panjangggggggggg macam ulat gonggok dah aku tengok. (=_=) . Time ni dikira first time rasanya train ni digunakan sepenuhnya untuk jemaah Hajj. }

Khemah kat Mina memang dekat sangat dengan stesen ni. Stesen Mina 1.   Belakang khemah je. Jalan kaki pun tak jauh mana. Tak sampai 10 minit pun.

{ Stesen Mina ada sampai 3 stesen. Mina 1, Mina 2 dan Mina 3. }



 

Ok. Itu adalah sepanduk rasmi untuk group Hajj kami. Di mana kegunaanya adalah bila kau dah sesat dalam berjuta jemaah kat mana, kau jangan panikkkk!

Kau cuma perlu cari sepanduk group kau sahaja. InshaAllah jumpa sebab setiap group, sepanduknya adalah berbeza. Paling best, lelaki yang memegang sepanduk ini adalah MashaAllah, sangat handsomeeeeeee! Sampai yang bini-bini orang pun dok asyik nak tengok mamat tu je sebab dahlah handsome, baik pulak tu, cukup ilmu agama, mengaji pun sedappp! Aduh duh duh duh duh duh. (=_=)



Ini adalah sesi kena beratur tunggu turn nak naik train. Hazabbbbbbb gila okay nak beratur, nak tunggu naik train niiii!!! Kena tunggu turn tu bukan dengan puluh-puluh punya orang ya? Ini adalah kena tunggu turn dengan puluh ribu punya manusiaaaaaaaaaa ... huarghhhhhhh!!!

 Fuh ... fuh ... fuhhhhhhhh! Masa ni dah dikira ujian dariNYA sebagai jemaah Hajj. Mana tak hazab, beratur pukul 8 pagi, tapi dekat pukul 10 lebih baru dapat naik trainnnnn!

Nak pengsan rasanya. Dengan lapar, dengan panas. Nak complain memang taklah sebab dalam kepala sentiasa beringat : " Sabar Nailah, kau tengah buat Hajj ni, jangan nak mengeluh. ". Ok. setiap kali rasa nak hilang sabar tu, aku dok ulang-ulang je cakap macam tu dalam hati. (T_T)



 Alhamdulillah. Lepas lebih dari 2 jam menunggu, akhirnya turn group kami naik train. Stesen Mina 1 ni adalah stesen yang paling dekat nak ke Arafat berbanding Stesen Mina 2 & 3. 

Tapi takdelah dekat mana pun sebab lebih dari 10 minit kot rasanya baru sampai kat stesen Arafat tu. Sepanjang dalam train tu, kau memang boleh nampak ada jemaah Hajj lain yang penuh kedaifan tu, tengah jalan kaki ramai-ramai nak ke Arafah. ( Jauh ok nak ke Arafah tu )

Ada yang sorong anak, ada yang jalan kaki dengan tak pakai kasut/selipar, semuanya serba kekurangan. So, jadilah manusia yang sentiasa bersyukur ya Nailah? ( Peringatan untuk diri sendiri )


Sampai kat Arafah pun dah nak tengahari. Makanya masuk khemah, rehat-rehat dulu, makan-makan dulu, minum-minum dulu. Masa baru sampai tu, ada dapat breakfast lagi. Tapi rasanya more pada nak dijadikan alas perut sementara tunggu lunch.

Breakfast yang dia bagi tu semuanya rotiiiiiiii! Yang kami orang Malaysia dan tak berapa dengan roti cuma makan roti hotdog SAHAJA! Roti lain memang tak boleh nak telan langsung sebab ada yang rasa pelik, ada roti yang dah bercampur dengan segala herba lah, apalah. Memang tak tertelan. Kembang tekak nak makan. (=_=)

Lepas tu padan muka sebab masing-masing kebulur tahap apa sebab lunch tak sampai-sampai. Laki aku sampai msg : " Bila nak lunch, Biebie laparrrrrr!. ". Hahahaha. Jangankan dia, kami yang 4 orang perempuan ni pun lapar kebulurrrrrrrrr! Inilah bahananya kalau membazir dan memilih.

{ Tapi memang bukan niat nak membazir dan memilih pun sebab tekak memang serius tak dapat nak telan roti-roti yang dorang bagi. Kalau roti plain, roti croissant ke ok lagi. Ini roti yang memang rasa pelik-pelik. Aku boleh bet kalau bagi korang pun, korang mesti taknak makan punyalahhhh! :p }

Selesai makan semua, baru semua berwukuf. Ada yang sepanjang masa mengaji, berdoa, berzikir. Masing-masing memang tekun. Yelah, bukan senang nak sampai tahap berwukuf ni. Lagi-lagi, waktu berwukuf nilah doa paling mustajab. 

So, kau doalah apa sekalipun dengan penuh khusyuk, redha dan ikhlas. InshaAllah, satu persatu doa kau akan dikabulkan olehNYA.

Time ni segala benda memang aku doa. Semua perkara aku doa. Tak kisahlah. Sampai satu tahap tu bila berhenti rehat jap dan ingat balik apa aku doa, aku macam terpikir : " Eeee tamak pulak aku ni kan? Semua nakkkk! ". Hahahaha.

Tapi takpelah. Rahmat Allah SWT tu kan sangat luasssssssss! Makanya, tak salah pun nak doa banyak-banyakkkkkkk! ;D
{ Semoga segala doa aku dimakbulkan olehNYA. InshaAllah. }


Selesai berwukuf di Arafah, gerak ke Muzdalifah pulak. By the time nak gerak ke Muzdalifah ni, memang banyak sangat dugaannya. Berat tapi Alhamdulillah, pada akhirnya, Allah SWT permudahkan jalan kami juga.

Naik train ke Muzdalifah pun dah nak tengah malam. Masing-masing dah selebet. Dengan muka berminyak, dengan penat. Semua rasa ada.


Suasana di Muzdalifah. 

Ni betul-betul masa baru turun train. Turun je kat Muzdalifah tu, memang terus nampak pemandangan macam ni. Umat manusia punyalah ramaiiiiiiiiiiiiiii! Berbondong-bondong gitu. Meriah gilaaaaaaa okayyyyyy!


Yang gelap dalam gambar ni sebenarnya kawasan bukit. Dekat bukit tu, banyakkkkkkkkkkk gilaaaaa khemah-khemah. Dari kaki bukit sampailah ke puncak bukit! Penuh dengan orang. Dalam gambar je tak nampak.

Bila dah sampai ni, sesi berdoa pun bersambung seperti waktu wukuf di Arafah. Masa ni jugaklah, kena cari batu-betu kecik untuk melontar nanti. 

Seriously memang susah sangat nak cari batu. Bila jumpa pun, besar sangat, tak pun kecik sangat. Tapi sebab takde pilihan, belasah je apa yang ada. Janji batu. Bukan kayu, bukan simen. Itu dah cukup.

Dari Muzdalifah nak ke Jamrah pun dugaan lagi sekali. Aku dengan laki aku, Kak Rahimah & Nadzir dah terpisah dengan Ina & Haidar. Masa nak tunggu train ke Muzdalifah tu, memang ujian KESABARAN untuk aku menghadapai karenah manusia-manusia yang takde adab ni. 

Kalau ikut baran aku, memang sorang-sorang kena dengan aku tapi nasib baik, dok sabarkan diri sendiri. Dahlah main tolak-tolak orang. Sakai betul! 

Sepanjang dari tunggu train sampai dah turun kat stesen Jamrah, aku diam jeeee! Buat-buat tak nampak dengan perangai sakaiiiiii manusia lain. Haih. Dugaan. Dugaan. (=_=)

Masa melontar yang pertama ni, memang dah terpisah langsung dengan Ina & Haidar. Bukan takat dorang je tapi dengan ahli group yang lain. Kiranya aku & laki aku, Kak Rahimah & Nadzir dengan certain ahli group yang kebetulan tercicir jugak. Less than 10 rasanya.

Nasib baiklah, tercicir tercicir pun, salah sorang assistant group pun tercicir jugak. So, dialah stay dengan group kiteorang ni. 

Maaflah. Masa melontar yang pertama ni, satu gambar memang tak amik langsungggggggg! Sebab aku serius dah mengahhhhh. Laki aku pulak memang dah penat dengan kaki dia.

{ Harap maklong, aku ada asthma. Laki aku pulak, lepas eksiden dan kaki masuk besi, setiap kali berjalan jauh memang kaki dia akan penat dan sakit sebab besi kat kaki dia panjang. Dari lutut ke bontot. Makanya besi tu menyucuk-nyucuk daging kat bontot. }

Nak melontar memang tak penat langsung sebab kau cuma perlu baling batu sebanyak 7 biji kat setiap tiang. Tiang ada tiga. Yang penatnya adalah, distance dari stesen keretapi nak ke tempat melontar dan juga, distance dari tempat melontar nak ke stesen balik untuk balik ke khemah.

Itu adalah penatttttttttttt! Easily aku boleh dapat asthma sebab jalan adalah membukit. Can't complaint much. Cuma jalan dan jalan dan jalan.
Selesai melontar, walaupun dah penat gilaaaaaa dengan kebulurrr lagi, hati memang eksaited nak balik khemah kat Mina! Eksaited sebab nak bertahalul. Which mean, once kau dah bertahalul, maknanya Ihram kau dah selesaiiiii! Wehoooooooo!

{ Bertahalul adalah cukur rambut / gunting rambut }

Dan itu juga adalah kali terakhir melihat laki berambut lebat sebelum dia botak licinnnnnn! Kihkihkih. 

Sampai khemah kat Mina, terus cari tong sampah dengan langkah dah semakin longlaiiii, baca doa tahalul, terus zassssssss! Selamat sudahhhh. Alhamdulillah. Dah legaaaaaaa!!!

Masuk khemah senyum-senyum sebab dah boleh wangi-wangi, boleh syampu rambut, dah boleh pakai bedak, cuci muka pakai facial wash, pakai deodorant dan sebagainya.

Malam tu, memang tidur lena sebab tak sabar tunggu Subuh sebab nak bersihkan badan dengan sebersihnya sebelum get ready untuk buat lontaran hari kedua pulak.

{ Tidur lena lepas letak YokoYoka kepunyaan Ina. Pinggang aku sakit ya ampunnnnn! Sampai nak duduk pun pedih. Masuk khemah memang terus bummmmmmm! ;D }

Sekian. Akan bersambung lagi. Ma'asalamah!

January 23, 2012

Sejuk Pagheee Dengan Sejuk Arab Saudiiii ...

Assalamualaikum.

This thing happened last night.

Aku tengah khusyuk buat-apa-entah-dalam-bilik ( tak ingat sebenarnya ), tiba-tiba laki aku menjerit dari living hall.

Biebie : " Ayang, reply mesej Abang Adi ni kat FB ni haaaa. "
Me : " Reply kan lah. "
Biebie : " I tak ingatlah nombor phone you. " T_____T
Me : " Huh? Tak ingat nombor phone I? FINE! "

Terus terkedek-kedek pergi depan laptop reply mesej Abang Adi.

Abang Adi is like my own brother. Masa aku kecik dulu, masa aku masih tinggal dekat kawasan perumahan kastam Pelabuhan Klang dulu, his parents adalah babysitter aku. Tak ingat sama ada dari kecik ke apa. Cuma ingat masa umur 4,5 tahun tu, memang parents aku akan hantar aku kat rumah parents dia setiap kali Mak aku pergi kerja.

Masa tu duduk rumah flat. Parents Abang Adi, aku panggil Mama & Papa jugak. Lagipun, kat kawasan perumahan flat kastam tu, memang majoriti budak-budak panggil Mama & Papa jugak sebab aku rasa Mama the only one babysitter kat blok 3 dengan 4 masa tu.

So, bila dah besar ni, walaupun dah jauh, hubungan silaturahim tu tetap jaga. Setiap tahun, bila Hari Raya, Mama & Papa mesti datang rumah beraya. Datang sama-sama dengan anak-anak dia ; Abang Adi & Kak Ayu.

Both dah kahwin dan berkeluarga. Abang Adi and his family is living & staying in Paris. For years dah for Abang Adi lah. His wife and kids baru je datang Paris after raya tahun lepas. Kak Ayu stay kat Puchong.

Al kisahnya, lepas dah bagi nombor phone dekat Abang Adi tu, aku ingat dia kat Paris. But not. Dia dekat Jubail. 

{ Jubail adalah salah satu negeri dalam negara Saudi. Untuk makluman korang, Arab Saudi ni kalau tak silap aku ada lebih dari 20 buah negeri! Gila banyak tak? }

Once Abang Adi dah dapat nombor phone aku tu, terus je dia call aku ...

Me : " Kenapa call? Kan jauh? Mahallll ... " . T____T
Abang Adi : " Eh, takde mahalnya. Murah je. Abang Adi kat sini je. "
Me : " Sini? Sini mana?. "
Abang Adi : " Sini lah. Kat Saudi tapi kat Jubail. "
Me : " Oooooo ... patutlahhhhh!. "

Borak punya borak dari pasal kerja hinggalah pasal Umrah sehinggalah ...

Kejap ...



Korang rasa kan, antara Paris dengan negara Arab Saudi, masa musim winter, negara mana paling sejuk? Cuba teka? Sila tekaaa ... tekaaa ... Hihihi.

Kalau korang jawab : " Mestilah Parissssss! Paris kan kat Europe. Europe kan negara sejukkkk! Mana logik Arab Saudi sejuk sebab Arab Saudi kan negara padang pasirrrr!. "

Nananananananana ....

Jawapan korang adalah SALAHHHHHH!

Sebabnyaaaa ... ?

Masa on call tu, aku sempat lagi tanya cuaca kat Jubail macam mana ...

Me : " Jubail sejuk tak? Berapa suhu kat sana?. "
Abang Adi : " Sejukkkkkk oiiii! Apehal sini sejuk sangat hah? Paris pun tak sejuk macam niiii!. "
Me : " Yeke? Hahahahahahaha. " . I just keep laughing and laughing. So hard.
Abang Adi : " Iyelah! Abang Adi duduk Paris punya lama sampai pernah time winter pun suhu sampai negative, tetap rasa sini sejuk lagiiii. "
Me : " Hehehehe. Sini mungkin sebab angin. Angin sejuk dia sekali lalu, peh! Peh! Pehhhhh!. "
Abang Adi : " Betullah. Suhu baru 13 tapi dia punya sejukkkk .. adoiiii!. "

Tak percaya?
Meh datang sini time winter! Haritu aku pergi Taif pun, adoiiiiii ... angin dia sekali datang, pehhhhh .. cukup buat kau rasa nak pergi toilet tiba-tiba. Kihkihkih.

Tapi sejuk macam mana pun, aku tetap kental masih keluar pakai abaya semata tanpa sweater, cardigan atau any winter coat.

Ini bermakna aku LULUS Ujian Tahan Sejuk! Kihkihkih. Laki aku? Haruslah dia FAILED! Sikit-sikit sejuk, sikit-sikit sejuk. Bila dah sejuk, nanti mulalah kepala dia pening. =_=

Nanti kite tengok Khamis ni. Kita bandingkan sejuk Saudi dengan sejuk negara itu pulak. 

Sesungguhnya aku sangat teruja untuk hari Khamis ni. Paling teruja adalah bila tengok Yahoo Weather, negara itu akan snowing hari Jumaat ni! Oh I really can't waitttttt!

Snowwwww, come to Mama sayanggggggg! ;D

Sekian. Ma'asalamah!

January 22, 2012

Ajal Tidak Kira Usia

Assalamualaikum.

Dua hari lepas, bila kat Twitter penuh dengan RT mengenai berita penyanyi Izwan Pilus meninggal dunia, aku tengok ada yang tweet macam ni : " Kesiannya. Kan muda lagi. Muda-muda dah meninggal. "

Aku baca banyak kali tweet tu. Baca dan baca. Konon macam nak pahamkan lah tweet tu. Nak pahamkan betul ke aku rasa apa yang dia tweet tu seakan menolak ketentuan Illahi?

Mungkin dia dalam tak sedar tweet macam tu. Bunyinya kan dah macam dia rasa si arwah tidak patut mati dalam usia muda. =_=

Agaknya dia lupa bahawa sudah ditetapkan di Luh Mahfuz bahawa masing-masing sudah punya tarikh mati sendiri. Cuma kita je tak tau. Itu semua rahsia Allah SWT. Agaknya bila tarikh aku mati? Allah. Takutnyaaaa! T____T

Pada aku bukan dia je yang akan cakap camtu. Ada je lagi yang kat luar sana, bila usia masih remaja dan meninggal, mesti akan timbul soalan : " Kan dia muda lagi. Kesiannya. ".

Masih ada yang lupa dan tidak sedar, bahawa ajal ni tidak kira kau masih remaja ke, dewasa ke, tua ke atau masih dalam kandungan ibu kau sekalipun.

Sebab ini semua kerja DIA. DIA berhak menjemput sesiapa sahaja yang DIA mahu kerana apa yang ada pada kita hanyalah pinjaman dari DIA. Sebenarnya, tiada apapun mutlak milik kita sebab semua yang ada pada diri kita, adalah kepunyaan DIA dan kita hanyalah peminjam pada DIA.

Sebab tu, jadi manusia, jadi khalifah kepadaNYA, kita tak boleh sedikit pun timbul rasa riak, bangga atau takbur sekalipun dengan segala harta benda yang kita ada kerana ia semua datang dari DIA. Segala apa yang ada di dunia ini adalah dari DIA.

Itu sebabnya ada manusia yang kaya raya dalam sekelip mata boleh jadi muflis dalam sekelip mata jugak. Itu sebabnya juga ada manusia yang sangat miskin dan dalam sekelip mata boleh jadi kaya raya tanpa dipinta. 

Itu semua siapa yang buat kalau bukan Yang Esa? ;D



Korang tengok gambar kubur ni rasa takut tak? Rasa cuak tak misalannya tiba-tiba lagi 1 saat kemudian, sebenarnya kita akan dijemput oleh Malaikat Maut? Takut takkkkkkk??? T______T

Aku setiap kali kalau lalu kubur ke, jangan kan lalu kubur, asal dengar pasal kematian sesiapa pun terutamanya yang Islam lah, aku mesti mulalah tak senang duduk. Takut sangat. Serius takutttttt!

Dah timbul rasa takut, mulalah nanti akan pikir macam-macam. Semuanya akan keluar. Apa nasib aku dalam kubur? Macam mana dengan urusan mandian, kapan dan juga pengkebumian jenazah aku nanti? Adakah dipermudahkan atau sebaliknya? Hukhukhuk. T___T

Kadang kita ni bila rasa dah solat, dah mengaji dan dah buat yang terbaik untukNYA, kita tetap akan sentiasa rasa amalan ibadah kita takkan pernah cukupppp! Memang takkan cukup pun selagi dah namanya manusia.

Itu sebabnya kita perlu sentiasa melakukan solat sunat taubat setiap hari. Solat sunat taubat 2 rakaat dalam sehari je pun takpe. Sekurang-kurangnya, kita masih ingat dan sentiasa mahu bertaubat kepadaNYA, sentiasa mahu memohon keampunan daripadaNYA.

Firman Allah SWT dalam Hadith Qudsi :

Wahai anak Adam selama engkau masih berdoa kepada-Ku dan berharap kepada-Ku, Aku ampuni engkau apa pun yang datang darimu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam walaupun dosa-dosamu mencapai batas langit kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku, Aku akan ampuni engkau dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika engkau mendatangi-Ku dengan sepenuh bumi dosa dan engkau tidak menyekutukan-Ku, maka Aku akan menemuimu dengan sepenuh itu pula ampunan.” (HR. Tirmidzi dan di Hasankan oleh beliau).

Lagi pulak, kita manusia biasa. Bukan para Nabi atau Malaikat.

Selagi bernama manusia, dalam 24 jam sehari tu, mesti kita ada buat salah tanpa sedar. Ataupun mungkin tiada langsung atau juga mungkin esok harinya, kita ada buat dosa dan seterusnya.

Perlu ingat, dosa ada dua. Dosa kecil dan juga besar. Sebesar zarah pun tetap dicatitkan juga jika perkara yang kita buat tu dah dikira dosa. T___T

Nampak macam kejam tapi sebenarnya, Allah Maha Adil dan Maha Penyayang bila dosa-dosa kecil inshaAllah akan terhapus bila setiap kali kita sakit. SubhanAllah.

Tapi dosa besar, kau memang kena tunduk dan sujud dan melakukan taubat nasuha. Sebab dosa besar adalah dosa yang buat Allah SWT sangat-sangat murka pada kita.

Lagi sangat-sangat berdosa bila hidup kau dahlah penuh dosa, dengan tak solat, dengan kadang terkasar dengan mak bapak, suami atau sesiapa pun, tup tup tup, tak sempat nak bertaubat atau memohon maaf, terus Malaikat Maut cabut nyawa kauuuu! AllahuRabbi. Takutnyerrr keadaan macam tu. T____T

Sebab tu, tiada istilah : " tunggu hidayah Allah sampailah baru aku nak taubat!" , " tak sampai seru lagi nak bertaubat!" , " alaaaaa ... aku muda lagi. Nanti dah tua kerepot aku taubatlah! ".

Aku sedih dan memang kesianlah kat manusia yang cakap macam tu sebab pada aku, manusia yang cakap macam tu macam tak ingat mati. Tak ingat yang ajal tu boleh menjemput dia bila-bila masa sahaja yang Allah SWT mahu seperti yang telah ditetapkan olehNYA.

Ajal takkan lambat sesaat. Takkan juga cepat sesaat. It is right on time kerana sesungguhnya Allah SWT sentiasa menepati janjiNYA! Sebab itu, aturan DIA adalah yang paling indah buat kita sebagai hambaNYA. Allahuakbar. T____T

Jadi jangan pelik jika kau lihat kematian seseorang pada usia masih mentah, remaja atau semasa masih janin lagi dalam perut ibunya kerana semuanya telah ditetapkan olehNYA. Kau jangan nak banyak soal sangatlah! Itu Qada' dan QadarNYA dan sama sekali kita tak boleh nak kata macam-macam sangat!

Takut terlajak kata. Seperti pepatah : " Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tentang kekuasaanNya, boleh pula menimbulkan dosa ... =__= "

So, mulai harini, perbanyakkanlah ibadah kepadaNYA. Kita kena sentiasa bersedia untuk kembali kepadaNYA. Kalau DIA ciptakan kita suci seperti kain putih masa kita masih bayi, takkan kita mahu kembali kepada Pencipta kita seperti kain yang dah dikotori dengan segala noda?

Malukan kalau kembali pada DIA dengan keadaan macam tu? Makanya, soal ibadah, taubat dan segala amalan yang baik, jangan ditangguh-tangguh. Takut tak sempat pulak nanti.

Kalau dah tak sempat nanti, jangan dah masuk alam barzakh, masa tu baru nak meraung-raung mintak tolong dengan Mak lah, dengan Ayah lah sebab masa tu, kau salahkan je diri sendiri sebab tak gheti-gheti nak beribadat kepadaNYA.

Pada yang dah rasa diri tu dah terlalu banyak-banyak-banyak-berlambak sangat dengan dosa, tolong sangat-sangat, jangan pernah sesekali kau berputus asa untuk memohon ampun dariNYA kerana rahmat dan keampunan dari Allah SWT adalah terlalu luas, sangat-sangat luas dari segala dosa yang telah kita lakukan. MashaAllah.

Firman Allah SWT :

Katakanlah: “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian putus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (az-Zumar: 53)

Ingat, bila Allah SWT azab kita dalam kubur, Allah SWT akan azab kita dengan penuh keadilan. Kalau Allah SWT azab kita dengan menghimpitkan segala tulang temulang kita, sesungguhnya DIA akan menghimpitkannya sehingga tulang temulang kita akan saling bersilang antara satu sama lain. 

Allah SWT Maha Adil. Jangan dikata DIA zalim kerana DIA azab kita berdasarkan atas segala dosa yang telah kita lakukan selama kita bernyawa di alam dunia fanaNYA.

Dan jangan lupa, kematian semakin dekat dengan kita saat kita semakin bertambah umur dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, tahun ke tahun dan semakin itulah pintu TaubatNYA akan semakin tertutup! T___T

Dari Abi Abdurrahman bin Abdillah bin Umar bin Khathab (semoga Allah meredhai keduanya) dari Nabi beliau bersabda: 

Sesunguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selama nyawa belum berada di kerongkongannya. (HR. Tirmidzi dan beliau katakan hadisnya hasan).


Dari HSR. Imam Ahmad , Abu Dawud, Hakim, Nasa’i, Ibnu Hibban, dan Ibnu Majah pula :

Maka kembalilah ruhnya ke jasadnya. Kemudian datanglah dua malaikat mendudukkannya seraya bertanya: “Siapakah Rabb-mu?”. Ia menjawab: “Haah… haah… aku tidak tahu”. Keduanya bertanya lagi: “Siapakah orang yang diutus kepadamu?” Ia menjawab: “Haah… haah… aku tidak tahu”. Maka dikatakan oleh penyeru dari langit: “Dia berdusta. Hamparkanlah hamparan dari neraka, dan bukakanlah pintu ke neraka”. Maka sampailah kepadanya hawa panas api neraka… 

Aaaaaa ... kalau kau rasa tak nak asyik jawab tak tahu je macam tu, sila bertindak dengan kadar segeraaaaaaaaaaaaa! Okay?

Berdoalah semoga segala amal ibadah kita, diterima olehNYA. InshaAllah.

Sekian. Ma'asalamah!

January 21, 2012

Wanita Arab Saudi Sudah Semakin Di Beri Kebebasan!

Assalamualaikum.

Masa datang sini dulu, memang rasa gembira tepuk tangan bila tiba musim SALE sana sini. Mana tak gembira sebab kat sini, sekali dah start SALE, hambik kauuuuuu! Bukan takat 50% je. Sampai 90% pun ada.

Yang bestnya sebab brand mahal-mahal pun SALE jugak! Macam Burberry dengan Gucci. Tahun lepas dua-dua butik tu SALE sampai 80%! Mahu tak gila siapa yang kaki shopping, siapa yang kaki pantang tengok SALE! ( Akulah tuuuu! =_= )

Sini kalau SALE, tak macam Malaysia ye. Malaysia kalau YES ( Year End Sale ), kebanyakkan barang yang dijual adalah sangat outdated. Dahlah outdated, lepas tu, barang-barang yang dijual kebanyakkannya adalah sudah kelihatan sangat lusuh. Nampak macam buruk je.

Takpun, kebanyakkan barang yang dijual, saiz takde! =_=

Tapi kat sini, setiap kali SALE, memang barang semua baru-baru. Makanya, duduk sini, kalau kau impikan nak beli sesuatu, kau tak payah risau. Kau tunggu je SALE tiba, mesti barang yang kau impikan tu ada dan kau akan sangat puas hati sebab dapat beli barang murah tanpa perlu bayar mahal-mahal. Hehehe.

Biasanya kalau SALE kat sini, aku lebih pada serbu butik-butik jual bra dengan spender. Butik feveret dan kesukaan mestilah La Senza. Takpun Women Secret. 

Tapi sedih bila kau dah teruja nak shopping, tiba-tiba, masuk je butik, staff laki yang entertain kau sepanjang kau nak beli barang tu.

Masa pertama kali masuk butik La Senza kat sini time SALE, aku memang dah teruja. Mana taknya, spende bra semua dari harga beratus-ratus, cuma tinggal takat 10-30 riyal! Siapa yang taknakkkk???

Tapiiii ...

Bila tengok staff semua laki dan paling sadis bila tiba-tiba kau kena approach dengan mereka dengan soalan berbunyi : " Boleh saya tolong Puan? Puan nak cari bra macam mana? "

Itu kira ok lagilah walaupun rasa muka macam dah merah kalah udang kena bakor tapi takpe, demi nak beli barang kesukaan dengan harga murah, persetankan itu semua!

Bila berjaya tahan malu, di approach lagi dengan soalan : " Puan suka yang ini, puan pakai saiz apa? Cup apa? ". T______T

Apakah aku patut jawab atau diam seribu bahasa? 0.O

Terus tak jadi beli bra. Terus letak bra kat tempat asal dia dan terus menuju ke baju tidur sahaja. Pyjamas.

Staff laki tadi pulak macam dah terpinga-pinga kenapa aku tinggalkan dia macam tu saje tanpa menjawab pertanyaan dia. Huhuhuhu.

Aku tengok, customer perempuan yang datang pun, asal nak beli bra je, mesti terkulat-kulat jugak bila ada staff laki nak tolong assist.

Ye, aku paham itu kerja dorang tapiiii ...

Agak tak selesa ye di situ. 

Tapi .. tapi ... tapiiii ...
Sekarang dah perlu risau lagi sebab King Abdullah dengan berbesar hati dah kuatkuasakan supaya semua butik yang jual bra dengan spender, haruslah diletakkan staff perempuan sahajaaaaaaaaa!

Dan ini adalah super cool dan awesome buat kami kaum wanita yang mahu membeli bra dan spender di sini tanpa rasa segan dan silu dan pilu menahan malu! =_=



Aku sebenarnya tak perasan pun yang staff dah ditukar pada staff perempuan sehinggalah 2 minggu lepas, masa aku masuk butik La Senza kat Mall of Arabia, sepanjang masuk tu, ada sorang perempuan dok ikut-ikut aku. 

Ku pikir dia ikut sebab nak mintak sedekah ke apa tapi bila pikir secara logik, manalah ada orang mintak sedekah sampai masuk butik! Kan?

Masa tu rasa dah cuak takut perempuan ada niat tak baik ke apa, jadinya, aku terus keluar dari butik tu. Terus kepoh-kepoh kat laki : " B, tadi I nak cari barang tapi ada sorang perempuan ni dok ikut-ikut I. Taknak beliii kat sini. Kita pergi tingkat atas. ".

Makanya, disebabkan Azman sayang Nailah, dia pun ikut jugak. Sebenarnya kebetulan je jumpa butik yang sama kat tingkat atas sebab masa tu nak cari kedai lain. Tiba-tiba terjumpa butik yang sama.

Tapi kali ni, aku tarik laki aku sekali. Aku cakap : " Jomlah temannnn I. B pilih-pilih untuk I. ".

Masuk-masuk kedai je, eh? Aku terpandang kat bahagian cashier. Cashier semua perempuan. Assistant pun perempuan. Aku dok perati lagi. Semua yang assist customer bra pun perempuan. Eh? Eh?

Terus laki aku cakap : " Eeeee ... I duduk luar lahhh! Malulah kat orang! I sorang je laki dalam kedai macam ni. ". Hahaha. 

Harap maklong, laki aku memang pemalu. Dia selalunya memang pikir banyak kali setiap kali nak teman aku beli bra atau spender tapi selalunya dia temankan je sebab dia tahu, aku suka kalau dia yang pilihkan. Kihkihkih.

Aku takut kaler yang aku beli, dia tak berkenan sebab dia pernah complaint aku beli kaler terang bila tengok aku pakai pink terang. Kahkahkah. 

Terus kena sound : " You ni takde kaler lagi terang ke? Next time jangan beli kaler macam ni okay? Beli kaler hitam je pun takpe. " . Kahkahkah lagi sekali.

Sebab tu sampai sekarang ni, kalau beli bra dengan spender, semua aku tibai kaler gelap-gelap. Kebanyakan semua kaler hitam. Sebab bagi aku, hitam itu seksi dan akan seksahhhhh kan nafsu lakiku. Muahahaha. :p



Tapi walaupun staff dah tukar perempuan, aku tetap juga masih setia membeli pyjamas sahaja berbanding bra dengan spender sebab bra dengan spender, aku lebih suka dan selesa dengan brand Triumph atau Audrey sahaja. Kihkihkih.

Suka pyjmas La Senza sebab selesa dan tak panas. Aku ni kalau pakai baju tak selesa, mulalah nanti, terkial-kial nak tidur. Sebab tu, biasanya, kalau balik Malaysia, aku mesti nak bawak sepasang dua pyjamas dari sini.

Harap-harap, penguatkuasaan staff perempuan di butik-butik bra dan spender ni, dikekalkan sampai bila-bila. Tak payahlah nak letak staff laki tu. Buat kiteorang yang perempuan ni bikin malu dan segan je nak shopping pakaian sulit dan peribadi. 

Sebelum mengundurkan diri, izinkan aku susun jari mintak ampun jika ada yang mungkin akan rasa, entri ini adalah berbaur tidak senonoh kerana sesungguhnya, pada aku, entri ini adalah realiti dalam kehidupan aku di sini.

Sekian. Ma'asalamah!

January 18, 2012

Kisah Muezza : Mok Sudah Punya Pacar!


Assalamualaikum.

Lama dah aku tak cerita pasal kucing aku kan? Hehehe.

Sekarang Mok dah tak keseorangan dah sebab aku adopt kucing lagi sekor. Terjebak boleh teramik kucing baru ni sebab tuan asal dia dah tak dapat nak jaga dah sebab pregnant. Makanya, tak larat dah nak uruskan kucing-kucing dia.

Disebabkan Mok dah kucing betina, jadinya aku adopt yang jantan pulak. Asalnya si Skulky ni datang sepakej dengan girlfrind lama dia iaitu Tangy. Tapi Tangy aku dah amanahkan pada Farah lepas Farah kesedihan atas kematian hamster peliharaan dia.

Jenuh juga Mama Farah tu dok mikir nak jaga Tangy ke tak sebab Daddy Farah tak berapa sangat dengan kucing. Alhamdulillah, Tangy dijaga dengan baik. Dengar cerita dari Kak Sofie ( Mama Farah ), Tangy sangatlah manjaaa! 

Sorry sebab takde gambar Tangy. Boleh kata Tangy tu sama spesies dengan Mok. Sejibik sejibon. Kalau letak sebelah menyebelah, memang kembar. Mana taknya, masa jaga Tangy 2,3 hari tu, aku jadi confius mana satu Mok, mana satu Tangy bila tak nampak muka dorang.

Kalau pandang dari tepi ke, kalau dorang tengah tidur melingkar ke, mesti kena perhatikan collar dorang dulu. Kalau pink corak, maknanya Mok. Kalau pink plain, maknanya Tangy! Hehehe.

Tangy yang sama-sama duduk dengan Skulky. Tapi disebabkan aku nak Skulky dan tak boleh amik semua dan memang tak boleh tamak, terpaksa pisahkan Skulky dengan Tangy. Sedih juga sebenarnya masa nak hantar Tangy kat Farah tapi apakan dayaku. T_____T



Ok. Ini Skulky. Jantan. Dia ni baka Siberian. Siberian ni kira macam ada bersangkut paut dengan spesies singa Siberian tu jugaklah. 

Boleh tahan besar dan panjang jugak si Skulky ni. Kuat makan. Paling pasti, kuat mainnnnnn! Kerja memanjang mainnnnnn jeeee. Lagi-lagi kalau dapat mainan bola ada loceng dengan tikus IKEA dia. Habis tunggang terbalik dia main sorang-sorang.

Perwatakan Skulky dengan Mok memang beza sangatlah! Lagipun dah kata Skulky ni pun kucing jantan kan? Maka haruslah dia ni lagi super duper aktif dari Mok! Bukan nak kata Mok tu tak aktif. Aktif je tapi Mok tu mood main dia, swing sikit. 

Ada masa dia rasa dia nak main, dia mainnnn je. Lari sana sini. Lompat sana sini. Tapi kalau mood malas dia datang, haramlahhh kau nak nampak dia main. Confirm memanjang je membuta kat tempat sejuk dan gelap!

Lainlah si Skulky ni. Dia betul-betul senyap masa dia tidur je lah. Kalau tak main pun, dia ni mulut bisingggggg!!! Ada je benda nak ngiau sampai satu tahap tak tau dia ngiau nak apa. Hahaha. Sampai kadang aku marah dia sebab bising sangat. =_____=

Selain kuat main, dia ni otak kreatif sikit. Hari-hari ada je benda baru dia akan buat. Kadang-kadang, sampai Mok tengokkkkkkkkkkk je si Skulky ni. Tengok macam dia rasa, agaknya si Skulky ni buang tebiat agaknya! Ada je kerja gila nak buat setiap hari. Hahaha.

Awal jaga dia dulu, asal nampak bakul baju kosong, mesti dia kelam kabut nak terus terjun duduk tidur dalam bakul. Asal kosong je, nak masuk, nak tidur. Tidur terbongkang lak tu! Itu kadang-kadang aku sekarang ni selalu je bagi bakul tu sentiasa penuh menggunung dengan baju. Sebab saja taknak bagi dia main dengan bakul baju aku. Hahaha. ( Padahal aku yang malas lipat baju! :p )



Lepas aku dah sekat dia main bakul baju, entah macam mana, ada satu hari tu, aku tengok dia dok pusing-pusing dekat salad bowl IKEA yang aku buat perhiasan atas meja kecik hitam sebelah sofa.

Aku ingatkan dia nak buat apa. Rupa-rupanya ...


Ha kauuuuuuuuuu! Dia sumbat badan dia dalam salad bowl! Padahal dia dahlah besar okayyy? Besar dan panjang. Boleh selamba nak paksa badan sendiri masuk dalam salad bowl! =____=

Kadang dia sampai tidur okayyy! Aku sampai kesian tengok dia. Tapi kalau dah dia yang nak, malas ah nak cakap apa dah! Hehehe.

Tapi walau macam mana best duduk dalam salad bowl pun, dia tetap ada tempat tidur kegemaran dia iaitu dalam sink bilik air!


Sebelum ni, sink ni memang tak pernah digunakan sebab ni dikira sink dalam bilik air untuk tetamu. Kalau ada tetamu, dorang bolehlah guna untuk basuh tangan ke apa. 

Tapi memandangkan, bilik air tetamu ni juga aku letak bekas pasir dorang, jadi aku lagi selesa kalau tetamu guna bilik air kiteorang je. Hehehe. Kang takut sang tetamu tak selesa pulak nak membuang bahan kimia memandangkan bahan-bahan kimia budak-budak ni pun betul-betul sebelah mangkuk tandas juga. Kihkihkih.

Si Skulky ni, kalau dia dah tidur dalam sinki ni, memang berejammmmmmmmmmmmmm tidur. Dari laki aku pergi kerja, balik makan tengahari, dia akan bangun kejap, makan. Kang lepas makan, main. Nanti laki aku dah pergi kerja balik, dia masuklah balik dalam sinki ni. Dia akan tidur sampaiiiii laki aku balik dari kerja petangnya nanti.

Kucing-kucing aku memang kuat tidur okayyyyy! Melampau gila punya kuat tidur. Dahlah dua-dua tidur berdengkur. Bising gilaaaa okayyyy??? =_____=


Dulu, aku bagi Skulky panjat kerusi macam tu. Tapi sekarang takde dah lepas aku puas bantai dia sebab dia suka betul korek sampahhhhhhh! Hangin gilaaaaaaaaaaaaaaa ya ampunnnnnnnnn!!! Kalau sehari sekali korek, takpelah jugak!
Iniiiiiiii ... dalam sejam tu, 2,3 kali dia korek sampah! Kalau takat korek tu, aku boleh lagi! Tapi kalau dah sampai dalam sehari, lebih dari 10 kali aku kena cuci lantai sebab dia korek sampah, mesti tong sampah terbalik sampai terburai-burai isi sampah!

Kalau sampah kering, aku bolehlah lagiiiii! Tapi biasanya setiap hari mesti akan ada sampah yang dah basah dan dah kata nama sampah kan? Mesti dah lendir dengan busukkkk! Aku gila stress masa tu nak ajar dia jadi kucing yang senonoh sikit.

Sampai aku cakap kat laki aku : " I taknak dia! Buang dia! Buangggggggggggggggggggggg! Letak kat tong sampah bawah. Tak kira. I taknak jaga dahhh! ". =______=
Masa tu memang marah betul lah! Tapi laki aku tu, paham je lah. Dia tu penyabar banyak orangnya! Tak macam bini dia. Kalau aku amuk cakap macam tu, mesti dia cakap : " Sabarlah. Nanti lama-lama dia oklah. ".

Tapiiiii ...

Bila baru nak sabar, Skulky buat hal lagi bila dia dengan rasa gembira dan suka hati boleh pergi ' poo poo ' dalam bilik tetamuuuuuuuuuuuuuuuuu!

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!
Selama ni, setahun aku bela Mok, tak pernah Mok buat aku gila macam niiiii! Tapi si Skulky tuuuuu .. Aaaaaaaa ... rasa nak nangis ajar dia jadi molek betul!

Bukan setakat ' poo poo ' je. Tapi siap kencing okayyyyyy! Lagilah aku hanginnnn! 

Satu hari aku tak cakap, tak tegur dengan dia, tak pandang dia, tak pegang dia. Aku buat selamba jeeeeeeee! Lantaklah! Apa nak jadi, jadilahhhhhhhhh!

Dalam tengah marah tu, dia ada juga datang nak menempek-nempek dengan aku tapi aku buat tak tau je. Kira dia tahulah aku tengah marah kat dia. Hehehe.

Tak lama tu, aku dapat punca lah kenapa dia boleh pancut sana sini. Sebabnya adalah, dia ni, jenis kucing yang tak boleh nak tahan kenc dengan berak! Kalau misalannya dia rasa nak kenc tapi kalau aku tengah bersihkan pasir dia, mesti dia akan pancut mana-mana. Janji dia lega tapi aku yang stress! T____T

Macam pagi tadi. Aku tengah dok bersihkan pasir dia. Dia dah ngiau-ngiau tepi mangkuk tandas. Pastu aku saje je berhenti kaut bahan dorang. Tup tup dia masuk bekas pasir dia, dia boleh muka selamba ' poo poo ' depan aku! Aku ingatkan dia nak kench je tapi rupa-rupanya ..... =______=

Alhamdulillah, sekarang ni, dia dah tak buang sepah-sepah sebab dah paham kenapa dia buat hal macam tu dulu. Sekarang ni pun, dia dah tahu, kalau orang marah macam mana. 

Contoh macam, aku nak marah dia, aku angkat je tangan aku tunjuk kat dia. Nanti kang, dia tak jadi lah nak teruskan agenda nakal dia. Terus dia senyap. Kihkihkih.

Oh!

Mok dengan Skulky kira dah kawan lah sebab kadang main sama-sama. Cuma Skulky belum dapat tidur peluk-peluk dengan Mok lagi. Mok garanggggggg! Skulky selalu sangat kena sepuk dengan Mok! Lagi-lagi bila masa nak bagi makan. Hahaha.

Cerita pasal Skulky, Skulky jugak. Gambar Mok haruslah tak lupa untuk ditepek sekali sebab aku tahu, ada antara korang memang suka dengan Mok kan?

Nahhhhhhhh!



Sekian. Ma'asalamah!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...