January 24, 2012

Perjalanan Menunaikan Rukun Islam Yang Kelima : Wukuf Di Arafah & Melontar Jamrah

Assalamualaikum.

Aku lupa betul nak sambung entri berkaitan dengan Hajj ni. Hehehe. Kalau dok bertangguh je, macam ni lah jadinya. Dah berbulan-bulan, barulah sibuk nak sambung cerita. Hewhewhew. (=_=)

Ok. Straight to the point je.

9 Zulhijah which is the next day after bermalam di Mina satu hari, pagi-pagi buta semua dah bangun. Mandi, solat Subuh & sarapan.

Selesai sarapan, semua jemaah beratur luar khemah. Beratur ramai-ramai jalan kaki menuju stesen LRT. 

{ Aku taktau nak consider LRT ke keretapi. Yang pasti, dia tak laju, tak lembap. Tapi gerabak dia punya panjangggggggggg macam ulat gonggok dah aku tengok. (=_=) . Time ni dikira first time rasanya train ni digunakan sepenuhnya untuk jemaah Hajj. }

Khemah kat Mina memang dekat sangat dengan stesen ni. Stesen Mina 1.   Belakang khemah je. Jalan kaki pun tak jauh mana. Tak sampai 10 minit pun.

{ Stesen Mina ada sampai 3 stesen. Mina 1, Mina 2 dan Mina 3. }



 

Ok. Itu adalah sepanduk rasmi untuk group Hajj kami. Di mana kegunaanya adalah bila kau dah sesat dalam berjuta jemaah kat mana, kau jangan panikkkk!

Kau cuma perlu cari sepanduk group kau sahaja. InshaAllah jumpa sebab setiap group, sepanduknya adalah berbeza. Paling best, lelaki yang memegang sepanduk ini adalah MashaAllah, sangat handsomeeeeeee! Sampai yang bini-bini orang pun dok asyik nak tengok mamat tu je sebab dahlah handsome, baik pulak tu, cukup ilmu agama, mengaji pun sedappp! Aduh duh duh duh duh duh. (=_=)



Ini adalah sesi kena beratur tunggu turn nak naik train. Hazabbbbbbb gila okay nak beratur, nak tunggu naik train niiii!!! Kena tunggu turn tu bukan dengan puluh-puluh punya orang ya? Ini adalah kena tunggu turn dengan puluh ribu punya manusiaaaaaaaaaa ... huarghhhhhhh!!!

 Fuh ... fuh ... fuhhhhhhhh! Masa ni dah dikira ujian dariNYA sebagai jemaah Hajj. Mana tak hazab, beratur pukul 8 pagi, tapi dekat pukul 10 lebih baru dapat naik trainnnnn!

Nak pengsan rasanya. Dengan lapar, dengan panas. Nak complain memang taklah sebab dalam kepala sentiasa beringat : " Sabar Nailah, kau tengah buat Hajj ni, jangan nak mengeluh. ". Ok. setiap kali rasa nak hilang sabar tu, aku dok ulang-ulang je cakap macam tu dalam hati. (T_T)



 Alhamdulillah. Lepas lebih dari 2 jam menunggu, akhirnya turn group kami naik train. Stesen Mina 1 ni adalah stesen yang paling dekat nak ke Arafat berbanding Stesen Mina 2 & 3. 

Tapi takdelah dekat mana pun sebab lebih dari 10 minit kot rasanya baru sampai kat stesen Arafat tu. Sepanjang dalam train tu, kau memang boleh nampak ada jemaah Hajj lain yang penuh kedaifan tu, tengah jalan kaki ramai-ramai nak ke Arafah. ( Jauh ok nak ke Arafah tu )

Ada yang sorong anak, ada yang jalan kaki dengan tak pakai kasut/selipar, semuanya serba kekurangan. So, jadilah manusia yang sentiasa bersyukur ya Nailah? ( Peringatan untuk diri sendiri )


Sampai kat Arafah pun dah nak tengahari. Makanya masuk khemah, rehat-rehat dulu, makan-makan dulu, minum-minum dulu. Masa baru sampai tu, ada dapat breakfast lagi. Tapi rasanya more pada nak dijadikan alas perut sementara tunggu lunch.

Breakfast yang dia bagi tu semuanya rotiiiiiiii! Yang kami orang Malaysia dan tak berapa dengan roti cuma makan roti hotdog SAHAJA! Roti lain memang tak boleh nak telan langsung sebab ada yang rasa pelik, ada roti yang dah bercampur dengan segala herba lah, apalah. Memang tak tertelan. Kembang tekak nak makan. (=_=)

Lepas tu padan muka sebab masing-masing kebulur tahap apa sebab lunch tak sampai-sampai. Laki aku sampai msg : " Bila nak lunch, Biebie laparrrrrr!. ". Hahahaha. Jangankan dia, kami yang 4 orang perempuan ni pun lapar kebulurrrrrrrrr! Inilah bahananya kalau membazir dan memilih.

{ Tapi memang bukan niat nak membazir dan memilih pun sebab tekak memang serius tak dapat nak telan roti-roti yang dorang bagi. Kalau roti plain, roti croissant ke ok lagi. Ini roti yang memang rasa pelik-pelik. Aku boleh bet kalau bagi korang pun, korang mesti taknak makan punyalahhhh! :p }

Selesai makan semua, baru semua berwukuf. Ada yang sepanjang masa mengaji, berdoa, berzikir. Masing-masing memang tekun. Yelah, bukan senang nak sampai tahap berwukuf ni. Lagi-lagi, waktu berwukuf nilah doa paling mustajab. 

So, kau doalah apa sekalipun dengan penuh khusyuk, redha dan ikhlas. InshaAllah, satu persatu doa kau akan dikabulkan olehNYA.

Time ni segala benda memang aku doa. Semua perkara aku doa. Tak kisahlah. Sampai satu tahap tu bila berhenti rehat jap dan ingat balik apa aku doa, aku macam terpikir : " Eeee tamak pulak aku ni kan? Semua nakkkk! ". Hahahaha.

Tapi takpelah. Rahmat Allah SWT tu kan sangat luasssssssss! Makanya, tak salah pun nak doa banyak-banyakkkkkkk! ;D
{ Semoga segala doa aku dimakbulkan olehNYA. InshaAllah. }


Selesai berwukuf di Arafah, gerak ke Muzdalifah pulak. By the time nak gerak ke Muzdalifah ni, memang banyak sangat dugaannya. Berat tapi Alhamdulillah, pada akhirnya, Allah SWT permudahkan jalan kami juga.

Naik train ke Muzdalifah pun dah nak tengah malam. Masing-masing dah selebet. Dengan muka berminyak, dengan penat. Semua rasa ada.


Suasana di Muzdalifah. 

Ni betul-betul masa baru turun train. Turun je kat Muzdalifah tu, memang terus nampak pemandangan macam ni. Umat manusia punyalah ramaiiiiiiiiiiiiiii! Berbondong-bondong gitu. Meriah gilaaaaaaa okayyyyyy!


Yang gelap dalam gambar ni sebenarnya kawasan bukit. Dekat bukit tu, banyakkkkkkkkkkk gilaaaaa khemah-khemah. Dari kaki bukit sampailah ke puncak bukit! Penuh dengan orang. Dalam gambar je tak nampak.

Bila dah sampai ni, sesi berdoa pun bersambung seperti waktu wukuf di Arafah. Masa ni jugaklah, kena cari batu-betu kecik untuk melontar nanti. 

Seriously memang susah sangat nak cari batu. Bila jumpa pun, besar sangat, tak pun kecik sangat. Tapi sebab takde pilihan, belasah je apa yang ada. Janji batu. Bukan kayu, bukan simen. Itu dah cukup.

Dari Muzdalifah nak ke Jamrah pun dugaan lagi sekali. Aku dengan laki aku, Kak Rahimah & Nadzir dah terpisah dengan Ina & Haidar. Masa nak tunggu train ke Muzdalifah tu, memang ujian KESABARAN untuk aku menghadapai karenah manusia-manusia yang takde adab ni. 

Kalau ikut baran aku, memang sorang-sorang kena dengan aku tapi nasib baik, dok sabarkan diri sendiri. Dahlah main tolak-tolak orang. Sakai betul! 

Sepanjang dari tunggu train sampai dah turun kat stesen Jamrah, aku diam jeeee! Buat-buat tak nampak dengan perangai sakaiiiiii manusia lain. Haih. Dugaan. Dugaan. (=_=)

Masa melontar yang pertama ni, memang dah terpisah langsung dengan Ina & Haidar. Bukan takat dorang je tapi dengan ahli group yang lain. Kiranya aku & laki aku, Kak Rahimah & Nadzir dengan certain ahli group yang kebetulan tercicir jugak. Less than 10 rasanya.

Nasib baiklah, tercicir tercicir pun, salah sorang assistant group pun tercicir jugak. So, dialah stay dengan group kiteorang ni. 

Maaflah. Masa melontar yang pertama ni, satu gambar memang tak amik langsungggggggg! Sebab aku serius dah mengahhhhh. Laki aku pulak memang dah penat dengan kaki dia.

{ Harap maklong, aku ada asthma. Laki aku pulak, lepas eksiden dan kaki masuk besi, setiap kali berjalan jauh memang kaki dia akan penat dan sakit sebab besi kat kaki dia panjang. Dari lutut ke bontot. Makanya besi tu menyucuk-nyucuk daging kat bontot. }

Nak melontar memang tak penat langsung sebab kau cuma perlu baling batu sebanyak 7 biji kat setiap tiang. Tiang ada tiga. Yang penatnya adalah, distance dari stesen keretapi nak ke tempat melontar dan juga, distance dari tempat melontar nak ke stesen balik untuk balik ke khemah.

Itu adalah penatttttttttttt! Easily aku boleh dapat asthma sebab jalan adalah membukit. Can't complaint much. Cuma jalan dan jalan dan jalan.
Selesai melontar, walaupun dah penat gilaaaaaa dengan kebulurrr lagi, hati memang eksaited nak balik khemah kat Mina! Eksaited sebab nak bertahalul. Which mean, once kau dah bertahalul, maknanya Ihram kau dah selesaiiiii! Wehoooooooo!

{ Bertahalul adalah cukur rambut / gunting rambut }

Dan itu juga adalah kali terakhir melihat laki berambut lebat sebelum dia botak licinnnnnn! Kihkihkih. 

Sampai khemah kat Mina, terus cari tong sampah dengan langkah dah semakin longlaiiii, baca doa tahalul, terus zassssssss! Selamat sudahhhh. Alhamdulillah. Dah legaaaaaaa!!!

Masuk khemah senyum-senyum sebab dah boleh wangi-wangi, boleh syampu rambut, dah boleh pakai bedak, cuci muka pakai facial wash, pakai deodorant dan sebagainya.

Malam tu, memang tidur lena sebab tak sabar tunggu Subuh sebab nak bersihkan badan dengan sebersihnya sebelum get ready untuk buat lontaran hari kedua pulak.

{ Tidur lena lepas letak YokoYoka kepunyaan Ina. Pinggang aku sakit ya ampunnnnn! Sampai nak duduk pun pedih. Masuk khemah memang terus bummmmmmm! ;D }

Sekian. Akan bersambung lagi. Ma'asalamah!

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...