January 31, 2011

Nailah 'Berpuasa' & Katakan 'Tidak' Untuk Pembelian Sebarang Handbag Buat Masa Ini!


As'salam.

Oh disebabkan aku akan berpindah ke rumah sewa yang lain...
Jadinya dua tiga hari ni atau entry akan datang...
Mesti pasal pindah rumah.
Takpun pasal barang yang nak kena beli.
Hehehehe.
( senyum )

Ok. 

Aku nak bagitau korang yang aku dah nekad ni.
Nekad untuk tidak beli atau menambahkan koleksi handbagku buat masa sekarang!
Nekad! Nekad! Nekad!
Mesti nekad!
Oh yeahhhhhh!

Bolehkah?
Boleh. Boleh. Boleh.
( Kena yakin dengan diri sendiri. Ye tak? )
Heh!

Rumah sewa baru kami lakibini nanti, dapurnya luasssss!
Besar ah tapi takde ah besar sangat.
Tapi ok ah kalau kat dapur tu dah boleh joget-joget.
Hihihihi.

Aku nak beli barang elektrik untuk dapur!
Ye ah.
Aku pun minat bab masak memasak ni.
Especially kalau bab baking!

Perghhhhhhh!
Memang rasa teruja gila sekarang!
Tak sabar nak baking memacam.

Sekarang ni pun...
Ikutkan aku nak buat triffle & kek Tiramisu.
Tapi itu semua kena postponed ah dulu.
Sebab dah busy tengah packing barang kan?

Hope dah pindah nanti boleh baking semua tu!
Suka! Suka! Suka!

Apapun, even dah pindah nanti...
Takdelah nak beli semua barang elektrik yang aku nak dalam satu masa.
Satu satu ah kan kalau nak pun...
Kesian lakiku!

Walaupun dia boleh beli semua dalam satu masa.
Tapi aku beragak ah kan!
Tak sampai hati pulak.
Kekekekeke.

Benda pertama aku nak beli untuk dapur ialah:

Dapur gas.





Benda ni memang sangat amatlah penting untuk aku!
Kalau tak cemana nak masak kan?
Sekarang ni pun aku ada & masak pakai satu tungku je ok!
Almaklumlah, dapur pun kecik.

Tapi sebab rumah sewa baru nanti memang ada tempat khas untuk letak dapur gas camni.
Plus tuan rumah siap letak kipas ekzos elektrik sekali.
So, aku berkira-kira nak dapur gas yang standard camni je ah.
Yang ada 4 tungku untuk memasak tu.
Lagi cepat sikit aku masak!
Hehehehe.

Plus kalau beli dapur gas camni.
Aku dah ada oven kat bawah dia.
So, boleh ah if aku nak baking ke apa ke.

Aku dah survey dah ritu dengan laki aku.
Aku nak yang murah je ah.
Aku kalau boleh nak bawah 500 riyal je.
Aku takde ah nak yekyek sangat nak mahal ke apa.
Asal boleh pakai sudah!

Tapi ritu pegi survey...
Paling murah pun somewhere around 600 riyal kot?
Itu brand paling cikai okeiiiii!

=_______=

Ada tu aku tengok...
Dapur gas yang ada brand sampai harga 10k!
Gila kauuuuuuu!!!

Telan air liur aku tengok.

0_o

Padahal sama je kot?
Bukannya kalau beli mahal...
Makanan kita masak tu jadi sedap sangat ke ape ke.
Huhuhuhu.

=______=

Benda kedua aku nak beli ialah :

Mixer for baking.





Kan aku dah cakap yang aku suka baking kan?
So, mixer ni memang keperluan lah untuk baking membaking ni.
Kalau takde ni...
Memang jenuh ah weih ko nak dok putar bahan-bahan nak baking tu!
Like masa aku buat oreo cheese cake tu.
Nak patah tangan aku dok putar manually cream cheese.

=______=

Bila dah ada mixer ni.
Boleh lah nak buat cuppies ke, cookies ke, cakes ke.

Aku berangan nak buat kek besday untuk laki for his coming besday this June!
Tak payah dah susah-susah nak pergi kedai kek!
Homemade sudehhhhh.
( senyum )

Bila dah ada mixer for baking, mestilah kena ada ini :

Baking set!


Aku nak beli satu set.

Ada tempat untuk cuppies.
Spatula tu semua.
Tak lupa juga, nak rolling pin.
Juga tempat tekap biskut tu.
Dengan baking set yang buat kek tu haaaa.
Yang tu yang boleh buka dari tepi.

Aku nak beli semua ni lah.
Nak macam tu semua.

Tapi...
Macam aku cakap tadi.
Beli sikit-sikit lah.
Hehehe.

Habis pasal baking set and dapur gas bagai...
Benda yang aku nak lagi ialah :

Juicer blend.





Kalau dah ada menatang ni...
Boleh buat homemade juice.
Like lemon juice ke.
Orange juice ke.

Tapi aku lebih kepada nak buat pomegranate juice!
Haritu sejak first time beli kat Hera International Mall kot.
Ke ape ntah nama mall tu.
Aku saje  nak try juice pomegranate..
10 RIYAL satu cup medium camtu ah.
Memang sedap!
Memang pure juice lah.
Orang tu tak campur gula ke ape ke.
Takde. Takde. Takde.
Hanya buah tu je semata.
Terus aku suka da dengan pomegranate!
Hihihihi.

Selain juicer blend tu, aku nak beli ni jugak :

Coffee maker!




Coffee maker ni mesti ah untuk laki aku kan?
Dah lama survey menatang ni.
Tapi tak terbeli-beli jugak.

Lagipun rumah sekarang kecik kan.
Kang beli, taktau nak sumbat mana.

Tapi...
Bila nak pindah dah ni...
Nanti bolehlah beli!

Hurrehhhhhhhhhhhhhhh!
Ku suka! Suka! Suka!
Hehehehehe.

Mau gua tak suka?
Kalau beli gua boleh beli coffee dari Starbucks tu.
Murah beb starbucks coffee dalam pack tu kat sini!
Murah habis ah!

Aku masa first time pegi Starbucks kat sini...
Terkejut gilakkkk tengok coffee pack murahhhh!
Teruja terusssss!

Lepas ni kalau dah beli coffee maker ni...
Boleh lah beli coffee pack tu.
Yeayyyyyy!

Setakat ni tu je ah aku nak beli.
Aku takde ah nak banyak sangat pun.
Dapat barang yang aku dah senaraikan ni pon...
Dah bersyukur dah aku.

And I know...
Azman will trying and working hard to buy it all for me!
Kan biebie kan? Kan? Kan?

;P

Kerajaan Malaysia Boleh Tolong Ambil Tindakan Cepat Sikit Tak?



Perang Awam akan dilancarkan Rabu ini.

As'salam.
Harini sebagai rakyat Malaysia...
Aku nak share ah dengan korang yang baca blog aku ni.
Pasal perkembangan yang sebenar tentang krisis kat Mesir.

Macam kita tengok berita tu.
Bukan gambaran yang sebenarnya.
Ada yang pihak Kerajaan Malaysia tak tahu dengan keadaan realiti.

Biasa ah kan.
Kekadang apa yang keluar kat berita or media tu bukan betul sangat pun.
Kekadang ada berita yang sengaja ditokok tambah.
Takpun ada certain berita tu, memang kekurangan maklumat.

Jadinya, disebabkan pagi tadi aku singgah blog AriffShah.
Aku terpanggil untuk join menyebarkan berita terbaru pasal keadaan di Mesir.
Especially pelajar-pelajar Malaysia juga rakyat Malaysia yang tinggal kat sana.


Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia


Tengok? Tengok?
Kan aku dah cakap.
Berita yang keluar memang banyak tak sama.

Kesian gila okeiiiii.
Terus teringat dekat Ada.
Anak buah Amal yang baru aku kenal few weeks.
Tapi macam dah kenal lama sebab dia sengal macam Amal jugak!
Hahahaha.

*Hi Amal!*

*Ada, are you ok there? Meh ah datang tumpang duk rumah sis kat Jeddah!*

Aku memang tak paham ah.
Bila baca paper Malaysia pasal kerajaan memula macam berkira sangat nak bawak balik semua rakyat Malaysia.
DAH KENAPA?

Ooooooohhhhhhhh...
Kalau Kak Ros yang rambut macam sarang tebuan tu pegi shopping sampai RM300K kat China beli kain bagai...
KAU TAK BERKIRA PULAK kan?

Tapi bila soal nak selamatkan nyawa juga pentingkan keselamatan rakyat yang dalam krisis...
Boleh pulak kau nak pikir banyak kali kan?
DAH KENAPA?

Ini ke 1Malaysia?
Ini ke RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN?
Derghhhhhhhhhhhhh...
Please lahhhhhhh!
Jangan buat malu okeiiiii?

=_______=

Apapun, aku doakan mereka semua selamat and kerajaan Malaysia dapat bawak dorang ni balik Malaysia secepat mungkin!
Please! Please! Please!

Aku doakan juga semoga perjuangan rakyat Mesir berakhir.
Mereka yang berjuang demi agama ni memang aku repsect ah!
Sebab dorang berjuang memang for the sake of Islam.
Sebab dorang memang menentang ah dengan pemerintah dorang!
Banyak sangat rasuah lah, itu lah, ini lah.
Kan itu semua memang salah dari sisi agama kita.

Kan bagus kalau rakyat kita boleh buat macam tu kan?
Almaklum lah, Malaysia pun hebat gak dalam bab rasuah merasuah ni.

Mati syahid beb kalau korang ikhlas menentang semua ni!
SubhanAllah.

Kalau korang nak copy paste entry ni...
Silakan!
Memang patut pun sebarkan benda macam ni.
Bagi kerajaan sedar sikit.
Jangan nak buat sambil lewa jek.
Okeiii?


nota sampingan : 2, 3 hari lepas, jiran sebelah aku kan orang Egypt. So, ritu dorang balik Egypt sebab nak hantar wife dia balik. Until sekarang ni, the man aka yang lelakinya, satu office dengan laki aku tu, tak sampai-sampai rumah pon! Kalau tak tersekat kat airport, entah-entah dia pun join rusuhan kot? Wallahualam. Semoga krisis ni akan berakhir secepat mungkin. InshaAllah. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni.

January 30, 2011

Dugaan Dan Cabaran Hidup Yang Seterusnya.


As'salam.

Fuhhhhhh.
Lama betul tak update blog.
Ada yang tunggu atau rindu kat aku ke?
Hehehehe.

Sekarang masa sangat limit ah.
Aku memang sibuk habis.
Plus korang tau kan aku nak pindah rumah baru.

So sekarang, memang busy packing barang semua.
Penat dowh!

Hmmmmm.
Pindah rumah ni pada aku quite tough jugak ah.

Bukan setakat cabaran nak cari rumah je.
Tapi nak deal harga sewa pun agak mencabar!

Almaklum je lah...
Kat sini kalau bayar sewa rumah bukan bayar setiap bulan.
Bergantung pada kontrak dengan tuan rumah lah.

Let say macam rumah yang sekarang aku duduk ni.
By kontrak kena bayar setiap 3bulan.
So, kalau setiap bulan sewanya dalam 1500 riyal?
Korang kira lah sendiri yek?

Itu baru 3bulan.
Ada yang setengah tu kontrak kena bayar sampai 6bulan sekaligus!
Macam rumah baru nanti.
By kontrak, sewa rumah kena bayar setiap 6 bulan.
Setahun bayar dua kali ah.

Nak pindah rumah pun memang dugaan.

Macam masa memula cari dulu tu.
Ada jumpa satu rumah ni.
Rumah ni memang macam hotel 5 star.
Sewa pun boleh tahan ah.
Aku memang suka habis dengan rumah tu.

Tapi ...
Ada beberapa sebab untuk aku hold dulu nak ke tak rumah tu.
Tapi ...
Suddenly pulak laki aku tak pikir panjang terus pergi bayar deposit.
Bukan sikit.
Banyak ah jugak.
Duit deposit tu boleh buat belanja dapur 8kali kot?

Memula masa bayar tu.
Laki aku cakap, orang tu boleh refund balik duit kalau kita tak jadi sewa.
But suddenly...
Bila mintak balik refund.
Bagilah memacam alasan.




Grrrrrrrrrrrrrr.
Aku memang marah habis ah!

Satu aku marah kat laki ah.
Sebab dia yang gelojoh pergi terus bayar deposit dulu.
Padahal aku tak buat apa keputusan pun lagi.

Yang kedua of coz lah aku marah kat orang tu.
Janji tinggal janji.
Mangkok betul!

Bila nak suruh sewa...
Ayat punyalah manisssss!
Tapi bila tak jadi sewa...
And nak mintak balik refund duit deposit...
Boleh pulak cakap duit dah bagi kat tuan rumah!

Derghhhhhhhhhhh!!!

=______=

Memang bengkek habis!
Malam nak mintak duit tu tapi tak dapat tu...
Muka aku memang mencuka habis ah!

Ralat betul kalau ingat balik duit tu!
Ahhhh... aku senang je.

Kalau betul dia dah bagi kat tuan rumah...
FINE!
Tapiiiii..
Kalau dia tipu!
Gua tak halalkan duit tu!
Lu jawab ah kat Akhirat nanti.
Wa taknak tanggung eyh?
Sebab lu tak jujur buat bisnes!

Huh!




Then nak pindah rumah baru ni lak.
Memang memerlukan pengiraan yang banyak.
Tengok sama ada still in budget kita atau tak.

Macam kami ni.
Alhamdulillah.
Sebab laki aku memang dapat elaun rumah dari company.
Elaun rumah pun memang melimpah ruah lah.
Bersyukur sangat.

So, masa cari rumah and nak pilih rumah mana tu.
Memang perkara pertama yang aku nak tahu ialah harga sewa rumah.
Kang terover lak dari budget...
Makan pasir pulak!

0_o

Selain tu...
Barang dalam rumah.
Banyak barang kena top up.
Kena tambah.
Memang memerlukan kos yang banyak.

Tapi takde ah kan nak sekaligus beli!
Beli stage by stage sudah.
Barang rumah yang ada sekarang pun dah kira lengkap.

Cuma sebab lepas ni rumah dah ada dua bilik...
Kena lengkapkan bilik lagi satu.
Macam katil ke ape ke.
Macam tu ah lebih kurang.
Mana ah tahukan...
Ada family nak datang ke ape ke.

Aku memang kena senaraikan ah budget nak beli barang tu semua.
Baru nampak sikit apa yang penting and apa yang tak.
Takdelah membazir nanti.

Sekarang kena banyak berjimat.
Kena ada saving.
Dah takleh nak hu ha hu ha sangat dah!
Hehehehe.




Buat laki tercinta.
Terima kasih sebab sentiasa buat yang terbaik untuk kehidupan kita berdua.
Eyh salah. Kita bertiga.
Termasuk MokMok.
Hihihi.

Biebie jangan lupa jadikan pengajaran yek pasal duit deposit tu?
Lain kali jangan gelojohhhhhhh!
Orang tamak selalu rugi kannnn?
Huhuhuhu.

January 25, 2011

Aku Tak Salahkan Hujan Tapi ...




As'salam.

Harini Jeddah hujan lagi.

=_____=

Tau kan kenapa aku tak suka kalau hujan turun?

=_____=

Rumah banjir lagi.

=_____=

Even tak teruk macam sebelum ni.

Tapi ...

Kat hall depan habis semua barang penting basah!

Tv.
Woofer.
Amp.
Karpet.
Sofa putih.
Stand speaker.

Especially meja letak Tv tu ha.
Kaki meja satu tu dah kembang sebab asyik kena air.
Tahu je lah.
Sebab kayu tu bukan solid.

=______=

Sayang.
Sebab sian laki aku beli susah payah kat IKEA.
Dahlah mahal.
Money is still money.
Bukan senang nak beli.

Tapi jadi camni lak.

Pasrah lagi.

=_______=

Syiling memang bocor makin teruk!
Dulu kat spot tertentu jek.
Tapi sekarang dah bersambung-sambung.
Sampai aku sendiri tak cukup besen nak tadah air hujan yang menitik dari syiling bocor!

Jangan ah cakap aku mengeluh.
Aku tak mengeluh pun.
Kalau korang kat tempat aku...
Mesti korang paham apa aku rasa.

Sobs.
T_T

Apapun, atas semua yang berlaku.
Aku takkan sesekali salahkan hujan.
Sebab hujan kan kejadian alam.
Hujan kan rezeki dari Allah.

Cuma...

AKU SALAHKAN SIKAP MANUSIA!
Yang design rumah tak pikir kemungkinan yang tak dijangka.

Sobs lagi.
T__T




Aaaaaaaaah.
Kami pasrah.
Kami redha.

Hanya mampu bersabar buat masa ni.

Aku tahu...
Ini adalah ujian buat kami berdua dariNya.

Semoga rumah baru nanti best!
MEMANG BEST PUN!

Sebab kami berpindah ke VILLA!
Gila tamak tak?
Duduk bertiga : Aku, laki aku & MokMok.
Tapi duduk rumah gabak gilakkkk!

Opssss!
Nanti aku update pasal rumah baru tu.
Stay tunes!
Hehehehe.

Sedikit Info & Helah Dalam Sistem Ujrah.




As'salam.

Memandangkan ramai yang bertanyakan pasal perihal Ujrah tu.
Jadinya aku kongsi link ni dengan korang.


Korang baca betul-betul.
Dan pahamkan.

Lepas tu barulah amik tindakan yang seterusnya.
Sama ada nak sign dengan Sistem Ujrah ataupun tidak.

Nasihat aku?
Berhati-hati sebelum membuat sebarang perjanjian.
Jangan cepat tertipu dengan tawaran yang dah diberikan.

Sekian.
Hihihi.

January 24, 2011

Kenapa Hutang Aku Bukan Makin Berkurang Tapi Bertambah Padahal Setiap Bulan Bayar ?



Mana duit yang aku dah bayar hutang PTPTN sebelum ni? =_=


As'salam.
Tadi petang sempat aku chat dengan mak kejap kat Facebook.
Kebetulan aku ada mintak tolong mak sikit untuk bayar memacam benda.

Lepas dah borak-borak tu.
Tetiba topik terus ke hal hutang aku kat PTPTN.
Mak cakap :

Mak : Dulukan mak ada bayar duit PTPTN untuk ilah. Tapi kenapa total up semua macam tak pernah bayar jek?
Aku : Entah. Itulah. Ilah pelik gak bila check haritu.
Mak : Mak check total macam tak pernah bayar je. Asal macam tu?
Aku : Mak, ada simpan resit tak?
Mak : Takdelah. Mak dah buang sebab dah lama sangat.
Aku : Taktau ah cemana ni. PTPTN ni cekik darah pun iye gak. Makan duit orang!
Mak : Takpelah. Esok mak call kalau mak ingat. Nanti mak nak tanya.

Tengok?
Mak aku pun bising bila dapat tahu jumlah hutang aku bukan makin berkurang tapi bertambah.
Padahal dulu lepas diploma, aku bayar je.
Gila sengal tak?

Haishhhhhh!
Panas pulak aku tetiba bila dah jadi macam ni.
Bukannya dulu yang aku dah bayar tu jumlah sikit.
Tapi banyakkkkkkk tuuuu?!!!

Kenapa PTPTN tak tolak?
Kenapa? Kenapa? Kenapa?

=________=

Lepas dah habis diploma dulu.
Mak bayarkan.
Sebab masa tu aku tak kerja.
Hanya duduk goyang kaki kat rumah je.

Tapi...
Bila aku dah start keje kat Penang.
Setiap bulan kot aku bayar pakai duit elaun tak berapa dari UEM tu.
Tapi cukuplah kan dapat bayar PTPTN sikit-sikit.
Dari tak bayar langsung kan?

Masa aku diploma dulu.
Aku memang dapat full loan.
Memang mewah habis ah sampai aku sendiri taktau nak buat apa duit tu.
Sebab dalam masa yang sama...
Mak aku still bank in duit belanja setiap bulan.

0_o

Bila aku dah sambung degree.
Mulanya aku memang taknak ambil loan PTPTN tu lagi.
Sebab aku pikir mase tu...
Aku amik degree bukan lama pun.
2 tahun je pun which is only 4 semester.
Masa tu memang dah nekad ah taknak amik dah pinjaman lagi.

Tapi...
Jap lagi...
Mak aku suruh amik gak.
Mak cakap duit tu kalau taknak guna...
Biar je dalam bank.
Boleh guna kalau in case of anything will happen...

Sekali je...
Hambekkkk kauuu!
Bila dah sign pinjaman semua...
Tahu berapa yang aku dapat?

Tolak duit yuran belajar.
Adalah tinggal dalam RM200 balance untuk aku.

RM200 ok!  RM200!

Gila tak berbaloi sungguh!
Sudahnya aku seminggu dok bebel kat mak aku.
Mak aku gelakkan je bila tau balance kat aku cuma RM200 after dah tolak duit yuran belajar!

Damnnnnnnn!
T_T

Korang jangan ah cakap aku macam tak bersyukur kan?
Aku bersyukur je tapi kalau korang pikir positive way...
Kan memang tak berbaloi?

RM200 untuk satu semester which is 6 month?
Duhhhhhhhhh!
T_T

Geng aku masa degree tau ah aku cemana setiap kali PTPTN dah dapat!
Kalau dorang loncat-locat suka ria je bila PT dah masuk.
Tapi aku?
Hmmmmm. Takdenya nak tunggu derrr!

Aku kekadang biarkan je duit tu terperam.
Takpun aku keluarkan untuk save buat isi minyak kereta.
Takpun aku buat duit belanja beli barang-barang dapur rumah or toiletries!
Alhamdulillah je lah.
Bersyukur je aku. 
:)

Tapi sekarang ni?
Tengok ah!
Sudahnya menyusahkan diri sendiri.
Tension betul aku camni.

Buat penat je aku bersusah payah budget every month untuk bayar PT.
Sekali je tengok-tengok, total sama gak!
Jangan kata nak berkurang...
Makin bertambah banyak ada ah!

Mangkok betul!
Saje je nak buat aku maki time nak masuk waktu solat Isyak kat sini.

=______=

Lagi satu.
Yang pasal sistem Ujrah tu.
Aku penah baca pasal sistem tu yang sebenarnya bukannya menolong!
Tapi lagi menyusahkan adalah!

Aku dah apply dah sistem Ujrah haritu.
Tapi dah tahu pasal keburukan menda tu.
Takdenya ah aku nak sign any document yang berkaitan.
Baiklah aku stick dengan sistem yang lama.
Much more better.

So, korang jangan lah tertipu ek?
Kang korang jugak yang gigit jari.
Hehehehehe.

Ah, esok kena ingatkan mak!
Tak boleh jadi ni!

Aku dah marah ni!
Dah bengang!

Manja Atau Gedik Sebenarnya Makhluk Berbulu Putih Ini?


As'salam.

Rasanya dah lama kan aku tak blog pasal kucing kesayangan kami?
Siapa lagi kan kalau bukan MokMok si makhluk berbulu putih itu.

Say Hi to MokMok to all of you yang baru follow blog ni!
Hehehehe.

Aku takde perkembangan baru pun pasal MokMok.
Cuma mungkin MokMok ni dah tambah kot berat badan dia.
Memandangkan aku tengok dia da semakin panjang.
Dan juga semakin berat bila aku dukung.

Dan...
Terasa beratnya bila dia dok pijak-pijak aku kalau kami semua atas katil.

Iya.
Sekarang, dia dah pandai join kamu berdua ATAS KATIL ye.
Aku ulang balik...
ATAS KATIL!

Tak percaya?




Siapa yang merampas siapa sekarang ni?
Boleh bagitau sekarang tak?

0_o

Oh MokMok sekarangggggggggggg...
Kalau malam kami nak tidur.
Dia pun ikut tidur sesama.

Kau boleh bayangkan tak?
Kalau selama ni kami berdua memang best ah tidur berdua JE atas katil.

But then...
Tetiba ada orang ketiga kat tengah-tengah atas katil yang memisahkan kami.
Memisahkan kami dari berpeluk sakan semasa tidur.
 Memisahkan kami dari senang nak cium pipi atau apa je lah yang boleh dicium.
Juga...
Ehem ehem.

Eyh?
Ehem ehem still boleh lagi.
MokMok bukan penghalang dari membolehkan kami untuk mencipta cinta gigitan di malam hari!
Kahkahkah.

Haraf maaf ye buat yang belum kahwin.
:P

Laki aku cakap kan.
MokMok macam tu sebab manja.
Tapi aku rasa dia macam tu sebab musim mengawan kot?

Plus aku rasa MokMok memang gedik.
Dahlah tetiba nak menyelit tidur kat tengah-tengah setiap malam.
Lepas tu, dah tidur, siap nak kena peluk atau pegang dia pulak.
Plus lagi satu, kalau nak tidur, aku atau laki aku kena hulur lengan untuk bagi dia tidur buat bantal!

SUPER GILA MANJA atau SUPER GEDIK kah kalau begitu?
Adoiiii.

T_T




Ini adalah muka MokMok dalam kebengangan sebab tak dapat tidur yang lena.
Sebab jiran belakang rumah ni dok bertukang sepanjang siang.
Dari pagi sampailah ke petang dorang dok bertukang!

Yang si MokMok ni kalau siang memang feveret dia ah nak tidur atas katil dalam bilik.
Pastu terciptalah banyak aksi time die tengah tidur ni.

Nak tengok tak kucing tidur aksi terbang macam SuperMan?





Lihattttttttttttttttt!
MokMok the SuperCats!
Masa ni dia tidur dari start laki aku pegi keje balik tengahari tu. 
Sampailah ke Maghrib.
Tak reti-reti nak bangun.
Macam penat sangat.
Macam lah main ke apa.

Padahal...

Dia kat rumah just tidur, makan, tidur, makan!
Itu je lah kerja die sepanjang hari.

Jangan ah korang ingat aku saje malas taknak main dengan dia.
Tapi dia memang malas nak main.
Tak aktif sangat pun kucing aku.
Main pun boleh kira dengan jari.
Itupun adalah dalam 5 minit je main.

=________=

Sekarang ni...
Setiap pagi kalau kami breakfast roti coklat.
Dia pun breakfast gak!
MokMok breakfast ikan kembung rebusssssssss!

Untung betul kucing aku yang sekor ni!
Dah lah makan sedap-sedap.
Then, tempat tidur pun best!

Haih.

InshaAllah.
Kalau ada rezeki.
Aku nak bawak MokMok pegi buat grooming.
Lagipun aku tengok bulu dia serabut semacam ah.
Aku yang tengok pun rimas.

Grooming kat sini boleh lah.
Tapi standard ah kan harga grooming kat sini.
Takdelah melampau sangat.
Mampu lagi.
Bukan selalu pun.

Lagipun kucing persian ni kalau nak cantik.
Kena rajin bawak pegi grooming.
:)

Next month MokMok ada appointment.
Vaksin dah takde dah.
Cuma kena bubuh ubat kutu jek.

Next month jugak.
InshaAllah kami pegi Doha.

We are thinking of nak tinggalkan MokMok dalam rumah jek.
Nak tengok dia pandai tak jaga diri.
Kalau everything ok.
Balik raya 4minggu nanti.
Kami takyah lah nak kena hantar ke hostel.
Tinggalkan dia kat rumah sudah!
Nak hantar ke nursery mahal gilaaaaa!
Macam tak berbaloi je.
Huhuhu.

Just hope everything will be good.
I know MokMok can do it!

You go MokMok!
We love you.

January 22, 2011

Bila Azman sibuk, Nailah Pun Buat-Buat Sibuk!





As'salam.

Bila laki aku busy...

Aku akan duduk rumah je setiap masa.
Lagi-lagi kalau hujung minggu.
Macam baru-baru ni.

Gara-gara nak menyiapkan kerja freelance dia.
Aku duk rumah je.
Bila dah dapat duduk rumah ni..
Hati aku pulak meronta ajak keluar!

Padahal kalau laki aku selalu ajak keluar...
Punyalah payahhhhhhh aku nak keluar!
Ni bila laki aku dah busy...
Aku pulak sibuk nak keluar!

T_T

Aaaaaaaaa..bila aku dah duduk rumah ni.
Aku jadi rindu nak makan meatballs IKEA.
Aku jadi rindu nak makan burger Hardee's.
Aku jadi rindu nak minum Java Chips.
Aku jadi rindu nak minum Choc Milkshake.
Aku jadi rindu nak panjat Mall.

0_o

Tapi bagus jugak dia busy ni...
Sebab bila dia busy aku tak payah nak bersiap keluar!
Lepas tu sejak dah main PS3 balik ni...
Aku lagilah suka kalau dia busy setiap masa!
Hahahahahahahaha.

Tapi aku takde ah kan nak merungut ke apa kalau laki aku busy.
Sebab aku tahu laki aku bekerja keras nak tambah duit.
Memanglah duit bukan segalanya...
Tapi segala benda sekarang memerlukan duit!

Betul tak?
;)

Ni satu projek freelance dah siap!
Alhamdulillah.

Satu projek lain pulak menyusul...
Oh rezeki!

Nailah Kembali Bersama Si Landak Biru Yang Berlari Sangat Laju!



Oh noooooo! Aku dah kembali bermain PS3!

As'salam.

Lepas dah berbulan-bulan aku berehat dari bermain PS3...
Semalam entah kenapa aku rasa nak main balik!

Aku rindu sebenarnya dengan Sonic aku yang comel itu.
Errr...aku bukan rehat sebenarnya...

Tapi...

Aku tak jumpa jalan untuk panjat dinding ais kat Holaska!
Muahahahahaha. :P

Sebelum aku stop main dulu.
Dekat seminggu aku cari jalan nak panjat atas ais tu.
Tapi still tak jumpa!

Sudahnya aku boring & stop main!

Until beberapa hari lepas...
Aku tergerak hati nak cari tips untuk lepaskan Sonic aku kat situ.

Dengan panjang akal yang Allah berikan...
Aku cari kat Internet...

And...

JUMPA!!!

Hohohohohohoho.
Mau aku tak seronok?

Lepas dah baca tips...
Terus teruja nak main balik!

And...

Wallahhhhhhhhh!

I DID IT!

Finally Si Landak Biru aku berjaya melepasi tembok ais itu!
Bhahahahahahahaha.
;)

Suka okeiiii!

Akhirnya aku berjaya!
Tak sia-sia berusaha cari tips kat Internet selama dua hari berturut-turut.

=_______=

Sekarang aku dah move on ke hujung Holaska!
Game ni nampaknya makin lama makin susah.
Aku kena banyak berhati-hati.
Kalau tak nanti...
 Kesian Si Landak Biru aku lemas jatuh masuk dalam laut ais.

0_o

Oh, sekarang tak sabar untuk habiskan ke penghujung Holaska!
Dan juga tak sabar nak cantumkan kepingan bumi yang berpecah!

Bila game ni dah habis main...
Baru aku boleh beli CD Game yang lain!

Aku teruja weihhhhh!

Sonic, Im coming  backkkkkkkk to help you from Eggman!
Oh yeah! Oh yeah! Oh yeah!
;)

January 21, 2011

Lagu Masa Tengah Bercinta Atau Sudah Berkahwin.




As'salam.

Sekarag dah pukul 12.25 tengah malam dah.
Tapi aku still tak tidur lagi.
Menemani laki yang gigih menyiapkan Master Plan kot?
Aku pun tak sure sangat.
Tak sempat nak ngendap lagi.
( Padahal tak kuasa nak ngendap! )

Tadi tengah aku baru nak teman lakiku makan malam.
Ehem. Aku makan.
Tapi sayur je yek. Dengan ketam sekor.
Still NO nasi for me.
;)

Baru syiok nak makan...
Tetiba lagu "Never Be Replaced" keluar.
Ada satu masa tu, lagu ni memang femes habis!
Sampai aku pun terjebak jadikan lagu ni lagu bercinta aku dengan lelaki itu.

Kalau teringat balik, and terdengar lagu ni, mesti aku senyum sendiri.
Tadi bila ada lagu ni keluar...
Dengan muka selenge aku, aku cakap kat laki aku :

"Bie, lagu ni dulukan I bagi P**n. "

Ah. Dia macam biasa ah. Senyum je.
Lebih kepada tak kuasa nak layan.
Kahkahkah.

Tapi laki aku ok je.
Takde nak sentap pun.
Laki ku sportinggggggggg!
( sengih )

Bila dah dengar lagu ni bukan bermakna tetiba nak ingat cerita lama.
Tapi benda tu kan semua jadi kenangan.
Kekadang kalau teringat balik, mesti boleh buat kita tersengih sengsorang.
Kan? Kan?

Ni berdasarkan pengalaman aku lah.
Setiap orang yang aku pernah bercinta kan.
Mesti akan ada lagu tema bercinta.

Tak percaya?
Meh aku listkan senarai nama & lagu apa :

Dengan first love : F****l
Ada dua lagu tema masa dok bercinta sakan dengan dia.
First lagu Melly Goeslow - Jika.
Second lagu Yusry - Dekat Padamu.

Tapi paling touching dulu kalau dengar lagu Dekat Padamu.
Perghhhhhh...geli pulak aku kalau teringat balik!
Sumpah memang budak-budak.
Kahkahkah.

Haktuihhhhh Dekat Padamu!
Jauh Darimu adalah!
Kahkahkah.

7 tahun berkawan, bercinta, putus, bercinta balik, putus lagi, bercinta balik & aku putuskan terussss!
Habis terus cinta yang tak berapa nak agung sangat dah lah kan.
Kuikuikui.

Masa aku nak kahwin dulu, ada gaduh sekejap.
Sekarang bila dah jumpa balik kat Facebook, dah ok dah balik.

0_o

Then, second love : F****n
Pada aku ada dua lagu bercinta jugak masa dok bercinta dengan dia.
First lagu Ikhlas Tapi Jauh tu tapi aku tak ingat dah siapa penyanyi lagu tu.
( siapa ah nyanyi lagu tu? Aku tak ingat dah. Dah lama sangat. )
Second lagu tu la, Never Be Replaced.
Tee hee. ;)

Yang ni aku rapat sepanjang 3 tahun aku Diploma.
Sama tempat belajar. Kelas je lain.
Aku tak ingat macam mana aku boleh rapat.
Tapi on off jugaklah.

Lepas habis Diploma tu.
Ehem. Bercinta.
Tapi tak lama pun. Sekejap.
Sebab aku sedar, kiteorang ni lagi elok jadi kawan baik dari bercinta.
( kan awak kan? )

Dengan dia ni memang aku suka.
Sebab tu sampai sekarang kami still baik. Kawan baik.
Ehem. Dia nak kahwin dah.
( senyum )

Bila kenal laki aku.
Lagu Ruang Rindu - Letto jadi lagu cinta.
Memang epic habis lagu ni!
Setiap kali dating, memang lagu ni je kami bukak dalam kereta.
Sampai jadikan ringtone untuk telefon.
Paling sadis, aku siap cari lirik and gantung kat kereta.
Nak suruh laki aku hafal.

=__________=

Memang lagu tu je lah aku duk dengar hari-hari.
Sampai budak-budak rumah sewa dah masak sangat.
Kahkahkah.
Bangang je rasa bila ingat balik.

Pada aku bila ada lagu bercinta ni.
Bila kita dengar lagu bercinta kita tu keluar dekat radio.
Or dengar ringtone kat telefon.
Akan buat kita jadi lebih semangat.
Juga boleh buat kita rasa bahagia.
Heh. Heh. Heh.

Sekarang dah kahwin lagu apa?

0_o

Takde lagu apa pun okeiii!
Pakcik sekor tu kan lems sikit.
Tapi aku suka lagu Maher Zain - For The Rest Of My Life.
Touching habissss kalau dengar!

Sampai aku paksa laki aku dengar and pahamkan lirik lagu tu.
So consider lagu tu lagu kami lakibini bila dah kahwin ni la.
Aci tak?
;)

Errrrr...
Korang nak tau tak lagu bercinta laki aku masa dia dengan ehem ehem dia dulu?
Tu haaaa...lagu abang aku.
Maha Karya Cinta - Faizal Tahir.
Itu lagu masa laki aku nak pujuk ehem ehem dia dulu.
Hahahahaha.

( Bie, jangan buat muka serius bila baca. Sila senyum comel dengan kenyit mata sepetmu! )
;P

Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!


Info Tambahan : Ex aku semua nama mesti depan huruf F. Kan? Kebetulan kah? Wallahualam. Hanya Allah Maha Mengetahui. Yang ternyata, aku tiada jodoh dengan lelaki yang huruf depannya start dari F tapi jodohku adalah lelaki yang depannya huruf A. Hihihi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...