January 9, 2011

Aku Dah Tahu Punca Banjir Di Negeri Padang Pasir Ini.


As'salam.

Harini dengan rajinnya ...
Dengan senang hatinya ...
Aku nak update pasal banjir kat rumah sini ...

BANJIR okeiiii!

Jangan tak percaya ...
Padahal rumah kami tingkat paling atas .
Level tiga okeiiii.

Dah kejadah pulak boleh banjirkan?
Sobs. T_T

Dulu tengok dalam tv je bila Saudi banjir.
La ni bila dah duduk sini.
Aku dah tau dahhhhhhh kenapa Saudi ni banjir!

Meh ... meh ... :




On that day ... it was Wednesday.
Aku eksaited gila bile hujan turun.
Biasalah kan.
Kata tanah tumpah darahku kan.
Bila dah merantau ni...

Mau tak rindu dengan hujannnnnn!
Kan? Kan? Kan?

Then, hari kejadian.
Memang laki bini ni dah konon lah berangan nak masak megi mee.
Megi je for lunch.
Eyh, bukan selalu okeii!

Selalunya aku memang masak nasi.
Tapi Rabu memang last weekday for us.
So, aku tak masak lah. :P
Sebab biasanya ..
Kalau malam mesti kami makan kat luar.

Pada hari kejadian.
Some where around 10 pagi kot kalau tak silap.
Hujan turun.
Masa tu memang aku suka gilaaaaaaaa!
Tu yang siap ambil gambar tingkap kat bilik tu.
( gambar atas tu yek )

Siap update kat Tumblr aku lagi.
Then, aku terus masuk dapur.
Aku sediakan bahan-bahan nak letak dalam megi mee.

Ehem.
Biasanya kalau buat megi mee ni.
Memang kerja laki aku lah.

Tapi ...
Kami makan megi mee tak pakai serbuk dia haaaaa ...
Sebab memang tak elok kan? :P

So, lepas dah siap sediakan bahan tu semua.
Aku konon senang hati keluar dari dapur.
Nak tengok hujan dari tingkap lagi.

Sekali je kan ...

Drup ... drapppp ... drup ... drapppppp ...

Lelama bunyi makin kuat.
Aku memang confident habis ingat bunyi tu dari bilik.
Kot-kot ada barang jatuh ke apa.

Sekali pegi bilik ..
Eyh, takde apa.

Tetiba bila aku toleh ke luar tingkap ...
Aku tengok hujan lebat gilaaaaaaaaaa!!!

Bunyi tadi pulak makin kuat ...
Bila lalu kat depan pintu dapur.

Bunyi kuat tadi makin kuat.
Sahhhhhhhhhhh!
Bunyi ni dari dapur!

Bila aku bukak je pintu dapur ...





Hambekkkkkkkkkk!
Air hujan laju je turun dari lubang kat ekzos fan kat dapur aku ni haaaaaa ...

Panik habisssss okeiiii!
Kelam kabut aku tadah air dalam baldi.

Tapi ...
Makin lama air hujan makin mencurahhhhhhhhhhh!
Waaaaaaaaaaaaaaaaaa ... T_T

Macam air terjun okeiiii!
Dan dan ni jugak aku jadi tak suka hujannnnnnn.
=______=

Fine.
Aku dah lah sengsorang kat rumah.
Sebab laki sibuk cari nafkah untuk bini dan MokMok. :P

Aku lah kerja mengangkut air penuh baldi.
Dari dapur ke bilik air.
Dok ulang lah banyak kali.
Dekat 10 baldi penuh air kot aku angkat!
Sadisssssss gilaaaaa!

Ingat kan okeiii lah kan ...
Sekali lagi sekali ...




Hambekkkkkkkkk lagi!
Aku yang dah panik jadi lagi panik bila air dah start masuk dalam bilik.

Tapi ...
Bukan setakat bilik jek.




Hall depan pun samaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Oh TIDAKKKKKKKKKKKKKKK!!!

Sobs. Sobs. Sobs. T_T




Masa tu dah panik tahap CIPAN!
Baldi penuh air hujan pun aku dah tak terangkat dah.

Sebab bila dah buang air hujan dalam bilik air.
Tak sampai 5minit air dah penuh melimpah keluar dari baldi.

Serius pinggang aku rasa nak patah masa tu.
Lubang nak keluarkan air kat dapur pun tak berfunction terusssssss!

Terus gelabah cari phone call laki aku :

" Bie, balikkkkkk. Rumah dah penuh air ni! "

Laki aku terus kelam kabut balik.
Well ... dia ni paham sikit yang bini dia memang cepat gelabah.

Nak taknak laki aku balik juga sebab aku dah menjerit dalam phone.
Muahahahahahaha. :P

Padahal on that day tu ...
Dia ada submission!
Kahkahkahkah. T_T
Gila kejam bini dia ni.
=_______=




Seeeeeeeeeee!!!
My HERO is comingggggggg!

Alahhh .. sampai pun after almost an hour kot?
Time tu aku memang dah out terussssssss!
Takde tenaga dah nak angkut baldi ke, nak tolak air ke.
Redha je lah. =_____=

Aku tengokkan je air penuh dalam rumah aku.
Sampai melimpah ke tangga kat luar okeiiiii!
Memang worst gila lah!




Eyh, tapi masa banjir sempat lagi aku tweet.
Hiks.

Kata Fida :

"Cepat selamatkan MokMok! "

See?
MokMok memang memula dia tengah terbongkang kat dalam gobok ni ha.
Dia tak sedar yang aku punya gelabah kat depan tengok air penuh dalam rumah.
Bila laki aku dah balik...
Dia baru bengun tidur.

Sekali jek ..
Baru dia nak panik tengok lantai semua penuh air.

Terus aku cakap:

" Dok diam dalam tu. Jangan keluar. Air penuh ni. Nanti Mok kotor. "

Terus dia duduk diam-diam kau dalam gobok tu.
COMEL kannnnnnnnnn? Hihihihi.

Selain selamatkan MokMok.
Kenalah selamatkan barang lain jugak.




Dalam bilik.
Frame gambar yang TAK TERGANTUNG.
Baju-baju dalam bakul.
Bag ada laptop HP.




Kat hall depan.
Haaaa... tu haaa .. tu haaaa ...
Woofer tu paling penting!
Kang MENANGIS laki aku tengok woofer kesayangan kena air pulak.
Then, PS3 tu lagi.




Rak tv ni pulak kena alihkan sebab air menitik turun dari syiling yang bocor.
Itu semua aku ye yang angkat sengsorang.
Sebab nak tunggu laki aku sampaiiiiiii ...
Alamatnya memang tak selamatlah!
Hiks. :P




Karpet pun sama.
Itupun dah basah sikit.

Rumah dah macam TONGKANG PECAH!




My hero keep sweeping the water out from the room to toilet.




Time ni hujan dah nak berhenti ..
So, air hujan yang turun mencurah tadi dah agak slow sikit.

Tapi ...
Rumah penuh pasir halus.
Lantai semua habis penuh dengan pasir halus.

Jenuh woooooo nak bersihkan!
Kena mop banyak kali kot baru okeiiii. =_____=





Nampak tak kipas ekzos tu? 
NAMPAK TAK?

Itulah PUNCA UTAMA..
BANJIR kat rumah kami.

Then lagi satu ...
Kalau korang nak tahu.
Design rumah kat sini.

Takde saluran paip yang boleh salur air hujan dari bumbung ke bawah.
Itulah kenapa air hujan mencurah keluar dari kipas ekzos tu.
Sadis gila okeiiii! T_T

Arkitek Arab ni jenis tak pikir panjang.
Sebab dalam kepala dorang Saudi takkan hujan.
Tu lah begitu GHUPANYA!

Bijak pandai betul lahhhhhhhhh!!!




Disebabkan air banyak bertakung kat bumbung.
Jadinya syiling pun jadi leaking.
Ini spot pertama.

Air kalau menitik ni memang akan kena kat woofer.
Juga speaker dan PS3.
Itu sebab aku alihkan.




Spot lagi satu.
Dekat dengan aircond.

Kena selamatkan sofa dengan stand speaker jugak. 


Ini baru rumah aku.
Aku tak tunjuk lagi kat bawah rumah.
Kat jalanraya.
Air penuh gilaaaaaaaa!

Dah rasa macam kat Kedah dengan Perlis pulak rasanya!
T_T

Tapi ...
For what had happen ni.
At least aku merasa lah jugak perasaan mangsa banjir kat Malaysia tu ha..

Gila seksa okeiiii nak bersihkan rumah!
Kena ambil masa.
Even kau dah bersihkan or mop banyak kali pun.
Kau still akan rasa rumah belum bersih lagik.
Ambil masa sikit lah semua ni.

Sobs. T_T

Sekarang kan ...
Setiap kali hujan kat sini.
Rasa seronok tu entah dah hilang kemana.

Cuma yang tinggal ...
Hati berdebar-debar.

"Janganlah hujan lebat. Janganlah hujan lebat."

=_______=


No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...