January 31, 2011

Nailah 'Berpuasa' & Katakan 'Tidak' Untuk Pembelian Sebarang Handbag Buat Masa Ini!


As'salam.

Oh disebabkan aku akan berpindah ke rumah sewa yang lain...
Jadinya dua tiga hari ni atau entry akan datang...
Mesti pasal pindah rumah.
Takpun pasal barang yang nak kena beli.
Hehehehe.
( senyum )

Ok. 

Aku nak bagitau korang yang aku dah nekad ni.
Nekad untuk tidak beli atau menambahkan koleksi handbagku buat masa sekarang!
Nekad! Nekad! Nekad!
Mesti nekad!
Oh yeahhhhhh!

Bolehkah?
Boleh. Boleh. Boleh.
( Kena yakin dengan diri sendiri. Ye tak? )
Heh!

Rumah sewa baru kami lakibini nanti, dapurnya luasssss!
Besar ah tapi takde ah besar sangat.
Tapi ok ah kalau kat dapur tu dah boleh joget-joget.
Hihihihi.

Aku nak beli barang elektrik untuk dapur!
Ye ah.
Aku pun minat bab masak memasak ni.
Especially kalau bab baking!

Perghhhhhhh!
Memang rasa teruja gila sekarang!
Tak sabar nak baking memacam.

Sekarang ni pun...
Ikutkan aku nak buat triffle & kek Tiramisu.
Tapi itu semua kena postponed ah dulu.
Sebab dah busy tengah packing barang kan?

Hope dah pindah nanti boleh baking semua tu!
Suka! Suka! Suka!

Apapun, even dah pindah nanti...
Takdelah nak beli semua barang elektrik yang aku nak dalam satu masa.
Satu satu ah kan kalau nak pun...
Kesian lakiku!

Walaupun dia boleh beli semua dalam satu masa.
Tapi aku beragak ah kan!
Tak sampai hati pulak.
Kekekekeke.

Benda pertama aku nak beli untuk dapur ialah:

Dapur gas.





Benda ni memang sangat amatlah penting untuk aku!
Kalau tak cemana nak masak kan?
Sekarang ni pun aku ada & masak pakai satu tungku je ok!
Almaklumlah, dapur pun kecik.

Tapi sebab rumah sewa baru nanti memang ada tempat khas untuk letak dapur gas camni.
Plus tuan rumah siap letak kipas ekzos elektrik sekali.
So, aku berkira-kira nak dapur gas yang standard camni je ah.
Yang ada 4 tungku untuk memasak tu.
Lagi cepat sikit aku masak!
Hehehehe.

Plus kalau beli dapur gas camni.
Aku dah ada oven kat bawah dia.
So, boleh ah if aku nak baking ke apa ke.

Aku dah survey dah ritu dengan laki aku.
Aku nak yang murah je ah.
Aku kalau boleh nak bawah 500 riyal je.
Aku takde ah nak yekyek sangat nak mahal ke apa.
Asal boleh pakai sudah!

Tapi ritu pegi survey...
Paling murah pun somewhere around 600 riyal kot?
Itu brand paling cikai okeiiiii!

=_______=

Ada tu aku tengok...
Dapur gas yang ada brand sampai harga 10k!
Gila kauuuuuuu!!!

Telan air liur aku tengok.

0_o

Padahal sama je kot?
Bukannya kalau beli mahal...
Makanan kita masak tu jadi sedap sangat ke ape ke.
Huhuhuhu.

=______=

Benda kedua aku nak beli ialah :

Mixer for baking.





Kan aku dah cakap yang aku suka baking kan?
So, mixer ni memang keperluan lah untuk baking membaking ni.
Kalau takde ni...
Memang jenuh ah weih ko nak dok putar bahan-bahan nak baking tu!
Like masa aku buat oreo cheese cake tu.
Nak patah tangan aku dok putar manually cream cheese.

=______=

Bila dah ada mixer ni.
Boleh lah nak buat cuppies ke, cookies ke, cakes ke.

Aku berangan nak buat kek besday untuk laki for his coming besday this June!
Tak payah dah susah-susah nak pergi kedai kek!
Homemade sudehhhhh.
( senyum )

Bila dah ada mixer for baking, mestilah kena ada ini :

Baking set!


Aku nak beli satu set.

Ada tempat untuk cuppies.
Spatula tu semua.
Tak lupa juga, nak rolling pin.
Juga tempat tekap biskut tu.
Dengan baking set yang buat kek tu haaaa.
Yang tu yang boleh buka dari tepi.

Aku nak beli semua ni lah.
Nak macam tu semua.

Tapi...
Macam aku cakap tadi.
Beli sikit-sikit lah.
Hehehe.

Habis pasal baking set and dapur gas bagai...
Benda yang aku nak lagi ialah :

Juicer blend.





Kalau dah ada menatang ni...
Boleh buat homemade juice.
Like lemon juice ke.
Orange juice ke.

Tapi aku lebih kepada nak buat pomegranate juice!
Haritu sejak first time beli kat Hera International Mall kot.
Ke ape ntah nama mall tu.
Aku saje  nak try juice pomegranate..
10 RIYAL satu cup medium camtu ah.
Memang sedap!
Memang pure juice lah.
Orang tu tak campur gula ke ape ke.
Takde. Takde. Takde.
Hanya buah tu je semata.
Terus aku suka da dengan pomegranate!
Hihihihi.

Selain juicer blend tu, aku nak beli ni jugak :

Coffee maker!




Coffee maker ni mesti ah untuk laki aku kan?
Dah lama survey menatang ni.
Tapi tak terbeli-beli jugak.

Lagipun rumah sekarang kecik kan.
Kang beli, taktau nak sumbat mana.

Tapi...
Bila nak pindah dah ni...
Nanti bolehlah beli!

Hurrehhhhhhhhhhhhhhh!
Ku suka! Suka! Suka!
Hehehehehe.

Mau gua tak suka?
Kalau beli gua boleh beli coffee dari Starbucks tu.
Murah beb starbucks coffee dalam pack tu kat sini!
Murah habis ah!

Aku masa first time pegi Starbucks kat sini...
Terkejut gilakkkk tengok coffee pack murahhhh!
Teruja terusssss!

Lepas ni kalau dah beli coffee maker ni...
Boleh lah beli coffee pack tu.
Yeayyyyyy!

Setakat ni tu je ah aku nak beli.
Aku takde ah nak banyak sangat pun.
Dapat barang yang aku dah senaraikan ni pon...
Dah bersyukur dah aku.

And I know...
Azman will trying and working hard to buy it all for me!
Kan biebie kan? Kan? Kan?

;P

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...