March 31, 2013

Europe RoadTrip : Hari Kedua Di Paris

Assalamualaikum.

Ok. Sambung lagi cerita Europe RoadTrip. Hehehe.

Hari kedua kat Paris, pepagi dah bangun sebab tuan rumah pun dah bangun dan masak untuk tetamu. Maka tetamu pun kenalah bangunkan? Takkan nak membongkang pulak kan. Hehehe. Sementara saya dan Kak Ayu bertukang siapkan sarapan kat dapur, suami bawak bebudak ... eh tak ... bebudak ni bawak suami jalan-jalan tepi sungai kat belakang rumah dorang.


3 beradik. Dari kanan, si bongsu, Ayeesha, tengah, Danish dan paling hujung stylo mylo tentunya si Kakak, Ain.

Pertama kali jumpa Ain, memang tabik spring toink toink dengar dia cakap France! SubhanAllah! Gila punya fasih okay dengan bunyi idgham semua. Hahaha. Masa dorang keluar ni, suami cerita, Ain yang tukang translate kan apa yang sorang local ni cakap kat dorang. Well done Ain! Membesar jadi anak yang bijak kebanggan Mama dan Papa okay?


Dorang adik beradik ni sangatlah baikkkkkkk! Mash'Allah sungguh baik. Saling protect to each other especially kat si adik yang bongsu tu. Jalan pun pegang tangan sesama. Gaduh tu biasalah tapi nak jumpa adik beradik yang baik macam ni, terus terang saya cakap, memang sungguh saya susah nak jumpa yang baik gini. ;)

Lepas dorang dah puas jalan-jalan tepi sungai ni, balik, sarapan dan bersiap untuk keluar. Memang semua saya angkut ajak pi jalan sama sebab macam agak kecuakan jugak nak pergi berdua. Kang ada tercangak-cangak kat train. Hehehe.

That day, Due jadi tourist guide memandangkan dia dah bertahun duduk kat Paris ni. Due ni orang kelantan. Dah kahwin dan ada anak comel nama Iris. Wife dia pun cantik nama Lynn. Both husband and wife Mash'Allah sangat baik jugak. Alhamdulillah dapat kenal orang baik-baik kat Paris ni. Hiks. ;)

Dari rumah Kak Ayu kat Choisy Le Roi tu, kami memula naik bas ke train station. Then, dari train station Choisy, terus ke Notre Dame.


Sungai Seine.


Notre Dame.


Sampai sini, bebudak dengan Mak-Mak budak sibuk entertain burung merpati. Kuikuikui. 


Dari Notre Dame, naik train ke Arch De Triomphe.

Arch De Triomphe ni boleh naik sampai ke atas tu tapi kami tak naik pun. Takat amik gambar kat bawah je. 


The ladies and the kids. Masa ni baru lepas tengok street show.

Dari Arch De Triomphe ni, jalan kaki ke Champ Elysee. Pergi Champ Elysee ni bukan eksaited nak pi LV ke apa tapi eksaited sebab Due berjaya carik macaroon Pierre Hermes! Best gilaaaaaa dan happy sangat! Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. ;)


Sebelum beli, posing kat poster pun boleh! :p


Champ Elysee. Agak sibuk jugak traffic kat sini. Mujur pakai public transport je. Kalau tak pening juga.


Orang cakap kalau pergi Paris, pergi Champ Elysee sebab ada butik pertama LV kat sini. Ok. So, disebabkan orang dah cakap macam tu, maka kami pun pi jugak! Hahahaha. Butik LV ni memang besor. Siap ada pak guard okay! Suami siap kena tegur sebab amik gambo. Hehehe.

Dan percayalah yang saya tak shopping pun kat sini! Orang macam saya mana mampu pakai LV. Saya mampu pakai LV dari Petaling Street sajo. :p


Kalau sebelum tu dah singgah beli macaroon Pierre Hermes, haruslah singgah pi beli macaroon kat Laduree jugak! Wajib ni. Tak beli LV pun takpe, janji beli macaroon kat Pierre Hermes dengan Laduree! Hahaha. 

Masa pi ni, kat Laduree punyalah ramaiiiiiiiiiiiiiiii gilaaaaaaaaaa orang! Jenuh beratur nak tunggu turn satu hal, hati dalam ni pulak membuak-buak tengok desert yang sangatlah tempting kat Laduree ni. Macam saya cakap, orang macam saya mana mampu kan nak beli yang mahal sangat ni, so mampu tengok dan telan air liur sajo! :p


Then, dari Champ Elysee, kami naik bas dan turun dekat Place De La Concorde. Kami tak pergi too close sangat. Tengok dari jauh je.


Dekat Place de la Concorde ni boleh nampak Eiffel Tower! Eksaited sebab dapat tengok in real life juga akhirnya! Sebelum ni, tengok kat gambar je. Hewhewhew. I am a happy wife! ;)


Dari Place de la Concorde, kami jalan kaki ke Tuileries Garden. Sebab kami ke sini adalah nak ke Museum Du Louvre. Siapa tengok drama 'Mimpi Sampai Ke Bintang', mesti sangat familiar dengan tempat ni. ;)


Another Arch de Triomphe kat penghujung area Tuileries Garden.


Then, dari situ dah boleh nampak Museum de Louvre! Eksaited jugakkkkkk sebab sebelum ni asik tengok dalam movie je. Kali ni dah ada depan mata! Hehehe.

Masa kat sini lah, kami dok borong beli keychain dengan monument kecik Eiffel Tower sebab kami dapat bargain dengan harga yang tersangatlah murahhhhhhh! Alhamdulillah rezeki. ;)


Museum de Louvre.

Kami masuk dalam. Boleh masuk sebab kat dalam tu ada banyak kedai jual souvenier and all. Kalau nak tengok Monalisa, of course kena bayar ticket tapi kami takde masuk sampai ke dalam pun sebab we don't know how to appreciate drawing Monalisa tu! Hahaha. Rasa cam takde apa pun Monalisa tu. Nothing special. Maka janganlah membazir duit if you are not so into drawing art. Hikhikhik. :p

Dari Museum de Louvre tu, kami naik train menuju ke another satu tempat wajib pergi lagi satu ni iaitu ....


Hard Rock Cafe Paris semestinya!

Kat sini pastinya beli tshirt sebab suami adalah pengumpul tegar tshirt Hard Rock Cafe dari zaman sebelum dia kenal dengan saya lagi.

Dan itulah our last location. Kaki memasing pun dah penat dan dalam masa yang sama, dah petang nak ke senja. Jadi, marilah pulang ke sangkar. 


Paris pun jammed okay macam KL. Jangan ingat KL je jammed teruk. Europe pun samaaaaaaa! =___=


Sempat posing kat tengah-tengah train track. Yang tudung purple tu Kak Ayu, yang dukung baby tu Lynn. Not so baby lah sebab Iris dah setahun lebih. Hehehe. Yang laki pakai sweater hitam tu semestinya our tourist guide of the day, Due! Suami takde semestinya sebab dia tukang amik gambo! ;)


Sampai rumah terus semua serbu nak merasa macaroon oghang kaya ni. Apa yang saya boleh cakap, kalau ikut tekak dan citarasa saya, macaroon Pierre Hermes jauh lebih sedappppppppppp dari macaroon Laduree! Not only me, yang lain pun cakap macam tu. Fine. Kak Ayu, pos macaroon Pierre Hermes ke sini pleaseeeee! ( Telan air liur banyak kali) :p


Dan kebetulan malam tu adalah malam Halloween. So, adalah anak-anak jiran Kak Ayu datang rumah Kak Ayu to celebrate it. Not celebrate lah. Sebab Halloween ni, bebudak just datang rumah jiran dan jiran tu bagilah gula-gula ke, coklat ke atau apa saja. So, Kak Ayu memang dah prepared gula-gula awal lagi. Dorang datang, just bagi je and I snapped some pictures of them pakai costume hantu semua.

The end of the second day in Paris! Hari ketiga esoknya tu adalah hari saya berjumpa dengan Mickey Mouseeeeeeee! Nanti saya sambung lagi okay? Nak pi solat Asar. Dah masuk waktu. ;)

March 30, 2013

Terjalinnya Ukhwah Baru

Assalamualaikum.

Alkisahnya, semalam kami ke Makkah. Tujuan utama ke sana nak jumpa Pak Long, Mak Long, Syera, Fahmi dengan A'a kat sana sebab dorang datang buat Umrah. Alhamdulillah this time, dapat bangun awal pagi dan terus gerak ke Makkah. Selalunya liat sikit. Hehehe.

Disebabkan Pak Long saya suruh datang jumpa dorang kat hotel je, maka, sampai kat MasjidilHaram tu teruslah jalan kaki ke arah jalan ke hotel. Sebenarnya kami taktau pun the exact location hotel yang dorang stay tu kat mana tapi sebab Syera ada bagi direction, so, ikut je lah.

Tengah leka berjalan dalam lautan manusia tu, tetiba, ada sorang kakak ni terus tarik tangan saya ....

Kakak : " Awak ada blog kan? "

Masa memula dia tanya ada blog tu, saya memati ingatkan dia tanya saya duduk rumah blok berapa ke apa. Hahahahaha. Sebab langsung tak terlintas sebenarnya yang ditanya tu adalah BLOG bukan BLOK. =____=

Bila kakak tu tanya lagi : " Awak ada blog kan? Blog. Blog. "

Ha kau berkali-kali Kakak tu tanya. Saya ni macam biasalah. Kalau orang tetiba datang tegur, serius jadi blur taktau nak cakap apa siap muka berkerut. Huhuhu.

Bila Kakak tu mention untuk kali ke berapa, baru saya dapat tangkap yang dimaksudkan Kakak tu adalah BLOG. Masa tu barulah saya angguk kepala berkali-kali.

Saya : " Ye saya. Saya ada blog. "

Kakak : " Ya Allah dik, jumpa jugak kat sini. " ... cakap sambil tangan pegang pipi saya peluk cium semua. Well, pipi saya memang sentiasa sasaran utama. Hihihi.

Sambung Kakak tu lagi ...

Kakak : " Akak selalu doa adik turun Makkah boleh jumpa. Sekali jumpa juga kita kat sini. "
Saya : " Ye Kak. Saya turun Makkah harini sebab ada sedara datang buat Umrah. "

Senyum lebar kakak sorang ni bila tengok saya depan mata dia. Saya ni speechless je lah mampu. Huhuhu.



Borak dalam keadaan tergesa-gesa. Saya ni tergesa sebab tak jumpa hotel lagi. Yang kakak ni tergesa sebab nak pi buat Tawaf Sunat. Tapi sempat lagi saya ajak bergambar buat kenangan sebab saya aprreciate orang yang tegur saya dan orang yang baca blog saya semestinya. ;)

Paling kelakar, bila tanya macam mana boleh cam saya, Kakak tu selamba je cakap ....

Saya : " Akak cam pulak saya kan? Sebab saya kan pakai sunnies ni. "
Kakak : " Akak cam sebab perasan tahi lalat kat hidung suami awak. "

KAHKAHKAH. Terus saya gelak tak hengat! Siapa yang kenal dan pernah jumpa saya, tahulah saya gelak macam mana. Hahahahaha. Buruk! Nasib dah kahwin. :p

Lepas memasing dah menghala ke tempat tujuan memasing, boleh pulak terjumpa lagi Kakak ni dekat hotel tempat Makcik Pakcik saya stay tu. Rupa-rupanya dorang dari group travel agency yang sama! AllahuAkbar dengan izinNya. 


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Kali kedua jumpa ni, Kakak ni siap naik atas bilik amik kamera semua sebab masa awal jumpa tadi, amik gambar pakai phone suami. So, kali ni, rezeki sebab dapat amik gambar pakai kamera dia pulak. Hehehe.

Rezeki berganda lagi sebab kami boleh duduk borak lama sikit. Suka saya dengan Kakak ni. Peramah dan inshaAllah baik orangnya. Kakak ni katanya banyak baca tips berkaitan Umrah dari blog saya. Siap tahu ok pasal kes kami eksiden lah, cerita saya buat cheese kek oreo lah dan macam-macam lagi. Pembaca tegar rupanya sebab cerita zaman tok kadok dalam blog ni semuanya Kakak ni tahu. Kuikuikui. Malu sekejap jadinya. =____=

Dan kami sempat bertukar nombor telefon kot-kot balik Malaysia boleh jumpa ke sebab Kakak ni duduk tak jauh pun dari rumah family saya. Orang Pekan Nenas Kakak ni. InshaAllah kalau ada rezeki, ada kelapangan bolehlah ziarah nanti. InshaAllah.

Anyway, terima kasih Kak Lezam atas ukhwah baru ni. Semoga ada rezeki lagi untuk Akak sampai di bumi yang penuh barakah ni sebab di sinilah kita berjumpa. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Akak sekeluarga dan juga semoga roh anak Akak bersama para mukmininNya. InshaAllah. Amin. Amin. Panjang umur, berjumpalah kita di Malaysia nanti ya? ;)

Hah, ada sesiapa yang nak datang Umrah tak? Meh la jumpa saya kat sini. Boleh saya belanja Nasi Arab or Al-Baik. :p

March 26, 2013

Europe RoadTrip : From Luxembourg To Paris

Assalamualaikum.

Back to Europe Roadtrip punya story. Hihihi.

From Brussels haritu, ikutkan nak direct ke Paris je but memandangkan, nak pergi Europe ni bukan selalu, so we decided nak singgah Luxembourg sekejap dah alang-alang kan. Plan memang nak pergi certain tempat yang pemes kat Luxembourg but unfortunately, banyak yang under maintenance sebab musim sejuk agaknya.

So, bila dah masuk Luxembourg tu, terus tuju kat satu tempat ni. I don't remember the exact name tapi tempat ni memang di puncak bukit. It is actually istana lama tapi dah jalan nak ke situ pun sempit due to maintenance, so kami patah balik dan amik gamba kat kawasan kaki bukit je sebab kat situ ada macam small town. We just parked kat hotel area and amik gambar buat syarat. Hehehe.





Memang sunyi gila masa ni dekat small town ni. Macam takde orang. Kalau sampai memalam, mau horror sebab banyak bangunan lama-lama. At first, macam takde heran sangat pun dengan small town ni but tetibe masa singgah R & R kat highway nak ke Paris tu, adalah tunjuk tempat small town yang kami singgah tadi tu rupanya under UNESCO. Ok. Terus rasa tak sia-sia berhenti situ even just for the sake to snap some pictures. :p

Dari small town ni, terus ke Paris. Kebetulan pulak, lalu dekat Luxembourg city. Masa lalu kat kawasan sinilah baru nampak suasana meriah sikit. Setakat lalu je. Memang takde singgah berhenti ke apa. 


Kiri kanan jalan penuh dengan bangunan hotel-hotel 5 star.


Old building or castle maybe.




Asal nampak bangunan cantik ke, wajib amik gambo. Hiks.


Ok. Masa ni dah nak keluar dari Luxembourg sebab dari city terus akan direct keluar ke highway nak ke Paris.


Good bye Luxembourg, Bonjour Pagheeeeeee! ;)

Eksaited gila masa nampak signboard Paris ni sebab it is like our dream come trueeeee! Especially bila pikir nak pegi Disneyland Paris. Disneyland is always a dream place not only for kids but untuk orang yang macam saya ni yang suka bebenor dengan karakter Disney! Hehehehe. ;)

Dari Luxembourg nak ke Paris almost 4 to 5 hour rasanya. Kelebihan road trip ni adalah bila perjalanan yang lama tu tak terasa mana sebab inshaAllah pemandangan cantik-cantik sepanjang highway. Truely amazinggggggg Mash'Allah! Terus rasa berbaloi kami buat road trip berbanding naik train or by flight walau penat drive. ;)

Sampai Paris, tempat pertama yang kami singgah haruslah La Valle Village. Dalam hati macam konon rasa nak shopping la kan kot barang murah ke apa tapi takde langsung okay? Believe it or not. Saya langsung tak shopping kat sini even satu barang pun sebab price wise adalah lebih sama dengan kat Saudi ni. So, betterlah beli kat Saudi. Lainlah kalau murah betul ke apa kan. So, tak rasa menyesal di situ. Suami je beli t shirt sehelai.


Kedai banyak dah tutup. Was looking for Celine but unfortunately, kebanyakan butik kat sini macam tak meriah je. I don't know why. Like sikit sangat barang yang ada. So upset. =_=


Coffee house yang anda wajib pergi bila dah sampai France

Actually kami dah pernah makan kat PAUL ni masa pi Qatar dulu tapi repeat lagilah kan memandangkan ramai yang kata, PAUL kat France jauh lebih bestttttt dari kat tempat lain.

Tapi biasa je sebenarnya. Pergi sini macam takde perasaan. Taktau pesal. Eksaited nak jumpa Mickey agaknya. Kahkahkah. Yang kelakar tu, saya ni tak pernah makan Creme Brulee. First time tau pasal Creme Brulee ni adalah masa tengok Masterchef Australia. So, dah berangan-berangan nak makan dan rasa.

Jap lagi, rupanya Creme Brûlée ni adalah puding kastard okay! Jakun nak mampos. Ingatkan rasa dia macam mana. Tapi bila dah sauk satu sudu tu, ek eleh ... puding custard rupanya! Serius noob. Kahkahkah. Yes, i am jakun like that! :p

Terus rasa tak order pun takpe sebab bukan sedap sangat pun. Lagi sedap puding kastard kat Saudi ni ha. Baru 5 riyal. Hahahahahahahaha. Mari ketawakan diri sendiri. =____=

Lepas minum, baru gerak ke rumah Abang Adi & Kak Ayu kat Choisy Le Roi. Mash'Allah Kak Ayu sangatlah bagi layanan yang baik and the kids too. Abang Adi is not at home that time sebab out station. Pandai dorang ni rahsiakan dari pengetahuanku. Yelah. Kalau kami tahu Abang Adi takde kat rumah, takdelah nak nyusahkan dorang pi tumpang tidur semua. Huhuhu.

Dari La Vallee Village nak ke Choisy tu, Allahu Akbar, jalan jammed gila like sardinnnnnn okay? Stress sangat. Hahaha. Sebab ingatkan kat KL or Saudi je jammed teruk, sekali rupanya, Europe pun lebih kurang je or maybe I can say lagi teruk kot? Huhuhu. 

Apapun Alhamdulillah sebab berjaya cari rumah walau terpesong sikit thru GPS. Sampai rumah, Kak Ayu dah prepared dinner. We had Nasi Kerabu yo in Paris after almost a week dok berulang makan Donner Kebab memanjang dari Germany, Netherland, Belgium. Hahaha.

Terus rasa nak menangis dapat kunyah nasi. Kat rumah Kak Ayu juga, we met new friend, Due & Lynn dengan anak dorang yang comel, Iris. Malam tu, sebelum tidur, rasa macam dalam mimpi dah sampai Paris. Kahkahkah. Over sangat tau saya ni! :p

Nanti saya sambung cerita hari kedua tawaf Paris City with them. Kami angkut semua penghuni rumah memandangkan Kak Ayu sendiri dah lama tak keluar jalan-jalan. 

Till then.

Anak-Anak Angkat

Assalamualaikum.

Let me introduce my anak-anak angkat .....


Ni Abang Long. Nama Deni. Muka garang tak? Hehehe.


Ni Rumi. Manja dan selalu sambut depan pintu kalau datang rumah nak bagi makan dan bersihkan pasir.


Yang ni paling bongsu. Lulu. Pemalu sangat. Susah nak pegang. Mahu tapi malu kekadang. There is a story behind her character yang pemalu dan penakut tu.

Actually, bebudak ni belong to this one good sister of mine. First time jumpa just salam borak-borak but then when we found out that we shared the same obsession towards kucing, terus melekat. Hehehe.

Banyak gila info-info baru yang saya dapat dari Mama bebudak ni. Kisahnya boleh jadi our anak-anak angkat sebab she told me that before this, kalau dia balik Malaysia, she asked someone to come to her house and tengok bebudak ni, then suddenly, pop out such a brilliant idea from her that maybe both of us could do such a good system barter by, bila saya balik Malaysia, dorang datang rumah tengok bebudak saya dan bila dorang balik Malaysia, kami pi rumah dia buat benda sama. Niceeee! Terus rasa lagi lega dari tinggal bebudak tu terkontang-kanting lelama kat rumah.

Yelah, sebelum ni, masa kami bela Mok sekor dulu, first time tinggal dia for almost a month memang such a broken heart! T_T

Mana taknya, baru naik cab nak pi airport, dah teringat-ingat kat Mok buat apa kat rumah, ok ke dia, nak makan ke dia ... and yada yada yada. Bila sampai KLIA, lagilah, setiap masa dok pikir apa dia buat kat rumah. Menghitung hari nak balik Jeddah. Nak enjoy sangat balik Malaysia pun jadi separuh mood enjoy je sebab badan kat Malaysia, kepala dok menerawang ingat Mok kat Jeddah. Tskkkk. T____T

Then, bila tambah lagi sekor, amik Skulky, kira ok sikit dari tinggal Mok sorang because at least, ada kawan. Dulu masa tinggal Mok sorang, balik Jeddah je lepas sebulan cuti tu, Mok memang nampak gila stress sebab bulu dia gugur teruk macam sakit leukemia. Hiks. Tapi bila tinggal ada dengan Skulky, oklah. Takde stress ke apa.

Macam hujung tahun lepas, kebetulan dah kenal this sister ni, kami start buat sistem barter when they on short vacation to Jordan. For 2 weeks dok ulang alik pi tengok anak-anak angkat ni. Bersihkan pasir, bagi makan. Bila kami balik Malaysia, awal tahun haritu, dorang pulak datang rumah bersihkan pasir dan bagi makan kat anak-anak saya.

Memang terasa beza perasaan tinggalkan dorang terkontang-kanting sendirian dengan perasaan tinggalkan dorang ada orang datang jenguk bagi makan semua. Hehehe. Lagipun, ada update thru WhatsApp, send some pics semua. Legaaaaaaaaa je rasa. Ini namanya baru boleh senyum-senyum balik cuti. ;)

No more worries after this! InshaAllah, Alhamdulillah. Yeay!

March 24, 2013

'Blind Date' Di Makkah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Akhirnya saya bersua muka bertentang mata berpeluk cium juga dengan Ina. Kenal thru email, seterusnya blog dan juga Facebook. Ina ni of course blogger gak iaitu pemilik blog : Cik Kaki Suka Berjalan .

Kami janji nak jumpa lepas selesai solat Isyak tapi tapi tapiiiiii ... Makkah pulak jammed teruk malam tu. Saya dan suami stucked sampai berejam-rejam dalam kereta. Stucked sampai saya sendiri rasa pening dan nak muntah. Boleh bayangkan tak jammed dia macam mana? =______=

Padahal keluar rumah elok je keluar awal. Tapi bila sampai je Makkah, tu diaaaa ... jammed tak hengat. Mujurlah kat sini, boleh solat kat memana. So, takde nak risau sangat. Saya risau juga malam tu sebab Ina dengan Achik tunggu lamaaaaaaaaaaaaa. Kesian. T___T

Mujurlah dorang dapat duduk kat meja sebab kalau datang weekend, memang manusia amatlah ramaiiiiiiiiiii kat Makkah. Ikut nasib sebenarnya nak dapat meja kat food court. Alhamdulillah rezeki dorang dapat meja dan dapat duduk sementara tunggu kami sampai. Hewhewhew.


Saya dan Ina. Masa ni memasing perut dah kenyang sebab atas permintaan orang KL ni, dorang nak kami belanja makan Nasi Arab. So, bila sampai kat food court tu, terus suami pi beli Nasi Arab. Alhamdulillah, tetamu-tetamu Allah SWT ni kata sedap! Ikutkan sebenarnya kalau kat sini, pegi memana kedai pun, pada saya Nasi Arab tak kisahlah apa jenis sekalipun, memang sedap dan inshaAllah tak mengecewakan.

First time jumpa, borak sampai pukul 1 pagi macam tak ingat nak balik. Kalau saya bukan waktu bulan tengah mengambang, boleh juga menyambung qiamulai sampai Subuh tapi apakan daya, saya masih 'cuti'. =_____=


Sambung bergambar kat bawah berhadapan MasjidilHaram sebab bila amik gambo kat food court ZamZam Tower tu, Achik cakap macam amik gambo dalam KLCC. Fine! =____=


Tak lupa, the husbands. Sama kecik tapi Achik of course tinggi lagi lah.


Lastly, mestilah ada pic pasangan bahagia ni. Ina dan Achik.

Kalau tak silap saya, dorang gerak dari Makkah balik ke Malaysia harini tapi tak direct ke KL la sebab dorang akan singgah berjalan kat Oman sehari sebelum pulang ke Malaysia. 

Semoga perjalanan mereka dipermudahkan, juga semoga segala ibadah diterimaNya dan juga semoga mereka mendapat Umrah yang mabrur. InshaAllah. Amin. Amin. Semoga ukhuwah ni kekal sampai ke SyurgaNya. Nanti datang lagi okay?

Panjang umur, ada rezeki nanti Neklah dengan Man datang rumah korang kat KL pulak ye? Hewhewhew. :p

Europe Roadtrip : Brussels Ada Waffle Sedapppp!

Assalamualaikum.

Ok. Lepas entri singgah di bandar Antwerp & Brugge dulu tu yang dah basi tu, dengan taktau malunya saya nak sambung entri ke destinasi seterusnya iaitu Brusselsssss!

Kami bertolak dari Brugge pun dah senja. Sampai Brussels dah tentunya dah waktu malam. Jalan kat Brussels adalah sangat horror sebab sangat sempit! Lepas tu, banyak gila terowong. Sekejap-sekejap masuk terowong. Panic mode pun on la kan sebab Europe Roadtrip kami ni memang kami depends sepenuhnya dengan GPS yang kami bawak.

Bajet masa tu dah salah jalan ni tapi mujur betul cuma bila nak carik hotel tu memang memusing dekat 4,5 kali jugaklah sebab langsung tak nampak bangunan hotel yang kami booked tu. Lastly, suami ajak pi parking kete dulu sebab baru terpikir, jalan kat Brussels ni memang maha sempit. Takut juga kalau keta tak lepas nak masuk sampai ke area hotel kot-kot kalau hotel tu kat celah-celah lorong.

Terus lah kami parking bawah Ibis Hotel. Dah kebetulan bawah tu memang tempat parking. Alhamdulillah sebab masuk-masuk je, terus dapat parking. Dapat parked sebelah pintu nak keluar pulak tu. Tapi malang jugak sebab nak keluar pintu utama, kena angkut luggage naik tangga. Mujur saya ni jenis boleh angkat barang berat.

Bila dah keluar dari tempat parking tu, dengan malam golap gelita, dengan kedai pulak memang banyak dah tutup, kami carilah hotel. Kalau bab cari tempat ni, memang selalu gaduhlah kami lakibini sebab suami ni jenis tak suka nak tanya orang, saya ni pulak, jenis nak senang, memang direct je tanya sesiapa yang ada kat situ.

Nasib baiklah masa dah sesat-sesat nak carik hotel dengan tarik luggage berat sorang satu, saya tergerak hati nak masuk lobi hotel lain tanya the exact location hotel yang saya dah booked tu. Sampai hotel memang terbongkang je la sebab out of energy bertambah dengan sejuk dan penat. Alhamdulillah, bilik hotel memang superb dan selesa amat bagi taraf hotel bajet takat 3 star dan murah.

Esok, pepagi dalam kul 8, kami dah bersiap dan keluar untuk brisk walking kat Brussels itself


Pemandangan waktu pagi di Brussels. Masa ni, local people semua berpusu-pusu jalan kaki ke Bruxxels Central Station. Yang kami ni terus carik tempat attraction yang pertama iaitu Grand Palace.


Kalau kot awak naik kereta masa jalan-jalan kat Europe, carilah Ibis Hotel ni kot nak parked kereta ke. Dahlah paling murah kot. Murah tak murah sangatlah kalau dah convert ke riyal. Hahaha. :p


Tak sempat nak baca kenapa pakcik monumen ni dibuat. Hehehe.


Salah satu bangunan lama yang still standing until now


Ok. Inilah Grand Palace! Dekat je dengan hotel yang kami stay tu. Few minutes walk only. Grand Palace ni memang besooooooooooooo dan old school habis! Kamera memang tak muat nak amik dalam jarak dekat untuk orang malas macam saya, amik je. Syarat ada. Hahaha.


Pegi negara mat salleh ni, jangan terkejut pulak tengok memacam patung ada banyak kat setiap penjuru bangunan. Sana sini ada. Setiap penjuru boleh kata ada patung angel dia ke apa entah nama.


Kurang bernasib baik sebab masa kami datang ni, Grand Palace under maintenance. Nak amik gamba jadi tak cantik sebab kren sana sini. Kepuasan sangat terhad. =_=


Salah satu bangunan yang ada kat Grand Palace.


Deretan kedai-kedai yang masih kekal dengan structure bangunan lama. 



Dari Grand Palace, jalan kaki takde arah tuju ke mana terus sesat jumpa gereja lama ni. Pun under maintenance jugak. =____=

So, kami jalan lagi takde arah tuju entah memana, tetiba sesat ke kedai souvenier. Nak beli fridge magnet kat Europe ni memang berkira-kira jugaklah sebab ada certain tempat, satu FM je dah sampai 25 riyal. =_____=

Selain dapat bargain FM dengan harga paling berpatutan, kami dapat jugak direction nak ke restoran-restoran Muslim yang sepenuhnya halal. So, yeayyyy! Mari pergi makan. ;)


Sebelum pi makan, singgah tempat wajib dulu beli tshirt untuk suami. ;)

Nak dijadikan cerita, rupanya deretan restoran Muslim yang halal tu just few blocks je dengan hotel yang kami stay. Hahaha. Jalan kaki 5 minit je dah sampai. Ok, great

Kami lunch kat kedai lebanese sebab kedai tu yang paling menarik. 


Habis lunch konon nak terus balik hotel sebab takde aktiviti dah. Mujur suami ada ternampak smart card pasal Atom. Kami terus decided nak ke Atom tu memandangkan, Atom tu memang signature untuk negara Belgium especially di Brussels. So kalau tak pergi, kureng sikitlah. Jadinya, sebelum ke Atom, kami menghabiskan duit kat LongChamp dulu. Reason beli kat sini sebab sama je harga dengan kat Paris. Takde beza. 

Lepas shopping, suami hantar barang-barang shopping kat bilik hotel dulu dan kemudian baru kami jalan kaki ke Central Station Brussels sebab nak ke Atom tu, paling mudah adalah naik underground Train.


We expected that naik underground train tu betul-betul kat Central Station ni tapi rupa-rupanya, tak pun. Kena keluar dari bangunan ni, jalan kaki ke basement bawah sebelah kiri bangunan. Kat bawah tu  la segala urusan pembelian tiket. Mujur nak beli tiket tu senang, tambah pulak pakcik kaunter tiket tu sempat lagi nak buat lawak. =____=

Nak ke Atom dengan train senang cuma kena peka sebab kena tukar train kat satu station ni.


Turun je train, dah keluar dari situ terus nampak Atom ni. Even it is just a Atom macam takde benda sangat pun but at least, we arrived safely


Dari train nak ke Atom ni, ikut je la orang jalan kaki reramai menghala ke situ. Masa ni, hujan baru nak turun sebenarnya. Hujan ke snow. Lupa. =___=


Almost near to Atom.


ATOM, Brussels!

Atom ni sebenarnya lebih kurang macam Planetarium kat Malaysia tu. Kami takat duduk luar amik gambo, masuk dalam pi duduk minum kopi je kat Cafe. Sambil mengopi sambil online sebab wifi sangatlah laju kat cafe tu. Hahaha.


Us. Masa ni dah gerak balik tapi kebuntuan keboringan sebab train yang ditunggu, tak juga kunjung tiba. Jenuh kot duduk diri duduk diri sampai ada few bebudak nakal ni, ewahhhh ... sedap-sedap je menyandar kat orang. =____=

Sampai kat train station asal tadi, terus balik hotel. Malam tu memang dah eksaited sebab we gonna heading off to Parissssssssssss!

Apapun, kalau awak pergi Brussel ni, tolong lah ... tolong jangan lupa beli dan makan waffle! Waffle kat Brussels memang sedappppppp gilaaaaaaaaaaa!


Tengok muka happy saya dapat makan waffles. Extra happy because I don't need to buy it at any waffles shop. Ini cuma waffles tepi jalan je. EUR2. Murah dan yang penting, sedapppppppp! 

Sekian cerita di Brussels. Until then

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...