December 31, 2011

Objektif Utama Adalah Untuk Mengamalkan Gaya Hidup Sihat Bersama-sama!


Assalamualaikum.

Dua tahun aku komplain dekat laki yang aku nak jugak bersenam macam dia. Dia tu, dalam seminggu, kalau angin rajin dia datang, kerap sangat keluar jogging dekat taman. 

Tapi ....

Kalau angin kus-kus sampai, sebulan pun tak jogging! Hahaha.

Aku selalu cakap : " B ni, nak I kurus tapi macam mana nak kurus? I bukan tak suka jogging tapi macam mana I nak jogging dengan selesa kalau pakai Abaya? ."

Nahhhhh! Kau jangan kata aku ni banyak songeh pulak ya bila aku kata jogging pakai Abaya tu susah. Cuba kau try test dulu jogging pakai Abaya macam mana rasanya. =___=

Aku ni bukan tak pernah jogging pakai Abaya. Pernah je. Itu adalah pertama kali dan terakhir kali sebab segala pergerakan adalah sangat terbatas! Memang tak biasa betul. Sebab aku nak jogging dan bukannya jalan hirup udara kat taman tu. T___T

Lepas dah pernah rasa sekali macam mana jogging pakai Abaya, terus aku dah tak jogging lagi dah. Nama nak buat senaman sendiri dekat rumah pakai tali skipping atau lompat bintang? Kirim salam je lahhhhhh!

Makanya sesuatu perlu dilakukan ... hehehe.

Selepas dekat setahun lebih usha, selepas dekat setahun lebih survey sana, survey sini, selepas dekat setahun juga kami berfikir sama ada mahu beli atau tidak ...

Takdirnya?

Dengan izinNya dan rezeki dariNya, suami aku yang sangat baik hati dan sentiasa mahu menggembirakan hati aku sebagai seorang isteri, dia belikan aku ini ....



Mari ittew kenalkan dekat adik-adik, kakak-kakak dan juga abang-abang sekalian ...

Ini namanya Cross Trainer. Terjebak beli sebab haritu dekat kedai Sun & Sand ada buat promosi untuk barangan gym. Sebenarnya aku memang dah aim nak beli treadmill tapi apakan daya ...
Treadmill yang aku nak tu, adalah sangat mahallllll! 

Mula-mula tu macam dah give up je dan cakap dekat laki : " Tak payah belilah B. Nanti I dietlah tak makan nasi. Habis cerita. Tak pun puasa. Bukan susah pun. " . Muahahahahahahaha.

Puasa tu memang takde masalah. Nak diet nasi pun takde masalah sebenarnya! Cuma nak diet dari makanan lain itu yang payahhh!

Lagi-lagi bila kami lakibini ni, aktiviti hujung minggu biasanya adalah aktiviti untuk makan-makan, makan-makan, makan-makan. Nampak tak potensi untuk diet itu mungkin tidak akan jadi realiti? =____=

Jadi, jalan terakhir mestilah kena bersenam, berpeluh, bersenam, berpeluh!

Lagipun, ikutkan, kalau kita betul-betul nak jaga kesihatan dan stamina, dalam seminggu, sekurang-kurangnya, kita kenalah bersenam dan berpeluh 3 kali seminggu selama 30 minit! Lebih pun takpe.
Dan Alhamdulillah, sejak ada Cross Trainer ni, aku tak pernah lagi tergelincir dari jadual senam aku. Aku biasanya akan pastikan dalam seminggu memang aku bersenam dan berpeluh dalam 30 minit dengan Cross Trainer ni.

Masa mula-mula beli dan guna, nak buat 5 minit pun, Ya Rabb, seksaaaaa! Penat macam baru lepas panjat gunung. Tapi lama-lama tu, jadi ok dan steady. Boleh buat tanpa henti selama 15 minit!

Sekarang?

Mestilah lagi ok sebab aku dah boleh buat dalam 30 minit tanpa henti, sejauh 10 - 15 km dan juga setiap sesi berjaya membakar dalam 230 - 250 kalori! Heh.

Bersyukur betul bila dah ada benda ni sebab bila dah mula bersenam macam ni, memang rasa ringan badan. Paling suka bila setiap kali peluh keluar menitik-nitik macam perah kain dalam baldi, badan terus terasa segar. Muka pun sama! 

Fuhhhhhhhhh ... nikmat dapat keluarkan peluh tu, memang rasa luar biasa!

Harap-harap, aku kekal dengan jadual senaman aku sampai bila-bila walau dah tua nanti. Bersenam dan berpeluh macam ni adalah bukan untuk kurus semata ya? Ia adalah juga untuk kesihatan dan stamina kita.

Pada aku, tiada istilah kurus yang hanya bergantung dengan menjaga pemakanan sahaja tapi ia haruslah seiring dengan jadual senaman yang teratur dan juga betul.

Ok. Sila pergi jogging sekarang! Jangan berat bontot! Hoh.

Sekian. Masalamah! Muah!


Penangan Hariz & Izzah dan juga Zikir & Kamardhia!

Assalamualaikum.

Masa filem #OmbakRindu keluar dekat panggung haritu, hati bagai meronta-ronta nak jugak tengok filem tu. Tapi nasib baik, perasaan meronta macam mana pun, dapat juga dikawal sebab TV3 sangat awesome sebab dapat siarkan drama #TentangDhia yang memang berjaya buat semua perempuan atau para isteri mabuk mabuk teman lelaki dan suami seperti Zikir.

Oh Abang Zikir! Kenapa kau sungguh mengkhayalkan mimpi semua perempuan dan wanita? Eh?

Nasib baik laki tak terjebak ikut bini tengok #TentangDhia sebab sepanjang drama #TentangDhia disiarkan, memang sepanjang itulah dia memang sangat-sangat-sangat sibuk di pejabat.
Kerja dia lagi penting dari drama sebab kerja adalah ibadah dan tanggungjawab kita. Kan?

Makanya bini dia jelah yang dok layan drama ni sorang-sorang dekat laptop!

Nasib baiklah zaman sekarang dah ada internet semua. Kalau tak, haru juga. Yang penting dapat tengok free. Tak perlu nak bayar apa-apa. Walau ada kewujudan Racuun sekalipun! Tidak berjaya juga 'meracuni' ku untuk melanggan TV Malaysia secara online. Heh!

Terima kasih pada pemilik laman sesawang MalayMoviesFull. Kalau tak kerana anda memang aku ketinggalan jauh beribu batu. Tambahan, blog dia laju berbanding yang lain yang ada perkhidmatan yang sama. Yang penting, semua video ada. Tiada separuh jalan atau tersekat-sekat.

Tapi bila dah nak habis drama #TentangDhia, baru aku tahu yang aku boleh tengok drama #TentangDhia seawal mungkin. Dalam 2,3 jam selepas drama #TentangDhia bersiaran di TV3 sebab Tonton tiba-tiba pulak boleh tengok luar dari Malaysia.

Yang peliknya, cuma drama #TentangDhia je yang boleh kami tengok dekat Tonton. Drama lain tetap Tonton sekat seperti biasa untuk kami yang duduk luar daripada Malaysia. Ini adalah tidak enak dan sangat tidak awesome ya TV3? T____T

Episod akhir drama #TentangDhia adalah sangat-sangat-sangat berjaya membuatkan aku emosi nak menangis dan terasa dan terus terdetik mahu pengakhiran hidup aku seperti Zikir dan Kamardhia di mana mereka sama-sama dicintai olehNya dan pergi menghadap Illahi dalam tempoh beza masa yang tidak lama.

Kamardhia pergi lepas bertarung nyawa untuk pulih dari kanser serviks manakala Zikir pulak pergi dalam keadaan tidur di sisi jenazah Dhia.T____T

Nampak kat situ ada pengajaran sebenarnya di mana pengarah bagi kita fikir dan percaya bahawa Allah itu Maha Adil. Sangat adil sifatnya di mana jika DIA turunkan sangat banyak dugaan untuk Zikir & Dhia tapi akhirnya, Allah SWT berikan mereka kebahagiaan di alam lain. Wallahualam.

Adegan kat hospital tu memang terus buat aku ingat masa aku jaga laki aku kat hospital dulu. T___T

Mana taknya, malam pertama di Hospital Fatimah, dahlah sedih tengok laki dah terbaring tak bermaya. Ditambah lagi nak peluk laki untuk tenangkan hati sendiri tapi masa tu pulak, memang tak boleh peluk bukan sebab katil tak muat ke apa tapi sebab tangan kaki dia patah dan takut terlanggar.

Sudahnya, tidur sebantal je. Letak kepala sebelah kepala dia. Tidur pun tak lena sebab banyak benda yang dipikirkan. =___=

Oh ya.

Masa episod akhir, laki sempat juga tumpang tengok sekali. Bila dia sendiri tengok adegan romantis antara Zikir dengan Dhia dalam bilik atas katil, terus dia cakap : " Amboiiiii, romantiknyaaaaa! Patutlah semua mabuk dengan Zikir!". Kahkahkah.

Dan aku pasti, dia kalau tengok drama #TentangDhia ni, mesti dia pun lekat jugak macam aku!

Sebabnya?

Hari Khamis baru-baru ni, dialah gigih download filem #OmbakRindu. Sepanjang 2 jam filem tu kami tengok bersama, sebanyak 3 kali dia menangis tersedu-sedu siap kesat dengan tisu okayyy!

Bini pulak bukan taknak nangis, bukan tak sedih tapi mood aku semua dah hilang lepas tiba-tiba, baru nak feeling habis, orang belakang, dah srottttt sreettttttt srottttt sreeetttttt! Hahaha.

Toleh-toleh, rupanya hidung mata dia dah berair!

Tanda dia apa?

Tanda dia adalah seorang suami yang lembut hati dan penyayang! Mungkin hati dia tersentuh wujudnya kasih dan sayang yang wujud antara Hariz dan Izzah. ;')

Laki aku ni memang jiwa lembut. Jiwa je lembut okay? Nafsu tetap normal dan bukan seperti Ariff Alfian tau. Ingat tuuuuuu! Eh? Ariff Alfian, semoga Allah SWT bukakan pintu hati kamu untuk kembali ke jalanNYA. InshaAllah.

Sebab tu lah aku cakap dia ni kalau tengok #OmbakRindu pun dah boleh meleleh air mata, kalau tengok drama #TentangDhia pun sama dok? #Yeke ?

Kalau drama #TentangDhia, aku mabuk dengan Zikir. Filem #OmbakRindu pastilah mabuk dengan Hariz. Hariz walaupun ego tinggi tetap ada sifat kasih dan sayang.

Percayalah, seorang lelaki, tinggi mana pun sifat egonya, jika dia berdepan dengan manusia yang diciptakan dari tulang rusuknya yang penuh sifat lembut, sopan dan sangat patuh pada Tuhannya, RasulNya, inshaAllah lelaki itu akan jadi lembut hati dan akan runtuh jua 'Tembok Cina' egonya!

Dalam banyak-banyak adegan filem #OmbakRindu, aku paling suka bila Haris membabi buta balik rumah, ketuk pintu macam nak roboh cari Izzah sebab dia sangka Izzah mengandung. 

Bila dia dah tolak Izzah dan melepaskan segala amarah, dan Izzah pula menyatakan bahawa simptom muntah, pening adalah simptom biasa bila dia datang bulan, terus Hariz terdiam dan muka cuak rasa macam dia nak sorok muka dia dalam mangkus tandas! Hahaha.

Pada aku, filem ni nak kata bagus sangat tu, tidaklah. Tapi kalau dari segi emosi, berjayalah pada aku.

Rasanya, filem ni, kalau nak feeling lagi, tunggulah bila kau dah jadi isteri orang nanti. Mungkin kau akan dapat rasa kenapa ada yang menangis dan feeling habis tengok filem #OmbakRindu.

Apapun, sekarang, Abang Zikir dah takde sebab drama #TentangDhia pun dah tamat. Begitu juga dengan Hariz sebab dengar cerita, filem #OmbakRindu dah ditarikbalik penyiarannya di laman YouTube.

Nasib baiklah laki aku bijak sebab dia download awal. Hehehe.

Ok. Ingat Zikir dan Hariz macam mana pun, jangan lupakan DIA. Selamat berhujung minggu semua!

Sekian. Masalamah. Muah!

December 28, 2011

Dia Adalah Sahabat Yang Terbaik : Semoga Berbahagia & Menjadi Salah Seorang Bidadari Di Jannah Yang Paling Tinggi!


Assalamualaikum.

Dah dekat 2 minggu dia mendirikan rumahtangga. Mesti sekarang ni, tengah cuti lagi kot? Maklumlah ... orang baru kahwin kan? Mesti cuti lama kan? Lagi-lagi bila ambil cuti untuk majlis besar macam majlis kahwin ni. Paling busuk pun mesti cuti sampai 2 minggu. Ye tak?

Balik raya haritu, bila dia kongsikan berita gembira yang dia bakal dirisik oleh keluarga pihak lelaki, aku adalah orang yang paling gembira dan bahagia.

Mana taknya, aku ni kan dah kahwin, semestinya aku nak tengok juga dia mengakhiri zaman bujang dia. Sejak aku dah kahwin, aku asyik tanya je dia : " Wei, kau bila nak kahwin? ". Takpun, terbalik. Dia yang tanya aku : " Wei, bilalah aku nak kahwin ni? ". Hehehe.

Sejak kenal dia dari tingkatan 1, sekolah di sekolah yang sama, pada aku, dia adalah sahabat aku yang paling baik sekali. Baik ye. Bukan sopan. Nak kata sopan tu, sopan jugaklah dari aku yang gerago ni tapi sopan sikit je sebab dia gelak sama macam aku! Stok gelak nak kuat-kuat kalah pontianak mengilai. Kahkahkah.

Kenal dia memang dari tingkatan satu tapi rasanya rapat bila kelas sebelah menyebelah. Selalu lepak sama-sama bila waktu rehat. Lepas PMR, kebetulan, baru ada rezeki masuk kelas yang sama. Tapi itu pun tak lama sebab aku berpindah ke Sekolah Teknik Perdagangan Johor Bahru.

Walaupun makin dewasa, jarak makin jauh, tak pernah terputus hubungan. Serius.

Jangan tak tahu, bila aku dah pindah sekolah teknik, aku siap tulis surat untuk dia. Aku je lah yang tulis sebab dia ni pemalas sikit nak tulis panjang-panjang macam aku. Aku ni lainlah, memang suka menulis. Sebab tu, zaman sekolah dulu aku siap ada diari setiap tahun. 

Tapi diari tu semua dah buang, dah bakar sebab dalam tu banyak sangat kenangan dengan errrr ... kekasih lama. Muahahahahahaha. Tak sanggup nak simpan buat kenangan sebab bila baca balik, risiko nak memuntahkan isi perut adalah sangat tinggi. =___=

Habis je zaman sekolah, kami sama-sama kerja pulak. Bab kerja lepas SPM adalah sangat menyeronokkan. Aku ni anak bongsu. Kalau nak kerja memanglah Mak aku tak bagi sangat. Tapi kalau dah kata anak bongsu ni memang main suka ikut kepala sendiri, maka aku pun kerja.

Kami sama-sama kerja kilang. Kenangan kerja kilang memang paling manis sebab banyak sangat benda jadi. Dari kes kelakar, gaduh sesama pekerja, kes pengkid, kes buat salah masa kerja dan yang pasti, kes kena marah dengan bos lah. 

Tapi, cukup bulan bila dapat gaji memang seronok! Bila dapat gaji, sama-sama eksaited sebab bila dapat duit, boleh joli sama-sama, keluar shopping sama-sama, keluar makan sama-sama. Hidup memang indah betul masa tu. 

Ikatan persahabatan pulak makin lama makin happening, makin lama makin masak dengan perangai masing-masing. Makin lama, semua perkara akan dikongsi. Tiada rahsia antara kami berdua. ;')

Aku kerja kilang tak lama sebab aku dapat sambung diploma kat Politeknik. Dia pulak teruskan mencari rezeki sampailah satu masa tu, dia bagitahu yang dia dapat sambung study dekat kolej apa entah. Tapi kolej tu kat Terengganu.

Itupun, tak lama dia kat kolej tu sebab dia dapat offer untuk jadi nurse. Kira kena belajar jugaklah. Mula-mula dia macam ragu-ragu nak berhenti kolej dan nak jadi nurse. Ada juga dia mengadu yang Ma Ayah dia tak bagi tapi kalau niat kita betul, mesti dipermudahkan. Ye tak?

Sepanjang dia nak habiskan diploma dia untuk jadi nurse yang bertauliah, asal setiap kali call dia je, mesti dia ngadu : " Ilah, aku stress lah study. Taktaulah camne. Takut failed. Takut tak dapat habiskan. "

Aku ni, bukannya kata garang ke apa tapi kalau bila tiba bab nak masa depan yang cerah, aku memang serius. Lagi-lagi bab belajar macam ni. Memang secara automatik, aku boleh jadi garang!

Makanya, setiap kali dia mengadu macam tu, aku selalu lah bagi support dan bagi nasihat. Biasanya aku pesan kat dia : " Takde benda yang senang. Aku pun stress jugak kat sini. Tapi benda ni untuk masa depan. Nak taknak, kena buat yang terbaik. ". Ecehhhh ... bagi nasihat macam hebat sangat kan? Kahkahkah.

Apapun, Alhamdulillah sebab dia berjaya menghabiskan diploma dia dan sekarang pun dah jadi nurse kat hospital kerajaan di Johor Bahru. Aku pulak teruskan kehidupan aku sebagai seorang pelajar masa tu.

Bila dia dah kerja, aku pulak, asal cuti semester je, mesti dia orang pertama yang aku akan bagitahu yang aku akan balik bercuti. 

Bila dah start cuti tu, misalannya kalau sampai rumah tengahari, malam tu mesti aku dah hilang pergi merambu dengan dia. Ada je aktiviti nak dibuat. Macam-macam. Kadang-kadang aku sampai tidur rumah dia. Hubungan aku dengan Ma Ayah dia memang baiklah. Sampai sekarang.

Aku cakap dia adalah sahabat paling baik sebab dia bukan sahaja baik pada aku. Tapi juga baik pada Allah SWT, RasulNya dan juga Ma Ayah dia.

Dari awal kawan, dari awal kenal, dia memang manusia yang tak pernah tinggal solat. Aku je terumbang-ambing. Solat pun rongak ikut suka aku nak solat ke tak. Lagi satu, dia ni memang sebaik hambaNya sebab pakai tudung dan pakaian pun sopan.

Walaupun aku ni kira perangai tak megah mana, juga dengan perangai kawan-kawan lain yang perangai pun lebih kurang aku, dia masih utuh dengan pegangan agama dia. Tak pernah lalai. Kau buat lah macam mana pun, kau cubalah macam mana pun nak tarik dia buat benda tak betul, memang dia tak cepat terpengaruhlah.

Dulu, masa sekolah, kalau dia konon macam nak ikut perangai tak senonoh aku ni, mesti awal-awal lagi aku dah warning dia. Like aku ni macam nak lindung dia lah dari terjebak benda-benda tak betul. Sebab dia memang baik. Tanggungjawab aku sebagai sahabat, menjaga perilaku sahabat yang kita sayang walaupun kita sendiri perangai entah apa-apa. Kau terharu tak weihhhh? Muahahaha.

Aku sayang dia ni sebab masa aku sakan dok bercinta konon dengan 'cinta agung' aku tu, dialah manusia yang tak pernah bosan nasihat aku tinggalkan bekas aku tu. 

Bertahun-tahun dia dok nasihat aku yang bekas aku tu memang manusia tak boleh pakai sampailah aku sendiri putuskan hubungan aku dengan bekas aku tu. Bila aku cerita kat dia kenapa aku mintak putus, masa tu lah dia dok sedap sentapkan aku balik : " Itulah, aku dah cakap, yang dia tu banyak pasang! Kau taknak caya. Dok jugak pergi kat dia. Kesian kat dia. Aku ni dah banyak kali nampak dia keluar dengan perempuan lain, kau pulak tetap nak percaya kat dia. Eeeee ... bodohlah ****** tu! Muka je handsome tapi perangai tak boleh pakai! ".

Haaaa kauuuu! Sekali dia dah membebel, memang seminggu lah akan kedengaran perkara yang sama. Aku akur masa tu memang aku salah sebab taknak dengar nasihat dia. Tapi dah kata cinta itu buta kan? Kahkahkah. Tahik betul. Padan muka aku!

Bila dah frust tak tertonggeng, dialah tempat aku sedih-sedih, nangis-nangis. Sepanjang nak lupakan bekas tu lah, sepanjang tu aku dok keluar dengan dia. Pergi tengok wayanglah, apalah, itulah, inilah. Dia sentiasa ada untuk aku.

Paling manis, mestilah bila aku sama-sama kongsi dengan dia tentang penghijrahan aku memakai tudung sepenuhnya, juga berkongsi tentang aku akan mengakhiri zaman bujang aku.

Walaupun jauh, mesti aku akan call dia nak bagitahu dan nak kongsi rasa  gembira tu. Bila dapat cakap, dan cerita, mesti dua-dua menjerit-jerit dalam telefon macam apa. Sampai aku rasa speaker telefon pun boleh pecah dengar suara kami berdua jerit-jerit. Hehehe.

Lepas dah call, bila balik dan kami berdua jumpa, mesti nak peluk-peluk, lompat-lompat tanda memang suka tahap langit ke tujuh! Memang riuh sangat bila kami berdua kongsi perkara-perkara yang membahagiakan.

Serius boleh nangis tahu? T____T

Paling tak lupa, bila dah meningkat dewasa dan usia makin bertambah ni, dia mengadu perihal jiran-jiran yang mempersoalkan tentang hidup dia yang masih bujang dan tak kahwin-kahwin lagi. Seringkali dia mengadu, mesti ayat yang sama : " Ilah, dorang cakap aku ni tak laku! Takde siapa nak aku. Sebab tu aku tak kahwin lagi. "

Sebelum dia buat keputusan untuk berkahwin dengan suami dia, aku selalu juga menyakat dia untuk menjadikan dia madu aku. Setiap kali kalau dia mengadu perihal jiran mengata yang dia anak dara yang tak laku, mesti aku akan cakap : " Itulah kau, aku offer kau jadi madu aku, kau taknak kan? ". Hahahaha.

Gila aku ni ajak sahabat baik sendiri bermadu. Macamlah mampu kan nak bermadu? Hihihi.


Apapun, semuanya dah selamat. Dia dah tak perlu risau tentang kata nista orang lagi sebab dia sah selamat menjadi suri pada suaminya di bulan yang sama aku menikahi suami aku. Tarikh dan tahun je yang berbeza.

Yang pasti, aku sangat kecewa sebab tak dapat balik dan menghadiri majlis besar dia. Kalaulah aku ni dekat setakat macam KL tu, takpelah lagi. Tapi jauhhhhh!

Nasib baik dia memahami. Kau memang sahabat sejati dunia akhirat. ;')

Buat Nor Zaida Rehan Binti Othman, aku doakan semoga kau menjadi isteri yang solehah buat suami, semoga juga sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi Muslimah yang terbaik di sisiNYA dan semoga kita berdua akan menjadi salah seorang bidadari di Jannah paling tinggi milikNYA. InshaAllah.

Buat suami kau : " Weiiii, kau jaga kawan aku elok-elok! Hang pedajal kawan aku, hang siapppp! Tahu? ". Hehehe.

Sekian. Masalamah. Muah!

December 18, 2011

Perjalanan Menunaikan Rukun Islam Kelima - Berangkat Ke Mina


Assalamualaikum.

Dah sebulan lebih balik dari Hajj. Baru harini aku berkesempatan nak buat entri ni. Itupun, kalau korang nak tahu, gambar ni semua aku amik dari akaun MukaBuku kawan-kawan Malaysia lain yang pergi sama-sama dengan aku. Kredit gambar & Terima kasih pada Ina & Nadzir.

Untuk kami yang tinggal berdekatan dengan Tanah Haram ni, kami semua kena berkumpul di bangunan utama Islamic Education Foundation ( IEF ) di mana, semua yang pergi kena daftar dulu, duduk dulu, sarapan dulu, diambil kedatangan, dan barulah bertolak ke Mina.

Rombongan yang pergi bawah IEF ni adalah seramai 4 buah bas. Penuh jugak. Alhamdulillah. 

Siap ada rombongan mualaf yang kebanyakannya adalah terdiri daripada bibik-bibik yang dihantar oleh majikan-majikan mereka untuk menunaikan Hajj bersama-sama rombongan kami. Semoga murah rezeki majikan-majikan mereka tu. 

Ada juga golongan pelajar-pelajar yang turut serta. Aku tak tahu pulak pelajar tu semua dari mana dan macam mana pihak IEF pilih dorang untuk turut serta menunaikan Hajj bersama kami.

Oh ya. Rakyat Malaysia yang pergi adalah aku, laki aku, Kak Rahimah & Nadzir (suami), Haidar & Ina (Pergi tanpa suami) dan juga Chot (Pergi tanpa isteri). Ada lagi sorang. Sesat. Bukan rakyat Malaysia tapi dia pandai cakap Melayu sebab isteri dia orang Indonesia. Pun pergi tanpa isteri. Nizar Solomon ke apa entah nama dia. Kelahiran British dan banyak darah campuran. Hehehe.
Kembali pada topik asal.

Lepas dipastikan semua dah dapat tempat duduk dalam bas, kami semua bertolak ke Mina terus. Kalau naik kereta, perjalanan ke Makkah kurang dari sejam dah boleh sampai. Tapi ni bergerak ke Mina dengan bas, faham je lah. Mengambil masa 2 jam lebih.

Sampai-sampai di Mina je, dah nampak dan saksikan sendiri pemandangan dan situai yang sangat sayu dan sangat meruntun jiwa bilamana nampak ramai umat Islam yang kurang mampu, tidur bergelimpangan atas-atas jalan, tepi-tepi jalan, tepi-tepi tong sampah, bawah pokok-pokok, atas bukit bukau yang penuh batu besar dan juga bermacam situasi lain. =___=



 
 
 

Lihat! Mereka walaupun tak mampu dari segi kewangan, mereka berusaha juga pergi buat Hajj walaupun terpaksa berhimpit-himpit dengan berjuta manusia lain. 

Sedangkan, ada ramai lagi manusia yang sangat mampu dari segi kewangan, tetapi tidak pernah sedetik pun ada sifat mahu menunaikan rukun Islam yang kelima ni. Sedih tahu? TT___TT

Bila dah sampai Mina, bas memang terpusing-pusing jugaklah nak cari khemah kami sebab jalan utama nak masuk dalam khemah tu rupanya dah ditutup dengan deretan umat Islam yang lain yang berkhemah bagai di tepi jalan. 

Makanya, bas terpaksa berhenti tepi jalan dan kami semua berjalan kaki beramai-ramai ke khemah kami. Tak jauh pun. Takde yang merungut pun sebab masing-masing teruja sebenarnya bagai tak sabar nak mulakan perjalanan Hajj.


Inilah pintu masuk 'utama' kami. Padahal sebenarnya ini pintu belakang tapi sebab pintu utama dah kena tutup, makanya inilah 'pintu utama' kami.

Khemah kami betul-betul penghujung sempadan antara Mina dan Muzdalifah sebab belakang khemah kami tu ada papan tanda besar : " End of Muzdalifah ". Warna kuning yang dah makin pudar. Hehehe.

Masa masuk khemah tu macam berdebar-debar jugaklah sebab selagi tak tengok sendiri, macam-macam dalam kepala situasi dalam khemah. Aku pulak teruja lebih sebab sebelum ni memang tak pernah langsung merasa tidur dalam khemah. 

Sebelum masuk khemah dimana memang akan jadi tempat tidur kami semua selama beberapa malam, kami dah nampak meja dan peti sejuk yang penuh dengan makanan dan minuman dulu. Macam-macam ada. Jus buah, air bikarbonat, buah-buahan, biskut, yogurt, air panas. Semua adalahhhh!

Kau memang tak perlu risau kalau lapar ke, haus ke. Misalannya kalau lapar ke haus ke, kerja kau cuma perlu bangun angkat bontot dan pergi situ. Pilih je apa makanan yang kau nak! Sebab makanan tu semua takkan pernah habis sebab sentiasa ditambah dari masa ke semasa. Kalah hotel hoiiii! Hotel bayar tapi ini adalah percumaaaaaaaaaaaaaa! Heh.

Dah nampak sudut makanan dan minuman barulah jumpa tempat tidur. Setiap sorang ada sofabed masing-masing. Setiap sofabed, awal-awal lagi pihak IEF dah labelkan nombor masing-masing.  Siap ada bantal dengan selimut lagi.


 
 

Bila dah dapat tempat masing-masing, semua dah mula baring, lepak-lepak dalam khemah. Kami yang perempuan 4 orang ni, siap pergi siasat keadaan tandas yang disediakan.

Alhamdulillah, tandas memang bersih dan sangat selesa nak dibandingkan dengan umat manusia kat luar yang berebut-rebut nak guna tandas awam. Makanya, harus bersyukur sebab Allah SWT bagi lebih baik dari mereka. Takde istilah nak merungut ke apa. Syukur!

Hari pertama di Mina ni memang tiada apa yang perlu dibuat. Cuma perlu banyakkan berehat dan bersedia untuk hari esoknya iaitu hari Wukuf di Arafah!

InshaAllah nanti aku buat entri wukuf di Arafah pula.

Sekian. Masalamah. Muah!

December 17, 2011

Kerjaya Yang Menyimpang Dari Kelulusan Universiti

Assalamualaikum.

Masa datang sini dulu, aku memang dah tahu yang kaum wanita memang agak susah sikit untuk bekerja. Lagi-lagi kalau kaum wanita yang mahu bekerja dalam bidang pembinaan.

Bukannya takde langsung! Zaman sekarang ni dah tak sama macam zaman dulu sebab kerajaan Arab Saudi memang dah buka kuota untuk kaum wanita keluar bekerja dan bina kerjaya macam kaum wanita di negara-negara yang lain.

Bila habis je belajar dan berhijrah ke sini pula, awal lagi memang aku dah sampaikan hasrat pada laki bahawasanya yang bininya ini mahu berehat di rumah dulu. Kononnya nak rehat sekejap je tapi lama kelamaan macam syok pula jadi surirumah sepenuh masa.

Bila dah setahun lebih duduk sini, laki dah mula merisik dan bertanya : " Ayang taknak cuba cari kerja ke? ". Reaksi aku? Masuk telinga kanan keluar telinga kiri! Buat-buat tak dengar. Sampailah aku sendiri bagitahu dia : " Nak duduk rumah dulu lah. Taknak kerja dulu. Nanti bila dah rasa nak kerja baru I kerja. Ok? ".

Dia angguk tanda setuju.

Penghujung tahun lepas, Mulut gatal pergi janji dengan laki : " Biebie, kalau bulan Februari, kita takde rezeki lagi which mean kalau I tak pregnant lagi, I nak cari kerjalah. " . Memang yakin habis masa tu buat perjanjian! =___=

Tup .. tup ... nak masuk tahun 2012 dah. Bulan Februari 2011 pun dah lepas. Aku masih juga di tempat yang sama dengan kerjaya yang sama iaitu surirumah sepenuh masa. Hihihi.

Aku bukannya tak pernah cuba cari kerja. Pernah je senyap-senyap, gatal-gatal tangan pergi hantar resume dekat Jeddah Private School ( JPS ). Sekejap lagi, bila pihak JPS reply dekat email dan suruh datang interview, aku menggelabah katak! 

Masa tu dalam kepala dah macam-macam pikir. Serius masa tu aku memang menggelabah habis sebab utamanya, aku adalah manusia yang tidak sukakan sesi temuduga sebab masa temuduga tu, kadang-kadang kalau emosi menggelabah katak aku tak dapat dikawal, aku boleh jadi blur dan jadi orang bangang tak tahu nak cakap dan jawab apa, bila masa temuduga.

Makanya, bila fikir dari aku terjebak dalam situasi jerut leher sendiri, aku abaikan sesi temuduga tu. T____T

Bila dah seminggu lebih tarikh temuduga tu lepas, baru aku bagitahu laki aku. Reaksi dia? Haruslah menyingaaaaaa! Hahaha. Sebab dia memang nak aku keluar cari kerja sebab dalam kepala dia, aku belajar bertahun. Bertungkus lumus nak dapatkan sijil Ijazah. Makanya dia taknak aku sia-siakan segala usaha aku bertahun tu.

Tapi masalahnyaaaa ... aku pun tak bersedia lagi!

Dahlah tetiba macam tukar kerjaya. Sepatutnya, dari kelulusan universiti yang aku dapat, aku bina kerjaya dalam bidang pembinaan tapi disebabkan duduk sini, maka peluang terhad untuk kerja di pejabat. Tapi tiba-tiba nak tukar pada bidang pendidikan pulak iaitu kerjaya sebagai seorang pendidik atau cikgu.

Tapi ... jadi cikgu kan dah dikira satu penghormatan sebab kalau ikhlas, itu boleh dijadikan bekalan ketika aku ke alam barzakh nanti. Hmmm. Itu yang selalu dia nasihat bila setiap kali aku tanya dia kenapa dia mahu aku jadi seorang pendidik baik di sini atau bila balik for good nanti.




Laki aku pulak memang suka je kalau aku jadi seorang pendidik ni. Tak kiralah cikgu sekolah atau pensyarah, janji kerjanya adalah menyampaikan ilmu untuk manusia lain, mesti dia sokong je lah 200%!

Aku ni bukan nak kata tak suka kerjaya cikgu tapiiii ... sebab aku mahukan cabaran. Sebab tu aku  mohon bidang kejuruteraan masa mahu sambung pengajian dulu. Kalau aku ni memang betul nak jadi cikgu, dari awal lagi aku dah mohon.

Lagi pulak, boleh dikatakan, majoriti keluarga besar aku : baik Mak aku, kakak aku, makcik-makcik aku, pakcik aku, sepupu aku, ramai je yang jadi cikgu. Baik cikgu sekolah rendah, cikgu sekolah menengah, cikgu sekolah berasrama penuh, dan juga pensyarah.

Semuanya cikguuuuuu! Kalau tak cikgu, ada kerja bank, akauntan.

Lagi satu, aku ni kononnya nak pecah rekod lah jadi Jurutera tapi kesudahannya? Duduk rumah juga jadi surirumah sepenuh masa. Hahahaha.

Heyyyyy! Walau kerjaya surirumah sepenuh masa ni takde gaji tetap tapi inshaAllah, golongan kerjaya ni dapat pahala dan ganjaran yang besar dariNYA selagi dia betul-betul ikhlas menjaga suami, menghormati suami, jaga ibadah kepadaNYA. Tahu?

Ok. Sekarang ni, aku bukan tak bahagia duduk rumah. Aku suka je duduk rumah sebab walau duduk rumah, Alhamdulillah, aku bersyukur dengan apa yang aku ada dan apa yang aku dapat. Rezeki laki sentiasa murah. Kalau rezeki dia murah, mestilah rezeki untuk aku lagi melimpah ruah.

Tapi itulah. Allah SWT Maha Adil. Walau dari segi kehidupan, serba serbi cukup dan mewah tapi korang tahu je apa yang kurang. Tapi takpelah. Mungkin ada hikmah. Aku redha dan takde dah nak fikir perkara yang sama macam dulu.

Hidup kena sentiasa positif. Tak boleh nak berputus asa, sentiasa berdoa, sentiasa berusaha. Itu yang aku lakukan untuk perkara yang satu tu.

Masalah lain yang timbul sekarang ni, sejak 2, 3 minggu lepas aku bagitahu laki aku yang aku terlepas peluang untuk mohon jawatan di salah satu sekolah Antarabangsa yang berdekatan dengan rumah kami, dia pulak pergi rajin carikan kerja untuk aku melalui internet.

Nak dijadikan cerita, sekolah Antarabangsa yang sama yang aku terlepas mohon jawatan tu ada buka lagi jawatan baru yang lain. Aku dah stress gila dah ni bila setiap masa, setiap hari, benda yang sama laki aku ulang : " Ayang, update resume. Nak shopping tak? Nak setiap bulan pergi Rubaiyat tak? Nak pusing keliling dunia tak? ". Oh apakahhhhh? T_____T

Adakah itu satu ugutan? Atau harapan? 

Semoga Allah SWT permudahkan urusan aku berkaitan hal yang satu ini. Sebab kadangkala hati aku memang berbolak balik. Kejap rasa nak kerja, kejap rasa nak duduk rumah. 

Harap-harap aku akan jumpa titik noktahnya. Mari kita tunggu ... sama ada aku akan teruskan kerjaya sebagai surirumah sepenuh masa sahaja ataupun ?

Mungkin bulan depan korang kena panggil aku : Cikgu Nailah! Kahkahkah.

Sekian. Masalamah. Muah!


December 14, 2011

Solat Cuma Dikira Sah Jika Kita Pakai Telekung Sahaja?

Assalamualaikum.
Tinggal dekat Arab Saudi ni, baik dekat Jeddah, Riyadh, Madinah, Taif, Al-Jubail atau mana sekalipun selagi masih berada dalam negara Arab Saudi, orang perempuan memang diwajibkan keluar memakai Abaya.

Cuma kelebihan duduk di Jeddah, yang bukan Islam kalau aku tak silap, dorang boleh free hair dengan syarat selendang panjang hitam atau dipanggil Syela di kalangan orang sini, haruslah diletakkan dibahagian leher.

Sekurang-kurangnya, selendang tu boleh tutup bahagian leher dan juga sebahagian dari dada kalau sekalipun tidak mahu memakai hijab.

Awal-awal dulu, masa datang sini, setiap kali keluar nak pakai Abaya memang aku rasa janggal sangat. Rasa tak selesa dan rimas. Itu aku akui. =_=

Tapi lama kelamaan, Alhamdulillah. Aku makin selesa dan suka dengan pemakaian Abaya. Rasa lagi mudah sebab tak perlu pening nak mix & match macam kita pakai baju biasa.

Paling suka adalah bila nak solat, tak perlu aku keluar nak angkut bawa telekung sekali. Yelah. Kalau kat Malaysia, setiap kali keluar, memang kena pastikan telekung ada dalam handbeg ataupun kalau terlupa atau malas nak bawak, cuma pakai telekung dekat surau atau masjid sahaja.



Tapi faham je lah. Tak semua surau awam atau masjid ada sediakan telekung yang bersih suci wangi. Sepanjang aku hidup ni, rasanya kali pertama dan terakhir aku dapat pakai telekung yang bersih suci wangi adalah di sebuah Masjid di Terengganu. Memang bersih gila! Rasa macam pakai telekung sendiri kat rumah. Alhamdulillah.

Selain dari tu, memang tak pernah langsung! Kalau adapun, telekung bersih sikit-sikit je. Paling cacat pun, telekung yang disediakan mesti yang dah bertahi lalat sikit dekat bahagian dagu dan dengan berlengas kuning-kuning tu. T____T

Ingat lagi masa aku pergi Tesco Taiping. Lepas beli barang dapur, terus ke surau awam dalam Tesco tu. Bila nak solat, Allah ... telekung yang ada dalam surau tu memang stok dah berbau sangat dengan bertahi lalat sampai tahap memang aku serius tak boleh nak khusyuk dan fokus. =___=

Aku jadi sampai cepat-cepat nak habiskan solat sebab aku serius tak tahan dengan bau telekung tu. Boleh dikatakan, siapa yang guna telekung kat situ masa tu, aku tengok muka dorang memang ketat je sebab nak menahan bau telekung kat surau tu. Hihihi.

Ni bila dah duduk Jeddah ni, orang sini kalau setiap kali solat memang tak perlu nak bawa kain solat ke apa. Cuma perlu ke tandas amik wudhu' dan boleh terus solat guna Abaya memandang Abaya itu sendiri adalah ciri-ciri pakaian Muslimah. Sopan, labuh, longgar.

Bila dah terbiasa macam ni, bila balik Malaysia, aku terbawa-bawa dengan perkara yang aku dah biasa buat kat sini. Cuma bezanya aku berpakaian biasa. Kadang-kadang ada masa keluar pakai Abaya juga di Malaysia. Ada kalanya aku sarung skirt dan baju labuh aku. Seluar? Sebolehnya aku elak pakai seluar sekarang ni sebab aku lagi selesa sarung skirt labuh ataupun dress labuh. 

Bukan sekali dua, aku solat dengan pakaian begitu. Banyak kali dah. Boleh kata, asal balik Malaysia, kalau keluar pergi memana dan solat, aku memang pakai baju biasa je. Aku memang takde nak bawak telekung dah. 

Sampailah ada sekali tu, masa aku bersiap-siap nak solat, baju biasa dan sarung stokin tebal, aku perasan, ada mata-mata yang melihat.

Tindakan aku masa tu, cumalah terus solat sehingga habis. Dan tekaan aku betul. Elok je aku nak keluar surau tu, ada orang tegur aku : " Eh, awak solat tak pakai telekung pun. Mana sah solat awak. Kan kena solat pakai telekung. Ada ke pakai baju biasa macam ni. Awak ikut ajaran mana ni? ".

Kalau ikut perangai panas baran aku yang dulu, memang dah selamat kena hambur kakak/makcik tu tapi aku fikir masa tu, dah nama aku pun baru habis solat kan? Makanya aku cuma senyum dan keluar. Masa nak keluar tu, ada je lagi mulut bising cakap : " Ajaran sesat manalah tu solat pakai baju biasa. ". Kesian tak?
Ingatkan sekali tu je lah kena tegur sebab pakai baju biasa. Tapi bila solat pakai baju kurung dengan Abaya pun aku kena tegur jugak! 

Apa cerita ni? Adakah sebab masyarakat Islam Malaysia terlalu taksub dengan pemakaian telekung ketika solat?

Sejak bila pulak ada hukum TAK SAH SOLAT bila kau solat tak pakai telekung? Like seriouslyyyyyyy????

Masa aku balik Malaysia baru-baru ni pun. Ada sorang kakak/makcik tu pada mulanya, berbasa basi dengan aku. Masa tu kalau tak silap, aku pakai Abaya. 

Masa dia nak tegur tu, teragak-agak juga dia nak tegur sebab mungkin dia sangka aku ni memang betul orang Arab tapi agaknya bila dengar aku cakap Melayu dengan orang yang solat sebelah aku, elok je aku habis solat, kakak/makcik tu tegur : " Awak kenapa tak solat pakai telekung? Kan kita kena solat pakai telekung. Mana dikira sah solat awak kalau awak pakai baju macam ni. Awak belajar kat mana solat pakai baju macam ni? ".

Aku masa tu memang dah dikira agak tahap dah menyampah jugaklah. Ikut hati rasa nak marah jugaklah bila ada jugak manusia yang berfikiran macam ni. Serius menyampahhhh! =____=

Entah macam mana masa tu, aku terus cakap kat kakak/makcik tu : " Salah ke saya pakai baju ni? Saya solat pakai baju singlet ke? Seluar pendek ke? Saya tak pakai stokin ke? Tak pakai tudung ke? Tudung nampak leher ke? Jarang ke baju saya ni? Atau tudung saya tak tutup bahagian dada? Ada tak?. Ni lagi satu, fatwa mana yang kata solat dikira SAH cuma bila solat pakai telekung?  Cuba bagitahu saya. "

Terus dia diam pandang aku. Aku terus keluar surau masa tu sebab taknak panjangkan cerita. 

Aku rasa kesian sebenarnya dengan orang yang pemikiran macam tu.  Terus menerus menjatuhkan hukum sah atau tidak solat seseorang. Kan lebih baik kalau apa dia tanya tu lebih kepada persoalan macam : " Sah ke solat awak pakai baju biasa macam ni? Sah ke? . " Kan ke bagus macam tu. Takdelah aku rasa naik darah. Malah sejuk je hati aku ni.

Ni tak, dengan muka sombong, dengan suara meninggi, pung pang pung pang ... zupppppp! Terus jatuhkan SOLAT AKU TAK SAH! Pebenda kau ni?

Tak tahu ke salah satu syarat sah solat adalah menutup aurat sahaja? Takde pun cakap syarat sah solat adalah menutup atau dan diwajibkan memakai telekung. Ada ke? Ada ke? Cuba bagitahu aku.

Makanya tak kisahlah sama ada pakai telekung atau tak, selagi kalau pakaian yang kita pakai tu menutup aurat dan memang ciri-ciri pakaian Muslimah dan suci dari sebarang najis yang tidak dimaafkan, maka dikira sahlah solat kita. Kan?

Aku harap sangat, bila aku balik Malaysia lagi nanti, takde siapa yang tegur dan cakap macam tu lagi. Janganlah macam rasa nak solat tu satu kerja yang berat. Takde telekung, tak pakai telekung, tak boleh solat sebab nanti solat tak sah! Ok?

Sebab itulah pentingnya kita harus menutup aurat dan berpakaian pun menutup aurat. Longgar, labuh, memakai hijab juga stokin. Supaya urusan ibadah harian kita senang. Allah SWT tetapkan ciri pakaian Muslimah tu sebab DIA nak permudahkan urusan kita denganNYA. 

Jangan lupa, Allah SWT tidak akan pernah menyusahkan hamba-hambaNya. Sebab tu, anda tidak ada alasan sekalipun untuk meninggalkan solat walau dalam apa keadaan sekalipun baik masa anda sihat atau sakit. Ok?

Selamat beribadah kepadaNya. Jangan tinggal solat.

Sekian. Masalamah. Muah!

December 6, 2011

Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 1095 Hari!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah sebab akhirnya aku berjaya juga memilih, mengedit dan seterusnya muat turun semua gambar-gambar yang akan korang tengok ni.

Jenuh juga sebenarnya nak buat semua ni tapi demi orang tersayang, aku gagahkan juga pergi korek-korek balik fail gambar yang lamaaaaaa dari zaman kenal-kenal dulu sampailah zaman yang sekarang ni iaitu kehidupan lepas berkahwin.

Allhuakbar, sedar tak sedar dah 1095 hari genap usia perkahwinan kami. Rasa macam baru je kenal-kenal dekat taman bawah rumah sampailah ... eh? Kita dah tinggal serumah?

Laaaaa korang ni, kata dah kahwin, mestilah tinggal serumah. Kan lebih elok dan lebih manis bila si isteri sentiasa bersama suami tak kira ke mana sahaja. Tempat terbaik seorang isteri adalah sentiasa di sisi suami. Kan?

Sempena ulangtahun perkahwinan ni, aku saja nak letak gambar-gambar yang memang memberi seribu kenangan manis buat kami berdua. Bagus jugak sebenarnya bila tengok balik, terus teringat kenangan lama. Hehehe.

Susah, senang semuanya bersama. Tak pernah tinggalkan salah seorang dalam kesusahan atau kesenangan. Semuanya mesti nak dikongsi bersama walaupun perkara kecil sekalipun.

Errr .. sebelum korang nak menatap gambar-gambar ni semua, aku nak maklumkan terlebih dahulu bahawa apa yang akan dipaparkan adalah banyakkkkkkk dan kalau rasa taknak tengok, teruslah scroll ke bawah ya?

Gambar zaman berkawan dan bercinta, maaflah, aku tak boleh nak letak sebab semua gambar adalah masa aku masih free hair. Makanya tak elok nak letak lagi walaupun sebagai kenangan ke apa. Sebab aurat aku adalah tetap untuk tatapan sang suami sahaja. Bukan lagi untuk orang lain. Hehehe.

Makanya kita terus ke zaman bertunang dan selepas bertunang ...



Kami kenal tak lama. Terus buat keputusan untuk bertunang. Lagipun masa tu, rasanya dua-dua pihak dah letih dah nak bercinta sakan sebab dua-dua pihak, baik aku atau dia, masing-masing dah kecewa dengan cinta lama yang bertahun tapi putus tengah jalan juga.

Makanya keputusan untuk bertunang adalah terbaik buat kami berdua. Waktu ni, aku baru tahun pertama untuk program Ijazah aku. Dia pulak masa tu masih di Dubai. Meneruskan kerjaya dia kat sana.

Segala urusan majlis bertunang, Alhamdulillah, sebab orang sekeliling terutamanya keluarga banyak tolong-menolong antara satu sama lain.

Kenangan manis, masa bertunang ni, lepas je Majlis Pertunangan, terus aku pecut balik Shah Alam sebab pukul 2 petang hari yang sama, aku ada Ujian untuk subjek ... alamak, serius lupa apa nama subjek tu. T___T




Ini pulak kehidupan lepas bertunang. Kami ni kiranya adalah masuk dalam Perhubungan Jarah Jauh ( PJJ ). Sorang kat Malaysia, lagi sorang dekat Dubai. Makanya jumpa adalah cuma beberapa kali sahaja sebelum berkahwin. Rasanya macam jumpa sekali ni je kot. Huhuhu.

Gambar ni diambil masa sama-sama keluar cari barang rasanya untuk hantaran kahwin. Kebetulan dia balik Malaysia sekejap untuk uruskan perkara perihal Akad Nikah dan juga dia korbankan diri untuk tidak pulang ke kampung waktu Hari Raya sebab nak simpan cuti lama untuk kahwin nanti. Hehehe.

Dan beberapa bulan lepas kahwin, lepas dua-dua pihak keluarga dah setuju untuk tarikh Majlis Kahwin, akhirnya bulan Disember lah kami disatukan iaitu pada 5 Disember 2008 tepat pada pukul 10.20 malam.


Majlis nikah adalah pada hari Jumaat malam dan kendurinya pula adalah pada hari keesokannya iaitu hari Sabtu.



Alhamdulillah majlis semua berjalan dengan lancar. Dugaan tu biasalah kan dan kekurangan pun juga. Yang penting, masa tu semua muka gembira senang hati! Hahaha.

Aaaaaaa ... I really love my wedding cake! The decoration memang sangat cantik dan lepas majlis, semua orang tanya Mak aku mana aku tempah kek kahwin tu.

Kemudian ...



Selesai majlis belah aku, majlis belah laki pula adalah dua minggu selepas majlis di pihak perempuan. Makanya, sementara tunggu dua minggu lagi tu, kami selesaikan pula program Outdoor Photoshoot kami di kawasan bandaraya Johor Bahru.

Majlis belah laki pula adalah selepas Raya Haji. Pun meriah jugak sebab ramai Pakcik & Makcik aku dari Johor semua ikut untuk Majlis Bertandang. Sepupu-sepupu yang semuanya adalah sangat sporting dan menggila juga turut sama memeriahkan majlis.

Meriah adalah sebab semua 'berkampung' dekat Bukit Merah Laketown Resort sebab kami awal-awal dah tempah beberapa apartment sebagai tempat penginapan mereka sepanjang majlis.



Dan majlis di kampung adalah sangat meriah walaupun pada mulanya, aku adalah sangat marah sebab ada orang main suka hati je baling mercun dekat rombongan pengantinnnn! Tapi benda dah jadikan?

Korang jangan buat macam tu ok? Mercun kalau biasa takpe, ini yang jenis letup kuat-kuat. Aku masa tu rasa macam agak nak mencarut jugaklah like helloooo ... have some respect pleaseeeee! =____=

Selesai majlis dua-dua belah pihak, terusssssssss .. apa lagi kan kalau tak berhoneymoon sama-sama!!! Yeayyyyy! Laki aku bawak pergi bercuti ke Pulau Pangkor dulu. 5 hari 4 malam kalau tak silap aku.

Pertama kali ke Pulau Pangkor dengan percutian mewah adalah sangat-sangat awesome! Makanan awesome, staff awesome, pemandangan awesome dan segalanya adalah sangat awesome!!!

Cuma hari terakhir adalah sangat tidak awesome atas kecabulan mulut laki aku sendiri apabila dia mengeluarkan kata-kata : " Ayang, sini banyak monyet tapi monyet-monyet takde pun masuk bilik kita kan?".

Kejap lagi, bila balik bilik lepas sarapan tu, hambek kauuuuuuuuuuuuuuuuuuu! Bilik kami stay tu penuh dengan monyetttttttt! Habis semua dia selongkar dan siap tinggalkan 'pesan' lagi atas lantai. Mujur hari terakhir. Laki aku pulak masa tu dah sengih kerang busuk! =___=

Oh, gambar di Pulau Pangkor takde sebab semua gambar adalah tidak cantik dan tidak banyak! Dah kata honeymoon kan? Makanya kamera adalah dilupakan seketika! Hahaha.

Selesai honeymoon dekat Pulau Pangkor, makanya sambung pula ke Dubai! Yeayyyyy! Dubai pun sangat awesome untuk segala perihal terutamanya perihal shopping!


 
 

Dekat sebulan bercuti di Dubai sampai aku sendiri memontengkan diri dari menghadiri kuliah selama 2 minggu! Hahaha. Nasib baik lah tak kena apa-apa. =___=

Hmmmm ... tak lama lepas tu lah, dugaan selepas kahwin bermula bila rezeki laki aku di Dubai berada pada tahap kritikal dan membuatkan dia mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia dan mencari rezeki di tempat sendiri.

Lagi pulak awal tahun 2009 adalah tahun ekonomi Dubai berada pada tahap paling kritikal sekali.

Sadis sebenarnya bila laki balik Malaysia dalam keadaaan kelam-kabut. Tahu-tahu je dia call : " Ayang, flight Biebie malam ni waktu Malaysia, petang waktu Dubai. "

Dalam sedih nak tinggalkan Dubai tu, sampai Malaysia, terus kami ke Singapura! Kononnya nak teman Mazleen siapkan projek Master dia tapi sebenarnya 2 dalam 1 lah. Hehehe.



Pergi Singapura berempat : Mazleen, Wan, kami lakibini. Fatin ada jugak masa tu tapi dia tak dikiralah sebab dia memang kerja kat Singapura dan secara tak langsung jadi pemandu pelancong buat kami berempat.

Balik dari Singapura, bermula proses mencari kerja. Peluang kerja yang laki aku dapat memang banyak tapi kebanyakannya semua takut nak ambil dia kerja sebab tengok gaji dia dekat Dubai jauh dari jangkaan.

Padahal, takkan lah laki aku nak mintak gaji yang sama dekat Dubai kan? Logiklah sikit.

Akhirnya, dalam bulan Februari 2009 tu, laki aku nekad kerja dengan bekas kawan sepejabat dia yang kebetulan baru tubuhkan syarikat yang berpangkalan di Riyadh, Arab Saudi dan mempunyai cawangan di Pulau Pinang.

Dan bermulalah kehidupan Perkahwinan Jarak Jauh pulak buat kami. Kalau dulu berbeza negara, tapi kali ni berbeza negeri pulak. Sorang dekat Shah Alam, lagi sorang dekat Pulau Pinang.

Tapi tak PJJ sangatlah sebab boleh dikatakan hampir setiap minggu, setiap hari Jumaat, aku dah berdesup pecut hilang balik Pulau Pinang! Setiap minggu okay! Penat belakang cerita, janji dapat jumpa laki. Hehehe.

Lagipun aku seronok dengan apartment yang laki aku duduk dekat Pulau Pinang tu. Dahlah kat Batu Feringgi, lepas tu, mengadap laut pulak tu! Kalau balik sana, memang tenang je sebab setiap waktu boleh tengok keindahan ciptaanNya. SubhanAllah.

Sepanjang dia kerja Penang tu, kami pulak sempat lagi honeymoon kali ketiga di Pulau Langkawi. Alkisahnya, dia ni tak pernah pergi Langkawi. Makanya, aku pun tunaikanlah hajat dia tu.



Dan errr ... pada aku, Pulau Langkawi dah tak meriah macam dulu. Taktau kenapa tapi kami enjoy je lah. Dah kata honeymoon kan?

Dan kehidupan pun diteruskan seperti biasa. Ada masa dia yang turun Shah Alam, kadang aku yang ke Pulau Pinang. Masa banyak diisi menghadiri Majlis Kahwin sepupu dan teman-teman rapat.




Sehinggalah pada bulan Jun 2009 ...


Memang takkan lupa peristiwa ni ...

Semua jadi dalam sekelip mata. Awal kejadian, air mata adalah teman paling setia. Sekejap-sekejap nangis, termenung sikit menangis, walau tiada sebab pun, aku menangis. Menangis je kerja berminggu-minggu sampai ada kalanya menangis sampai tertidur. T___T

Mujur kami punya keluarga yang sangat prihatin dan ambil berat. Juga punya teman rapat yang sanggup datang dari jauh hanya untuk melawat. Terima kasih buat kalian. Semoga Allah SWT membalasnya!

Kejadian ni memang penuh hikmah. Banyak pengajaran yang kami dapat. Allah SWT Maha Berkuasa kerana kami seakan 'diberi nyawa' kali kedua untuk memperbetulkan segala kekhilafan yang kami dah buat. Alhamdulillah.

Nak pulihkan perasaan dan emosi selepas kejadian ni memang mengambil masa. Aku bersyukur sebab punya suami yang sentiasa memberikan dorongan, kata semangat dan juga doa untuk kami teruskan kehidupan seperti biasa.

Tapi ...

Baru nak stabilkan emosi, dugaan datang lagi bila adik ipar aku merangkap adik kandung laki aku meninggal dunia genap sebulan lepas kami kemalangan jalan raya.


Allah .. masa tu rasa bukan terduduk dah tapi tahap dah tersungkur atas tanah! Sedih sangat tapi kalau dah memang ajal arwah, tiada siapa yang dapat melambatkan atau mempercepatkannya walau satu saat sekalipun.

Penghujung bulan Disember 2009, bila laki aku dah pulih sepenuhnya dan boleh berjalan seperti biasa walaupun ada beberapa keping besi akan menjadi 'penghuni setia' di dalam tubuh dia, demi untuk mencari rezeki, dia pula terbang ke Jeddah untuk kembali bekerja seperti biasa.

Kebetulan rezeki masih berpihak pada kami bila syarikat yang dia bekerja sekarang tetap setia menunggu kedatangan dia untuk bekerja di sini walaupun mereka terpaksa tunggu hampir setengah tahun. Alhamdulillah.

Bila fikir-fikir balik, memang tak sangka Allah SWT bagi kami rezeki yang sangat nikmat iaitu tinggal berdekatan dengan rumahNya dan sampai sekarang kami masih di sini. Allah SWT sentiasa mempermudahkan kehidupan kami di sini.

Tapi adat hidup berumahtangga kan? Tak setiap masa gembira memanjang. Ada juga pasang surutnya. Gaduh perang dunia kedua tu, kira normal lah sebab gaduh atau merajuk macam mana pun, tak lama. 

Kang tengah malam gaduh, tengahari esoknya dah ok balik. Kang pagi gaduh, malam dah baik dah. Lagi cepat baik, bila kadang dia ajak keluar. Pergi shopping. Kehkehkeh.




Yang pasti, paling seronok mestilah masa kami buat pertama kalinya menunaikan Umrah bersama. Nikmatnya lain macam. Lagi-lagi bila kita pergi dengan seseorang yang memang sah milik kita. Memang sujud syukur depan Kaabah. 

Ternyata hikmah yang diberikan olehNya selepas kejadian Jun 2009 tu sangatlah tak terkata! 







Doa aku, semoga cinta kami kekal hingga ke Syurga yang paling tinggi disisiNya dan aku mahu menjadi salah seorang bidadari SyurgaNya. InshaAllah.


 

Buat Biebie, terima kasih sebab banyak bersabar dengan karenah bini yang kadangkala memang banyak songeh, manja gedik tak pasal dan juga sentiasa setia menjadi teman terbaik di kala shopping! Semoga segala impian kita berdua tercapai dan dimakbulkan olehNya. InshaAllah.

Oh, tak lupa juga, pastilah nak berterima kasih sebab bagi hadiah. Walau bukan ulangtahun perkahwinan atau bitrhday, Biebie tetap bermurah hati belikan macam-macam untuk bini tersayang. Setiap tahun, mesti meriah dengan hadiah. 

Kang dah belikan barang ni, nanti belikan lagi. Paling syok mestilah hadiah Biebie bawak I menunaikan rukun Islam ke Lima baru-baru ni. Hehehe.

Terima kasih daun keladi. Semoga Biebie kekal macam ni sampai bila-bila. Sentiasa bermurah hati dengan bini. Tak kedekut. Sanggup utamakan bini dari diri sendiri. Hehehe.



Dan aku? Aku adalah seorang isteri yang sangat bahagia dan tersenyum gembira hingga ke hari ini dan juga InshaAllah hingga aku dikembali kepadaNya. Amin Ya Rabb.

I love youuuuuuuuuuuuuuuuuuu!

Semoga korang juga bahagia seperti aku. InshaAllah.

Sekian. Masalamah. Muah!



December 4, 2011

Koleksi BukuFixi & LejenPress dari UYA Distro



Assalamualaikum.

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga memiliki buku-buku indie terbitan BukuFixi dan juga LejenPress dari UyaDistro! Semua buku tu dah selamat sampai ke tangan aku di Jeddah! Terima kasih daun keladi pada Affy sebab dia yang bertanggungjawab tolong aku bawak buku-buku ni semua dari Kuala Lumpur.




Masa mula-mula nak beli, aku memang fikir banyak kali. Siapalah yang aku nak jadikan 'mangsa' untuk tolong aku bawak buku-buku tu semua dari Malaysia. Hinggalah akhirnya, lepas aku dapat tahu adik aku sorang tu nak balik Malaysia sekejap, terus mintak tolong dia. Tanya dia dulu boleh 'tumpang barang' ke tak bila dia balik ke Jeddah nanti.

Alhamdulillah, dia tak kisah. Bukan setakat buku-buku ni je aku kirim. Siap selit kirim daun kesom dengan bunga kantan sekali! Hehehe.

Bila dah dapat buku-buku tu, balik rumah, terus aku bongkar beg kertas Chapter yang memang dah berat sebab penuh berisi buku-buku tu.

Perasaan teruja dapat buku-buku ni semua memang semacam. Rasa dia macam baru lepas dapat LV Hampstead. Hahaha. Aku teruja sebab aku ni memang suka membaca buku.

Duduk sini, memang harapanlah kau nak dapat beli buku-buku bahasa Melayu. Makanya, duduk sini, bila pergi Jarir Bookstore, aku mesti nak menepek dekat rak buku yang ada koleksi penulis Cecelia Ahern & juga Sophie Kinsella.

Koleksi dua-dua penulis ni je lah yang akan aku beli sikit demi sikit sampailah semua koleksi selamat dibeli. Kepuasan membaca penulisan dorang memang seronok!

Ni koleksi buku aku kiranya bertambah lagilah dengan adanya koleksi buku-buku dari BukuFixi dan LejenPress.

Oh, pada yang bertanya BukuFixi dan UyaDistro ni best ke tak, pada aku, best tapi kalau dah kata buku-buku indie, bahasa rojak. Jiwang-jiwang ada tapi in sense of humour lah.

Buku yang aku dah habis baca setakat ni Sperma Cinta.

Haritu baru je baca tajuk cerita pertama iaitu Hilang Nafsu, aku dah gelak macam apa sorang-sorang sampai laki aku buat muka pelik! Hahaha. Aku siap sempat pesan dekat laki aku : " B bacalah buku ni. Mesti stress kerja you hilang! Serius tak tipu. ".

Nak habiskan baca buku Sperma Cinta tu memang sakit sikitlah. Bukan sakit apa. Sakit perut. Bukan sakit perut sebab apa. Sakit perut sebab nak kena menahan gelak dengan tulisan Linglung tu. Hehehe.

Sekarang ni pulak tengah tekun baca Kitab Terfaktab. Baru lepas selesai baca penulisan Amoi. Untuk Sperma Cinta dengan Kitab Terfaktab, dalam buku tu, cerita berbeza-beza. Bukan cerita yang sama dari awal sampai penghabisan macam novel lain tau.

Buat yang berminat nak beli buku ni, ada dua pilihan sama ada beli secara online atau pun korang boleh terus pergi ke UyaDistro di Subang Jaya.
Kalau nak beli secara online koleksi BukuFixi, pergi ke laman sesawang BukuFixi dan buat pembelian secara online. Cuma isi borang dan buat pembayaran sama ada secara online juga ataupun bayar di ATM Deposit dan sertakan bukti pembayaran.

Untuk buku terbitan LejenPress pulak, boleh ke laman sesawang LejenPress dan buat pembelian secara online juga dan prosedurnya sama seperti pembelian BukuFixi.

Kalau nak lagi mudah, buat korang yang tinggal di sekitar Shah Alam ke, Klang, Kuala Lumpur atau mana ceruk sekalipun dan taknak beli secara online, korang boleh terus beli di UYA Distro yang terletak di SS15, Subang Jaya.

Selamat membaca!

Sekian. Masalamah. Muah!


December 3, 2011

Penghijrahan Berhijab


Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Boleh kata, sekarang dah genap 2 tahun setengah aku memakai hijab. Sebelum ni sememangnya aku memang seorang yang free hair dan kemudian on off memakai hijab dan akhirnya, aku berhijrah sepenuhnya untuk memakai hijab.

Awal dulu aku pakai hijab, masa on off tu memang ada unsur paksaan dari pelbagai pihak sampai buat aku jadi macam tak ikhlas untuk berhijab dan membuat aku free hair balik.




Sehinggalah akhirnya, Allah SWT tunjukkan aku, jalan mana yang harus aku pilih walaupun pada masa tu, aku akui, aku masih tidak pasti dan masih risau takut aku on & off memakai hijab macam sebelum itu.

Tapi Alhamdulillah. Aku masih istiqamah melakukannya. sehingga ke harini dan juga semoga sampai bila-bila iaitu sehingga aku kembali kepadaNya.

Mula-mula pakai hijab memang dugaan betul. Macam-macam dugaan kena tempuhi. Pernah juga ada ketika tu, aku merungut sorang diri dan terdetik dalam hati : " Eeeee ... lecehlah pakai hijab ni. Semua tak boleh. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Tension betul lah macam ni! ".

Nasib baiklah punya laki yang banyak sabar dan sentiasa berfikiran positif bila aku masih dalam proses membiasakan diri dengan berhijab.

Faham je lah. Bila kita dah berhiijab ni, bukan setakat atas tiket kita sarung tudung dan kita dah dikira berhijab sepenuhnya. Sebab berhijab itu sendiri, kita kenalah sentiasa jaga semua perkara baik dari kelakuan dan pakaian.

Terutamanya pakaian.

Kau faham jelah. Kalau dah nama kau sebelum ni tak pakai hijab, dah memang sah baju kau semua mesti singkat-singkat, ketat-ketat. Baik baju, baik seluar. Sama je.

Masa baru nak biasakan diri pakai hijab sepenuhnya tu, laki aku memang pantau aku serba serbi. Paling dia peka adalah pakaian aku. Memang berbulan-bulan lah dia dok membebel dekat aku. Macam-macam aku kena tegur : " Eh, mana boleh pakai baju ni, nampak bontot!" , " Eh, mana boleh pakai seluar ni, ketat ikut bentuk kaki!" , " Eh, mana boleh pakai baju lengan pendek gini!" , takpun ... " Eh, mana boleh pakai tudung macam ni. Pakai tudung kena tutup depan. Baru betul!".

Fuhhhhhhhhh! Memang ada sampai satu tahap tu, mulut aku kalah buntut itik sebab asyik kena tegur sana sini. Sekarang aku faham dah lah kenapa dia buat semua tu. Hehehe.

Lagi satu, bila berhijab ni, banyak benda kena jaga. Semua benda lah. Lagi-lagi bila kau ada Social Network. Nak upload gambar ke, apa ke, semua tu kena amik kira. 

Kerja nak buang gambar lama-lama memang amik masa. Aku sampai satu tahap, kalau malas nak remove satu-satu, memang aku delete je satu album terus! Takpun, aku privatekan je gambar tu semua.

Dan errr .. macam blog ni. Blog ni wujud masa aku belum berhijab lagi. Awal-awal dulu, aku memang dah buang semua entri yang ada gambar aku tidak berhijab dan ada juga aku terlepas pandang. 

Aku bersyukur sebab Allah SWT 'utuskan' aku seorang manusia yang berhati mulia dan tulus untuk mengingatkan aku supaya buang gambar yang aku terlepas pandang. Terima kasih buat Gee. Semoga Allah SWT membalas segalanya.

Paling membahagiakan lagi, sejak kebelakangan ni, aku perasan yang ramai di kalangan kawan-kawan rapat aku berhijrah dengan memakai hijab! Allah! Rasa gembira sangat sampai tak tahu nak terangkan macam mana. Tapiii .. tahap gembira tu boleh kata kalah tahap gembira masa habis SPM dulu. Hehehe.

Mana tak gembiranya sebab yang berhijrah semua memang kawan aku jenis yang sangat-sangat enjoy sakan dengan kehidupan dorang sebelum ni. Senang cerita, kami semua sama je dulu. Enjoy tak ingat dunia, pakai baju ikut suka hati dan masa tu, pada aku, hanya pikir perihal dunia.

Langsung tak amik kisah perihal dunia kekal di sana. T____T

Bila boleh dikatakan semua sudah berhijrah dan kembali ke jalanNya, rasa macam nak jumpa semua dan peluk cium sorang-sorang sebagai tanda aku bersyukur dengan perubahan yang dilakukan dan aku adalah manusia paling gembira dengan perubahan yang mereka lakukan. T_____T

Doa aku, semoga aku, mereka dan Muslimah yang lain terus istiqamah dalam menunaikan perintahNya. Semoga kami semua terus mendapat tunjuk ajar dan sentiasa belajar untuk menjadi hambaNya yang lebih baik dari sebelumnya.

Dan juga semoga segala dosa kami diampunkan olehNya, taubat kami diterima dan juga Iman, Hidayah & Taqwa kami terus kekal kepadaNya. InshaAllah.

Buat kawan Muslimah lain yang masih belum berhijab, aku doakan semoga Allah SWT tunjukkan kalian jalan kebenaran dan juga semoga kalian sendiri mencari kebenaran yang sangat indah dariNya. 

Ingatlah bahawa, kita yang diciptakan olehNya adalah secantik-cantik, seindah-indah ciptaanNya dan adalah lebih cantik apabila segala  keindahan itu dilindungi dari menjadi pemandangan bukan Mahram kita.

Terutamanya buat Muslimah yang sudah bergelar isteri. Jangan lupa bahawa, sayang pada suami bukan sahaja melalui kata-kata ataupun apa sahaja yang kita buat untuk dia tapi ia akan lebih indah lagi bila kita melindungi suami kita dari 'tercampak' ke dalam Neraka Jahanam. 

Tunaikanlah perintahNya. Sesungguhnya, Islam itu adalah cara hidup yang paling indah dan sentiasalah kita untuk berusaha ke Syurga Allah SWT dan bercita-cita mahu menjadi bidadari Syurga. InshaAllah.

Sekian. Masalamah! Muah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...