December 31, 2011

Objektif Utama Adalah Untuk Mengamalkan Gaya Hidup Sihat Bersama-sama!


Assalamualaikum.

Dua tahun aku komplain dekat laki yang aku nak jugak bersenam macam dia. Dia tu, dalam seminggu, kalau angin rajin dia datang, kerap sangat keluar jogging dekat taman. 

Tapi ....

Kalau angin kus-kus sampai, sebulan pun tak jogging! Hahaha.

Aku selalu cakap : " B ni, nak I kurus tapi macam mana nak kurus? I bukan tak suka jogging tapi macam mana I nak jogging dengan selesa kalau pakai Abaya? ."

Nahhhhh! Kau jangan kata aku ni banyak songeh pulak ya bila aku kata jogging pakai Abaya tu susah. Cuba kau try test dulu jogging pakai Abaya macam mana rasanya. =___=

Aku ni bukan tak pernah jogging pakai Abaya. Pernah je. Itu adalah pertama kali dan terakhir kali sebab segala pergerakan adalah sangat terbatas! Memang tak biasa betul. Sebab aku nak jogging dan bukannya jalan hirup udara kat taman tu. T___T

Lepas dah pernah rasa sekali macam mana jogging pakai Abaya, terus aku dah tak jogging lagi dah. Nama nak buat senaman sendiri dekat rumah pakai tali skipping atau lompat bintang? Kirim salam je lahhhhhh!

Makanya sesuatu perlu dilakukan ... hehehe.

Selepas dekat setahun lebih usha, selepas dekat setahun lebih survey sana, survey sini, selepas dekat setahun juga kami berfikir sama ada mahu beli atau tidak ...

Takdirnya?

Dengan izinNya dan rezeki dariNya, suami aku yang sangat baik hati dan sentiasa mahu menggembirakan hati aku sebagai seorang isteri, dia belikan aku ini ....



Mari ittew kenalkan dekat adik-adik, kakak-kakak dan juga abang-abang sekalian ...

Ini namanya Cross Trainer. Terjebak beli sebab haritu dekat kedai Sun & Sand ada buat promosi untuk barangan gym. Sebenarnya aku memang dah aim nak beli treadmill tapi apakan daya ...
Treadmill yang aku nak tu, adalah sangat mahallllll! 

Mula-mula tu macam dah give up je dan cakap dekat laki : " Tak payah belilah B. Nanti I dietlah tak makan nasi. Habis cerita. Tak pun puasa. Bukan susah pun. " . Muahahahahahahaha.

Puasa tu memang takde masalah. Nak diet nasi pun takde masalah sebenarnya! Cuma nak diet dari makanan lain itu yang payahhh!

Lagi-lagi bila kami lakibini ni, aktiviti hujung minggu biasanya adalah aktiviti untuk makan-makan, makan-makan, makan-makan. Nampak tak potensi untuk diet itu mungkin tidak akan jadi realiti? =____=

Jadi, jalan terakhir mestilah kena bersenam, berpeluh, bersenam, berpeluh!

Lagipun, ikutkan, kalau kita betul-betul nak jaga kesihatan dan stamina, dalam seminggu, sekurang-kurangnya, kita kenalah bersenam dan berpeluh 3 kali seminggu selama 30 minit! Lebih pun takpe.
Dan Alhamdulillah, sejak ada Cross Trainer ni, aku tak pernah lagi tergelincir dari jadual senam aku. Aku biasanya akan pastikan dalam seminggu memang aku bersenam dan berpeluh dalam 30 minit dengan Cross Trainer ni.

Masa mula-mula beli dan guna, nak buat 5 minit pun, Ya Rabb, seksaaaaa! Penat macam baru lepas panjat gunung. Tapi lama-lama tu, jadi ok dan steady. Boleh buat tanpa henti selama 15 minit!

Sekarang?

Mestilah lagi ok sebab aku dah boleh buat dalam 30 minit tanpa henti, sejauh 10 - 15 km dan juga setiap sesi berjaya membakar dalam 230 - 250 kalori! Heh.

Bersyukur betul bila dah ada benda ni sebab bila dah mula bersenam macam ni, memang rasa ringan badan. Paling suka bila setiap kali peluh keluar menitik-nitik macam perah kain dalam baldi, badan terus terasa segar. Muka pun sama! 

Fuhhhhhhhhh ... nikmat dapat keluarkan peluh tu, memang rasa luar biasa!

Harap-harap, aku kekal dengan jadual senaman aku sampai bila-bila walau dah tua nanti. Bersenam dan berpeluh macam ni adalah bukan untuk kurus semata ya? Ia adalah juga untuk kesihatan dan stamina kita.

Pada aku, tiada istilah kurus yang hanya bergantung dengan menjaga pemakanan sahaja tapi ia haruslah seiring dengan jadual senaman yang teratur dan juga betul.

Ok. Sila pergi jogging sekarang! Jangan berat bontot! Hoh.

Sekian. Masalamah! Muah!


4 comments:

  1. kih kih kih ni dah beli mahalmahal dah tak boleh malasmalas senaman lg tau!.. azam 2o12 saya jg ni supaya rajin senaman..

    ReplyDelete
  2. chayok2 nekla...nti blk msia sure kmaz dah tak cam nekla taw...sebab? dah makin slim & cun..hehehe

    ReplyDelete
  3. N.Aima K - InshaAllah. Memang rajin ni. Harap-harap, angin rajin ni berkekalan hendaknya! Kihkihkih.

    ReplyDelete
  4. Kak Maz - Hahahaha. Kalau kurusssss Kak Mazzz! Tapi tujuan utama bukan nak kurus. Cuma mahu sihat je sebab kalau kita keluar peluh, jantung dan sistem badan kita lebih sihat. ;)

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...