December 14, 2011

Solat Cuma Dikira Sah Jika Kita Pakai Telekung Sahaja?

Assalamualaikum.
Tinggal dekat Arab Saudi ni, baik dekat Jeddah, Riyadh, Madinah, Taif, Al-Jubail atau mana sekalipun selagi masih berada dalam negara Arab Saudi, orang perempuan memang diwajibkan keluar memakai Abaya.

Cuma kelebihan duduk di Jeddah, yang bukan Islam kalau aku tak silap, dorang boleh free hair dengan syarat selendang panjang hitam atau dipanggil Syela di kalangan orang sini, haruslah diletakkan dibahagian leher.

Sekurang-kurangnya, selendang tu boleh tutup bahagian leher dan juga sebahagian dari dada kalau sekalipun tidak mahu memakai hijab.

Awal-awal dulu, masa datang sini, setiap kali keluar nak pakai Abaya memang aku rasa janggal sangat. Rasa tak selesa dan rimas. Itu aku akui. =_=

Tapi lama kelamaan, Alhamdulillah. Aku makin selesa dan suka dengan pemakaian Abaya. Rasa lagi mudah sebab tak perlu pening nak mix & match macam kita pakai baju biasa.

Paling suka adalah bila nak solat, tak perlu aku keluar nak angkut bawa telekung sekali. Yelah. Kalau kat Malaysia, setiap kali keluar, memang kena pastikan telekung ada dalam handbeg ataupun kalau terlupa atau malas nak bawak, cuma pakai telekung dekat surau atau masjid sahaja.



Tapi faham je lah. Tak semua surau awam atau masjid ada sediakan telekung yang bersih suci wangi. Sepanjang aku hidup ni, rasanya kali pertama dan terakhir aku dapat pakai telekung yang bersih suci wangi adalah di sebuah Masjid di Terengganu. Memang bersih gila! Rasa macam pakai telekung sendiri kat rumah. Alhamdulillah.

Selain dari tu, memang tak pernah langsung! Kalau adapun, telekung bersih sikit-sikit je. Paling cacat pun, telekung yang disediakan mesti yang dah bertahi lalat sikit dekat bahagian dagu dan dengan berlengas kuning-kuning tu. T____T

Ingat lagi masa aku pergi Tesco Taiping. Lepas beli barang dapur, terus ke surau awam dalam Tesco tu. Bila nak solat, Allah ... telekung yang ada dalam surau tu memang stok dah berbau sangat dengan bertahi lalat sampai tahap memang aku serius tak boleh nak khusyuk dan fokus. =___=

Aku jadi sampai cepat-cepat nak habiskan solat sebab aku serius tak tahan dengan bau telekung tu. Boleh dikatakan, siapa yang guna telekung kat situ masa tu, aku tengok muka dorang memang ketat je sebab nak menahan bau telekung kat surau tu. Hihihi.

Ni bila dah duduk Jeddah ni, orang sini kalau setiap kali solat memang tak perlu nak bawa kain solat ke apa. Cuma perlu ke tandas amik wudhu' dan boleh terus solat guna Abaya memandang Abaya itu sendiri adalah ciri-ciri pakaian Muslimah. Sopan, labuh, longgar.

Bila dah terbiasa macam ni, bila balik Malaysia, aku terbawa-bawa dengan perkara yang aku dah biasa buat kat sini. Cuma bezanya aku berpakaian biasa. Kadang-kadang ada masa keluar pakai Abaya juga di Malaysia. Ada kalanya aku sarung skirt dan baju labuh aku. Seluar? Sebolehnya aku elak pakai seluar sekarang ni sebab aku lagi selesa sarung skirt labuh ataupun dress labuh. 

Bukan sekali dua, aku solat dengan pakaian begitu. Banyak kali dah. Boleh kata, asal balik Malaysia, kalau keluar pergi memana dan solat, aku memang pakai baju biasa je. Aku memang takde nak bawak telekung dah. 

Sampailah ada sekali tu, masa aku bersiap-siap nak solat, baju biasa dan sarung stokin tebal, aku perasan, ada mata-mata yang melihat.

Tindakan aku masa tu, cumalah terus solat sehingga habis. Dan tekaan aku betul. Elok je aku nak keluar surau tu, ada orang tegur aku : " Eh, awak solat tak pakai telekung pun. Mana sah solat awak. Kan kena solat pakai telekung. Ada ke pakai baju biasa macam ni. Awak ikut ajaran mana ni? ".

Kalau ikut perangai panas baran aku yang dulu, memang dah selamat kena hambur kakak/makcik tu tapi aku fikir masa tu, dah nama aku pun baru habis solat kan? Makanya aku cuma senyum dan keluar. Masa nak keluar tu, ada je lagi mulut bising cakap : " Ajaran sesat manalah tu solat pakai baju biasa. ". Kesian tak?
Ingatkan sekali tu je lah kena tegur sebab pakai baju biasa. Tapi bila solat pakai baju kurung dengan Abaya pun aku kena tegur jugak! 

Apa cerita ni? Adakah sebab masyarakat Islam Malaysia terlalu taksub dengan pemakaian telekung ketika solat?

Sejak bila pulak ada hukum TAK SAH SOLAT bila kau solat tak pakai telekung? Like seriouslyyyyyyy????

Masa aku balik Malaysia baru-baru ni pun. Ada sorang kakak/makcik tu pada mulanya, berbasa basi dengan aku. Masa tu kalau tak silap, aku pakai Abaya. 

Masa dia nak tegur tu, teragak-agak juga dia nak tegur sebab mungkin dia sangka aku ni memang betul orang Arab tapi agaknya bila dengar aku cakap Melayu dengan orang yang solat sebelah aku, elok je aku habis solat, kakak/makcik tu tegur : " Awak kenapa tak solat pakai telekung? Kan kita kena solat pakai telekung. Mana dikira sah solat awak kalau awak pakai baju macam ni. Awak belajar kat mana solat pakai baju macam ni? ".

Aku masa tu memang dah dikira agak tahap dah menyampah jugaklah. Ikut hati rasa nak marah jugaklah bila ada jugak manusia yang berfikiran macam ni. Serius menyampahhhh! =____=

Entah macam mana masa tu, aku terus cakap kat kakak/makcik tu : " Salah ke saya pakai baju ni? Saya solat pakai baju singlet ke? Seluar pendek ke? Saya tak pakai stokin ke? Tak pakai tudung ke? Tudung nampak leher ke? Jarang ke baju saya ni? Atau tudung saya tak tutup bahagian dada? Ada tak?. Ni lagi satu, fatwa mana yang kata solat dikira SAH cuma bila solat pakai telekung?  Cuba bagitahu saya. "

Terus dia diam pandang aku. Aku terus keluar surau masa tu sebab taknak panjangkan cerita. 

Aku rasa kesian sebenarnya dengan orang yang pemikiran macam tu.  Terus menerus menjatuhkan hukum sah atau tidak solat seseorang. Kan lebih baik kalau apa dia tanya tu lebih kepada persoalan macam : " Sah ke solat awak pakai baju biasa macam ni? Sah ke? . " Kan ke bagus macam tu. Takdelah aku rasa naik darah. Malah sejuk je hati aku ni.

Ni tak, dengan muka sombong, dengan suara meninggi, pung pang pung pang ... zupppppp! Terus jatuhkan SOLAT AKU TAK SAH! Pebenda kau ni?

Tak tahu ke salah satu syarat sah solat adalah menutup aurat sahaja? Takde pun cakap syarat sah solat adalah menutup atau dan diwajibkan memakai telekung. Ada ke? Ada ke? Cuba bagitahu aku.

Makanya tak kisahlah sama ada pakai telekung atau tak, selagi kalau pakaian yang kita pakai tu menutup aurat dan memang ciri-ciri pakaian Muslimah dan suci dari sebarang najis yang tidak dimaafkan, maka dikira sahlah solat kita. Kan?

Aku harap sangat, bila aku balik Malaysia lagi nanti, takde siapa yang tegur dan cakap macam tu lagi. Janganlah macam rasa nak solat tu satu kerja yang berat. Takde telekung, tak pakai telekung, tak boleh solat sebab nanti solat tak sah! Ok?

Sebab itulah pentingnya kita harus menutup aurat dan berpakaian pun menutup aurat. Longgar, labuh, memakai hijab juga stokin. Supaya urusan ibadah harian kita senang. Allah SWT tetapkan ciri pakaian Muslimah tu sebab DIA nak permudahkan urusan kita denganNYA. 

Jangan lupa, Allah SWT tidak akan pernah menyusahkan hamba-hambaNya. Sebab tu, anda tidak ada alasan sekalipun untuk meninggalkan solat walau dalam apa keadaan sekalipun baik masa anda sihat atau sakit. Ok?

Selamat beribadah kepadaNya. Jangan tinggal solat.

Sekian. Masalamah. Muah!

16 comments:

  1. mungkin sebab org2 kita dah terbiasa(terdidik) if nak solat,WAJIB ber-telekung.susah jugak macam tu kan?

    dkt U lynn ramai je student yg solat pakai baju biasa.ni advantage la utk kwn2 yg pakai tudung bulat,jubah.tak yah nak bawak2 telekung lagi dah.

    dan telekung tu,tujuan nak tutup aurat.bukun rukun dalam solat ke apa.yang penting nak solat,kena tutup aurat.tu je. :)

    pss,telekung belengas mcm akak cakap tu,mmg ada jeeee kat tiap2 surau/masjid.haha.kalau kena time tak bwk telekung sendiri,memang TERPAKSA laaa sarung.hahahha

    ReplyDelete
  2. masih lagi ramai yang tak tau pasal hal ni.. hu hu hu..

    ReplyDelete
  3. Lynn - Itulah. Sebab dah terdidik. Dalam kepala kalau solat mesti nak telekung.

    Kes telekung belengas ni, memang minta simpanglahhh! Serik dahhh. Sebab tu pegi memana, walau Akak punya boleh bawak solat, still bawa juga telekung spare letak dalam beg. Hihihi.

    ReplyDelete
  4. Nurul Aima - Takpe. InshaAllah, ramai yang akan tahu dan paham benda ni juga. ;)

    ReplyDelete
  5. nailah... saya tak tegur. :) betul apa yang ditulis, tu.

    jangan nak marah pada orang yang tak tahu beradab ni. :) Cuma sekarang saya kira, ramai yang makin faham ...

    ReplyDelete
  6. Ramai yg dah terbiasa dgn memakai telekung kalau nak solat. Itu yg sampai terlupa tujuan sebenar kita memakai telekung tu. Kita yg tahu ni ingat2 kan lah orang2 yang terlupa :)

    ReplyDelete
  7. CikguNormah - Memang kadang rasa nak marah tapi nasib baik setakat ni dapat kawal marah tu. Hehehe.

    ReplyDelete
  8. Elisa - Yup. Kita memang sentiasa mengingatkan yang lain. InshaAllah.

    ReplyDelete
  9. salam kenal tuan rumah
    masa sekolah rendah,darjah 3 dulu...kita org diwajibkan solat zohor kat madrasah sekolah sblm balik umah,satu hari akak tak bawak telekung...ustaz tu cakap boleh dan sah solat pakai baju kurung uniform sekolah...
    sejak dari tu,akak tahu dan faham telekung bkn syarat sah solat...

    ReplyDelete
  10. Thank you kak untuk entri ini. Kadang-kadang musykil gak bila tengok orang Arab tak pakai telekung bila solat, kind of interesting sebab lebih praktikal berbanding nak duduk tunggu telekung yang terhad dalam surau. Atau keluar dengan membawa telekung bagai. Tak ramai orang tahu pasal ni, terima kasih kak. :)

    ReplyDelete
  11. Kamsiah - Kita pernah sama sekolah? Aaaaa ... dah lama sangatlah. Satu kelas juga ke?

    Tanpa telekung pun kita boleh solat cuma mungkin dari kecik, kat sekolah dididik begitu, itu yang rasa sangsi nak solat tanpa telekung.

    ReplyDelete
  12. MM - Much wolcome. Takpe. Sekarang awak dah tahu. Sekurangnya Akak dah sampaikan ilmu pengetahuan buat yang lain. Lepas ni bolehlah amalkan dan rasa yakin. Tak perlu rasa ragu lagi.

    ReplyDelete
  13. erm, pemikiran Malaysian banyak dipengaruhi keadaan sekeliling. banyak yang mengikut kebiasaan, mengikut apa yang majoriti buat, bukannya mengikut yang betul. Sedih sebenarnya tengok Muslim. banyak yang nampak sihat tapi 'sakit' sebenarnya.

    setuju bab pakaian. Sebab tu pentingnya, sebelum keluar rumah, tengok diri kat cermin, tanya diri, sah tak pakaian kita untuk solat :)

    ReplyDelete
  14. Nia Ridzwan - Setuju dengan pendapat Nia. Muslim di Malaysia banyak sangat perkara yang dipengaruhi keadaan sekeliling dan bukannya mengikut apa yang betul.

    Lagi satu, budaya main sembur ni. Kan lebih elok bertanya dulu. Ni main cakap je ikut sedap mulut.

    Soal pakaian, sebab itu pentingnya kita kena pastikan pakaian kita itu benar-benar menutup aurat! ;)

    ReplyDelete
  15. after 'berhijrah' saya rasa Islam tu sebenarnya sgt mudah. bila kita btol2 berpakaian seperti yg digariskan, kita boleh solat even tertinggal telekung semayang dan di situasi adalah sgt tak tergamak nak guna telekung yg hidup segan mati tak mahu di surau2... ;)

    tapi kan... kite ade 1 kemusykilan...
    #kita difahamkan, kalo nak solat, hijab yg kite pakai tu kena tutup dagu bahagian bawah kan?

    -cik kaki @ azlinahasan@yahoo.com-

    ReplyDelete
  16. InaAchik - Yup. ISLAM sememangnya amat mudah. Kita je yang selalu menyangka ISLAM amat sukar untuk dilaksanakan dan kekal dalam hati. ;)

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...