January 21, 2011

Lagu Masa Tengah Bercinta Atau Sudah Berkahwin.




As'salam.

Sekarag dah pukul 12.25 tengah malam dah.
Tapi aku still tak tidur lagi.
Menemani laki yang gigih menyiapkan Master Plan kot?
Aku pun tak sure sangat.
Tak sempat nak ngendap lagi.
( Padahal tak kuasa nak ngendap! )

Tadi tengah aku baru nak teman lakiku makan malam.
Ehem. Aku makan.
Tapi sayur je yek. Dengan ketam sekor.
Still NO nasi for me.
;)

Baru syiok nak makan...
Tetiba lagu "Never Be Replaced" keluar.
Ada satu masa tu, lagu ni memang femes habis!
Sampai aku pun terjebak jadikan lagu ni lagu bercinta aku dengan lelaki itu.

Kalau teringat balik, and terdengar lagu ni, mesti aku senyum sendiri.
Tadi bila ada lagu ni keluar...
Dengan muka selenge aku, aku cakap kat laki aku :

"Bie, lagu ni dulukan I bagi P**n. "

Ah. Dia macam biasa ah. Senyum je.
Lebih kepada tak kuasa nak layan.
Kahkahkah.

Tapi laki aku ok je.
Takde nak sentap pun.
Laki ku sportinggggggggg!
( sengih )

Bila dah dengar lagu ni bukan bermakna tetiba nak ingat cerita lama.
Tapi benda tu kan semua jadi kenangan.
Kekadang kalau teringat balik, mesti boleh buat kita tersengih sengsorang.
Kan? Kan?

Ni berdasarkan pengalaman aku lah.
Setiap orang yang aku pernah bercinta kan.
Mesti akan ada lagu tema bercinta.

Tak percaya?
Meh aku listkan senarai nama & lagu apa :

Dengan first love : F****l
Ada dua lagu tema masa dok bercinta sakan dengan dia.
First lagu Melly Goeslow - Jika.
Second lagu Yusry - Dekat Padamu.

Tapi paling touching dulu kalau dengar lagu Dekat Padamu.
Perghhhhhh...geli pulak aku kalau teringat balik!
Sumpah memang budak-budak.
Kahkahkah.

Haktuihhhhh Dekat Padamu!
Jauh Darimu adalah!
Kahkahkah.

7 tahun berkawan, bercinta, putus, bercinta balik, putus lagi, bercinta balik & aku putuskan terussss!
Habis terus cinta yang tak berapa nak agung sangat dah lah kan.
Kuikuikui.

Masa aku nak kahwin dulu, ada gaduh sekejap.
Sekarang bila dah jumpa balik kat Facebook, dah ok dah balik.

0_o

Then, second love : F****n
Pada aku ada dua lagu bercinta jugak masa dok bercinta dengan dia.
First lagu Ikhlas Tapi Jauh tu tapi aku tak ingat dah siapa penyanyi lagu tu.
( siapa ah nyanyi lagu tu? Aku tak ingat dah. Dah lama sangat. )
Second lagu tu la, Never Be Replaced.
Tee hee. ;)

Yang ni aku rapat sepanjang 3 tahun aku Diploma.
Sama tempat belajar. Kelas je lain.
Aku tak ingat macam mana aku boleh rapat.
Tapi on off jugaklah.

Lepas habis Diploma tu.
Ehem. Bercinta.
Tapi tak lama pun. Sekejap.
Sebab aku sedar, kiteorang ni lagi elok jadi kawan baik dari bercinta.
( kan awak kan? )

Dengan dia ni memang aku suka.
Sebab tu sampai sekarang kami still baik. Kawan baik.
Ehem. Dia nak kahwin dah.
( senyum )

Bila kenal laki aku.
Lagu Ruang Rindu - Letto jadi lagu cinta.
Memang epic habis lagu ni!
Setiap kali dating, memang lagu ni je kami bukak dalam kereta.
Sampai jadikan ringtone untuk telefon.
Paling sadis, aku siap cari lirik and gantung kat kereta.
Nak suruh laki aku hafal.

=__________=

Memang lagu tu je lah aku duk dengar hari-hari.
Sampai budak-budak rumah sewa dah masak sangat.
Kahkahkah.
Bangang je rasa bila ingat balik.

Pada aku bila ada lagu bercinta ni.
Bila kita dengar lagu bercinta kita tu keluar dekat radio.
Or dengar ringtone kat telefon.
Akan buat kita jadi lebih semangat.
Juga boleh buat kita rasa bahagia.
Heh. Heh. Heh.

Sekarang dah kahwin lagu apa?

0_o

Takde lagu apa pun okeiii!
Pakcik sekor tu kan lems sikit.
Tapi aku suka lagu Maher Zain - For The Rest Of My Life.
Touching habissss kalau dengar!

Sampai aku paksa laki aku dengar and pahamkan lirik lagu tu.
So consider lagu tu lagu kami lakibini bila dah kahwin ni la.
Aci tak?
;)

Errrrr...
Korang nak tau tak lagu bercinta laki aku masa dia dengan ehem ehem dia dulu?
Tu haaaa...lagu abang aku.
Maha Karya Cinta - Faizal Tahir.
Itu lagu masa laki aku nak pujuk ehem ehem dia dulu.
Hahahahaha.

( Bie, jangan buat muka serius bila baca. Sila senyum comel dengan kenyit mata sepetmu! )
;P

Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!


Info Tambahan : Ex aku semua nama mesti depan huruf F. Kan? Kebetulan kah? Wallahualam. Hanya Allah Maha Mengetahui. Yang ternyata, aku tiada jodoh dengan lelaki yang huruf depannya start dari F tapi jodohku adalah lelaki yang depannya huruf A. Hihihi.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...