October 11, 2010

Murahkah harga sebuah nyawa ?


Sekarang waktu kat Jeddah ni dah nak menjengah pukul 12 tengah malam . Sepatutnye aku dah selamat berada dalam dakapan hangat lelaki bernama suami . Ehem . Ehem . Tapi mata pulak taknak mahu lelap sebab dah leka dengan cerite action kat channel Movies . Aku ni kalo cerite yang ganas semacam , memang suke . Lagi-lagi kalo ade kungfu bagai atau martial arts . Lagi seronok la mata . Sampai berangan nak jadi macam dorang . Tetibe rase menyesal pulak tak habiskan belajar Taekwando sampai tali hitam . Hmmmm .

Satu hari ni , aku asik terbayang je video dengan berita eksiden bus ekspress Delima yang aku bace kat Kosmo Online dengan MyMetro . Gila betul lah ! Ngilu seluruh tubuh bila dalam video tu ade tunjuk satu mayat yang kepala hilang entah ke mane , kaki dah terkulai macam apa . Kesian . Bukan sorang mayat je tapi lebih dari sepuluh . Majoriti semua lelaki . Ada yang lelaki lagi sorang tu , tangan pun dah terkulai . Orang ramai yang sibuk tolong nak selamatkan mangsa-mangsa yang mungkin masih bernyawa hanya mampu cakap pada mangsa tadi mengucap dan banyak beristigfar . SubhanALLAH .

Tahun lepas kalo tak silap aku . Ada kes macam ni jugak . Sama . Bus ekspress . Yang sebelum ni , melibatkan Sani Ekspress . Kejadian waktu malam . Dalam pukul 10 lebih . Kes yang satu tu memang beratlah sebab pemandu bus waktu kejadian tu berlaku , mengaku yang dia tertidur mase memandu . Alahaiiiii . Sebabkan tertidur beberapa minit , dekat 10 orang tak berdosa kehilangan nyawa . Salah siapa ? Pemandu ? Entahlah . Tapi kalau dah berterang lagi bersuluh , mestilah orang ramai akan salahkan sikap pemandu . Itu memang betul dan tak dinafikan . Tapi kadangkala kita jangan lupa , takdir Tuhan mengatasi segalanya . Hmmm .

Kes yang semalam pulak , pemandu langsung tak mengantuk . Sebab kejadian pun berlaku dekat maghrib . Polis pun cakap , bus ekspress tu tak laju sewaktu kejadian . Dah tu macam mana pulak boleh berlaku ? Mesti semua akan tertanya-tanyakan ? Macam aku cakap tadi . Takdir Tuhan mengatasi segalanya . Logik bukan ?

Kes kemalangan macam ni , orang boleh buat kesimpulan macam-macam . Tapi orang akan lebih salahkan orang memandu pada tahap yang bahaya . Tapi kita tak boleh nak nafikan jugak , kalau memang dah ditakdirkan kejadian tu akan berlaku , siapa kita sebagai manusia nak mengelak takdir & kejadian yang tidak diingini dari berlaku ? Itu kerja Tuhan . Siapa kita untuk mempersoalkannya ?

Kadangkala kes macam ini , kita perlu lebih terbuka . Sebab kadangkala , bukan salah pemandu . Kadangkala lebih dari berhati-hati mereka dah buat tapi kalau benda nak jadi tu , memang akan jadi juga . Tak boleh nak lari . Bukankah segala apa yang berlaku semua telah diatur oleh Yang Esa ?

Aku kalau pasal kes macam ini , memang akan jadi sensitif . Bukannya sikit tapi banyak . Sejak kejadian setahun lalu tu , asal tengok kes kemalangan yang teruk , aku jadi semacam . Susah rasanya nak buang semua kejadian lalu . Sesiapa yang melalui je tahu betapa peritnya nak padam segala yang berlaku .

Aku masih ingat lagi kejadian tu , masih kemas dalam memori . Setiap detik , setiap waktu . Kalau sebelum ni , aku selalu tengok je kat tepi jalan atau mana-mana highway , tapi bila dah alami sendiri ... hanya Tuhan je tahu .

Tapi Tuhan tu Adil . Aku tahu , Dia turunkan dugaan macam tu buat kami berdua sebab Dia tahu kami mampu harunginya . Dia kan Maha Mengetahui . Tapi masa tu , rasa macam nak tercabut nyawa , rasa macam hidup ni tak bermakna , rasa macam masa tu jugak kalau boleh tukar nyawa aku ngan dia , aku tukar ! Tak boleh berfikir dengan waras bila waktu tu , orang yang paling aku sayang bertarung nyawa antara hidup dan mati . Orang kata macam telur dah dekat hujung tanduk . Aku pulak macam orang tak siuman . Masa tu hanya air mata jadi teman setia . Mujur masih ada keluarga tersayang yang banyak memberi sokongan . Kalau aku seorang , tak tahu la apa akan jadi .

Cuma kalau teringat kejadian tu , paling sedih bila aku tengok ramai rakyat Malaysia yang hanya tahu melihat dari membantu . Lagi tambah sakit hati bila yang lalu , lebih galak ambil gambar kami dari menolong . Ada juga yang sempat mencuri barang berharga tapi Alhamdulillah sebab masa tu juga Tuhan kirimkan kami manusia-manusia yang berhati luhur . Cuma sayang , aku tak sempat untuk mengucapkan terima kasih pada mereka . Maklum je lah , keadaan tengah berserabut .

Sekarang , kalau lalu tempat kejadian , mesti aku jadi seram semacam . Masa tu , mulalah , macam-macam doa aku baca dalam hati . Kadang-kadang sampai berterabur doa yang aku baca sebab badan dah jadi seram sejuk . Selagi tak lepas tempat kejadian , selagi tu lah mulut aku terkumat-kamit baca doa . Minta dijauhkan lagi dari perkara yang sama berlaku . Cukuplah sekali . Aku serik .

Aku pernah dengar and baca artikel dalam internet yang mengatakan bahawa Malaysia adalah negara yang paling banyak kemalangan berlaku dan meragut banyak nyawa . Sedihkan ? Kalau ikut statitik Malaysia sendiri , setiap hari sekurang-kurangnya , seorang akan meninggal sebab kemalangan jalan raya . Sedih bukan ? Terlalu murahkah harga sebuah nyawa itu sebenarnya ?

Pelbagai usaha sebenarnya dah dijalankan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya tapi perkara yang sama tetap akan berlaku . Tidak cukup berhati-hati lagi kah rakyat Malaysia memandu ? Atau mereka terlalu berhati-hati sangat semasa memandu ? Persoalan yang tidak mudah untuk dirungkaikan . Tepuk dada , tanya hati anda sendiri . Fikir secara rasional .

nota kaki : Ehem . Ehem . Ok tak template baru ni ? :)

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...