October 13, 2010

Eid Adha



Oh Paris , I'm in Love !

Paris , tempat yang aku cadangkan bila hubster balik tengahari tadi dok sibuk 'menggodam' google mencari tempat-tempat yang menarik untuk next vacation or disebabkan kami masih berdua , belum ada khalifah kecil , kira honeymoon lah atau bahasa lagi cantik dan romantik , berbulan madu . Hehehe . Itupun sebab , Eid Adha yang bakal menjelma ni , staff company hubster dapat cuti almost one week . Fuhhhh lamanya cuti ...

Tapi disebabkan nak ke ' Oh Paris , I'm in Love' itu memerlukan kos yang tinggi , tak jadilah . Duit poket dan budget tidak melepasi piawaian yang telah ditetapkan oleh En Azman Kamarudin . Biasalah . Kata Kota Paris kan , kos hotel ... fuhhhhh jangan cakaplah ! Tiket kira boleh lah lagi nak compare harga kalau datang dari Malaysia . Kalau dari Jeddah ni , dah dikira murah sangat lah . Hampir separuh harga bezanya . Murah lah kan ? Kan ? Kan ?

Boleh je kalau nak pergi sebenarnya sebab kat sana nanti , aku ade pemandu pelancong peribadi , Abang Adi . Anak jiran yang aku kenal dari kecil sampai bila aku dah besar panjang ni . Hubungan rapat tu masih ada sebab mama dia dah aku anggap macam mama aku sendiri . Jadi aku ni , kira untung sebenarnya sebab aku ada 3 orang mak . Mak aku sendiri , mak mertua dan mama tu lah . Semua aku sayang . Orang yang aku sayang .

Abang Adi ni , aku baru dapat tahu yang dia da jadi anak perantauan aku sebulan sebelum raya aritu . Itupun bila aku tengok gambar dia kat France . Aku ingat dia outstation tapi rupanya , duduk sana terus . Haaaa ini sudah bagus . Ada kawan kalau nak berjalan-jalan di kota ' Oh Paris , I'm in Love ! ' tu . Tapi apakan daya , belum ada rezeki lagi . Lain kali je lah . Ada rezeki tak kan ke mana . ' Oh Paris , I'm in Love ' wait for us , ok ?

Tapi sebenarnya sebelum aku proposed , sebelum aku cadangkan ke ' Oh Paris , I'm in Love ' tu , hubster sebenarnya dah survey tempat ni :


Cuba teka , di mana lokasi ini ? Di negara mana ?

Sesiapa yang suka travel , cintakan aktiviti travelling , tengok gambar ni , mesti dah tahu kat mana . Kan ? Kan ?

Hmmmm tu lah tempat yang hubster nak pergi sangat . Dari dulu lagi dah . Asal kalau ajak berjalan kalau cuti lama ke , dia mesti nak suggest tempat ini . Aku pun suka jugak tempat tu . Banyak tinggalan sejarah . Paling best banyak bangunan cantik-cantik , masjid cantik-cantik . Kalau ambil gambar , mesti seronok !

Dia bukan setakat dah survey tempat , tiket pun dah survey . Cuma tadi bila survey lagi flight ke sana , nampaknya , seat banyak dah habis . Well , well ... orang Saudi kan pantang bercuti . Asal cuti je , mesti menyempat je dorang fly ke oversea . Bawak family jalan-jalan .

Ikutkan sebenarnya , orang Saudi teramatlah suka ke Malaysia . Orang sini memang melambung-lambunglah kalau bercakap pasal cuti dorang ke Malaysia . Walau dah pernah ke Malaysia sekali pun , dorang tetap akan ke Malaysia jugak banyak kali . Nampak sangat negara Malaysia kita tu banyak tempat yang menarik kan ? Tapi kenapa orang kita ada sesetengah tu lagi suka bercuti ke tempat orang pulak . Hmmmm ...



Apa-apa pun , sempena musim Haji ni , aku mendoakan semua umat Islam yang akan menunaikan Haji tahun ni , dipermudahkan segala urusan . Termasuk mak abah aku sendiri . Flight mak abah aku , awal bulan depan . Ikutkan perancangan awal , kalau ada rezeki , kami lakibini ada hajat nak pergi menunaikan haji jugak tahun ni tapi takde rezeki lagi nampaknya . InsyaALLAH tahun depan kalau diizinkanNYA . Amin .

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...