October 31, 2010

Khatam Al-Quran .


Salam .

Alhamdulillah . Hari ni , lepas solat Zuhur , aku berjaya mencapai kejayaan peribadi . Khatam Al-Quran . Masa bulan Ramadhan hari tu , aku memang bercita-cita tinggi nak khatamkan membaca Al-Quran bila habis Ramadhan tapi disebabkan kadang-kadang kaum perempuan mempunyai perkara yang tidak boleh dielakkan , cita-cita tu tak kesampaian . Sigh ...

Bila dah khatam ni , teringat pulak zaman kanak-kanak dulu . Masa aku dah pindah Johor dan menumpang duduk rumah nenek kat Kampung Bendahara , mak hantar aku belajar mengaji dekat rumah Ibu . Memang sume panggil Ibu . Panggil Ayah . Satu kampung tu , kalau sebut Ibu ke Ayah ke , mesti tahu punyalah siapa . Lagi pulak , Ayah ketua kampung . Ada anak sebaya aku . Kembar tak seiras . Lelaki . Tapi umur sorang kembar tu tak panjang , meninggal sebab eksiden masa umur aku 17 tahun agaknya kalau tak silap ...

Cerita pasal khatam ni , dulu , sesiapa yang belajar mengaji dekat rumah Ayah dengan Ibu dah khatam Al-Quran , mesti ada wat majlis doa selamat . Bolehlah . Masa tu , bagi aku dengan yang lain kira bestlah sebab kalau ada majlis khatam Al-Quran , mesti takde kelas mengaji . Setakat datang , memeriahkan majlis , ada makan pulut kuning dengan rendang daging ( yummy ... sedapnya . Favourite aku ni . ) . Memang bestlah ! Kata budak kecik kan ...

Masa tu , Alhamdulillah aku khatam Al-Quran . Jadinya , mak pun ada buat majlis untuk aku . Hantar pulut kuning dengan packing gula-gula dalam plastik bagi budak-budak lain makan . Malam tu pun sama . Ada juga majlis . Kiranya satu hari memang takda kelas mengaji tapi rumah Ibu dan Ayah sebab budak-budak kelas mengaji semua sakan main keliling rumah . Tee hee . :))

Bila dah besar gabak ni khatam Al-Quran , takdelah nak buat majlis meriah macam zaman budak kecik tu . Kalau khatam bila kita dah dewasa ni kira kejayaan peribadi lah antara kita dengan Pencipta kita . Sekadar baca doa sendiri .

Tak rugi sebenarnya , kita sebagai umat Islam membaca Al-Quran setiap hari . Selain untuk menerangkan hati , Al-Quran itu sendiri memang jiwa untuk segalanya pada umat Islam di muka bumi . InsyaALLAH , jika lidah kita tidak pernah putus untuk mengalunkan irama indah susunan Pencipta di dalam satu-satunya kitab agung pada umat Islam , hati kita akan sentiasa tenang dan damai . Juga buat kita rasa dekat denganNYA .

Mungkin ada dikalangan kita termasuk aku lah tu , walaupun tidak faham ertinya , tidak jua belum mengerti pengajarannya tapi tanpa kita sedari , ayat-ayat yang selalu kita lantunkan itu boleh membuatkan hati kita bersih dari noda-noda kehidupan dan juga dari buruknya sifat-sifat makhluk fana yang mungkin ada dalam hati kita . Kitab Al-Quran adalah alat pembersih hati setiap manusia di dunia ini .

Semoga aku terus dibimbing olehNYA untuk terus mengalunkan firman-firmanNYA di dalam Al-Quran sehingga akhir hayatku . InsyaALLAH .

Allah SWT berfirman :

Barangsiapa yang membaca kurang dari 10 ayat Al-Quran setiap hari , sesungguhnya dia tergolong di dalam manusia yang lalai . Nauzubillah !

Bacalah Al-Quran paling sedikit pun satu muka setiap hari and you won't regret it at all . Trust me . May ALLAH bless each of you . Masalamah !

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...