October 30, 2010

Malaysia oh Malaysia ! Apa nak jadi ?


Malaysia sebuah hub pusat hiburan ???

Tsk tsk tsk . Sobs . Sobs . Sedih . Itu perasaan aku bile dapat tahu pasal perkembangan terbaru negara tanah air tercinta . Apa nak jadi ni ?

Dah takde bende lain ke kalau nak tambahkan pendapatan negara sekali pun ? Isk isk isk . Marah betul lah aku camni ! Malu pun ada . Mana taknya , satu dunia dah tahu bahawa Malaysia itu dah dirasmikan sebagai negara Islam . Habis tu kalau nak jadikan Malaysia tu sebagai sebuah hub pusat hiburan , macam mana pulak tuh ? =____=

Aku tengok , sejak tukar pemimpin , bukan jadi lebih baik malah jadi lebih teruk . Lagi super duper teruk dari jangkaan . Rasa macam nak tersungkur atas tanah dah ataupun masuk tersungkur terus dalam lubang kubur . Kenapalah ? Kenape ? Mengapa ?

Dah lah isu pasal Warisan Merdeka pun takde kesudahan lagi . Sekarang tambah lagi isu lagi satu . Rasa macam makin menambah-nambahkan lagi kemarahan rakyat Malaysia pulak . Tak peka ape orang yang berkenaan ?

Bukan nak compare lah , aku rasa lah ... sejak Tun Dr Mahathir lepas jawatan masa Parti UMNO tengah berbunga-bunga mengadakan perhimpunan , lepas tu , kepimpinan Malaysia terus terjejas teruk . Aku ni bukan nak kata suka politik tapi kalau dah sampai macam ni , aku pun boleh jadi naik menyampah !

Dah terang lagi nyata , dalam Islam , dalam Al-Quran lagi dah dinyatakan bahawa arak itu haram . Berdosa besar . Jadinya , apa sahaja berkaitan dengan arak tetap haram . Kalau dah jadi hub pusat hiburan , mestilah arak akan terhidang sana sini . Kan ? Dah tu , kenape mesti nak jugak jadikan sumber pendapatan ? Gilaaaaaaaaaaaaa !!!

Malaysia sekarang pun dah agak 'terkenal' juga serata dunia sebab kes buang anak luar nikah paling tinggi . Siap masuk paper over to sea and masuk berita okeh ! Jangan memain . Aku yang duduk luar ni dah rasa malu bila keluar berita macam tuh . Tsk tsk tsk . =_____=

Isu sosial tak habis lagi . Ni macam nak tambah semarakkan lagi masalah sosial rakyat . Ape ni ? Agak lah kot . Macam khilaf sangat . Tak pergi sekolah agama kah mereka ? Tak belajar agama kah mereka ? Tak tahukah mereka tentang halal dan haram dalam agama Islam ? Ba ... wau ... dal ... wau ... ha !

Paling aku menyampah dan meluat tengok perempuan yang disebalik tabir pemerintah Malaysia sekarang ni . Dah lah memanjang muka ketat ! Eeeeeeeeeeeeee ... meluat giler . Dah lah mengaku First Lady of Malaysia . Lagi gila . Terserlah kebodohan diri sendiri . Tak tau ke First Lady of Malaysia tu Permaisuri Agung ? Bongok terus sekarang ni aku cakap straight to the point ! Takde cover lagi dah . =______=

Dah lah konon organize IFF . Islamic kau lah kalau baju model yang pakai atas stage tu sumer nampak dada nampak kaki nampak belakang . Mana kau belajar hah ? Islam ape kau ni ? Lepas tu siap ada kalimah 'Muhammad' kat baju yang dah dikaligrafikan konon biar orang tak perasan . Kau je konon tak perasan tapi umat Islam kat Malaysia semua perasan ! Siap geleng kepala lagi tengok kejahilan kau . Lagi sekali ... ba wau dal wau ha !

Aku harap pilihanraya nanti dapat tukar pemimpin baru . Taknak aku kalau pemimpin macam ni . Buat malu jek . Kadang-kadang aku mengharap biar Tun Mahathir je terus memerintah Malaysia sampai ke akhir hayat dia . Sebab zaman dia , takde pun Malaysia teruk macam ni . Oh , I missed him !

Ok . Dah . Lega dapat cakap kat sini tapi hati masih meluap-luap macam Gunung Merapi yang nak meletup kat Indonesia tuh . *tiba tiba* . Lol . :P

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...