October 22, 2010

Kekuatan yang hampir hilang ...


Sejak semalam dari ke waktu sekarang , emosi aku jadi tak berapa nak stabil . Ada beberapa perkara yang terjadi lately ni buat aku tersentak seketika . Rasa macam kena hempap batu besar sampai tak tahu nak kawal macam mana . Emosi berserabut . Hati meronta . Fikiran kusut .

Sebelum ni , aku dah boleh dikira berjaya kawal emosi dan perasaan dalam hal yang satu tu tapi semalam , entah kenape , aku terus jadi goyah . Lemah semacam . The whole day , hati menangis . Mengenang nasib diri .

Tapi aku tahu , aku sedar , apa yang berlaku , apa yang dah terjadi , semuanya adalah takdir dariNYA . Aku kene belajar terima kenyataan . Kene belajar terima hakikat . Walaupun pada mulanya agak sukar buat aku .

Pada yang kenal aku , rapat dengan aku , mereka tahu bahawa aku bukanlah seorang yang mudah menangis . Bukan seorang penyedih . Aku memang jarang untuk menunjukkan kesedihan aku depan sesiapa pun sebab aku tidak mahu orang pandang aku lemah .

Dari aku kecil lagi , aku belajar untuk menjadi orang yang kuat emosi . Tidak terlalu mengikut hati yang sedih . Mak mengajar aku untuk terus menjadi seorang yang kuat hati . Tidak mudah untuk rapuh . Kehidupan dan pengalaman waktu kecil yang menghadapi masalah dan konflik keluarga membuatkan aku menjadi seorang yang keras hati sehinggalah dewasa ini .

Tapi ...

Aku manusia biasa . Sekuat mana pun hati aku , akhirnya aku kalah pada apa yang terjadi sekarang ini . Kadangkala buat aku berfikir , mengapa dan kenapa ini harus terjadi ? Kenapa ALLAH selalu menduga hati dan perasaan hambaNYA yang satu ini ?

Saat aku dipeluk kemas oleh lelaki bernama suami selepas kami berjemaah bersama untuk menunaikan kewajipan menghadapNYA Yang Satu semalam , hati aku terus luruh . Terasa betapa aku punya kekuatan yang tidak berbelah bahagi oleh insan bernama suami . Betapa aku merasa bersyukur punya lelaki yang memberi aku sebuah kehidupan yang bermakna dan penuh bahagia . Terima kasih sayang . I love you . :)

Buat Han . Teman baik sedari zaman sekolah menengah sehingga sekarang . Merangkap juga penasihat perubatan tak rasmi aku , terima kasih kerana berjaya memujuk hati yang lara ini . Aku sayang kau .

Buat Amal . Kawan baik . Teman baik . Teman aku berkongsi segala cerita dan duka , terima kasih atas segala nasihat dan dorongan . Walaupun terpisah beribu batu , berjumpa cuma boleh dhitung dengan jari , dia sentiasa ada untuk aku . Terima kasih sayang kerana sudi berkongsi rasa yang satu ini . Segala nasihat dan doa yang dititipkan akan aku amalkan . InsyaALLAH . I love you also .

Tak lupa juga buat Shela . Teman baik yang sorang lagi . Seorang mama yang hot dan seksi . Seorang wifey yang kadangkala moody tapi cepat bawak 'lari' rajuk di hati . Teman aku bergossip segala cerita . Tee hee . Thanks for the concern . Love you dearie . :P

Hari ni , petang ini ... aku cuba untuk mencari kekuatan diri . Kekuatan yang kadangkala hampir hilang . Aku mohon agar DIA terus memberi aku kekuatan ini untuk aku menghadapi hari yang mendatang . Aku percaya , hari itu pasti tiba ...

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...