December 1, 2010

Musim Sakit Sudah Tiba .




As'salam.

Hari ni laki aku MC . He down with fever, flu, sore throat . Aaaaahhhh semuanya mesti akan datang satu package . Badan dia selalunya memang kekadang seakan cerek panas tapi hari ni 'cerek panas' jadi lain macam . Hehehehe .

Pagi tadi , dia dah macam berkira-kira sama ada mahu ke office atau tidak . Tapi mungkin sebab diri dia pun macam dah tak bermaya , terus berkira-kira mahu cuti dan rehat di rumah . Itu pun sekejap je . Bila dah pukul 10 pagi lepas aku kejut untuk bangun makan nasi goreng yang aku buat , terus dia cakap :

" Hmmmm ... kalau tengahari I ok , I pegi nak pegi office lah . "

Aaaaa ... susah betul kalau nak berdepan dengan orang-yang-kaki-kerja-tak-hengat-dunia ni ! Sakit-sakit pun still nak gagahkan diri ke office . Bila laki aku dah cakap macam tu , aku iyakan je lah ! Kang cakap , tak payah , nak pegi jugak . So , iya kan jek . Lagi senang .

Tapi bila dah lepas makan , tetiba laki aku cakap lak :

" Tak jadi lah pegi office . Nak rehat kat rumah lah . "

Huh ! Dalam hati aku ... " Tau pun nak duduk rumah . " ( senyum )

Lepas dah kenyang terus lakibini terbongkang semula atas katil sampai lah solat Zuhur . Lepas solat , laki aku terus bersiap pegi hospital . Itupun jenuh nak suruh dia pegi hospital . Alasan laki aku bagi kat aku :

" Alaaaaa ... mesti ubat yang sama dapat . Malaslahhhhh ~ "

Tapi aku suruh pegi jugak . Bukan semata nak suruh ambil ubat je tapi nak suruh dia ambil MC . Yelah . Kalau tak ambil MC , laki aku kena apply cuti . Kan macam dah rugi je kat situ . Lebih baik ambil MC dari ambil cuti sebab dah sah-sah memang betul sakit . Laki aku dah lah memang tak pernah ambil MC lagi sepanjang kerja kat sini . Sekali je kot . Masuk kali ni dah dua kali dah .

Balik dari hospital , ternyata MC memang dapat . Kan aku dah cakappppppppp ! Degil . Cakap bini tak mau dengar ! Huh . =_____=

Sekarang ni aku rasa memang tengah musim lah . Takpun laki aku dapat virus masa solat Maghrib kat Masjid Pakistan Makkah hari tu masa hantar mak abah balik Makkah semula . Laki aku cerita , dalam amsjid tu , semua batuk menyahut-nyahut . Dah macam bunyi piano . Mungkin .

Itu satu hal . Masa sampai kat hotel yang mak abah duduk tu pun aku rasa , aku bukan macam masuk hotel dah tapi dah rasa macam masuk hospital sebab orang sana sini dok huk huk huk huk bunyi batuk . Bila sampai bilik mak pun , jangan kata satu bilik batuk , aku rasa satu hotel tu kot kena sindrom batuk-batuk . 0_o

Aku sekarang belum terkena lagi sindrom ni . Harap-harap tak kena lah ! Sebab kalau dah terkena , seksa wooooooo ~ . Aku dah lah ada semput . Kalau datang satu package tu ... perghhhhhhhhh ... nak tidur pun susah . Sampai boleh rasa macam ... " Eyh , nak mati dah ke aku ni ? " . Kekekekeke . ( Haishhhh aku ni , takut kalau pikir mati . Semoga Allah ampunkan segala dosaku dan terima amalanku . Amin . )

Get well soon sayang ! Jangan lupa makan ubat . Mak dah nak baik dah tu . Abah pun sama . So , now your turn pulak kena makan ubat and sihat seperti biasa . Ok ? Love you always !

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...