November 30, 2010

Musim Mengawan Kembali !


Salam.

Dua tiga hari ni , kualiti masa tidur jadi tak tentu buat kami berdua. ( Ecehhhh ... sebenarnya laki aku je. Aku steady lagi. Kehkehkeh. :P ) . Bukan sebab aku meragam ke apa. Nak kata jaga budak pun, bukan jugak. Semuanya kerana gara-gara hormon mengawan MokMok aku dah datang balik! Tekanan gilaaaaaaa kau! =______=



Kau tengok ? Sekejap sekejap ke kiri .



Kau tengok ? Lepas dah puas ke kiri , bergesel ke kanan pulak. 0_o

Masuk harini dah dua hari kot dia macam ni. Mengagau tak tentu masa. Paling teruk bila dia start buat suara garau nak mengawan around 2.30am! Awal buta kot? Kesian kat laki lah sebab dia tu dah la jenis yang susah nak tidur. Even kekadang dia yang selalu masuk bilik nak tidur awal and dah bergolek kiri kanan atas katil dekat setengah jam pun, belum tentu lagi laki aku dah tidur. Lainlah aku. Ratu tidur + Juara Tidur pun iye jugak sebab aku ni pulak jenis senang nak tidur. Letak je kepala atas bantal. Kalau memang aku mengantuk, boleh jadi aku akan terus tidur. Kalau biasa je, dalam 10minit letak kepala atas bantal, aku selamat dah ke dunia mimpi aku. Hihihihi. ( Sengih )

Sejak si MokMok ni dilanda sindrom hormon nak mengawan balik, pukul 2 pagi dah bunyi. Kalau orang tak layan, lagi kuat bunyinya. Selalunya, laki aku lah rajin dok melayan. Jawab panggilan MokMok. Takpun dia dok angkat MokMok letak atas katil and usap-usap kepala or leher MokMok. Bila dah camtu, MokMok akan jadi ok balik. Tapi lepas sejam, mesti dia buat suara garau mengawan tu lagi. Hukhukhuk. ( Kesiankan laki aku? )

Boleh kata, setiap sejam si MokMok ni akan masuk bilik and buat suara garau nak mengawan tu. Aku ni pulak memang jenis bangun macam tu je. Takde nak layan sangatlah! Macam pagi tadi. Lepas laki aku dah bangun solat Subuh, MokMok buat lagi. Terus aku marah! Langsung si MokMok terus pergi depan tidur bawah sofa. =_____=



Kalau tak bunyi, mesti kerja nak menggesel je kat orang. Tengok? 0_o



Kalau tak puas gesel & orang tak layan, terus dia jilat nak mintak juga orang layan. =____=

Aku ada jugak buat research. Cari kat internet macam mana nak mengatasi bila musim mengawan kucing dah tiba. Yang aku tahu, kucing bila dah setahun baru dok gatal nak mengawan. Baik jantan or betina. Tapi si MokMok ni baru nak masuk 8 bulan kot? Tapi ..... 0_o ( Gatal kau kucing! )

Ada juga aku baca petua nak bagi kucing dari dok buat suara garau nak mengawan dengan mandikan kucing tu. Semalam aku dah mandikan dia. Tapi sama je. Semalam paling teruk pulak tu. Suara makin kuat. Bukan makin perlahan. Macam tak berkesan langsung petua tu kat dia. Hehehehe. =______=

InshaAllah bulan depan ni , ( Eyh? Nak dekat dah pun. Harini dah 30 November! ) nak bawak MokMok jumpa Vet lagi sebab ada injection yang belum selesai. Masa pegi nanti, bolehlah aku survey harga nak spayed kucing kat sini. Kenalah survey dulu. Kang main buat je, sekali charge sampai 1k pulak! Sanggup ke kau? Gilaaaaaaa ~



Tengok? Sekarang pandai dah setiap petang mesti nak masuk bilik and bersantai dengan bahagia sambil menjilat bulu . Senang hati kau kucing ! Itu tempat aku memadu kasih dengan laki aku kau tahu ? Cissss. 0_o .

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...