November 20, 2010

Repentance and Forgiveness ( Part 2 ) - High School .




Aku sambung entry sebelum ni . Sambil update sambil mata tengok series kegemaran CSI :NY . Sangat cool kan series CSI ni . Tengok banyak kali pun , aku tak boring sebab suka tengok kecanggihan alat penyiasat yang dorang gunakan dekat lab . ;)

Kali ni aku cerita pulak kenakalan aku masa dah pergi high school . ( Bunyi high school sangat cool dari sekolah menengah . Cool tak ? :p ) .

Lepas aku habis darjah 6 and dah dapat result UPSR , dari JB aku terus pindah ke Pasir Gudang pulak . Mak aku masa tu ada rezeki beli rumah kat area nun jauh sana tu . Jadinya , aku pun terpaksa cari kawan baru lagi bila dah pindah tempat baru . 

My first high school was called Sekolah Menengah Pasir Gudang 1 . ( Detail ni nama sekolah aku bagitahu korang ! ) . Kat Pasir Gudang ni memang trend letak nama sekolah by nombor . Like sekolah menengah ada Pasir Gudang 1 sampai 3 . Kalau sekolah rendah ada dari 1 sampai 4 . Banyak kau ! 

Masuk form 1 , aku dapat kelas pandai . Alaaaa form 1 je pun . Masa tu kelas 1K1 . Cikgu kelas , cikgu cina . Aku tak ingat namalah . Kat kelas ni lah aku kenal Haslisha , Aishah dengan Azmah . Sekarang baik dengan As dan Aishah . Azmah dah tak since kelas tak sama bila naik form 2 . 

Zaman sekolah menengah ni lah perangai makin menjadik . Masa ni , aku dah tak femes dah as 'anak cikgu' tapi aku still femes sebab abang aku . Ok . Aku nak gelak sekarang . Tahu kenapa ? Sebab abang aku lah . Aku femes sebab kakak-kakak senior selalu baik dengan aku sebab nak kirim salam kat abang aku . ( Serius aku nak muntah sebab aku tak paham macam mana kakak-kakak senior aku ni boleh kata abang aku hot ! Kahkahkah . Lawak betul ! :p ) .

Bila naik form 2 , aku belajar ponteng sekolah . Aku ingat lagi , masa tu hujan lebat gila . Naik form 2 , aku masuk kelas 2P1 which P is for pertanian . ( Aku pun taktau kat mana konsep pertanian kelas ni sebab aku takde pegi bercucuk tanam pun sepanjang kelas pertanian ni . Muahahahahaha . ;) ) . Time ni lah , aku kenal dengan teman baik aku , NorZaida Rehan Othman aka Han . Selain Han , aku tambah lagi kawan baru : Ana , Shida , Yan , lagi sorang tu aku tak ingat . Bayah kot nama dia .

Han & As , korang ingat tak ada satu hari tu , kita sesi petang . Hujan memang lebat sangat . Entah macam mana boleh tergerak nak ponteng sekolah . Masa tu , yang jadi ponteng sekolah : Aku , As dengan Bayah . Han tak berani . Almaklum lah , si Han ni memang budak baik sikit . Lepas tu , penakut . Hahahaha . ( Han , ke kau ikut sekali ek ponteng ? Aku tak ingat lah ! ) . Sebelum loceng bunyi masuk waktu , kiteorang bertiga terus selamba keluar sekolah . Kunun macam budak sesi pagi . Padahal ... isk isk isk .

Kiteorang bertiga ponteng sekolah bukan pegi mall macam budak-budak sekarang buat tapi pegi lepak rumah makcik bayah . Makcik dia memang sporting habis sebab takde tanya napa kiteorang lepak rumah dia sampai waktu petang . ( Padahal dia taktau kiteorang ponteng sekolah . ) . Dah lah ponteng sekolah , sebelum pegi rumah makcik dia ni , kiteorang boleh singgah kedai runcit yang tak jauh dari rumah makcik dia ni and beli rokok . ( Pengakuan eksklusif ni . ) Kan sesetengah kedai ( Sekarang kalau kedai mamak still ada ) ada jual rokok bukan by kotak but by sebatang . Masa tu sebatang dalam 30 sen . Beli rokok Dunhill Merah . ( Color merah tu . Jangan memain kau ! ) .

Memang hari ponteng sekolah tu , gila nekad nak merokok pulak . Tak puas nak cuba ponteng sekolah , kemudian nak try merokok pulak . So , bila dah beli , apa lagi lah kan ? Takkan tengok je ? Kasi try lah sorang sebatang . Masa tu hisap dekat public toilet kot . Gila sadis betul ! Paling tak boleh kalau ingat balik , si As ni pun boleh nak hisap sekali . Nampak sangat aku dengan Bayah ni yang mengajo As buat benda tak baik . Oh noooooooo ! ( As , kau ingat lagi ? Kalau tak ingat , meh aku ketuk kepala kau ! )

Bila dah habis merokok , baru lepak rumah makcik Bayah ni . Lepak sampai pukul 5 lebih . Sebab dah budget masa tu , kena sampai sekolah time memang student semua dah keluar . Heh heh heh . Bijak . Bijak . Nak buat jahat ni , kena panjang akal sikit . Kalau tak nanti , diri sendiri yang susah . :p

Ade sekali tu pulak , aku nak ponteng sekolah lagi tapiiiiiii ... tak lepas . Aku dengan geng yang nak ponteng tu , kantoi dengan cikgu disiplin ! Kalau sekolah rendah kena perambat dengan cikgu Zamri , sekolah menengah dengan cikgu Azam . Haih . Aku ni sentiasa ada jodoh dengan cikgu disiplin kannnnnnnn ? =______=

Bila cikgu Azam dapat tangkap , dan dan tu jugaklah aku dengan yang lain kena rotan dekat betis . Masa tu siapa yang ada kat padang je lah nampak . Aku rilek je kena rotan kat betis sebab kain yang aku pakai memang tebal . So , takde rasa sakit tapi aku buatlah berlakon sakit . Kang tak berlakon , lagi kena rotan banyak . Bila buat-buat muka sakit ni , cikgu Azam cuma rotan 3 kali je . Kawan-kawan yang lain tu , kesian lah sebab betis dorang berbirat kena rotan . Betis aku je takde kesan apa pun . ;)

Lepas dah kes ponteng sekolah dengan merokok , kes bergaduh pulak . Gila lunyai budak tu kena belasah ramai-ramai ok . Nak tahu kenapa ? Sebab mulut celupar lah ! Budak tu nama dia Amna . Dia masuk sekolah tu pun masa form 2 . Budak barulah tapi baru datang dah buat hal . Dia buat hal dengan geng budak-budak CB . So , budak CB ni pulak panggil geng aku untuk join sekali . Kahkahkah . Budget macam terror je kan belasah anak orang kau ni !

Kesian lah budak tu . Mana taknya , dia kena tarik lepas dah habis waktu sekolah . Kena tarik kat public toilet . Dah lah public toilet tu besar gila ! Memang syiok lah kalau gaduh nak tolak-tolak ke apa sebab luas kan ? ( tiba-tiba ) . So , yang tak puas hati tu , confront lah and cakap segala benda yang dorang tak puas hati . Si Amna ni pulak muka dah cuak gila sebab masa tu , dia berdua je ngan kawan dia . Yang kiteorang ni pulak , aku rasa lebih dari 15 orang kot dok keliling dia . ( Gangster tak kami ? Kekeke . :p )

Teruk doh budak tu kena . Sampai terputus tali bra dia kiteorang kerjakan . Bab muka tak payah cakaplah . Mulut dah lebam biru cuma tak berdarah je . Badan pulak dah sakit kena terajang pijak semua . Hukhukhuk . Bila dah puas belasah dia ramai-ramai , terus kiteorang keluar toilet buat muka tak bersalah , yang si Amna ni , keluar toilet dah sememeh menangis sebab sakit .

Kekadang orang mulut celupar ni kena bagi sikit . Biar dia jadi tak celupar . Mana taknya , lepas dah kena belasah , barulah si Amna ni perangai molek sikit . Kalau tak .... haishhhhh .

Naik form 3 , ada exam PMR . Still belajar main-main . Perangai pun , jangan cakaplah . Still tak molek . Sungguh tak molek langsung ! Form 3 ni lah ... aku belajar ... ehem ... ehem ... cinta monyet kera beruk bagai ni . Masa form 3 ni la , aku kenal and bercinta dengan first love aku . ( Buerkkkkkk ! Aku nak muntah sekarang ni . Han , aku tahu , kau pun nak muntah jugak sekarang ni . Muntah , muntah , jangan tak muntah ! :p )

Time ni memang gila sakan lah bercinta ! ( Aku tak harap bekas aku baca blog aku , kalau dia baca ... aku nak menyorok bawah meja sekarang jugak . Kuikuikui . ) . Satu sekolah kot tahu yang kiteorang bercinta . Jangan setakat student , cikgu-cikgu pun ada yang tahu . Malu betul lah ! =____=

Habis PMR , naik form 4 , dapat lah aku merasa masuk kelas Sains and dapat belajar subjek Biologi kejap . Aku memang tak minat gila subjek Sains ke Biologi . Tak tau kenapa . Boringgggggg je rasa subjek ni . Tapi tak lama sebab aku dapat masuk sekolah teknik pulak .

Sekolah teknik ? Berapa banyak sekolah dah aku ni nak masuk and pindah randah ? Hohohoho . Sebenarnya , saje je isi borang nak masuk sekolah teknik . Sekali je dapat . Aku pegi je lah . Kat sekolah teknik ni lah buat pertama kalinya aku jauh dengan mak aku . Sobs . :(

Kenangan kat sekolah teknik pun antara kenangan yang paling best pada aku ! Kenangan dengan budak kelas Awam 3 . Kenangan kat hostel : Dorm Mawar dengan Dorm Kiambang where kat sinilah aku tambah kenalan lagi . ;)

Nak dengar ke ? Tak boring ? Haaaa ... kalau tak boring ... tunggulah ye ! Will update again . Kan aku dah bagitahu awal tadi , aku akan buat korang muntah baca entry aku . Dah lupa ?

1 comment:

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...