November 3, 2010

Mana Aku Nak Cari ?



Premium Food untuk kucing : Brand IAMS .

Semalam aku tidur lambat sebab nak habiskan drama kegemaran aku . Apa lagi kalau bukan CSI : MIAMI . Memang drama feveret aku ever and ever lah . Aku kalau tengok CSI ni , kalau tengok episod yang sama pun aku tak kisah . Mungkin sebab dah suka sangat kot ? Heh heh heh . ;)

Jadinya , semalam lepas dah habis CSI : MIAMI tu , baru aku masuk tido . Seperti biasa , sebelum masuk tidur , aku mesti nak cuci muka dulu , nak gosok gigi dulu . Itu rutin dululah sebelum kewujudan kucing bernama MokMok dalam rumah aku ni .

Tapi sejak ada MokMok ni , rutin sebelum tidur bertambah lagi satu . Bersihkan tempat pasir dia . Kucing aku ni senang jaga . Memang senang sangat-sangat . Poo poo pun sekali je sehari tapi walau sekali je dia poo poo sehari ... bau dia ... fuhhhhhhh ... laki aku pun tak tahan ! Muahahaha . Kalau buang air pulak , jangan cakaplah ! Dalam masa 12 jam tu , adalah agaknya dalam purata 6 kali dia akan buang air . Kata kucing jantan kan ? Sah lah memang kuat buang air . =_____=

Cuma malam tadilah , masa bersihkan tempat pasir dia tu , aku tengok ada darah . Aku check banyak kali , sahhhhhh ... dia berak keluar darah ! Aaaaaaa ... sudahhhhh ! Ini yang tak best . Bila jadi camni kat kucing , mulalah aku tak sedap hati . Yelah , biasanya , kalau kucing berak ada keluar darah , maknanya makanan yang kita bagi tu memang tak sesuai dengan usus dia . Hmmmm .

Masa mula-mula nak beli dia dulu , aku memang survey harga makanan kat sini . Aku cari sebenarnya premium food untuk kucing tapi aku tak pernah pun jumpa setakat ni . So aku takde pilihan lain selain bagi dia commercial food . Bila dah jadi camni , lagilah aku sedih . Kesian MokMok aku ... =______=

Lepas dah bersihkan tempat dia tu , aku sempat jugak cari kat internet . Cari premium food yang ada jual kat Jeddah ni lah . Korang tau je lah , sini bukan banyak pun ada PetShop . Limited sangat lah ! Setakat ni aku jumpa dua kedai je . Satu kedai PetShop standard . Lagi satu kedai PetShop yang memang super high class punya . Korang nak masuk pun macam korang nak kena pikir dua tiga kali . =_______=

Bila cari and survey kat internet , adalah jumpa tapi kedai dia ... mak aiiiiiii ... gila mahalllll ! Kalau ada jual sebungkus packing dalam sekilo tu , aku boleh terima lagilah . Sekali dia packing ... 10 kiloooooo ! Gilaaaaaaaaa ! Paham je lah . Siapa yang dah biasa bela kucing ni , akan paham yang premium food untuk kucing , memang lah mahal . Tapi even mahal pun , kalau bagi kucing makan , kita tak payah nak letak penuh satu mangkuk . Letak sikit je . Tak perlu banyak sebab kucing akan cepat kenyang bila makan premium food ni . Dah kira jimat sebenarnya kat situ . ;)

Sekarang ni , aku bagi MokMok makan brand Whiskas which brand ni memang dikategorikan commercial food untuk kucing lah ! Jangan nak percaya sangatlah dengan iklan kat tv konon kucing akan gebu bila makan Whiskas . Takde maknanya ! Semua itu hanya promosi . Padahal memang sangat tak sihat untuk kucing korang termasuk MokMok aku lah . :(

Tapi MokMok aku ni , bijak sikit . Biskut Whiskas tu pun dia pilih wei . Yelah , biskut tu kan ada banyak shape . Campur . Ada bentuk macam bantal segiempat , bentuk segitiga dengan bulat kecik color hijau . Macam si MokMok ni , dia suka makan yang bentuk segitga dengan warna hijau tu je . Yang segiempat bantal tu ... langsung dia taknak ! Dia tinggalkan je dalam mangkuk . Misalnya , kalau aku tambah biskut dia tu , kalau biskut tinggal sikit , mesti yang tinggal tu , semuanya bentuk bantal segiempat ! Itulah perangai dia . Paling bijak , dia selalunya akan korek-korek biskut tu pakai muka dengan hidung dia untuk cari biskut yang bentuk segitiga tu kat bawah-bawah . =_____=

Sekarang aku dah pening , mana aku nak cari premium food kat sini ? Kalau dia terus berak keluar darah macam tu , camne ? Hukhukhuk . Ada tak sesiapa yang baik hati tolong pos ekspress ke , poslaju ke kat aku biskut IAMS tuh ? Kalau nak pos , bagitahu . Nanti aku bagi add aku kat sini . :P

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...