November 28, 2010

Where I Have Been ...



Kat kawasan nak melontar .

Salam readers !

Aaaaa mesti korang pelikkan apehal lah aku ni dua tiga hari lepas tak update blog aku kannnnn ? Hihihi . Aku bukan pegi mana pun tapi aku busy lah kawan-kawan . Busy entertain mak abah aku sepanjang dorang bermalam kat rumah aku ni haaaaa . 3 hari 2 malam tu dorang stay kat rumah aku . 

Bila dorang dah datang , aku lah akan jadi orang paling busy sekali dalam rumah sebab aku kena masak & nak bawak mak abah jalan-jalan lagi . So , aku memang takde masa nak update blog . Aku just sempat bukak Facebook pun kejap je . Itupun cepat-cepat buka hanya semata nak kutip duit sewa rumah kat Millionaire City . ( aku dah addict dah dengan game ni macam aku addict dengan game FV . Senyum . )

Jom baca apa aku buat sepanjang mak abah dekat rumah aku . Paling sadis sebab eksaited sangat dorang datang rumah , aku jadi lupa nak snap pics sepanjang aktiviti dilakukan . Gila sadisssssssss tak kawan-kawan ? Hukhukhuk . Aku pun tak tau kenapa aku boleh jadi terlupa . Padahal camera aku sentiasa je ada dalam handbeg aku . Haih . =______=

  • Khamis
On this day , kami dah planned nak gerak pegi ambil mak abah kat Makkah Al-Mukarramah dalam pukul 8 pagi . Tapi sudahnyaaaa ??? Kami terbongkang . Dekat pukul 9 pagi baru bangun . ni lah akibatnya kalau tidur lepas waktu syuruk . Mesti jadi macam mengantuk gila nak bangun lepas tu . 0_o

Bangun pukul 9 pagi terus kelam kabut mandi , gosok gigi tapi aku sempat lagi buka Facebook and kutip duit kat Millionaire City . ( Kan aku dah kata tadi aku dah addict game ni . Percaya tak sekarang ? Sengih-sengih kat korang . )

Last-last gerak dari rumah dalam pukul 10.30 pagi . Ehem . Ehem . Masa ni muka aku dah muncung macam bontot itik sebab bergaduh dengan laki aku . Biaselah . Di pagi hari kan memang suka carik pasal . Lagi-lagi kalau dah kelam kabut macam tu . Hihihihi . ( Jelir lidah )

Sampai Makkah Al-Mukarramah , orang tengah sibuk berjemaah menunaikan solat Zuhur . Itupun kami terpaksa parking kereta dekat dengan terowong nak ke Al-Ghazza sebab masa tu jalan kena blocked . Bila dah jalan jauh and dah lepas kawasan yang polis blocked jalan tu ... sekali jeeee ... jalan tu polis dah bukak balik . Hampeh betul . Nak patah balik memang malas gila lah . Terus kami naik teksi ke hotel mak abah stay . =____=

Naik teksi pulak diduga lagi bila teksi tu konon jalan pusing sana pusing sini tapi driver teksi tu saje je nak jalan pusing jauh kunun macam hotel tu jauh gila dari tempat kami naik tadi . Padahal sebenarnya dekat je . Kat belakang MasjidilHaram tu je kot . Kau sengaja nak mengaburi mata kepala lutut kami kan driver teksi ? Takpe . Takpe . Lepas tu charge dekat 20 riyal . 0_o

Masuk hotel , terus mak abah bawak naik bilik . Aku datang hotel ni and tengok jemaah Hajj reramai dah macam aku tengok suasana dekat asrama pulak . Hahahaha . For me , service makan semua ok . Berbaloi dengan harga yang dibayar . Bilik pun ok . Selesa . Cuma tv je lah jangan harap nak dapat siaran yang diinginkan . Heh heh heh .

Lepas mak abah dah kemas bilik semua , terus kami gerak balik . Tapi ... perghhhhhhhhh ... orang Tabung Haji memang sangat banyak cekadak kau ! Nak bawak balik pun payah hanya kerana takut kena tahan . Nasiblah yang menguruskan itu orang tua . Kita yang muda kan harus menghormati orang muda . Ikutkan rasa hati nak je aku cakap dengan nada marah dan bengang . Haih . =_____=

Aku pahamlah dorang takut sebab jemaah Hajj semua takde passport tapi kan dah habis urusan Hajj . Ikutkan sebenarnya , kad Hajj tu lagi penting dari passport . As long as ada kad Hajj , ok dah . Ni sibuk nak bagi alasan takde pasport pulak .  Sepatutnya bagilah jemaah Hajj ni bebas dengan aktiviti memasing . Bukannya aku bawak mak abah pegi tempat mengarut kot ? Bawak balik rumah je pun . Ada je sorang pakcik tu cakap :

Pakcik : " Eyh , mana boleh bawak balik . Nanti kena tahan polis . "

Ikut hati nak je aku cakap :

" Pakcik dah lupa ke ? Ini Saudi . Bukan Malaysia yang polis ada suka suki nak tahan orang or tembak orang . Polis sini kalau dorang nampak dalam kereta ada orang perempuan , memang dorang takkan tahanlah pakcik sebab itu memang budaya kat sini . Dorang menghormati privacy orang perempuan . "

Itu kalau bolehlah ! Tapi aku tak cakap pun . Malas nak bising-bising . Diam je sudah ! Kata orang tua kan . 

Bukan nak sombong bodoh ke apa . Tapi ... aku tahu lah polis sini macam mana . Dorang memang bukan suka kacau public . Aku dah duduk sini lebih dari 6 bulan , aku boleh nampaklah polis sini memang takkan tahan kereta yang ada perempuan . Dari jauh dorang akan angkat tangan and bagi isyarat suruh jalan je terus without kena bukak tingkap nak tengok muka or else . 0_o

Reason lain sebab memang musim Hajj dah habis . So , polis memang takde kejalah nak buat road block bagai ke apa . Adoi lahhhh ~

Ok . Sambung balik cerita tadi .

Kami sampai Jeddah dekat pukul 4 petang camtu lah . Aku lapar gila masa tu sebab pagi memang tak breakfast langsung ! Perut aku dah kruk krak mintak isi . Last last , aku suruh laki aku pegi Redan Restaurant . Ape lagi kan kalau tak beli the best mandy rice in townnnnnnnnnn ! Heh heh heh . Selalunya beli Mutton Mandy but this time memandangkan ada mak abah , so aku suruh lakiku beli Mutton & Chicken Mandy .

Balik rumah , terus aku macam orang kebulur . Mak abah pun makan juga . Ermmm abah makan beriya sikit lah . Mak cakap abah datang rumah aku baru ada selera sikit nak makan sejak dia jatuh sakit haritu . Kalau tak dia makan sikit sangat . Dua tiga sudu je . ( Sedih bila dengar mak cakap camtu . )

Malam tu , kami bawak mak abah pegi Al-Balad . Kebetulan pulak , abaya-abaya baruku dah siappppp ! ( Amallll , jangan jelessssssss ! ) . Sampai Al-Balad , abah jadi macam sakit balik . Mungkin kat situ memang penuh dengan orang . Lepas dah ambil abaya , kami cepat-cepat pegi stall yang biasa kami beli jubah tu sebab abah nak cari seluar putih untuk pakai dengan top jubah .

Sementara laki aku teman abah pilih seluar segala , aku pulak teman mak pilih jubah cantik-cantik kat stall berdepannya . Mak beli jubah hitam corak dengan color hijau . Murahhhhhhhhhhh ! Kenapa aku kata murah ? Sebab mak cakap , dekat Makkah , jubah yang dia tengok sama harga 70 riyal . Tapi kat Jeddah cuma separuh harga dari Makkah . Murah kannnnnnnnnnnn ? ( senyum )

Lepas dah settle semua , terus balik tapi bukan balik rumah , kami bawak mak abah makan kat TGI Friday pulak . Yelah , kat sini lah baru boleh bawak makan tempat macam tu sebab kalau nak bawak kat Malaysia , memang mintak ampun bebanyak lah sebab kami dah tau yang TGI Malaysia memang tak halal dah ! ( Menyampah tengok orang ambil ringan perkara ni . Dah keluar paper kata tak halal pun , still ramai lagi yang mengaku Islam seronok bersuka ria menikmati makanan kat situ . )

Balik rumah , semua dah kenyang and tidur . Tapi aku ? Sebelum tidur , sempat lagi mengadap Millionaire City . Muahahahahaha . ;p


  • Jumaat
Pagi Jumaat tu , aku dah sibuk angkut mak pegi Hyper Panda . Bawak mak tengok tempat yang selalu kami pegi and membeli belah senang hati beli barang dapur untuk rumah . Sampai Panda , bila mak nampak bendi terus mak cakap :


" Ohhh memang kecik eyh bendi ni ? Patutlah hari tu makan mak tengok bendi semua kecik-kecik . Ingatkan nak budget duit letak sayur bendi macam saiz normal . " 0_o

Huhuhu . Mak oh mak ! Sini janganlah harap nak jumpa bendi yang saiz normal macam kat Malaysia . Kekekekeke .

Disebabkan dah membeli barang dapur dengan mak , aku mintak pendapat mak nak masak ape untuk tengahari tu . Pikir punya pikir , mak suruh aku masak lauk asam pedassssssssssssss ! ( Lama gila tak masak lauk asam pedas since daun kesom pun takde . )

Balik rumah , terus aku busy di dapur . Mak pulak tolong aku potong sayur dengan bawang . Aku busy bersihkan ikan kat sinki . Alhamdulillah , buat kali kedua , mak bagitahu lagi :

" Abah makan banyak . Kalau tak , susah mak nak tengok abah makan . "

Aku dah senyum . Senyum sengih semacam . Sekali je mak aku cakap :

" Tapi ilah masak sedap . Boleh tahan . Mana belajar ? "

Hahahahaha . Terus aku kembang kuncup sekejap . Jawapan aku kat mak .

" Alaaaa mak . Dah kata hari-hari masak , jadi pandailah . "

Eyh , korang janganlah nak kata aku ni perasan . Kahkahkah . Orang dah puji kan , aku terima je lah .

Lepas makan , sesi berehat . Mak dah terbongkang awal dulu atas katil dalam bilik . Diikuti pulak dengan abah dan lakiku di hall depan . Aku ? Aaaaaaaaa ... aku mana tidur petang beb ! Aku tak suka sebab kalau aku tidur petang ... mesti malam aku jadi burung hantu ! So sepanjang petang tu , aku dok mengadap laptop sampai lah solat Asar .

Malam tu pulak , kami planned nak bawak mak abah jenjalan pusing Corniche , bawak pegi shopping mall Red Sea and makan malam kat luar . Yelah , kata aku masak sedap kan . Lauk tengahari yang aku masak tu , dah habisssssssssssss ! ( Sengih-sengih )

Sekali je , abah pulak tak larat . So , kami keluar bertiga je lah . Sebelum keluar tu , laki aku pegi belikan abah roti naan dengan ayam tandoori dekat Shezan . Sebab abah dah teringin . Habis tuuuuu dua keping abah makan soranggggggggggg ! Hiks . ( Ada hikmah bawak balik rumah . Senyum . )

Disebabkan kami bertiga je , aku suruh laki aku bawak mak jenjalan kat CentrePoint . Niat yang sebenarnya nak datang sini sebab nak belikan abah sweater . Sebab mak cakap abah tak bawak sweater . Aku ingat tertinggal kat Malaysia tapi rupanya tertinggal kat hotel Makkah . =____=

Teruslah aku bawak mak pegi tempat periuk . Heh heh heh . Aku berjaya menghasut mak membeli periuk brand Prestige yang sangatttttttttttttttt mahal di Malaysia tapi sangatttttttttttttt murah di Saudi . Hohohohoho . Bukan separuh harga beb ! Aku rasa 70% kot harga kat Malaysia . Mak pulak jadi rambang mata sebab ada dua set yang dia berkenan tapi aku bagi cadangan kat mak suruh ambil set yang dapat periuk besar 3 biji . Lagi cantik dari yang lagi satu set tu . 0_o

Lepas dah settle kat tempat periuk , terus ajak mak pegi tempat baju . On the way nak menghala ke tempat baju tu , mak sempatlah cekau purse baru , selipar baru untuk dia . Kemudian bila pegi tempat baju pulak , beli tshirt comel lagi untuk abang dengan abah aku . ( Sejak aku kahwin , abang aku lah paling untung . Ganti tempat aku . Sekarang mak lambak belikan barang bebanyak untuk dia . )

Lepas habis shopping , kami terus bawak mak pegi dinner . We decided to have Turkish Cuisine dekat Fairooz Restaurant . ( Lama tu kami dah tak pegi since dah jumpa banyak tempat makan lain yang best ! Heh heh heh . ) Alhamdullillah . Mak enjoy makan kat situ . Siap mengadap makan roti arab kau ! Leka makan roti sampai lupa nak cuit makanan kat pinggan lain . Hahahaha .

Kat restoran ni jugak lah kebetulan kami terjumpa rakyat Malaysia . Orang konsulat Malaysia . Pakcik ni dah 50 tahun tinggal kat Makkah ! Lama gilaaaaaaaaaaaa okeiiiiiiiiiii ! Dia datang bawak family dia yang datang buat Hajj makan kat Fairooz Restaurant ni . Family dia yang buat Hajj ni pun cakap , orang Tabung Haji banyak cekadak ! Kahkahkah . Tapi pakcik dia ni selamba je bawak keluar dorang dari hotel and tidur rumah dia . ( Tak kuasa kau nak layan orang banyak cekadak . Cerewet tak kena masa dan tempat ! )

Balik rumah , abah still belum tidur . Melayan MokMok . Oh , jangan taktahu . Masa mak abah sampai , MokMok buat muka pelik . Pelik tengok orang asing . Tapi tak lama pun . Terus friendly . Tak malu siap mintak makanan kat mak abah . Haih . =____=


  • Sabtu
Laki aku keja tapi disebabkan nak hantar mak abah balik Makkah , laki aku ambil cuti separuh hari . Kami hantar mak abah petangnya . Selepas selesai solat Zuhur . Tengahari tu , aku masak lagi . Atas permintaan abah , abah nak sup daging , so aku masak lah sup daging .


Mak senyum je tengok abah berselera gila makan . Banyak okeiii . Sebelum balik , aku bekalkan abah sup daging untuk makan malam nanti . Lauk sup daging aku habissssssssssssss okeiiii . Abah pun cakap aku masak sedappppp ! Eyh , aku bukan puji diri sendiri . Tapi kalau bab orang puji apa aku masak , aku memang berterima kasih kat laki aku lah . Dia lah banyak ajar aku pasal masak memasak ni . Lagipun , kami selalu tukar-tukar ilmu . Hah , yang dah kahwin tapi still tak pandai masak lagi tu , belajarlah untuk masak yek ! ( senyum )

Lepas dah siap makan , solat , baru kami gerak ke Makkah Al-Mukarramah .



Gambar sebelum gerak ke Makkah .
( Amal , kau nampak tak abaya baru ku itu ? Kekekeke . ;p )

Kami sampai Makkah around pukul 3.30 petang . Jalan yang sama kena blocked lagi . Lamaaaaaa pulak tu ! Disebabkan kami decided nak jugak hantar mak abah sampai depan hotel without naik teksi , kami tunggu je lah jalan tu bukak balik . 

Bila jalan dah bukak ... jeng ... jeng ... jeng ... aku muka masam mencuka bila ... hihihi ... biasalah , laki bini berebut tak sependapat jalan nak ke hotel . Pakai GPS pulak , GPS berfunction tapi simpang pulak takde as in GPS due to Makkah sekarang memang tengah construction and banyak jalan tutup .

Nasib lah pusing-pusing balik , terus jumpa jalan nak ke hotel . Hihihi . Alaaaaa ... gaduh camtu biasalah kan ! Kekekekekeke . Naik je bilik terus mak aku cakap and tanya :

" Selalu ke gaduh berebut nak tunjuk jalan siapa yang betul ? "

Aku gelak gila bila mak cakap camtu . For me benda tu takdelah serius sangat pun . Sekejap je gaduh . Nanti baiklah . Hihihihi .

Aku dengan laki aku gerak balik Jeddah semula lepas selesai solat Maghrib . Itupun kami sempat lagi tumpang minum petang and dinner kat hotel . Time minum petang tu , laki aku beli tasbih dari kayu kokka dengan sorang pakcik yang jual kat bahagian lobi hotel . Time dinner lak , mak ambil kan aku nasi semua bawak naik bilik and share dengan lakiku . 

Yang tak tahu pasal kayu kokka , bolehlah search internet and cari pasal kayu kokka . Kayu ni bukan sebarang kayu okeiiii . Banyak manfaat dan kebaikan dari segi perubatan Islam . Kalau nak tahu , kayu kokka ni lah kayu yang digunakan untuk buat bahtera Nabi Nuh a.s . Selain dari tu , kayu kokka ni sesuai untuk letak kat rumah dari sebarang gangguan syaitan dan juga jin . Sigh .

Kami berdua sampai Jeddah dekat pukul 10 malam jugaklah . Just hope , by next week , kami boleh buat Umrah bersama mak abah . Lagipun kesian kat abah . At least , kalau kami ada , aku dengan laki aku boleh tukar-tukar tolak abah naik kerusi roda . Tak payah susah nak upah orang . Kan ? Kan ? InshaAllah and jugak , aku harap , planned kami nak joined mak abah kat Madinah Al-Munawarrah jadi ! Cuma kena tunggu dorang sampai Madinah dulu . Dengar cerita , rombongan dorang akan stay kat 5 star hotel which is Movenpick Hotel . Memang dekat sangatttttt nak ke Masjid Nabawi . Once dorang confirm check in Movenpick , baru kami booked hotel yang sama and vroooooooooooooommmmm ke Madinah by early second week of December . Suka ! Suka ! Suka !

May everything going well again . InshaAllah .

Nota sampingan :

Ehem . Ehem . Sesiapa kat Malaysia yang teringin nak pakai Blackberry , boleh kunjung ke sini yek . Celcom tengah buat promotion hebat . ;)

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...