November 14, 2010

Arafah - Bermula Perjalanan Jemaah Hajj .



Padang Arafah sekarang .

Hari ni kalau ikut kalendar biasa , belum masuk 9 Zulhijjah lagi tapi kalau ikut kalendar Islam , masuknya hari baru apabila masuknya waktu azan Asar . ;)

Tadi mak ada call and sms bagitahu yang dorang dah naik bas and bergerak ke Padang Arafah . Pukul 3 petang tadi dah selamat sampai Arafah . Alhamdulillah . Semoga perjalanan mereka dan juga para jemaah-jemaah Hajj dari seluruh dunia yang lain selamat menunaikan Hajj dan sentiasa dilindungi dibawahNya .

Padang Arafah sekarang ni kalau diikutkan sangat berbeza keadaan dengan yang dulu . Kalau dulu , Padang Arafah ni memang padang pasir betul lah . Kalau penuh pun , penuh dengan khemah untuk para jemaah-jemaah Hajj ni . Tapi sekarang kalau korang tengok sendiri , MashaAllah , dah ada pokok mengelilingi . Kerajaan Saudi sekarang dalam proses nak upgrade kawasan-kawasan menunaikan Hajj . Kira lebih proper lah . Takdelah teruk macam dulu . Macam laki aku cakap , kalau tahun depan ( semoga ada rezeki kami menunaikan Hajj tahun depan ) , lagi best kot sebab tahun depan InshaAllah ada train macam LRT tu . So , tak payah lah nak berebut-rebut naik bas lagi macam sebelum ni . ;)

Pada yang tak tahu , Padang Arafah ni lah bermulanya perjalanan bagi jemaah Hajj . Dekat sinilah para jemaah Hajj akan wukuf beramai-ramai di mana ia adalah salah satu di dalam rukun Hajj . Padang Arafah ni boleh dikatakan macam suasana kat Padang Masyar nanti lah di mana kat sini nanti lah , semua umat Islam akan dikumpulkan tidak kira pangkat , darjat , bangsa atau kedudukan sekali pun untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa hidup di dunia .

Berdasarkan sejarah Islam pula , wukuf di Padang Arafah pula bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam a.s dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari Syurga atas sebab mereka telah mengingkari perintah dari Allah SWT oleh kerana mereka telah terpedaya dengan helah tipu dari iblis . Nabi Adam a.s dan Hawa telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa selama 40 tahun untuk bertemu kembali di mana tempat pertemuan mereka adalah di Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah . ( kat sinilah biasanya sesiapa yang datang buat Umrah atau Hajj akan memohon jodoh yang baik dariNya . ) . Dekat sini jugaklah , Nabi Adam a.s dan Hawa bertahun-tahun memohon ampun dan maaf daripada Allah SWT sehinggalah Allah SWT menerima pengampunan mereka . SubhanAllah .

Doa aku , semoga mak dan abah dapat menunaikan Hajj dengan tawaduk dan juga mendapat Haji Mabrur . InshaAllah . Semua para jemaah Hajj akan kembali ke Makkah Al-Mukarramah pada hari Khamis depan . Amin Ya Rabbal Alamin .

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...