November 13, 2010

Betapa Indah TakdirNYA .




Aku tersenyum hari ni bila mana aku dapat tahu , one of my friend dah berisi sejak kahwin beberapa bulan lepas . Kenapa aku senyum ? Sebab ... kawan aku yang sorang ni sebenarnya , tak berapa setuju bila mana keluarga dia cuba menjodohkan dia dengan pilihan keluarga sedangkan dalam masa yang sama dia memang 'gila bayang' dengan suami orang yang sudah mempunyai 6 orang anak ! Paling sadis , anak bongsu lelaki itu masih kecil , mungkin dalam 2 3 bulan usianya .

Tapi itulah realitinya . Cinta kadangkala boleh buat manusia hilang pertimbangan . Cinta boleh buat manusia jadi lupa mahu bezakan mana satu halal dan haram dalam agama Islam itu sendiri . Cinta boleh buat kita yang sakit jadi sembuh sepenuhnya tanpa perlu rawatan dari mana-mana hospital . Cinta juga kadangkala boleh buat kita jadi dari seorang yang penuh warna-warni menjadi seorang yang sepi dan penuh misteri .

Meh aku share perihal kawan aku yang sorang ni . Kisah dia ni bagi aku boleh dijadikan pengajaran untuk yang lain jugak . ;)

Aku kenal dia ni , dari masa aku belajar diploma lagi . Kami satu kelas . Dia antara budak paling pandailah masa tu . ( Aku je selalu leka . Heh heh heh . ) . Bila habis diploma , kami bertemu semula bila aku dapat sambung degree di UiTM Shah Alam . Masa aku baru semester 1 , kawan aku ni dah semester  2 rasanya . Tapi bukan course yang sama . Dia sambung bidang yang sama masa diploma dulu . Aku je menyimpang sikit . ;)

Nak dijadikan cerita , kawan aku ni memang rapatlah dengan budak-budak rumah sewa aku dan memang kebetulan pulak , housemates aku yang 2 orang ni memang sekelas dengan aku jugak masa zaman diploma dulu . Kiranya , kami berempat ni macam ada jodoh pulak . Masa diploma dulu , nak kata rapat tu , takdelah sangat . Biasa je . Aku kan terlebih peramah . So , dengan semua orang aku akan berkawan . Bila dah serumah masa degree ni , jadi takde masalah kat situ . Aku pulak memang taknak pening nak cari rumah sewa lain . Dah orang offer , aku terima jelah . Walaupun masa tu , rumah sewa kat tingkat paling atas sekali ! ( Boleh bayangkan tak aku turun naik tangga dekat 5 , 6 kali semata nak hangkut barang-barang aku ? Huh . =____= ) . Aku boleh serumah dengan dorang pun sebab kawan baik aku serumah dengan dorang . ( Paham tak kat sini ? Ke dah pening ? :p )

Ok . Pendekkan cerita . Nak dijadikan kisahnya , course yang dorang amek memerlukan dorang satu semester pegi buat intership . Jadinya , dorang bertiga ni pegilah buat internship kat tempat yang sama . Sebab dorang pilih tempat internship tu ialah ( skema sekejap ) , dekat dengan rumah sewa kami . Tak jauh mana cuma dorang kena redah jammed lah setiap hari . ( rutin lah bagi sesiapa yang duduk dekat congested area ) .

Jadinya , sepanjang intership tu , nak dijadikan cerita , kawan aku ni tersangkut dengan laki orang ! Kalau anak setakat 2 , 3 orang ke , boleh lagi lah kan . Ini sampai 6 orang . Paling tak boleh blah tu , bini suami tu memang cun habissss lah ! Badan pun kalah anak dara . Memang bergetah lagi . ( tahu pun sebab dok mengendap suami orang ni pegi shopping kat Jusco . Muahahhaha . :p ) .

Skandal dia dengan laki orang ni dapat dihidu oleh kawan aku yang lagi dua orang tu . At first , kawan aku ni memang sorok lah perihal dia ada skandal dengan laki orang tapi peribahasa melayu kan : ' Sepandai-pandai tupai melompat , akhirnya jatuh ke tanah jua . ' . Akhirnya , satu rumah sewa aku jadi tahu bila kawan sebilik aku ni , ternampak kawan aku ni balik dengan laki orang tu . Memang kecoh lah satu rumah ! Malam tu , dok bergosip je pasal dia . 

Yang sorang kawan aku ni memang tentang habis-habisan lah bila dapat tahu , kawan aku yang sorang tu memang betul ada skandal dengan laki orang . Bukannya apa , dah kata orang ketiga kan . For sure lah memang akan jadi 'parasit' dalam sesuatu hubungan tu . ( kes makin teruk bila mereka berdua ni tak bertegur sapa . Jadi renggang sekejap . )

Aku pulak , takdelah nak ambil port sangat tapi sebagai kawan , aku nasihatkan dia supaya kalau boleh jangan terlibat dengan 'kancah' ni . Lebih banyak hati yang terluka . ( sebab aku boleh rasa apa yang anak-anak laki tu rasa based on my experince . sigh . ) . Itu je mampu aku buat . Selebihnya terserah pada kawan aku ni lah sama ada still nak teruskan jugak or berhenti . Ternyata ... cinta itu buta . ;)

Hubungan salah tu berterusan dari satu semester ke satu semester . Kawan aku ni jadi orang paling bahagia lah kat dunia . Paling ketara bila laki orang ni berjaya mengaburi mata kawan aku ni dengan membelikan macam-macam barang untuk dia . ( siapa taknak kan ? Hah ? Sometime materialistik itu perlu . :p ) . Kiranya kawan aku ni jadi mewah lah . Bukan setakat dapat barang , siap dapat elaun bulanan lagi . Gila tak mewah ? Dah lah duit pinjaman dapat . Hukhukhuk . Itu tak termasuk duit mak ayah dia bank in lagi . =____=

Bila dorang dah semester akhir and aku tinggal lagi satu semester , aku dapat tahu dari budak rumah aku yang kawan aku ni katanya nak menjauhkan diri dari laki orang ni tapi ... kawan aku ni tak terdaya sebab katanya , die terlalu sayangkan laki tu . Aaaaa ... aku tak nafikan lah , laki orang ni ada yang memang ... fuhhhhh ... layan perempuan tip top habis ! Dah kata laki orang kan . Sure lah pengalaman tu banyak dari laki single . Teng ...  teng .... teng .... ( jangan marah lelaki bujang . :P )

Makin kronik bila mana family kawan aku ni , mak dia nak jodohkan kawan aku ni dengan anak kawan dia . Ok . Masa ni terus jadi kritikal . Terus ada kes berebut sana sini . Yang laki orang ni pulak jadi makin nampak true color lah . Asyik mengugut je kawan aku ni bila dapat tahu kawan aku ni nak dikahwinkan dengan orang lain and bukan dia .

Masa tu lah , aku ambil jugak kesempatan nasihat dia lagi .

Aku : " Tengok apa jadi sekarang kat kau ? Dia ugut-ugut kau . Itu baik ke ? "
Kawan aku : " Tapi aku sayang dia , Nailah . Aku susah nak tinggalkan dia . "
Aku : " Alahhh kau ni , belum pape dah cakap susah . Cubalah dulu . "

Tetiba ...

Kawan aku : " Kau ajarlah aku macam mana nak lupakan dia . "
Aku : " Erk ? ! Aku dulu tinggalkan terus je . Tak msg . Tak call . Tak jumpa . Hendak 1000 daya . Tak nak 1000 dalih . "
Kawan aku : " Entahlah . Aku da penat lah macam ni . "

Meh aku buat pengakuan sikit kat korang . Aku dulu memang penah ada kes macam dia . Skandal dengan laki orang tapi bila aku sedar benda tu salah , aku terus tinggalkan semuanya sebab lepas aku sendiri pegi rumah dia masa dia jemput aku datang besday party anak dia , terus buat aku jadi rasa bodoh ! Mana tak rasa bodoh bila aku tengok isteri dia memang baik gilaaaaaaaaaaa ! Sumpah masa tu aku jadi rasa nak lempang laju-laju skandal aku tu . Rasa macam nak tanya time tu jugak apa kurangnya lagi dekat isteri dia sampai dia menduakan perkahwinan dia ? Heh . Itu kesilapan yang aku pernah buat dalam hidup . Sekali dan terakhir . ;)

Sambung balik .

Bila kawan serumah aku semua dah habis degree dan tinggal aku sorang yang belum habis lagi , aku lost contact dengan kawan aku ni . Cuma tak lama tu , aku dengar cerita kawan aku ni dipaksa jugak untuk berkahwin dengan pilihan mak dia tu . Nak taknak , kenalah terima and dia berkahwin jugak akhirnya . Hinggalah sebulan lepas dia kahwin tu , aku berborak dengan kawan aku ni dekat chat Facebook .

Aku : " Salam . Hi pengantin baru ! Amacam kahwin ? Best tak ? "
Kawan aku : " Tak . Biasa je . ( ada bunyi kecewa kat situ )

Aku yang kepoh terus korek lagi hati dia ...

Aku : " Lahhhh ... kau ni , orang hepi je memanjang bila dah kahwin , ni kau macam tak suka , dah kenapa ? "
Kawan aku : " Aku tak cinta suami aku . Dia bukan pilihan aku . Mak aku paksa . "
Aku : " Memanglah mak kau paksa tapi kau jangan lupa . Itu takdir . Jodoh kau . Jodoh yang dah ditetapkan oleh Allah untuk kau . "
Kawan aku : " Iye . Aku tau . Tapi dah sebulan kahwin ni , aku still tak boleh dengan dia . "
( Dia tu merujuk kepada laki orang tu lah )
Kawan aku : " Masa baru kahwin aritu , aku macam orang gila ! Aku jadi rindu sangat kat dia . Aku rasa nak jumpa sangat dia tapi aku tahu risikonya . "
Aku : " Kau ada jumpa dia ke ? "
Kawan aku : " Taklah . Aku nak jumpa tapi .... "

Ingat yek , keluar tanpa izin suami itu berdosa . ( ingatkan diri sendiri jugak ! :P )

Nak dijadikan cerita , conversation tu jadi lagi buat aku nak makin korek bila kawan aku ni dah start cerita pasal kain dalam dia . Pada aku , ia tak salah sebab dia nak meluahkan apa dalam hati dan aku sebagai kawan , hanya mendengar . ( ni dah dikira macam orang mengantuk disorongkan bantal . Muahahahahahaha . ;p )

Kawan aku : " Kau tahu , masa awal kahwin haritu bila dah duduk serumah , setiap hari aku bergadoh dengan laki aku . Ada je aku rasa tak kena dengan laki aku . "
Aku : " Lahhhh laki kau ada buat pape ke ? "
Kawan aku : " Tak jugak . Tapi masa lepas kahwin , terus aku pindah duduk dengan laki aku lah kan . Mak mertua aku duduk sekali . Itu aku tak kisah . Tapi aku dah letak syarat . Aku taknak dia sentuh aku lagi . Aku tak ready nak bagi diri aku kat dia . "

Haaaaaaa ... korang rasa tertarik tak bila orang dah start cerita macam tu ? 

Aku : " Kau ni biar betul ? Habis tu laki kau tidur mana ? Kira kau ni memang tak pernah disentuh langsung lah ni ? Mak mertua kau tak perasan ke ? "
Kawan aku : " Laki aku tidur bawah . Memang tak pernah . Taknaklah aku ! Aku tak cintakan dia . Buat apa aku nak bagikan ? Mak mertua aku tak perasaan . Depan mertua , kiteorang berlakun lah !

Kebetulan , masa ni , Malaysia memang tengah hot plus mabuk dengan drama AdaMaya !

Aku : " Kau ni dah jadi macam Maya pulak . Isk . Tak baiklah . Kesian laki kau ! "
Kawan aku : " Aaaaaa biarlah . Laki aku pun tak pernah paksa sebab aku dah bincang dengan dia pasal benda macam ni . "
Aku : " Dah tu , laki kau cakap ape ? "
Kawan aku : " Dia cakap ok and dia takkan paksa aku . "
Aku : " Gilalah kau ni ! Berdosa tau . Dosa tetap dosa . Itu hak laki kau . "

Dan sebagai kawan , aku memang tak penah lupa nak terus nasihat dia ...

Aku : " Kau suka ke tak , dia sah jadi suami kau and kau isteri dia . Sampai bila kau nak menafikan hak dia kat kau ? "
Kawan aku : Terdiam kejap . " Errrr ... entahlah . "

Lama jugak dia nak menjawab soalan aku masa tu ...

Kawan aku : " Tapi ada sekali tu kan , aku tidur , pakai baju kelawar . Then baju aku terselak sampai ke lutut . Kira nampak lah betis aku semua . Aku dah panik gila masa tu . Tapi aku tutup je mata aku . Tetiba aku rasa ada orang pegang aku . Sekali je rupanya , laki aku bangun nak pegi toilet . Bila agaknya dia nampak baju aku terselak , terus dia tutup balik and selimutkan aku . "
Aku : " Ohhhh ingat dia terkam kau dah tadi . Nasib aku dengar dulu . Hahahahahaha . "
Kawan aku : " Isk . Takdelah . Gila ape ? Berani lah dia buat kalau takkkkk ... "

Belum sempat dia habis cakap , aku dah potong ...

Aku : " Kalau tak apa ? Kau nak marah dia ? Come on lah . He is your husband ok . Takde istilah suami merogol isteri ok ! Hak dia . Tak salah kat situ . "
Kawan aku : " Alahhh kau ni selalu nak menangkan laki aku . Oklah . Aku ada banyak kerja ni . Nanti borak lagi ok . "

Terus berhenti kat situ . Aku taktaulah masa tu dia memang betul ada kerja or dia memang nak elak dari terus dengar aku menangkan hak lelaki dia sebagai seorang suami . Hmmmm .... sampailah petang tadi . Aku ternampak dia online kat Facebook . Terus aku tanya khabar ...

Aku : " Salam . Pekaba ? Pecer ? "
Kawan aku : " Sihat . Biasa je . "
Aku : " Amacam kau dengan laki kau ? "
Kawan aku : " Sekarang macam baru nak bercintalah . "
Aku : " Alhamdulillah . Baguslah . Sejak bila ni ? "
Kawan aku : " Dari bulan 6 haritu . "

Ingatkan conversation tu jadi biasa je lah tapi bila dia start tanya aku pasal apa aku masak arini and pulak bila aku tanya dia balik dia masak apa tapi dia bagi jawapan : " Keadaan tak mengizinkan ... " ... terus aku ...

Aku : " Asal lak tak mengizinkan ? "
Kawan aku : " Aku pregnant lah wei . Dah 3 bulan . "

Oh ... aku yang dengar , memang super eksaited gilaaaaaaaaaaaaaaa !

Aku : " Whattttttttttttttttttt ? Pregnant ? . "
Kawan aku : " Yelah , aku pregnant . Kau jangan gelakkan aku ! "

Perghhhhhhhhhhhhhh ... dalam suka tak suka , akhirnya pregnant jugak kawan aku ni . Bahagia pulak aku rasa . Nampaknya kawan aku ni dah mula sedar ... ;)

Kawan aku : " Sekarang aku nak tutup buku lama , nak bukak buku baru . Aku taknak ingat dah kisah lama . Aku tahu , laki aku adalah lelaki yang terbaik sekali aku pernah jumpa . Aku bersyukur sangat . "

Time ni aku rasa memang bahagia sangat . Rasa macam berbaloi sebab aku membebel banyak-banyak kat dia atas setiap perkara yang dia tak patut hukum dengan lelaki dia sendiri .

Aku : " Aku dah cakap banyak kali kan . Jodoh itu kerja Allah . Dia tahu apa yang terbaik untuk kita . "
Kawan aku : " Tu lah . Aku dah sedar sekarang . Aku nak bahagiakan keluarga aku . Aku nak bina keluarga . Aku nak mulakan balik apa yang patut aku buat masa awal perkahwinan aku dulu . "
Aku : " Baguslah . Sekarang kau dah nampak apa yang Allah cuba tunjukkan kat kau . Jaga elok-elok baby kau . Jangan lasak sangat . Aku sentiasa doakan kau terus bahagia . Kau pun samalah . Terus berdoa agar kebahagiaan kau dengan laki kau terpelihara . "
Kawan aku : " InshaAllah . Thanks bebanyak . Aku hepi sangat . "

See ? Betapa indah takdirNya . Itu adalah salah satu realiti kehidupan yang baru tercatat dalam kamus kehidupan aku harini . Sebagai kawan sebenarnya , tak salah hak kita sebagai kawan untuk menasihatkan kawan kita jika ada perkara salah yang mereka lakukan . Kerana memang takkan ada manusia yang sempurna di dunia ini . Manusia tidak akan lari dari melakukan kesilapan . Nasihatlah selagi mampu dan tak salah kita sebagai kawan menerima nasihat kawan kita demi kebaikan kita sendiri . Itulah sayang . Sebagai kawan , kita takkan nak selamanya tengok kawan kita terus melakukan kesilapan dalam hidup mereka .

Dan percayalah juga bahawa setiap takdir , setiap ketentuan dariNya adalah yang terbaik untuk kita . Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-hambaNya . 

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...