November 5, 2010

IKEA Yang Sentiasa Di Hati .



IKEA in Jeddah .

Itu hanya gambar separuh bangunan IKEA di Jeddah . Aku rasa IKEA ni sama je besar dengan kat IKEA Mutiara Damansara tu kot . Agaknya lah . Tekaan aku je .

Di sebalik gambar ni sebenarnya , aku lebih nak ambil gambar orang yang tengah khusyuk menunaikan solat Ishak kat atas kerb area parking ni . Masa ni memang kiteorang baru sampai and azan Ishak baru je selesai . 

Inilah kelebihan sebenarnya duduk di negeri padang pasir . Korang nak solat dekat mana sekalipun , orang takkan pelik bila melihat situasi macam ni . Cuba buat macam ni dekat Malaysia , tengok apa orang pandang ? Contoh kalau solat bawah pokok or dekat tempat terbuka macam ni , mesti orang tengok dengan pandangan yang .... ermmmmm ... :(

Tujuan utama kiteoang datang sini sebenarnya nak cari and beli frame gambar nak letak kat dalam bilik dengan hall depan . Tapi ... biasalah . Selalunya mesti akan terlajak or over budget . Ada je benda sampingan nak beli . 

Mana taknya , walaupun tujuan hanya nak cari frame gambar tapi macam mana lah nak tahan godaan bila sepanjang laluan nak ke sudut yang hanya ada frame gambar tu penuh dengan bermacam 'stationary' yang sungguh menggoda dan mintak dibawak balik ? Urhhhhh . Selalu tertewas ! =_____=

Tapi orang cakap : " Alah membeli , menang memakai " . Biar beli mahal macam mana pun , janji puas hati dan tahan lama dari beli yang murah tapi asyik rosak je memanjang dan kena pergi ganti beli banyak kali . Lagi membazir dan rugi kat situ . Membazir itu kan amalan syaitonnnnnn . Heh heh heh . :P

Nasib baiklah kiteorang ni dikira bijak jugaklah sebab masuk je bangunan IKEA tu , terus turun ke tingkat bawah sebab sudut frame gambar memang kat floor bawah . Dah dikira tidak melencong banyak sebab dah jimat tak tergoda dengan barang jualan di tingkat atas . =______=

Tapi benda wajib selepas membeli di IKEA , mestilah sesi menambahkan lemak tepu berkolestrol yang ada tinggi dan tidak tinggi di foodcourt IKEA . Walaupun memang dah banyak kali datang sini tapi ini kali pertama lah baru nak cuba makanan kat IKEA sini . Saja nak rasa , sama tak kesedapan IKEA di Malaysia dan IKEA di Jeddah . 



Salmon with steam veggie . This is mine .

Sungguh menyesal bila dengan rasa kelam-kabut dan juga sangat confident dan tak lupa juga sangat tak sabar bila aku dengan penuh confident pergi mintak side dishes : Steam veggie ! Aku ni bukanlah tak makan sayur or salad ke apa . Aku makan je tapi setakat ni , tekak aku memang sangat tidak boleh blah dengan salad atau sayur kat sini . Rasa pelik . Betul . Korang tak rasa lagi . Meh datang sini . Aku belanja korang makan salad . Lepas tu , korang bagitahu aku , sedap ke tak . Kalau sedap , memang korang mesti ada asal keturunan orang Arab . Keh keh keh . :P



Meatball with Mashed Potato . Azman punya . ;)

Disebabkan laki aku baru first time makan kat IKEA , so aku suggest dia makan Meatball ni . Sebenarnya , aku yang nak sangat makan Meatball ni tapi tetiba , dia pun nak jugak . Aku ni kalau makan , aku elak kiteorang dari makan dari menu yang sama . Aku lagi suka kalau sorang order lain , sorang lain . So , boleh rasa and tukar-tukar makanan . Lagi berbaloi-baloi . Kan ? Kan ? Itulah yang aku order Salmon tu . Kata tengah diet kan ? ( kononnya lahhhhhh ... :P )

Habis makan dan habis belasah Mountain Dew sampai 2 gelas ( padahal aku tak minum pun air gas tapi aku 'tersuka' pulak dengan air gas ni ) and laki aku pun sama , belasah Cappucino sampai 2 gelas jugak , terus kiteorang balik rumah . Takde nak singgah memana lagi dah due to duit dah banyakkkkkkk lari kat IKEA . Huhuhuhuhu . :(




Barang-barang yang berjaya menggoda kiteorang untuk dibawa pulang . =______=

Dan hasilnya ? :


Aku dapat shelf baru kat dapur . Lekat dekat belakang pintu dapur . ;)



Bantal besarrrrrr punya !

Nak tahu ? Hari tu pergi Panda , aku dengan sombong tidak memandang bantal yang laki aku nak beli kat situ tapi bila pegi IKEA , terus rambang mata . Itu dikategorikan high maintenance tak ? Dikategorikan demand tak ? Ohhhhhh i really love IKEA ! :P

Sebenarnya lagi , laki aku dah lama nak tambal bantal lagi tapi macam biasalah ... aku akan jadi bini yang 'kejam' dengan kata tidak dengan setiap rengekkan dia . Muahahahahahaha . Tapi disebabkan dia bagi alasan nak beli bantal sebab mak abah aku nak datang , terus aku OK ! Rembat terus dua biji . Tak cakap banyak . =________=



Pocong-pocong .

Aku tak tahu sejarah mana aku ikut . Dari dulu aku panggil benda alah ni pocong-pocong . Scary betul letak nama camni . =_____=

Nasib baik murah . Ikutkan taknak beli tapi jumpa harga dah murah , dengan tak tahu malu terus ambil sendiri dan masuk dalam troli . Bukan takde tapi sepit banyak dah patah . Biasalah , jari jemari aku kan gemok lagi montok ! Asal pakai or nak sidai , mesti ada je yang ranap sepit tu . Menyampah !



Frame gambar . Inilah benda utama kenapa datang IKEA . :)

Alhamdulillah . Tercapai juga impian nak beli frame gambar IKEA ni . Lama dah kiteorang survey benda alah ni . Kalau datang IKEA sebelum ni , kami sekadar lalu and cuci mata je tengok frame-frame gambar yang memang sungguh menawan hati . Tapi kali ni , dengan izinNYA , kami berjaya membawa mereka pulang ke rumah dengan senyum gembira . Hurrehhhhhhhhhhhhhhhh !!!

Tak sabar nak pilih gambar mana yang menjadi pilihan untuk letak di dinding . 



Si tikus putih . Nasib baik murah .

Laki aku cakap : " Amboi U ni , sejak ada MokMok , asal keluar pegi memana , mesti ada je barang yang U belikan untuk dia kan ? " .

Eyh , korang ada rasa tak , tanda kejelesan dan kecemburuan di situ ? Muahahahahahahaha . 


Oklah . Jumpa lagi . Nanti bila dah letak frame kat dinding , kita tunjuk kat awak eyh ? Stay tuned tau . Love you . Muah !

Sebelum terlupa , terima kasih banyak-banyak , penuh-penuh , kepada si chenta hati di atas semua ini . I love you anak badak . Always . :p

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...