November 8, 2010

Oggy and The Cockroaches ?




Pagi tadi , bangun tidur nak masuk bilik air , terus ternampak si lipas ni berjalan-jalan senang hati dalam bilik air . Haih . Nasib kau lah lipas ! Sia-sia kena ketuk dengan selipar . Kuikuikui . Tak tahu lah ni lipas yang ke berapa aku dah bunuh setakat ni . Muahahahahaha . :P

Aku memang tak gemar betul kalau lipas dah ada dalam rumah . Jadi tak tenteram hidup aku . Setiap masa asyik nak berjaga-jaga je kalau nak masuk bilik air ke , kat dapur ke . Serius tak tenteram sampai satu tahap boleh jerit sorang-sorang dalam rumah sebab kekadang rasa macam ada lipas kat kaki aku , padahal takde pun . Kekadang bukan lipas tapi MokMok tetiba datang kat aku , lepas tu , letak ekor dia kat kaki aku . =____=

Masa aku baru sampai sini , rumah ni memang takde lipas langsung ! Zero . Memang takdelah . Tapi ... since balik raya hari tu lah . Sampai je rumah , tengok-tengok ... lipas tengah berpesta dalam rumah ! Bulu roma aku dah meremang dah sebab aku memang tak suka lipas . Bila tengok satu rumah penuh lipas , memang sorry lah nak beriya masuk . Itu pun terpaksa sebab laki aku suruh masuk jugak . Hampeh betul !

Masa tu , ingatkan kat depan je . Lipas memang penuh okeiiii atas meja makan . Bukan dok hurung makanan tapi dok mengerjakan alas cawan atas meja . Habis semua alas cawan ! Mangkuk betul ...

Ingatkan habis atas meja , sekali masuk bilik air ... aku rasa lebih dari 20 ekor lipas menternak dalam bilik air aku ! Jangan kata dalam bilik , satu rumah jadi bau lipasssssssssssssss . Urhhhhhhh ... tension gila aku masa tu . Nasiblah laki aku ni kira kental lah jugak . Kata asal orang kampung kan ? So , setakat lipas ni ... ek elehhhhhh aku tengok laki aku dok rilekkkkkk je ketuk lipas dalam toilet dengan kat meja makan tu pakai selipar . Dah penyek sekor-sekor , lagi rilek bila dia kutip sekor-sekor ! Euwwwwwwww ... aku telan air liur je tengok . Macam tak percaya ! Kutip lipas macam kutip makanan jatuh atas lantai . Bolehhhhhhhh ??? =______=

Rumah kalau asalnya memang takde lipas , mesti memang takkan ada lipas . Tapi kalau dah start lipas masuk rumah , maknanya ? Memang kirim salam je lah ! Akan ada keturunan dia sampai bila-bila . Hukhukhuk . Sadis betul kalau hidup tak tenang sebab lipas camni . Haih lah lipas . Ni semua kata laki aku , mesti sebab jiran rumah tingkat paling bawah sekali yang bawak dari rumah lama dia !

Dulu , aku aman bahagia duduk rumah ni sebab lipas atau musuh ketat aku ni takde tapi ... sekarang hidup tak macam dulu . Walaupun MokMok ada , dia tak suka lipas .... haih . =______=

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...