November 4, 2010

Apa Mimpi Aku buat Breakfast Di Hujung Minggu ?



Bahan-bahan mentah .

Jangan terkejut kalau aku bagitahu yang aku ni memanglah seorang isteri yang jarang buat sarapan untuk laki aku . Malaskah aku ? Oh tidakkkkkkkkkk ! 

Aipppppp ... jangan pikir bukan-bukan dulu . Aku ni kalau nak kata tak pernah langsung buat sarapan untuk laki aku tu , tak lah . Pernahlah jugak . Tapi sepanjang kahwin lah , boleh lah kira dengan jari tangan termasuk jari kaki berapa kali aku pernah buat breakfast untuk laki aku . Heh heh heh . :P

Bukannya aku tak rajin nak buat setiap hari tapi aku ni berkahwin dengan seorang manusia yang perutnya kadangkala amatlah tidak tahan jika makan di pagi hari . Kekadang tu , kalau breakfast , mesti tak lama tu dia nak masuk bilik 'termenung' ! Cemana tuh ? =_____=

So , itu sebablah aku cakap kat korang kenapa korang boleh kira dengan jari termasuk jari kaki berapa kali aku pernah buat breakfast untuk laki aku . Huhuhu . Laki aku ni senang sikit nak jaga di kala pagi hari selepas waktu Subuh . Biasanya lah , dia lebih selesa minum air panas je untuk breakfast . Lagi suka kalau aku buat Milo panas untuk dia tapi due to kiteorang ni duduk kat negara yang menjual Milo yang kuantitinya 500 gram adalah almost 30 riyal ( mahal tak ? mahal tak ? mahal kannnnnn ... ) that was bloody expensive , so ... aku buat nescafe or coffee 3 in 1 je . 

Itupun sebenarnya mahal jugak . Adalah dalam 22 pack 3 in 1 tu dalam 22 riyal . Urhhhh . Urhhhh . Terpaksa jugak tutup sebelah mata time ambil and bayar dekat kaunter . Takpe . Kena biasakan diri kat negara orang bukan ? Haih . Cuma sekarang ni , dah kata baru balik dari Malaysia kan ? So , untuk 2 atau 3 bulan ni pertama ni , kami akan 'dimewahkan' dengan breakfast Milo yang sedapppppppp setiap hari di pagi hari . Mana taknya , hari tu balik bawak stock Milo 2 kg . Nak bawak lebih tapi .... =________=

Dan hari ni , disebabkan dari bulan puasa hari tu sebenarnya aku memang teringin nak sangat buat sup cendawan cicah roti ( slurpppppp ... slurppppppp ) , so , aku gagahkan diri jugak bangun seawal pagi untuk buat breakfast . Selalunya , ikutkan jadual , setiap hujung minggu , dekat nak masuk waktu Zohor , barulah bini Azman ni menjengah matahari kat luar . Muahahahahaha . Konon aku bangun lambat macamlah aku ni yang bersusah payah pegi keja dari Sabtu ke Rabu . :P



Breakfast untuk hari ni . Roti + hotdog + sup cendawan .

Owh , sungguh kenyang sekarang . Terasa macam masih kenyang je lagi kalau tiba waktu tengahari untuk lunch nanti . ( eyh , kenapa aku cakap skema sangat nih ? ) . Rasanya , tengahari ni , aku nak makan lauk je lah . Diet . Diet . Diet . Tapi ....



Sup tulang aku on its way !

Nom . Nom . Nom . Mampukah aku menelan air liur dengan melihat En Azman makan nasi tenghari bersama menu lauk yang memang sungguh menyelerakan begini ? Oh , tidakkkkkkkkkkkkkk !!!

Kenapa program diet aku selalu terkandas ek ? Boleh korang bagitahu ? =_____=

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...