November 21, 2010

Repentance and Forgiveness ( Part 3 ) - High School ( Technic ).




Hi guys ! Hi my lovey dovey ! Dah ready nak sambung ke cerita aku yang seterusnya ? Ke nak termuntah dah baca cerita aku panjang lebar ? Hihihi . Yang taknak baca lagi tu , takpelah . Tak paksa tapi koranglah rugi sebab baca cerita tak habis . Hikhikhik . ;)

Aku ni boleh dikatakan memang kerap bertukar sekolah . Tak percaya ? Meh tengok dah banyak mana aku bersekolah since aku dari darjah 1 .

  • Darjah 1 -2 : Sekolah Rendah St. Anne's Convent , Pelabuhan Klang , Selangor .
  • Darjah 3 : Sekolah Kebangsaan Kampung Raja Uda .
  • Darjah 3 - 6 : Sekolah Kebangsaan Majidi Baru .
  • Form 1 - Form 4 : Sekolah Menengah Pasir Gudang 1 .
  • Form 4 - Form 5 : Sekolah Teknik Perdagangan Johor Bahru .
5 sekolah aku berpindah randah . Masa kecik dulu tu , memang tak suka tapi bila pikir balik banyak kebaikan sebenarnya sebab aku dapat tambah kawan-kawan . So bila dah besar ni , baru aku nampaklah , kawan aku memang bersepah-sepah . Setiap negeri dalam Malaysia ni kot aku rasa aku ada kawan . Hehehehehehe . ;)

Lepas aku dah puas belajar 'macam-macam' perangai kat Sekolah Pasir Gudang 1 , aku dapat sambung belajar ( Ceh ... macam sambung kat universiti je aku ni ! :p ) kat sekolah teknik pulak . Sekolah ni nak kata ceruk tu takdelah . Dekat bandar but not so in town of JB . Sekolah teknik aku ni memang berjiran dengan Sekolah Tasik Utara & Sekolah Teknik JB . ( Mesti korang kata Johor tamak kan ? Yelah , berapa banyak sekolah teknik nak ada daaaaaaaaaa ???? Hikhikhik . )

Yang membezakan Teknik JB & Teknik Perdangangan ni , bebudak cakap , Teknik JB untuk budak super pandai manakala Teknik Perdagangan untuk budak pandai . ( Adil tak ? Adil tak ? Hehehehe . ) . Tapi aku rasa sama je . Macam takde beza pun . Zaman aku , kiteorang tak berapa sangat dengan teknik JB sebab bagi kiteorang budak sekolah teknik JB ni macam sombong sikit . ( Aku pun taktau motif kenapa cakap dorang sombong ! Kahkahkah . )

Bila dah masuk sekolah teknik ni , buat pertama kalinya lah aku duk jauh dengan mak aku . Aku kena duk asrama beb ! Yessss . Asrama . Jangan tak percaya kau ! Aku sendiri pun tak pernah termimpi sampai nak duduk asrama ni sebab dalam kepala otak aku zaman tu , duduk asrama ni terkongkong tau tak ??? Lepas tu , mesti tak best sebab masa tu dalam kepala otak aku membayangkan budak asrama semua skema gila babeng !

Masa daftar sekolah teknik ni dalam tahun 2001 . Form 4 . Beza sekolah teknik dengan sekolah biasa : sekolah teknik ada belajar pasal engineering and sekolah teknik balik lambattttttt sikit dari sekolah biasa . Kalau sekolah biasa pukul 1 dah habis waktu sesi persekolahan , yang kiteorang sekolah teknik ni , habis dalam pukul 2.30 petang . Lama kau nak tunggu habis kelas setiap hari ! =____=

Kat sekolah ni , aku kelas 4 Awam 3 mean budak awam belajar pasal construction . Masa ni aku memang minat gila dengan construction sebab aku memang dah berangan nak pakai helmet color putih . Putih tau ... bukan kuning ! And disebabkan jarak sekolah teknik ni jauh dengan rumah , aku dapat stay hostel . ( Orang biasanya panggil hostel , tak panggil asrama . Mana glamer doh sebut asrama ! Kan bunyik macam skema ASRAMA . :p )

Masa form 4 , aku dapat dorm Mawar . Dapat katil pulak tingkat atas . ( Aku memang menyumpah gila dapat katil tingkat atas sebab bila katil paling atas , dekat dengan jaring-jaring dorm . Dahlah belum apa lagi , senior dah sibuk cakap asrama ni berhantu ! Bangang betul ! Aku dah terbayang kalau malam nak tidur and tetiba terjaga di waktu malam ke ada hantu bertenggek kat jaring atas tu tengok aku . Tak kelakar ok . =____=) .

Kat sekolah teknik lah aku memang dapat kawan baru yang super ramai gila ! Mana taknya , kawan kat asrama lain . Kawan satu dorm lain . Kawan kat kelas lain . Kawan course yang sama , lain . Memang enjoy lah masa sekolah teknik lah . Memacam ragam yang aku jumpa . Aku pun banyak ragam gak .

Jom tengok apa yang dajal aku buat masa form 4 & form 5 dulu :

  • Trend Senior Rangging Junior
Ragging ni benda yang paling aku menyumpah masa memula aku masuk hostel ! Gila aku sumpah ! Mana taknya , kiteorang yang junior ni baru masuk , yang senior dah sibuk nak merangging . Kunun cool lah kalau ragging junior ! Dorang ragging suruh setiap junior kat hostel ni cari & mintak signature nama-nama senior tertentu . Manalah aku tak sumpah ? Sah-sah masa tu memang tak kenal pun any senior . Dah macam orang bodoh nak kena cari tanya orang : " Eyh , ni mana satu eyh ? " . Aku masa ni , memang makan dalam je . Ikut hati & perangai panas aku , nak je aku hempuk senior ni satu-satu yang terlibat dengan aktiviti ragging ni . Serius . Kalau budak lain boleh kelam-kabut cari sebab ada duration , yang aku pulak boleh rilek lagi macam takde ape . Padahal aku memang tak kuasa nak layan sampai errrr ... ketua hostel perempuan panggil aku ! Aaaaaa ... masa tu aku memang macam takde perasaan lah . Masuk telinga kanan keluar telinga kiri . Dalam hati dah membara . Haishhhhhh .

  • Bergaduh dengan Senior 
Aku memang admit lah , ada setengah senior tak suka aku sebab aku ni memang bukan jenis suka ikut peraturan sangat especially kalau pasal baju yang boleh dan tak boleh pakai dekat dorm . Biasalah kan . Senior ni kunun bagi peraturan , kat asrama tak boleh pakai baju baby T or baju fit tapiiii aku tengok , ada setengah senior tu selamba je pakai , apadehal ? So , aku yang memang dah bawak , pakai je lah tapi baju aku takdelah melekap fit betul kat badan . Then , ada one day ni , dekat surau , ada sorang senior ni boleh rilek je baling sejadah kat aku ! Kau boleh bayangkan tak dia baling sejadah ? Kena kepala . Nak tahu kenapa aku marah sangat ? Sebab dia baling SEJADAH ! Aku yang memang solat rongak zaman tu pun still tahu nak respek benda berkaitan agama , ni dia pulak boleh rilek baling sejadah kat aku ! Perghhhhhhhhh ... masa tu , haishhhhhhhh ... ikut rasa marah aku , memang kena lempang dah senior aku tu ! Dia ingat , dia senior , aku nak tunduk lah ? Nak takutlah ! Boleh blahhhhhhhhh !

Nasib baik lah masa tu , ada budak dorm aku yang suruh aku rilek . Padahal masa tu , muka aku dah macam Incrdible Hulk tahan marah . Nasib muka tukar color merah and bukan color hijau . Muahahahaha . :P

Haaaaa tapi korang jangan ingat senior tu aku boleh lepaskan ! Nak tahu apa jadi ? The nextday tu , datang sekolah , aku bagitahu sorang sedara aku berpangkat pakcik . Kira pangkat pakcik lah . Muda tuuuuuuu dah jadi pakcik ! Tapi aku takdelah panggil dia pakcik . Aku bahasakan nama je . Dia ni memang rajinlah jumpa aku kat sekolah . Tapi ramai senior tak tau sebab kiteorang jumpa pun sorok-sorok . Kalau boleh memang taknak orang tahulah .

Bila dah jumpa , aku bagitahu lah dia ape yang jadi kat surau malam semalam ! Hohohohoohoho . Pakcik ni senyum je dengar cerita aku . Aku masa tu niat memang nak cerita je pun . Takdelah pulak aku pesan suruh balas ke ape ke . Tup tup ... balik hostel , aku dengar , senior-senior yang terlibat baling sejadah kat aku tu , kena ragging dengan geng pakcik aku ! Nak tahu dorang kena buat apa ? Sebulan kot kakak-kakak senior yang macam tutttttt ( Haishhhhh , laju je mulut nak maki kan ? Sabar . Sabar . ) , dipaksa siapkan semua homework lukisan engineering geng pakcik aku ! Hambekkkkkkkkk ! Aku memang berdekah gila dengar . Padan muka korang ! Ingat korang hebat sangat ! Cari pasal lagi dengan aku . Lalalalalalalalalalala ~

Bila dah jadi kes macam tu , kira jadi hebohlah satu hostel especially kakak-kakak senior yang memang ada jawatan tinggi kat hostel tu . Dorang jadi panik gila bila tau aku dengan pakcik aku tu ada relationship sedara . Mana lah tak panik sebab pakcik aku tu memang femes gila kat sekolah sebab perangai dia ... isk isk isk ... macam Kasyah Lagenda Budak Setan tu dah ! Hahahahahahaha . Sejak tu , kakak-kakak senior dah tak berani nak 'usik' aku lagi . Cool kan ? =______=

  • Belajar Skandal Situ Sana Sini 
Ehem . Ehem . Kat sekolah sini lah aku belajar skandal dengan lelaki senior . Gila betul ! Paling best , yang skandal aku ni semua yang aku memang suka tengok dorang ... sekali je rupanya dorang suka kat aku ! Kan seronok macam tu . Jadi eksaited . Masa ni , aku memang mengakulah , aku memang suka gila mainkan perasaan lelaki . Suka hati aku je nak buang or kutip balik . Takde pikir apa pun masa tu . Yang aku tau , aku enjoy macam tu sebab bagi aku , aku setakat nak kawan je and lelaki skandal ni yang lelebih dengan aku , so ... who cares ?

Tak puas dengan senior , bila aku pulak dah jadi senior , aku skandal dengan budak course lain . Tapi sebenarnya , tak boleh dikira skandal jugak . Tujuan aku saja 'goda' budak tu sebab aku nak balas balik apa yang dia buat dekat kawan baik aku . Aku memang bengang gila dengan mamat ni . Ada sorang kawan baik aku ni memang minat gila kat dia . Aku ni pulak macam jadi orang tengah . I am trying to helping my bestfriend nak dapatkan mamat ni tapi suddenly , mamat ni pulak boleh cucuk daun dengan aku . E'eh ... ini sudah lebih . Paling buat aku marah , die boleh cakap : " Alaaaa ... janganlah bagitahu dia . Kita-kita jelah .' . Hangguk kau ! Dia kawan aku lah BO eyh .. Pandaiiiiii !

Tak lama tu bila dah naik form 5 , aku dapat tau mamat ni tinggalkan camtu je kawan baik aku . So , aku apa lagi , meneruskan mission lah memainkan dia balik anddddd ternyata ... i never faileddddddd !!! Budak tu tersungkur bila aku bagitahu kat dia selama ni memang aku takde perasaan kat dia . Aku buat baik & rapat dengan dia sebab aku nak balas balik atas apa yang dia dah buat dekat kawan baik aku ! Aku memang cakap takde perasaan langsung . Sejak tu , kalau terserempak ke ape , aku memang elak walaupun mamat ni memang cuba nak berbaik dengan aku . Sorry looserrrrrrrrrrr ~

  • Ponteng prep 
Hal ponteng prep ni memang best gila ! Masa ni form 5 . Bila dah naik form 5 selalunya , student takkan  dapat dorm yang sama . So , naik form 5 , aku dapat bertukar ke dorm Kiambang . Memang heaven wooooo jadi budak Kiambangggggg ! Zaman ni , kiteorang bahasakan diri kiteorang budak-budak kentang Kiambang ! Aku tak ingat apa motif ada kewujudan kentang di situ . Kekekekekeke .

Kat Kiambang ni lah , aku kenal Sha , Rabiey ( Ketua dorm yang paling coooooooooool ! I missed you mummy ! ), Mira , Allen , Uji , Asek , Ervin, Jan dan entah siapa lagi . Memang ramailah satu dorm ni . Dalam 20 orang kot ? Aku pun tak berapa pasti . 

Ketua dorm aku memang wa cakap sama lu ... sporting gila habissss ! So , takde hal lah kalau kiteorang nak buat dajal ke ape kan . Lagipun , masa ni dah jadi senior . Eyh , walaupun kiteorang senior , kiteorang takdelah nak ragging junior macam senior kiteorang dulu tu . Biasalah , senior aku kan poyosssssss ! Yang dok hostel lah . Yang duk luar , ok . 

Ada satu hari ni , Aku , Sha , Asek , Ervin . Aku rasa ada lagi ni tapi tak berapa nak ingat lah . ( Aku ni dah macam orang umur 70an pulak . Semua jadi cepat lupa . Hukhukhuk ) . Kiteorang memang dah planned tak nak pegi prep petang . Prep petang ni dari pukul 3 sampai 4 . Kejadah weiii nak prep petang . Dahlah petang , jangan kata nak buat homework ... nak belajar pun otak tepu ! 

So , kiteorang dah bagitahu Rabiey , kiteorang taknak pegi sebab nak tidur dalam dorm . Kira ponteng prep lah ! Rabiey pun ok . Kiteorang siap komplot dengan Rabiey ni suruh dia tolong kuncikan dorm dari luar . Hehehehehe . Lepas je loceng dah bunyi tanda semua dah kena pegi prep , kiteorang pulak sedap membuta dalam dorm . Memang syok habislah tidur mase tu ! Kate tidur petang kan . Lepas tu pulak penat sebab kelas pun habis pukul 2 petang . Kira syok habislah ni sebab dapat tidur petang .

Tengah sedap semua baru nak proses air liur basi , tetibe dengar macam ada orang bukak pintu . Aku sedar mamai lah masa ni . Aku budget mase tu prep dah habis . So , lantaklah kan . Tetibe ada orang kejut Asek dulu sebab dia tidur paling hujung sekali . Bila orang tu dah kejut Asek and Asek taknak bangun , selamba je Asek kejut Ervin kat sebelah dia . Kira dah main passed sana passed sinilah nak suruh orang itu ini bangun dulu .

Sekali je , tetiba ada suara petir halilintar berbunyik !!!

" Bangun awakkkkkkkkkkkkkk semuaaaaaaaaaaa !!! Bangun sekarang !!!!!!!!!!!!! Ohhhh tidur eyh ? Orang pergi prep , awak boleh membuta dalam dorm pulak eyh ? "

Hahahahahahahahaha . Bila dah bangun and bukak mata , rupanya orang yang kejut Asek tu tadi , Kak Zura . Kakak Zura ni kira warden asrama lah . Garang kau ! 

Terus kiteorang gelabah ! Mase tu boleh nampaklah Kak Zura ni memang muka dia dah tahap macam Mak Incredible Hulk . Kahkahkah . Memang tak boleh blah kalau ingat balik time kejadian ni . Memang kelakar habis !

Terus kiteorang kelam kabut bangun . Yang Kak Zura ni terus suruh kiteorang turun pejabat . Huhuhuhuhuhu . Petang tu memang masa kiteorang habis dekat pejabat asrama dengar leteran sorang-sorang warden asrama ! ;)

  • Kena Tarik dalam Tandas Lelaki
Ini lagi satu hal . Kes aku bergaduh dengan budak lelaki course elektrik dalam tandas lelaki . Ada sorang mamat ni memang poyosss tahap gaban sikit . Budget muka hensem sangat & berlagak kuat sangatlah !

Masa kejadian tu , time waktu rehat . Masa tu aku dah dengar desas desus dari kengkawan aku yang lain budak ni tak puas hati dengan aku sebab kununnya aku ni dok marah-marah awek dia . Perghhhhh ... aku memang pantang kalau awek suka ngadu kat boyfriend ni . Padahal masa tu aku tahu , awek die tu yang saje buat cerita cakap aku buli dia padahal memang takde pun .

Mamat ni dengan muke konon nak buat aku takut , terus ajak aku pegi tandas lelaki . LELAKI ok ! Memula memang die nak ajak geng dia lah reramai keliling aku dalam tandas tapi masa tu , ada je budak lelaki geng lain dok sound mamat ni :

" Ek eleh , kau nak gaduh dengan perempuan tapi panggil geng ! Dah kenape ? One by one sudah ! "

Mamat ni terus bengang gila ! Dan dan tu jugak die suruh geng die keluar , tinggal aku dengan die je dalam tandas tu . Kawan yang lain dok cover toilet dari bagi pengawas tahu yang kiteorang ada dalam toilet tu . Bila dah tinggal aku dengan dia , terus mamat ni kunun sekali lagi dengan suara yang budget aku takut , tengking aku :

" Kau pehal ? Kau tau tak kau dah buat apa ? "

Aku mase ni memang tahap panas aku dah menggelagak habis sebab memang kepantangan aku kalau ada orang lain tiba-tiba naik suara dekat aku . Memang aku PANTANG ! Nak taknak aku tengking dia balik :

" Kau tu pehal ? Panggil aku masuk toilet laki , kau ingat kau bagus ! Kau ingat kau terror lah bila orang tengok kau tarik perempuan gaduh masuk toilet ? Kau ingat kau dah cukup gangster lah nak ajak aku gaduh macam ni dengan aku sendiri taktahu punca ? Kau jangan ingat kau laki , aku takut eyh ? "

Mamat ni memang terus panik gila . Terkejut agaknya tengok perempuan ganas manalah ni . Tapi aku admit lah masa ni memang aku dah marah habissss punya !

" Kau apsal marah-marah awek aku ? Kau apsal ragging die ? "

Aku senyum je bila dengar dia cakap macam tu . Hmmm .. nampaknya , dia ni makin mencurah minyak ke dalam api . Terus aku tembak lagi .

" Sepatutnya , sebelum kau tarik aku , kau tanya aku dulu betul ke tak apa kau dengar tu . Bukan suka hati main tarik orang mangkuk ! Bodoh kan kau ni ? Senang je percaya cakap awek kau ! Kesian betul . Dah lah pegecut sebab carik gaduh dengan perempuan . Lepas tu sedap tuduh aku benda yang salah . Kau pikir tu semua cukup cool lah ? "

Terus mamat ni suara dia jadi slow ...

" Eyh , awek aku ngadu kau buli dia , kau ragging dia . "

Aku dalam hati memang terus takde taman dah . Taman aku dah ranap sebab dah terbakar ! Aku dahlah pantang orang tinggi suara awal tinggi , ni pulak dengar orang tuduh aku benda aku tak buat . Kang mamat ni tak kena , awek die kena lempang !

" Celah mana aku nak buli awek kau ? Kau bagitahu aku . Aku ada ramai saksi lah . Kau pegi tanya awek kau balik . Aku taknak cari pasal sebab benda ni memang tak betul . "

Masa tu , aku terus keluar sebab aku memang malasssss gilaaaaaaaa nak layan benda macam ni . Yang mamat tu pulak terus tercengang tengok aku terus keluar tak cakap apa and keluar toilet aku terus tolak geng dia yang blocked jalan aku . Muka aku masa tu takyah cakaplah ! 

Then , lepas 2 3 hari kes tu , aku dapat tahu mamat ni dah break ngan awek dia and awek dia kena lempang dengan mamat tu ! Hahahahahahaha . Kan dah maluuuuuuuu ! And tak lama tu jugak , mamat ni say sorry kat aku sebab serang aku tanpa check dulu betul atau tak bende yang die dengar tu . Perghhhhhh ... masa tu rasa bangga gila ! Bangga sebab dia dah malu . Since situ , mamat ni kira baik lah dengan aku . Kalau terserempak kat kantin ke , hostel ke , mesti die senyum kat aku . Kahkahkah .

Eyh , nanti aku sambung lagi ! Aku sambung pasal kenakalan aku kat kelas pulak ! Got to go now sebab aku nak mandi and solat Zuhur . Stayed tune ! ;)

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...