November 21, 2010

Repentance and Forgiveness ( Part 5 ) - Diploma .




Habis SPM , aku sempat kerja sekejap kat kilang . Masa tu sebab kawan baik aku ajak aku join dia . Aku ok je memandangkan masa tu memang meluap gila nak merasa kerja ni . Tapi tak lama lah sebab aku dapat sambung diploma in Civil Engineering kat Politeknik Port Dickson ( PPD ) .

Sebenarnya , mak aku memang pujuk habis suruh aku ikut jadi cikgu macam dia . Tapi masa tu aku memang dah target , aku taknak duduk dalam kepompong yang sama sebab majoriti family aku memang kerja berkaitan dengan pendidikan ni . Aku memang fight gila lah taknak sambung ambil pengajian pendidikan ni . Nasiblah mak aku paham .

Memula , aku sebenarnya nak sambung ambil course Architecture sebab aku memang minat habisss dengan Architecture masa tu !  Bila dah dapat PPD , aku agak frust jugaklah sebab course CE memang pilihan ke4 kot . 1 - 3 aku pilih Architecture . Tapi kalau memang dah bukan rezeki aku , aku nak buat cemana ? Terpaksalah sambung jugak Diploma in CE .

Pada aku , zaman PPD lah aku banyak buat silap . Really a big mistake . Aku banyak salah pilih jalan hidup time aku belajar kat sini . Bila pikir balik , kekadang aku jadi menyesal sangat . Nasib baiklah aku belum tersasar jauh sangat and masih belum terlambat , kalau tak , aku taktau lah apa jadi kat aku sekarang ni .

Aku taknak cerita in detail apa mistake yang aku buat tapi cukuplah aku cakap , ia memang salah ! Dari sudut apa sekalipun . Kalau boleh pusing masa balik , aku nak patah balik masa aku belajar kat PPD . Nak betulkan balik semua keadaan . Aku nak betulkan kesilapan aku . Rasa macam nak padam sejarah yang dah berlaku masa tu . Memang menyesal sehabis mungkin !

Aku takkan salah orang lain sebab setiap kesilapan yang berlaku tu memang datangnya dari aku . Mungkin sebab aku ni jenis ambil mudah semua perkara masa tu . Tak pernah nak pikir buruk atau baik setiap benda yang aku buat . Tak pernah nak pikir perasaan orang sekeliling atau orang terdekat . Yang tahu hanya kepuasan sendiri .

Tapi aku manusia biasa . Takde satu pun manusia yang sempurna kat dunia ni . Aku buat silap . Aku mengaku . Kesilapan yang memakan diri . Kesilapan yang buat aku sendiri kekadang jadi benci diri aku sendiri . Tapi aku tahu , Allah sayangkan aku . DIA tunjukkan aku jalan untuk aku perbetulkan kesilapan yang buat . Terus aku keluar . Keluar mencari jalan yang diredhaiNya .




3 tahun aku belajar Diploma cukup untuk aku kutip pengalaman antara erti persahabatan atau mahupun untuk bezakan siapa lawan atau kawan yang sebenar kawan . Macam aku cakap tadi . Aku manusia biasa , memang takkan terlepas dari buat kesilapan . Aku ada buat hati seseorang luka tapi memang bukan niat aku pun . Mungkin sebab aku ni terlalu sangat cepat percayakan orang . Sudahnya , aku sendiri yang terluka . 

Lagipun , aku memang jenis orang yang lagi banyak simpan dari bercerita apatah lagi untuk cuba menegakkan sesuatu kebenaran . Itu bukan aku . Aku banyak simpan dan akur dengan setiap sangkaan atau tuduhan orang terhadap aku . Bagi aku , biarlah apa yang mahu mereka katakan . Janji Allah tahu apa yang berlaku . Untuk apa aku cuba bersuara pada orang yang tidak mahu mencuba atau memberi peluang pada aku untuk berbicara . Diam adalah lebih baik .

Bagi aku , belajar kat PPD ni banyak luka dan duka dari suka . Aku cuma suka tempat ni sebab aku jumpa teman baik aku , Shela , Nini . Tak lupa budak serumah aku . Pae , Hani , Sabrina , Odiey , Ej & Fizah . Memasing pun dah bawa haluan sendiri . Sekarang semua dah sibuk dengan kehidupan memasing . Doa aku , semoga mereka sentiasa meniti bahagia dalam kehidupan memasing dan juga sentiasa dilindungi dibawah rahmatNya . Buat Shela , yang masih bersama aku hingga kini : I love you dearie ! Dah tengok Chanel Jumbo Classic yang i bagitahu you tu ? Keh keh keh . ;)

Korang rasa dah habis ? Dah ? Belum ? 

Jawapan aku : Cerita aku belum habis ! Sebab selagi takde The End kat penghujung cerita , memang belum habis lagi maknanya . Aku kena stop lagi masa ni sebab nak solat Asar . Nanti aku sambung . Entry lepas ni InshaAllah yang terakhir . Entry kemudian ni aku akan ceritakan macam mana aku boleh terjebak gejala skandal balik and macam mana aku boleh berubah and sebab aku nak berubah . Stay tuned ! ( Sori kalau buat korang menyumpah aku sebab cerita aku panjang sangat ! Kahkahkah . :) )

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...