November 17, 2010

Abaya Madness .


Last Sunday , i went to Al-Balad again . ;) . Kalau pergi Al-Balad ni , tak lain tak bukan , mestilah aku pergi tempah abaya lagi . Lama dah tak beli abaya baru . Lagi pulak , abaya yang sekarang aku ada ni ... hehehehehe ... ada yang aku suka pakai and aku jarang pakai dah . So , pegi tempah yang barulah .

Abaya yang baru ni , aku order 2 helai . Yang satu tu , memang dah lama usha . Dapat inspirasi pun dari teman baik , Amal . Kebetulan terjumpa design yang lebih kurang dengan yang Amal memang dok idam sangat . Design abaya tu , sulam dekat bahagian tangan dengan bahagian bawah abaya . Memang cantik . Lengan aku mintak orang kedai tu buat lengan puffy kembang and ada butang kat hujung . 

Pada aku , ada butang , senang . Lagi nampak sopan dari lengan besar and lengan besar yang kekadang boleh jatuh and buat nampak lengan kita . Itu kan aurat . Rasa bersalah kalau macam tu . Itu yang buat abaya baru ni , aku prefer biar ada butang kat hujung . So , takdelah lengan abaya terselak-selak lagi plus senang untuk aku ambil wuduk kalau solat dekat luar . 

Lagi satu design tu pulak , dekat bahagian tangan , kembang jugak tapi takdelah besar macam yang tadi . Yang ni , kembang ikut tangan lah . Takde kembang kat hujung lengan . Yang ni pun ada butang kat hujung lengan . Design yang ni , aku lebihkan manik-manik dekat hujung lengan dengan kat bahagian dada sampai lah ke bawah kaki . ( Korang boleh imagine ke ? Hehehe . )

Nanti kalau dah siap , aku upload lah kat blog . Wajib wooo sebab Amal nak tengok . Saja nak bagi dia sumber inspirasi and bagi dia cuci mata sikit . Muahahahahahahah . ;p . Aku ni , sejak tahu abaya boleh tempah ikut ukuran badan , aku takde beli lagi dah abaya yang dah siap . Ikut ukuran badan lagi selesa . Sebab biasanya kalau beli yang dah siap , kekadang terbesar , takpun terkecik sangat . Kalau tempah pun , takdelah sampai sebulan nak kena tunggu , dalam dua minggu dah siap . Dah boleh ambil . Kejap kan ? ;)

Lepas dah tempah abaya , terus kiteorang pergi cari kopiah Omani . Kopiah ni sebenarnya , pak sedara dah tempah awal-awal lagi dari laki aku . Banyak kali dah dia pesan . Memandangkan kebetulan , mak abah aku buat Hajj tahun ni , jadinya boleh passed dekat mak abah and dorang akan passed ke pak sedara aku tu . 

Aku sebenarnya taktau pun kewujudan bermacam jenis kopiah ni . Yang aku tahu , kopiah putih yang selalu orang buat solat tu lah . Kalau macam Omani ni , kira aku memang baru tahu sangat lah . Bila dah beli , baru aku tahu , kopiah Omani ni memang lain dari yang lain . Tak sama dengan kopiah putih yang biasa kita tengok tu . Kopiah Omani ni memang mahal lah sebab kualiti dia memang tip top ! Lagi satu yang membezakan kopiah Omani ni dengan kopiah yang lain ialah ... kopiah Omani ni , design dia agak tinggi . Kiranya , kalau pakai tu , takdelah melekap betul ikut bentuk kepala . ( Macam tu eyh biebie ? ;p )

Lepas dah siap beli semua barang , baru gerak balik . Biasanya kalau dah keluar macam ni , memang kiteorang akan makan kat luar je lah . Kalau makan dekat luar ni aku paling lemah kalau aku yang kena pilih tempat makan ! Hukhukhuk . Bukan sebab takde tempat makan yang best tapi sebab banyakkkkk sangat tempat nak makan . Sampai satu tahap rasa macam nak makan dekat semua kedai makan yang kiteorang tahu . ;p

Kebetulan pulak , sehari sebelumnya tu , tekak aku mengidam banyak benda . Serius mengidam gila . ( Ini bukan sindrom ibu mengandung ye kawan-kawan . ;p ) . Memula tu , aku teringat Java Chip dekat Starbucks . Then , teringat pulak burger mushroom dekat Hardees . Lepas burger , teringat pulak chocolate milkshake dekat Joe's Dine . Dah teringat chocolate milkshake , automatik terus teringat dekat Oreo Madness dekat TGI Friday . Sudahhhhhhh , banyak sangat nih ! Dah macam mentekedarah dah aku ni . Heh heh heh .

Dalam banyak kedai makan tu , tetiba aku lak boleh suggest kiteorang pergi makan dekat Asian Restaurant . Padahal takde kena mengena pun dengan makanan yang aku dah idamkan sangat tu . Bila suggest dekat laki aku , dia jadi pelik . Muahahahahahaha . ;p . Last terus kiteorang pergi makan dekat TGI Friday sebab restoran ni memang jalan yang kiteorang lalu untuk balik rumah . Kira senanglah . Takdelah nak kena pusing sana sini . Satu jalan .



TGI Friday .

Korang nak tahu apa salah satu sebab aku suka duduk Jeddah ? Teka ? Teka ? Hmmmm ... kalau korang nak tahu , salah satu sebabnya selain dekat nak pergi buat Umrah or Hajj , aku suka duduk Jeddah sebab dekat sini korang tak payah risau kalau pegi restoran mana-mana nak makan and pikir , restoran tu halal ke tak . Itu salah satu kelebihan duduk negara yang memang mengamalkan Islam itu sendiri . 

Bukan nak kata Malaysia tu tidak mengamalkan Islam tapi korang tengoklah apa dah jadi sekarang dengan Malaysia . Serius aku tak suka . Lagi-lagi kalau bab makanan . Sekarang makin menjadi-jadi . Kes ayam sembelih tak betul lah . Logo halal meragukan lah . Makanan campur bahan tak halal lah . So , macam mana tu ? 

Kalau kat sini , restoran macam TGI Friday dan seangkatan , memang halal . Takde nak campur dengan arak sebab negara Saudi memang mengharamkan kemasukan arak dalam negara dorang ni . So , memang korang takkan jumpa arak lah kat sini . Takde orang jual langsung or else kau meringkuk dalam penjara !

Kalau kat Malaysia ? Macam baru-baru ni  , kes TGI Friday lah , kena serbu dengan Jabatan Agama sebab daging ke ape ke , memang staff dorang mengaku masak guna arak ! Adoilahhhhhhhh . Macam steak . Dorang rendam or perap steak dengan arak . Alasan yang dorang bagi sebab nak buat steak tu lagi sedapppppppppp ! Apakah ??? Ok . Taknak komen banyak-banyak pasal isu ni . Kang aku kena ISA pulak . Hukhukhukhuk .



Oreo Madness .

Haaaaaa ... tu lah Oreo Madness . Sedappppp woooooookkkk !!! First time makan , terus aku jatuh cinta . Oreo Madness ni , memang lapis atas & bawah tu , memang biskut Oreo betul . Yang dekat tengah-tengah tu , aiskrim vanilla . Topping letak chocolate syrup plus caramel . Kalau datang sini , memang ni lah menu wajib yang aku mesti order & melantak !



Buffalo Wings .

Selain Oreo Madness , aku mesti order Buffalo Wings . Adalah dalam 6 ke 8 ketul ayam kot dalam pinggan tu . Kira kenyang lah untuk aku . Nak order berat sangat , kang aku tak habis pulak . Kalau tak habis makan , nanti aku ada pensyarah khas pasal pembaziran ni . Muahahahahaha . ;p



Pasta Cajun Shrimp & Chicken .

Pasta ni pulak memang kegemaran laki aku lah . Ini menu wajib untuk dia . Kalau makan sini , memang ni lah dia akan makan . Pasta ni sekali dapat dengan slice bread tu . 

Aku taktaulah kan , aku rasa TGI Friday sini memang murah compare dengan Malaysia . Kalau makan sini , biasanya mesti less than 100 riyal . Cuba kalau dekat Malaysia ? Mesti kekadang makan dua orang pun boleh sampai RM150 . Kekadang bukan soal murah ke mahal tapi makanan yang dimasak tu sendiri tak halal . =_____=



Family Section .

Kat sini , kalau pergi mana-mana sekalipun , mesti ada 2 tempat . Family Section dengan Single Section . Memang takkan bercampur lah lelaki atau perempuan . Kalau kat Single Section , penuh lah lelaki Arab yang ... ehem ... ehem ... boleh tahan . ;p . Kalau kat Family Section , biasanya yang datang satu family dengan geng-geng perempuan . Hidup kat sini lagi untung and banyak kelebihan siapa yang datang dengan family or orang dah berkahwin . Kelebihan banyak . Jangan tak tau , kekadang kalau weekend , lelaki single dilarang sama sekali masuk ke shopping mall okeh ?? Sebab weekend is for family . ;)

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...