November 7, 2010

Aku Tak Suka . Fullstop !



Haaaaa ... itu status aku kat Facebook hari Khamis minggu lepas . Masa tu memang aku dah tahap jadi hilang sabarlah bila aku dapat Friend Request yang entah dari sesiapa . Banyak pulak tu . Kalau setakat dua tiga orang , ok lah lagi . Ini ....

Haih . Aku memang hilang kesabaran betul lah ! Tak faham langsung dengan orang macam ni . Main petik je akaun Facebook orang nak cari downline or orang bawahan . =_____=

Aku memang dari dulu tak suka benda macam ni . Cakaplah apa sekalipun , pendirian aku tetap sama . Takkan berubah pasal MLM ni . Lagi menyampah kalau yang taksub sangat ambil gambar dengan duit banyak-banyak tu , lepas tuh tagged gambar tu kat orang ramai . Taksub sangat dengan duit ! Ingat duit tu boleh bawak ke alam kubur ke ? Ingat dengan dapat duit macam tu , boleh selamatkan lah dari kubur ? Takpun , ingat duit tu boleh memberi kebahagiaan ke dalam alam kubur ? Noooo wayyyyyyy !

Aku dah banyak kali baca artikel pasal MLM ni . Hukum perniagaan ni memang HARAM . Takde nak kata halal or apa sekalipun melainkan MLM yang dijual tu memang produk dia mendatangkan hasil dan memang ada marketing yang tinggi kat pasaran . Itu lainlah .

Ini aku tengok , ada MLM , bukan jual produk sangat pun . Konon lebih kepada bonuslah . Aku pun tak faham sebenarnya . Kenapalah nak sangat jadi kaya ek ? Kenapa ? Kenapa ? Cuba bagitahu aku .

Tapi ... itulah . Dah kata manusia . Manusia ni ada yang takkan pernah rasa puas dengan apa yang dia dah ada . Kekadang orang macam ni boleh dikategorikan macam tak bersyukur pun ada jugak pada aku . Sebab asyik pikir macam mana nak jadi kaya , nak banyak duit , nak itu , nak ini lah ! Haishhhhhhhh . Menyirap pulak aku rasa sekarang ni ...

Orang yang banyak duit tu pun korang ingat bahagia sangat ke ? Kita je ingat orang kaya ni hidup bahagia tapi hakikatnya ? Allah je lah yang tahu . Bukannya apa , setengah orang kaya ni akan rasa mereka ni 'kehilangan' sesuatu . 'Kehilangan' tu sama ada mereka tidak ingat kepadaNya atau hidup tiada privacy .  Faham tak maksud kat sini ?

Tak salah nak cari rezeki lebih tapi biarlah dengan cara yang betul . Bukan dengan cara , sebagai contoh : Melabur 10k , lepas tu jual prduk takdela megah mana pun , selain kena cari downline , tup tup nanti mulut jadi tanam tebu tepi bibir cakap nanti dah dekat 20 downline boleh dapat 50 k ! Aiyorhhhhhhhh . =______=

Sekarang aku tengok benda ni dah jadi penyakit dekat masyarakat Malaysia . Lepas tu , jangan tak tahu , semalam aku ada baca satu blog ni pasal penipuan MLM ni lah . Yang diasaskan oleh AC Mizal . Lama jugaklah aku dok menelek dan membaca satu persatu kat blog tu . Dengan bukti and gambar yang ada , ternyata AC Mizal ni dah macam menipu jugaklah . Aku geleng kepala jek . Jadi kesian siapa yang join MLM bawah AC Mizal tu . Kesian . Kesian .

Soal AC Mizal tu , aku taknak komen pepanjang lah sebab kita sebagai umat Islam ni , lagi bila yang dah besar panjang ni , pandailah pikir sendiri akibatnya kalau duit yang kita dapat or sumbernya itu adalah tidak halal dalam agama Islam . Patutlah sekarang ni , AC tu dah kaya raya , dengar cerita dah pakai kereta Bentley ( ni dah kira kayalah sebab Bentley bukan murah . Paling cikai pun , harga atas jalan dekat Malaysia dekat sejuta tuuuuuuu . Isk isk isk . ) sekarang ni . Menipu orang ramai . Haih . 

Apelah nak jadi dengan manusia sekarang ni ek ? Korang yang tengah baca ni , if ada join MLM , pikirlah elok-elok . Kena ingat , pintu taubat tu sentiasa terbuka kepada setiap hambaNya . Bertindaklah sebelum terlambat sebelum korang akan rasa menyesal tak sudah seumur hidup ! =_____=

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...