December 25, 2010

Aku Selalu Mimpi Aku Boleh Terbang!



As'salam.

Hi peeps! How your weekend? And how about the people yang celebrate the Merrier Christmas? How the eve going? Just hope everything going well. ( senyum )

Oh, cakap pasal Christmast ni, aku nak share link ni dengan korang sebab ramai yang keliru sama ada salah atau tak or haram atau tak, sama ada kita memberi ucapan atau menerima ucapan Krismas ni dari kengkawan. 

Apapun, aku tarik balik dengan segala ucapan Krismas aku. Maaf.

Ok. Harini aku nak share dengan korang pasal something. Bercerita pasal something memandangkan perkara ni kerap sangatlah aku alami. Hiks.

Tengok tajuk pun korang memang dah boleh tahulah apa aku nak cakap harini kat entry blog ni. Huhuhu.

Orang selalu cakap, mimpi tu sekadar permainan tidur kan? Tapi pada aku, ada jugak mimpi tu datang sebagai satu petanda untuk sesuatu perkara. Like something bad will happen ke, ape ke. Kekadang boleh dapat petunjuk dari mimpi yang kita dapat.

Meh sini aku bagitahu korang. Ni kira pengakuan ikhlas lah dari aku. Aaaaaa ... aku kan selalu mimpi aku boleh terbang! Ye. Aku mimpi aku boleh terbang like a Superman, like a bird. Kalau mimpi boleh terbang ni, tandanya apa pulak? ( merepek aku ni! )

Ok. Kalau rasa nak gelak guling-guling atas lantai, silakan. Aku tak kecik hati. Sobs. T_T

Merepek gila kan apa yang aku mimpi ni? Tapi itulah hakikat. Aku selalu mimpi benda mengarut macam tu lah. Orang kata mungkin sebab aku tak basuh kaki or whatsoever tapi ... kalau da buat tapi still aku mimpi aku boleh terbang, nak buat macam mana?

Ke aku ni banyak sangat daydreaming???? Sobs lagi sekali. T_T

Aku kan kalau dah mimpi aku boleh terbang ni, selalunya dalam mimpi tu mesti aku selamatkan orang and bawak orang tu pergi tempat yang lebih selamat. Asal mimpi terbang je, mesti aku selamatkan orang. Asal terbang je, mesti kerja selamatkan orang je lah. =_____=

If tak selamatkan orang, mesti aku nak selamatkan diri dari raksasa. Pernah je sekali tu, aku mimpi aku boleh terbang and masa tu aku nak selamatkan diri aku dari raksasa berbentuk cendawan! Nak tahu mana datang raksasa cendawan tu?

Dari game yang aku main. Dalam game tu, ada satu level tu memang aku kena lari dari raksasa yang bentuk cendawan. Level tu agak susah lah sebab raksasa cendawan tu boleh sembur api dan sangat laju tapi aku pulak terkedek-kedek lari. Asyik mampus je tak lepas-lepas dari level tu tapi sumpah lahhhhh ... aku memang tak ingat apa nama game tu! =____=

Then, ada sekali tu jugak, aku mimpi aku boleh terbang pergi travel sana sini without kena naik flight. Tak bazir duit. Tak payah minyak. Tak payah tol. Dalam mimpi tu, if aku nak pergi memana, aku just kemas baju letak dalam bagpack dan ... syuhhhhhhhhh ... terbang lah aku ke mana-mana sekalipun!

Melampau betul lah kau ni Nailah! Nampak sangat banyak berangan! Kau nak mengaku ke tak? 0_o

Mana ada aku berangan di siang hari. Takde. Tak tipu punya. T_T

Nak tau the latest bila aku mimpi aku boleh terbang? Haaa ... Rabu ke Khamis haritu lah! Aku mimpi aku boleh terbang. Dalam mimpi tu, aku tak mimpi boleh terbang sebab nak lari dari raksasa or terbang nak pergi vacay ke apa tapi as usual, aku selamatkan orang.

Syiok gila aku mimpi yang aku dapat terbang sampai tengah syiok dapat terbang tu, tetiba aku tersentak bila ...

" Ayang, tu apehal air liur basi penuh kat pipi tu? "

Perghhhhhhhhh ... penuh okeiiii ! Aku dengan muka blur bangun tidur, selamba je kesat air liur yang penuh kat pipi dengan tangan. Kahkahkah. 

Teruk gila betul aku ni kalau sampai mimpi keluar air liur basi. Kalau sikit, takpelah jugak. Ini ...

Sudahnya, sepanjang hari laki aku dok point jek aku dengan modal air liur basi tuh. Ciss!

Haishhhh ... apelah aku ni kan? Tak sudah mimpi mengarut. Anyone yang ada petua tak dari mimpi mengarut macam ni selain basuh kaki, ambil wuduk?

Bukan tak suka tapi kalau dah mimpi sampai keluar air liur basi ... kahkahkah.

Dah lah! Taknak cerita dah sebab aku boleh nampak korang dah gelak! Aku boleh nampak korang dah sengih-sengih! Takpe. Takpe. Sobs. T_T



aku : Yeahhh! Sekarang dah boleh chat free kat PingChat. Anyone yang pakai BB, iPhone or Android, boleh lah install and create ID. Then boleh chat. Lepas ni, makin rancak lah aku bergosip dengan BFF tersayang. Happynya! :P

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...