December 24, 2010

Pertemuan MokMok dengan 'Kekasih Hati' .


As'salam.

Sila jangan tertipu dengan tajuk. Mesti korang ingat aku bawak MokMok jumpa girlfriend kan? ( sebenarnya kan ... sampai sekarang aku masih confius dan tak tahu lagi yang kucing aku ni betina ke jantan. Aku rasa macam jantan tapi laki aku pulak cakap sebaliknya. Kesian tak? Hohohoho. =____= )

Ok. Semalam, aku bawak MokMok kesayangan pergi jumpa vet sebenarnya. Sepatutnya, jumpa awal bulan haritu sebab Vet seawal lagi dah stamp pad dalam buku kesihatan MokMok supaya bawak dia dalam 11 December haritu tapi disebabkan kesibukan yang melampau tak tahu punca apa sebenarnya, selebihnya lebih kepada sifat tangguh, barulah akhir bulan ni, berjaya bawak MokMok ke HappyPets lagi.

Ya. HappyPets ini akan menjadi macam panel klinik haiwan untuk si makhluk berbulu putih itu. Secara rasmilah sebab kami berpuas hati dengan segala perkhidmatan yang disediakan juga perkhidmatan yang telah disediakan. Segalanya ... Alhamdulillah. Terbaik dan kami sangat berpuas hati.



Siapa nampak pintu itu ada bentuk seekor kucing persian, seeekor lagi kucing kampung?

Istilah yang aku sendiri cipta. Kalau kucing tu bulu sikit, aku main suka hati je letak ... okeiii itu adalah kucing kampung. Manakala kucing yang berbulu tebal dan kadangkala datang dengan muka kemek seperti sengaja dipenyekkan itu adalah kucing persian atau kucing parsi. Hiks. :P

Kami bawak MokMok selepas selesai solat Maghrib. Nasib baik masa tu, orang tak berapa nak ramai sangat. Cuma, paling tak best, orang yang bawak kucing untuk rawatan sangat sikit berbanding orang yang bawak anjing.

Sampai sekarang aku masih tak paham konsep agama Islam itu sendiri pada orang-orang Saudi. Boleh tak korang bayangkan, ada setengah pelanggan yang datang sini dan bawak anjing itu adalah orang Saudi yang beragama Islam. Boleh bayangkan tak muka aku macam mana?

Bila tengok banyak kali, boleh buat aku jadi menyampah! Memanglah setengah anjing itu sangat comel seperti anak patung, takpun ada yang comel seperti mop lantai tapi .... haram tetap haram. Sampai sekarang aku masih tertanya lagi dengan diri sendiri, mazhab manakah yang mereka pakai sedangkan dalam Al-Quran sendiri dah nyatakan yang anjing itu haram. =____=

Ada sesiapa yang boleh beri aku penjelasan tak tentang perkara ini?



Kaunter pendaftaran.

Baiklah. Kembali ke cerita asal. 

Sampai je sini, seperti biasalah, macam mana korang datang klinik biasa untuk kita manusia, macam tu lah kalau datang klinik haiwan ni. Kena pergi kaunter and daftar. Masa pertama kali datang dulu, kalau datang kena bagi no telefon sebab staff akan track rekod based on phone number. Tapi aku tak pernah ingat no telefon Saudi aku. Muahahahahaha. :P

Walaupun no senang tapi tetap tak ingat. Tak tahu kenapa. 

Sekarang dan seterusnya kalau datang sini lagi, dah tak payah bagi no phone lagi dah sebab dah ada buku kesihatan rasmi yang Vet sendiri bagi kat aku. Aku pun dah pernah tunjuk dalan entry yang lepas. Siapa yang tak pernah tengok entry tu, sila korek yek? 0_o

Kali ni datang, MokMok dapat turn yang ke 7. Tapi masa tu yang masuk dah no 4. Jadinya, takdelah lama mana kami nak kena tunggu. Yang si MokMok ni dalam sangkar dah buat muka seposen. Muka takde mood. Muka takut. Muka segala-galanya lah!

Bila sampai turn, seperti biasa ... MokMok akan keraskan badan dalam sangkar. Punya lah takut taknak keluar dari sangkar sampai memaksa Vet itu sendiri tarik dia keluar dan pujuk memujuk. Bila dah dapat keluarkan dari sangkar dengan cara memaksa, bolehlah nampak badan dia start bergegar-gegar. Kahkahkah.

Atau erti kata lain, shaking atau menggigil. Vibration. Mulalah tak keruan kucing aku tu. Kejap toleh kiri, kejap toleh kanan. Kali ni datang, MokMok kena dua injection sekaligus! Satu injection tu macam injection Rubella. Bagi protection and tambahkan antibodi dia. Then lagi satu tu, 3 in 1 punya injection untuk protect organ dalaman dia. 



Vet bersiap sedia untuk memasukkan vaksin ke dalam picagari. Dia pulak mata dah bulat!

Masa first time datang sini and dapat injection, dia takde nak meragam sangat tapi nampaknya kali ni, seakan meragam dan pandai rasa sakit. Mana taknya, lepas je Vet tu cucuk, terus dia cengih. Cengih ni bahasa utara. Maksudnya dia marah lah. Hehehe.



Masa ni cool lagi. Steady lagi tak marah. Tapi lepas Vet cabut injection tu .. apa lagi ...

Bila dah ambil injection ni untuk dia, lepas ni takde injection lagi dah. Injection yang sama ni kena ambil balik semula untuk tempoh setahun. So, tahun depan lah bawak dia lagi datang sini untuk treatment yang sama.

Jaga kucing ni sama macam jaga manusia. Siapa yang teramat cintakan makhluk berbulu begini, tahulah betapa kos untuk rawatan ini semua memang mahal tapi atas dasar suka dan sangat cinta, tak jadi hal lah! Hihihi. 

Kali ni datang, tak lupa untuk tanya perihal nak sunatkan si MokMok ni. Bukannya apa, kalau musim mengawan dia datang .. mak aiiiiiiii ... letih kau nak melayannnnnnnnn! Asyik dok mengiau jek memanjang buat suara nak mengawan. Boleh naik rimas okeiiii! 

Harga nak sunat memang sangatlahhhhhhhh boleh tahan. Nampaknya kena tunggu tahun depan jugaklah baru boleh sunat. Sekarang duit sangat terhad. Banyak untuk saving. InshaAllah, kalau ada rezeki si MokMok ni, sunatlah dia. 

Aku pulak eksaited nak tunggu dia disunatkan sebab kalau korang nak tahu, kucing kalau sunat atau dimandulkan, potensi untuk kucing korang jadi gemuk seperti garfield itu sangat tinggi ye kawan-kawan. Siapa yang taknak kucing gemuk dan sangat comel seperti Garfield kan? Dengan perot boroi, badan bulat ... geramnyaaaaaaaaaaaaaaaaa! 

Oh ya, berat MokMok dah naik nampaknya. Walaupun tak banyak tapi itu adalah perkembangan yang baik. Tee hee. ;)

Selamat berhujung minggu untuk korang di Malaysia. Selamat menyambut Hari Natal buat mereka yang menyambutnya. Hujung minggu aku dah tamat. Esok bermula hari biasa buat kami berdua kat sini. 

Jumpa lagi. Masalamah!

No comments:

Post a Comment

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...