December 25, 2010

Kronologi Aku Dengan Sehelai Kain Bernama Tudung.



Siapa kata wanita bertudung tu tak cantik? 0_o

As'salam.

Entry sebelum ni aku cerita tentang mimpi merepek-juga-versi-mengarut aku. Kali ni, aku nak cerita tentang macam mana aku boleh terbuka hati untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan aku yang Satu, Allah SWT.

Aku start sekolah darjah 1 kat Sekolah Kristian or familiarly known as Convent school. Am i proud to be Convent girl? Neverrrrrr! Sampai sekarang aku masih tak paham, kenapa certain people sangat bangga bila dia sekolah Convent. Bangga semacam aku tengok. Like macam dengan hidung kembang, seluar koyak bila orang tanye : " Sekolah mana dulu? " . Dan dengan rasa angkuh bajet macam hebat sangat kalau dari Convent school itu. Sigh.

Aaaahhh ... memasing lah kan. Siapa terasa, nasiblah. Ini ruang aku. Aku bukannya apa. Annoying okeiii! Aku bukannya takde kengkawan yang dari sekolah Convent, ramai jek but ada certain tu ... perghhhhhh ... bukan main berlagak konon macam sekolah Convent tu macam Harvard University. Boleh blahhhhh! :P

Ok. Bila sekolah Convent, automatically aku rasa lagi prefer pakai baju pinafore dari baju kurung. Nasib baik sekolah kat situ tak lama sebab lepas tu terus pindah ke Johor dan dari sekolah kat Johor lah aku pergi sekolah pakai baju kurung.

Kata masa tu kecik lagi kan. Takde initiatif pun nak pergi sekolah sekali dengan pakai tudung. Free hair je sudah. Senang. Lagipun masa tu, mak aku takdelah nak ambil pusing sangat sama ada aku nak  pakai tudung ke tak. Plus masa tu ... ehemmmm ... bendera Jepun belum berkibar lagi.

Bila naik sekolah menengah, automatically pergi sekolah pakai baju kurung dengan tudung sekali. Walaupun pergi sekolah pakai tudung, still kat luar, aku free hair lagi. Takde nak ambil port sangat dengan nak bertudung bagai lagi. Then, masa tu pulak zaman kegemilangan 'jahiliah' aku. Lagilahhhh takde maknanya aku nak bertudung!

Sampailah aku habis SPM, sambung Diploma and jugak sampai aku merantau ke Penang mencari rezeki. Heh!

Boleh kata, mak aku start bising and tegur pasal tudung ni, bila aku somewhere masa tu dah habis Diploma kot. Tapi mak aku takdelah nak pressure ke ape. Cuma sekadar tanyalah : " Bila nak pakai tudung? Umur dah berapa? " .

Macam tu jelah. Lagipun mak aku paham sangat, aku ni bukan jenis boleh nak paksa. Tapi masa tu, apa mak aku cakap sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Aku sekadar jawab : " Nantilah! ". Macam tu je lah. Takde buat perjanjian apa sekalipun.

Bila dah bekerja pun sama. Mak still tanya perkara yang sama. Jawapan aku tetap sama : " Nantilah. " .

Sampailah aku jumpa and kenal laki aku. Eeeehhh ... nanti dulu. Jangan ingat aku pakai tudung sebab dia okeiii. Tidak sama sekali. Itu aku tak setuju. Masa kawan dengan laki aku, aku still freehair. Tiada istilah nak bertudung lagi pada aku masa tu.

Tapi kan, masa first time dia nak bawak aku balik kampung, suka ke tak, aku pakai tudung sebab ... hehehehe ... biasalah, kata balik kampung kan. Kenalah sesuaikan keadaan. Lagi pulak masa tu, ada kenduri dekat rumah dia. So, konon macam ikut temalah. KONONnya lah!

Tapi sebagai manusia pun, pakaian tu sendiri kita kenalah ikut keadaan semasa. Takkan lah datang kenduri rumah orang nak pakai skirt bagai pulak kan? Eeeeh, aku tak pakai skirt eyh! Short aku pakai. Skirt tak pakai. Hehehehe.

Takpun, takkan lah contohnya like sekarang lah, tengah winter salji tebal, korang nak keluar pakai mini skirt stok paling pendek dengan baju nampak pusat? Kan ke pelik bila orang tengok. Gila ke apa? Sejuk berdengung tapi kau boleh nak pakai baju macam tak cukup kain. Kau ingat fesyen. Takde maknanya! Buat orang gelakkan kau, adalah! Kahkahkah. T_T

Even dah tunang pun aku still freehair. But not so fully lah sebab masa tu aku dah prepare diri untuk bertudung. Like macam on off lah pakai tudung. It was bad ok. I am so bad that time. It was my mistake pun sebab on off but past is past kan. I take it as lesson for future.

Until few weeks before aku kahwin. Like macam aku tergerak hati and terpikir sendirilah, until when aku nak freehair? Macam mana kalau aku tak sempat nak pakai tudung and masa tu, Allah dah tarik nyawa aku? And macam mana nasib aku kalau Allah tarik nyawa aku tanpa aku sempat menutup aurat as apa yang diperintahkan olehNya? 

Yesss it come sendiri perasaan tu semua. Sebenarnya pada aku, itu tak dikira as sampai seru or whatsoever tapi benda tu sebenarnya datang dari kita sendiri sebab segala perasaan buruk like macam kata tak bersedia ke, tak sampai seru ke, itu semua hanyalah semata kita masih tewas dengan hasutan syaitan. Nauzubillah.

Aku bersyukur sebab Allah beri aku petunjuk awal. Bila dah kahwin, automatically, aku jadi terus nak keluar pakai tudung. Automatically okeiii sebab aku rasa masa tu, kalau aku keluar tak pakai tudung jadi rasa pelik dan rasa macam semua orang pandang pelik kat aku. Bolehhhh??? :p

Lagipun, kita sedia maklum, tanggungjawab kita sebagai isteri itu sendiri adalah menutup aurat dari pandangan bukan muhrim. Sebab kita cuma punya hak laki kita jek. Bukan orang luar. Lagipun, sebagai isteri jugak kita kena hormat suami. Paling utama mestilah jatuh, kita hormat pada agama kita sendiri.

Sebab menutup aurat itu adalah tuntutan agama kita pada Tuhan. Pada Allah kita yang Satu.

Untuk sesiapa yang dah berkahwin tu, kalau laki ada tegur perihal tudung, ikutlah kata suami atau laki kita. Percayalah, korang takkan rugi apa. Malah korang akan rasa lebih bahagia. Rasa tenang. Jiwa pun tenang.

Lagipun, ajal kita, kita tak tahu bila. Janganlah sampai, kain kafan adalah kain pertama dan terakhir yang menutup aurat kita. Takutlah dengan hukuman Allah. Ajal kita tak kira masa. Tak lambat seminit, tak cepat seminit sekalipun.

Sebenarnya, pada aku lah, pakai tudung ni kena tanya hati kita sendiri. Sebab ia tuntutan agama. Urusan kita dengan Allah. Takde kaitan dengan seru ke, belum tiba masa ke, tak terbuka pintu hati ke, or apa sekalipun lah. Semuanya dari hati kita sendiri. Bagaimana kita berjaya mengawal diri kita dari terpengaruh dengan syaitan laknatullah!

Sebelum aku sepenuhnya pakai tudung, aku selalu terpikir, apa jadi kat aku kalau aku mati tapi aku tak sempat nak berubah. Sampai bila aku nak tunggu seru? Kononnya lah ... Takut gila kalau mati tapi takde bekalan langsung. 

Even dah pakai tudung pun sekarang, aku masih tertanya-tanya lagi dan masih takut dengan nasib aku di alam kubur. Allah ampunkan ke dosa aku? Allah terima ke segala ibadah aku? Nasib yang memang aku takkan tahu selagi belum terpisahnya nyawa aku dari jasad ini.

Apapun, untuk korang yang masih belum memenuhi tuntutan agama, berfikirlah secara rasional. Jangan ikut kata hati sangat. Sebab ajal kita tak mengira masa. Buatnya bila cakap, tahun depan lah nak berubah pakai tudung tapi buatnya lagi sejam ajal kita tiba, jawapan apa kita nak bagi pada Mungkar dan Nangkir bila disoal tentang ingkarnya kita pada suruhanNya? Nauzubillah.

Doa aku, semoga korang mendapat cahaya dan hidayahNya. Semoga juga, semua amalan dan ibadah diterima olehNya.

Beringat, segala amalan tidak kira jika korang solat cukup 5 waktu sekalipun, amalan itu tidak akan diterima selagi ia tidak seiring dengan perintah Allah yang lain iaitu menutup aurat. Sama jugak bila dah pakai tudung, tapi tidak solat 5 waktu. Solat dan menutup aurat adalah seiring. Kena seiring dan sejalan. Macam lagu tu Uji dengan siapa entah yang laki tu ...

Sekarang, tanda-tanda kiamat kecil kebanyakannya kita dah nampak. Beringatlahhhhhhhhhh sebelum terlambat ...

Masalamah!

2 comments:

  1. my bff skolah convent tp sntiase bertudung, sepupu sye skolah maahad smpai form 5 tp freehair..bg sye didikan d umh la yg maen kn peranan.. =)

    ReplyDelete
  2. Cahaya Kemuliaan - Pada saya. semua tu dari diri sendiri. Kadang didikan rumah dah molek tapi individu yang tiada pembawakan diri pada jalan yang betul. ;)

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...