December 26, 2010

Nak Hidup Jangan Takut Dengan Kata Nista Orang!



Try to bring me down? You wish! Sigh.

As'salam.

Harini lunch seorang diri sebab laki sibuk kat office. Tak sempat nak balik lunch katanya. ( padahal nak cover sejam time lunch sebab pagi tadi dia masuk office lambat. Hahahaha )

Harini aku rasa perut aku jadi macam lapar semacam. Tak tahu kenapa. Harini jugak aku jadi blur tak tahu nak masak apa untuk lunch. Ni lah masalah yang selalu di hadapi orang macam aku yang bekerja as fulltime housewife. Bila setiap hari dah masak boleh jadi kekadang dah takde idea nak masak apa.

Sudahnya, aku masak sardin jek. Selalu masak satu tin tapi disebabkan takut tak cukup sebab sardin ni boleh dikatakan kegemaran laki aku. So aku masak dua tin. Tapi tin kecik je lah. Bukan tin besar. Nak buat lagi sedap, aku letak bawang banyak-banyak dan jugak letak kentang. Fuhhhhh ... 

Baiklah. Sekarang memang perut dah penuh. Kenyang. Tapi dalam masa yang sama, aku jadi mengantuk. Sangat mengantuk sekarang! T_T . Haishhh pelik betul lah. Sekejap tadi lapar semacam sampai perut berbunyi-bunyi. Sekarang dah kenyang, aku jadi mengantuk semacam. Mengapakah? T_T

Aaaaa ... harini borak santai jelah. 

Pernah tak kan, korang mengalami keadaan di mana semua orang nak cakap pasal korang? Mean kerja orang luar asyik nak mencari kekurangan korang lah. Pernah tak? 0_o

Aku perasan lah, penyakit nak mencari kekurangan orang ni bukan setakat pada kita je orang Melayu tapi semua macam tu kot aku rasa. Kenapa ek? Pelik tak? Menyampah tak bila ada sampai satu tahap tu, apa yang kita buat semua tak kena kat orang. Orang pulak asyik nak memperkatakan sesuatu yang memanglah sangat tidak enak di dengar kat telinga kita yang sungguh comel ini. ( apakah? Telinga comel? =___= )

Aku bagi contoh lah kan.

Dulu masa mak aku hidup sorang. Hidup jadi ibu tunggal. Paham jelah. Memang banyak pancarobanya. Memang banyak dugaan dan cabaran. Kalau tak kuat, tak tahulah apa jadi kat mak aku sekarang. Kan mak? So, boleh jadi, mak ni dikategorikan sebagai seorang yang super sabar dan super tabah!

Aku ingat lagi, masa mak baru pindah Johor. Nak cakap life jadi susah tu takdelah sangat. Alhamdulillah sebab cukup makan dan pakai cuma tu lah. Bila dah jadi dan ada status ibu tunggal ni, ada setengah orang cepat pandang serong sikit. Banyak pandangan yang sinis dari senyuman yang ikhlas.

Paling kelakar bila jadi ibu tunggal ni, akan ada isu, nak ambil laki orang lah, itu lah ini lah. Ahhhh ... mulut manusia bukannya boleh tutup kan? Lain lah kalau mulut botol ke, mulut periuk ke. Hiks.

Tak dinafikan, masa mak aku hidup sorang, ada je yang ... ehemmmmm ... mengata macam-macam. Tapi tulah. Mak aku ni memang jenis takde nak cepat melenting ke apa. Dia kalau dengar orang bercerita buruk pasal dia, hanya diam.

Paling teruk pun, kalau aku nak tau mak aku agak dah kurang kesabaran bila tengok dia menangis setiap kali habis solat. Itu je lah. Mak aku memang jaranglah nak tunjuk yang dia sedih atau ada masalah apa sekalipun depan anak-anak dia.

Tapi itu dulu lah. Sekarang? Alhamdulillah. Mak aku dah boleh tersenyum bahagia dengan apa yang dia ada sekarang. Macam haritu. Masa buat kenduri sebelum mak abah pergi buat Haji. Ada sorang kawan baik mak ni. Aku kenal sebab dia merangkap ustazah aku kat sekolah rendah dulu.

Kata dia pada aku :

" Alhamdulillah. Senang dah mak sekarang. Dulu susah. Hidup sorang. Nasib baik mak banyak bersabar. Mak awak kuat. "

Sambil ustazah tu cakap, sambil dia tengok mak aku yang masa tu tengah busy melayan tetamu yang datang. Aku senyum je lah sebab ada benarnya dengan apa ustazah tu cakap.

Kita hidup ni, kalau selalu sangat nak tunduk dan mengalah dengan apa yang orang cakap kat kita, memang susah. Sebab kita kena tahu yang kadangkala, orang yang asyik cakap tentang kekurangan kita, orang tu pun sendiri bukan betul sangat pun. Kan? 

Tapi kekadang, kena jugak dengar kalau sesuatu yang orang perkatakan tu, ada banyak benarnya dari yang salah. Nak 100% ingat diri sendiri betul pun, tak boleh jugak sebenarnya. Hiks.

Maksud aku kat sini, kalau orang dok mengata kita macam-macam. Bercakap perkara yang kita tak buat. Bercakap tentang kekurangan diri kita. Macam tu lah.

Dulu masa aku tengah hot bercinta dengan bekas yang pertama, ramai je yang bagi nasihat. Cakap jangan kawan dengan dia sebab dia player. Huh! Memang pun tapi masa tu aku butakan mata, pekakkan telinga. Dah kata sayangkan? T_T

Sebab degil taknak dengar nasihat kawan-kawan tersayang, berlanjutan sampai 7 tahun berkawan. Itupun kejap ok, kejap putus, kejap sambung balik, kejap ok, kejap putus, kejap sambung balik dan terus putus taknak sambung lagi dah. Muahahahahahaha. :P

Menyesal? Oh tidak pernah menyesal. Sebab pada aku, siapa pun dia, dia penah buat aku bahagia juga derita dalam masa yang sama. *hi awak* ( sambil lambai kat dia kalau lah dia baca blog aku ni dan aku sebenarnya lebih harap dia tak baca. Hiks. )

Lagi satu, masa aku hot bercintun dengan sorang ni. Tak tahu nak describe relationship tu macam mana sebab terlalu peribadi dan aku taknak mengaibkan sesiapa kat sini. Berkawan dengan dia pun salah jugak sebenarnya tapi hati remaja yang jiwa kosong, tetap buat tak tahu dan tak ambil kisah dengan nasihat kengkawan lagi.

Perhubungan tu berlanjutan selama setahun yang mana terus-terang aku cakap, aku menyesal gilaaaaaaaa dengan perhubungan tu. Serius sumpah menyesal! Sampai sekarang aku masih rasa menyesal hingga satu tahap kalau masa boleh patah balik, aku nak patah balik pegi tahun yang aku kenal dia dan betulkan semua kesilapan aku dengan menidakkan perhubungan itu. ( demmit! )

Itu contohlah kalau orang cakap-cakap pasal kita, kita kena dengar sebab perkara yang orang cakap-cakap tu, kekadang ada banyak kebaikan untuk kita dengar dan seterusnya kita elak dari terus melakukan kesilapan.

Contoh nak hidup tapi tak perlu takut dengan kata nista orang tu pulak like ...

Aku bagi contoh untuk kali ketiga yang pernah jadi kat aku  ...

Masa aku nak kahwin dulu. Bila aku nak kahwin dengan orang yang masa tu boleh kata tak sampai setahun kot kenal. Jangan kata setahun. Kurang dari 6 bulan. Masa tu ada setengah kawan aku cakap :

" Awak tak kenal dia. Baru je kenal. Entah boleh percaya ke tak laki tu! "

" Awak ni biar betul. Laki tu boleh percaya ke? "

" Baru je kenal dah nak kahwin? Biar betul? "

Oh, masa tu memang agak tekanan gila lah! Tapi aku tak gila sebab aku boleh berpikir dengan waras. Kalau sebab alasan baru kenal, memang aku booooo layanlah! 

Habis tu nak lama kenal bertahun-tahun baru nak kahwin? Yang aku kenal and kawan sampai 7 tahun tapi ke laut jugak! Tu apa maknanya? Sigh.

Sekarang, kau tengok lah sendiri boleh percaya ke tak laki yang kau cakap konon tak boleh percaya tu! Kau tengok! Kau tengok! Aku bagi kau tengok sekarang! *emosisekejap*

Senyum happy.

Hidup ni macam roda. Kejap kita kat atas. Kejap kita kat bawah. Aku dah penah rasa turun naiknya kehidupan ni. Nasib baik dah ada laki. So sama-sama mengharunginya. Susah senang bersama. Alhamdulillah. Aku bersyukur dengan apa yang ada.

Sekarang ni, boleh kata aku dah senang, kami dah senang sikit, aku dah steady dan telinga aku jadi kebal bila timbul pulak isu ... ehemmm ...

Isu pisau cukur.

Derghhhhhh ... laki aku kot! Takde isu nya lah. Suka hati aku lah. Laki aku tak bising, kau tak payah nak sibuk. Bolehh?

Aku takkan heran bila ada orang cakap :

" Elehhhh ... laki dia banyak duit, boleh lah! "

A'ah. Laki aku memang banyak duit pun. Kata kerja over to sea. Gaji mestilah berpuluh ribu. Lain lah kau. 

Takpun bila orang cakap lagi : 

" Alaaaa ... belajar sampai degree tapi duduk rumah! "

At least aku belajar sampai Degree. Kau ada apa? Meh bagitahu aku sikit. Aku nak tahu apa yang kau ada. Sigh.

So? Apa masalahnya? Ada aku kisah? :P

Hidup aku, biar Tuhan aku yang Satu tentukan. Aku takkan tunduk dengan kata-kata nista orang. Ini hidup aku. Aku punya hak itu. ( senyum )

2 comments:

  1. topic ni paling aku suka!!hahahaaha..sebab kwn2 ko xde comment pun ek..hahhaahaha..

    syabas2!!...insyaallah anak mardiana n hussin akan mendapat kesenangan di dunia n akhirat dgn nasib yg berbeza dan pandangan yg berbeda..

    wallahualam..~

    ReplyDelete
  2. Darham - Entri ni dah berzamannnnn! Bersungguh betul kau korek and baca blog aku. Hahahaha. :p

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...