June 12, 2011

Instax Mini 25 Hello Kitty Special Edition Ini Aku Yang Punya!!!


Assalamualaikum.

Sekarang aku DAH TAK PERLU SETIAP HARI nak kena GIGIH CARI BLOGSHOP YANG JUAL KAMERA COMEL LAGI, DAH TAK PERLU SETIAP HARI RASA SAKIT HATI TENGOK KAMERA NI DEKAT EBAY JUGA DAH TAK PERLU MEMENDAM RASA TENGOK KAMERA COMEL NI LAGI ...

Sebabnya ...


Ini aku yang punyaaaaaaaaaa! Hahahahahaha.

Hah! Kau orang nampak tak apa yang aku taip dekat caption gambar atas ni? NAMPAK TAK? 0___o

Ya kawan-kawan, kamera ni akhirnya aku berjaya dapatkan jugak. Bukan beli di mana-mana blogshop atau mana-mana laman web sekalipun. Tapi ini kamera, aku berjaya beli melalui seorang jejaka yang ehem ehem ( Nak puji ke nak kutuk ni? Bhahahahahaha. ) , kira memang baik hati lah sebab sanggup meredah kotaraya kat Jepun tu semata nak belikan benda ni bagi pihak aku! Yeayyyyyyyyy!!!


Tengok? Siap ada cakap lagi untuk jualan di Jepun sahaja!!!

Alkisahnya, ada satu hari suntuk tu, aku memang usha dekat E-Bay nak menatang ni. Survey punya survey, aku jumpa kamera instax ni yang warna pink putih tu. Kat E-Bay ni kan, ada barang kena bid dulu, kemudian baru kau dapat beli kalau kau menang bid tu.

Ada satu minah ni, memang rating dia tinggilah di kalangan buyer kat Ebay ni. Minah tu letak harga kamera instax putih pink tu memang murah. Dalam RM150 sahaja. 

Boleh kata masa tu, memang takde orang sangat nak bid. Jadinya aku letak lah nilai bid aku, kira aku letak dalam RM160 macam tu. Kejap lagi, boleh pulak kan, time tu jugak ramaiiiiiiii pulak manusia lain sibuk bid dekat minah tu jugak sampai satu tahap kamera putih pink tu jadi dalam 400 hengget!!!

Memang tak belilah kan sebab ikut pasaran Malaysia, nilai kamera instax putih pink tu dalam harga RM250 ke RM300 je. Takkan pernah bawah RM250 atau atas RM300. 

Ok. Terus aku jadi KECEWA sebab impian nak beli kamera macam tak tercapai je kan? T____T

Tapiiii entah macam mana, esoknya tu, terus aku teringat dekat sorang jejaka ni yang memang tinggal dekat Jepun dan dia ni kira kawan baik laki aku lah. Dorang kenal masa belajar kat UiTM Shah Alam dulu.

Si jejaka ni dulu sama course dengan laki aku tapi bila habis belajar, dia 'JADI CACAT' sikit bila dia kerja yang memang takde sangkut paut langsung dengan course yang dia amik! Kau tahu dia kerja apa?

Kerja dia jual Kuda Merah Lari dan kau senaraikanlah kereta mewah atau mahal macam mana pun, inshaAllah dia boleh jadikan impian kau jadi realti. Hehehe. 

Jejaka ni kalau kau dengar dia cakap Jepun, mesti kau ingat dia memang Jepun kot? ( Dahlah mata memang sepet macam orang Jepun ). Memang teror ah. Kira kalau biasa orang cakap, cakap English berhabuk, dia ni pulak, cakap Jepun berhabuk! Dah kata memang dah lama kerja dekat Jepun kan? Huhuhu.

Si jejaka tu lah yang tolong belikan kamera tu untuk aku! Special edition pulak tu! Sampai laki aku pun jadi bengang sebab dia laju je carikan barang untuk aku tapi barang laki aku yang laki aku mintak dia tolong carikan jugak, sampai ke sudah, takde update! Hahahaha.

Cuma, cuma, cuma ....

Kamera tu kat Jepunnnnnnnnnnn! Aku tak dapat lagi. Bukan tak nak pos ke sini tapiiiii kos nak pos tu, Ya Allah, mintak ampunlah sebab sangat mahal! Harga nak pos boleh beli kamera yang sama lagi sebijik. Kau nakkkk? Kau sangguppppp???? Aku takkkkkkkkkkkkk!!! T____T

Jadinya, nak atau tidak, suka atau tak suka, dia cuma boleh tolong bawak balik ke Malaysia dan pos ke rumah Mak aku kat Johor. Takde pilihan lain. InshaAllah masa aku balik cuti raya nanti, baru boleh jumpa dengan kamera comel Hello Kitty tu. =___=

Alahaiiiii ... lambatnya lagi nak Raya!!!!!!!!! Nak kamera Hello Kitty tu! Nak peluk ciummmm!!! Huhuhu.

Oh ya, sebelum aku terlupa, pada yang tanya mana boleh beli kamera ni, korang boleh cari Pasar Mini Ku dekat Facebook. Dorang ada jual. Rasanya rm250 cuma stok yang ada adalah kamera putih biru sahaja. Ok?


Sekian. Masalamah!

8 comments:

  1. comelllll gilaaa! ;))

    p/s:nak ferarri sebijik.hahha

    ReplyDelete
  2. Hello Kittyyy !


    lama x dgr. dlu kecik2 skit2 Hello Kitty. haha

    ReplyDelete
  3. comelnya! dhla putih pink, h.kitty pulak tu..geram tgok

    ReplyDelete
  4. WOW wow WOW comelsnyaaaaaaa~!hehe takpe nanti dapat jugak.sakanlah bergambor raye ye :D

    ReplyDelete
  5. berapa harga selepas convert?? agak2 kalau i mintak tolong orderkan sekali, boleyh tak????

    ReplyDelete
  6. Lynn : Memang comellllllll!

    Redbirdfe : Kegemaran kartun HK ni. ;)

    Izz Zara : Feveret kaler. Putih Pink. Kira bonus lah dapat kamera ni. HK pun kegemaran jugak. ;)

    Sizuka : Hahaha. Tak sabar ni! Tapi takleh lawan ah dengan D60. :P

    Schakeyra : Tak dan lah. Orangnya dah balik pun.

    ReplyDelete
  7. just nak tau, berapa yer harganya.. yang instax biasa kat mesia.. reger dalam 250

    ReplyDelete
  8. @scha : Yang HK ni dalam RM300 sekali dgn 20 keping filem dia. Yang biasa tu dalam RM200 dengan 20 keping filem dia.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...