June 5, 2011

Madinah Al-Munawarrah (1) - Perjalanan Ke Madinah


Assalamualaikum.

Sebenarnya tak sangka pun, planning nak pergi Madinah ni menjadi sebab masa mula-mula laki aku dok sibuk survey hotel nak pergi Madinah tu, hotel yang tinggal semuanya hotel yang mahal. Lebih kurang dalam SAR500 untuk stay satu malam sahaja.

Tapi dah mungkin dah tertulis rezeki Allah nak bagi kan. Allah perkenan jugak hajat kami lakibini nak ke Madinah hujung minggu baru-baru ni. Itupun, aku dapat hotel last minit. Kalau sebelum ni, asal pergi Madinah mesti nak stay dekat Dar Al-Hijrah Hotel tapi kali ni, terpaksa tukar angin memandangkan kos nak stay dah naik sebab musim Umrah dah mula.




Kami gerak dari rumah, dalam pukul 9 pagi macam tu. Pagi nak gerak tu, memang aku kelam-kabut sikitlah sebab malam sebelumnya tu, aku menyempat lagi buat Chocolate Chip Cookies dengan tak kemas baju apa pun lagi.

Bangun pagi, aku sibukkan diri kat dapur dulu. Buat nasi goreng untuk bekalan dalam kereta. Lepas dah siap masak, barulah sibukkan diri dalam bilik pulak. Kemas baju bagai. Bab kemas baju ni, memang tugas rasmi aku sekarang ni memandangkan, laki aku kalau kemas baju, mesti ada je barang yang tertinggal nanti. Huhuhu.


Nasi Goreng Thai

Alhamdulillah sebab dapat gerak keluar dari rumah memang tepat pukul 9 pagi seperti yang dirancangkan. Perjalanan dari Jeddah nak ke Madinah lebih kurang dalam 3 jam dah boleh sampai melainkan kalau ada singgah menyinggah,  4 ke 5 jam baru sampai sana.


Tornado Pasir

Perjalanan kali ni, pada aku menarik sebab untuk pertama kalinya aku dapat tengok tornado pasir. Memang jakunlah sebab sebelum ni cuma tengok tornado angin tu je tapi kali ni tornado pasir. Lagi pulak, tornado pasir ni, dekat negara yang ada padang pasir je yang boleh tengok kejadian alam macam ni. Kagum sekejap. Hehehe.

Laki aku sampai sanggup berhentikan kereta tepi jalan semata nak suruh aku amik gambar tornado pasir ni. Nampak macam dekat tapi jauh sebenarnya sebab aku fokuskan kamera. Tornado ni tak lama pun. Nasib baik aku dah sempat amik pakai kamera iPhone dulu sebab bila laki aku nak amik pakai BB dia, terus tornado tu dah hilang. Hihihi.


Dar Al- Naeem Hotel

Gerak dalam pukul 9 pagi kan? Kami sampai Madinah lebih kurang dalam pukul 2 lebih. Sepatutnya dah boleh masuk hotel tapi sebab kali pertama stay hotel tu, jadi sesat sebab tak jumpa jalan nak masuk ke hotel memandangkan jalan nak situ, kebanyakannya tutup untuk construction. 

Memang kena pusing jauhlah sampai laki aku pun jadi kurang sabar. Hehehe. Sudahnya, aku suruh dia parking je kereta tepi hotel tu dulu, pergi check in semua sementara aku ni, duduk dalam kereta. 

Bila dah check in, baru hotel staff tu bagitau, kalau nak masuk ke parking hotel kat basement, kena ikut jalan bertentangan. Itu je jalan yang boleh pakai. =____=

Jalan kat Madinah ni memang berubah setiap kali kami datang. Kejap kang, jalan sana tutup, jalan sini bukak. Kang nanti datang lagi, jalan sini tutup, lepas tu disimpangkan ke jalan entah memana. Nasib dah boleh dikira dah biasa jugak dengan jalan kat Madinah ni.


Bilik yang kami sewa

Kami bebetul dapat masuk bilik dalam pukul 3 lebih. Itupun dah nak dekat waktu solat Asar. Sampai je bilik, kemas baju semua, dua-dua terus bersiap nak turun solat kat Masjid Nabawi pulak. Memang terkejar-kejarlah jugak. Nasib baik, masa sampai Masjid tu, aku boleh berebut lagi nak solat dalam Masjid.

Paling penting, operasi MENYULUDUP TELEFON BERJAYA seperti biasa. Alhamdulillah. Hehehe.

( Oh, pada yang tak tahu .. sebenarnya, kalau nak masuk Masjid, belah perempuan memang payah sangat nak bawak masuk telefon. Apatah lagi kamera. Memang dilarang sama sekali. Tapi ikut nasiblah. Siapa ada rezeki, dapatlah bawak masuk. Macam aku, setakat ni memang lepas sebab aku sorok kat tempat yang inshaAllah dorang takkan jumpa. Hihihi. )

Bersambung ...

Sekian. Masalamah.


2 comments:

  1. tornado pasir?kagum sekejaapp.macam2 pgalaman akak kt sana eh.best laaaa.=__=

    ReplyDelete
  2. Lynn : Nilah orang cakap, jauh perjalanan, luas pemandangan. ;)

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...