November 4, 2010

Nutram - Premium Food for Indoor Cat



Finally . Sekarang boleh senyum sampai ke telinga .

Semalam aku ada post entry pasal mana aku nak cari premium food for cat kan ? And semalam jugak , lepas je laki aku balik kerja and dah siap solat semua , terus keluar nak cari benda alah tu . Memula bercadang nak gagahkan diri ke HappyPets but memandangkan HappyPets tu more to ke Vet than food , so we decided heading up terus ke Pet Oasis .

Alhamdulillah . Dekat kedai Pet Oasis ada premium food for cat ! Nasib baik lah harga pun boleh dikira tak mahal mana . Standard lah macam harga premium food untuk kucing kat Malaysia . Yang aku jumpa kat sini , brand Nutram . Brand ni dari Kanada . 3 kg dalam 72 riyal . Ok lah kan ? ;)

Brand Nutram ni memang premium food yang famous dari Canada . Packging pun comel jek . Premium food ni samalah macam premium food kucing brand lain . Ada banyak jenis . Macam brand ni untuk kucing , ada formulation untuk :

  • Kitten
  • Adult cat
  • Indoor Cat
  • Sensitive cat
  • Oral Hygiene cat
  • Selective cat
  • Allergy care cat
  • Weight control cat
  • Senior ( tengok ? Kucing pun macam manusia , ade senior junior . :P )
  • Urinary Care Cat : Male & Female 

So , disebabkan MokMok kesayangan lakibini ni hanya duduk di dalam rumah sahaja dan memang tidak dibenarkan untuk bermain-main suka hati di luar , aku pilih yang jenis untuk Indoor Cat untuk dia . Aku belum bagi lagi dia makan premium food ni tapi semalam masa bawak balik , dia dah tercium-cium dari luar . Harap-harap lah dia suka . :)



Tengok ?

Betul tak apa aku bagitahu semalam ? Kucing aku ni memang tak suka biskut bentuk bantal segiempat tuh ! Selamba kodok jek kucing aku ni ...




Disebabkan rasa sayang dan penuh kasih terhadap MokMok , aku sebagai tuan dia ni , semalam dengan gigih asingkan biskut bentuk bantal segiempat tu and aku tinggalkan yang bentuk segitiga dengan color hijau tu je dalam mangkuk dia . Bila dia cium yang ni , terus krup krap krup krap tak ingat aku kat sebelah yang dah bersusah payah asingkan biskut tu untuk dia . =_____=




Inilah hasilnya bila aku dah asingkan satu persatu . Biskut bentuk bantal segiempat ni aku bagi stray cats yang banyak kat bawah area kawasan rumah aku jek . Tapi jangan tak percaya , stray cats kat sini pun kekadang korang boleh jumpe stray cats yang bulu tebal macam persian tu . If tak bulu tebal pun , ekor dia ... mak aiiiiii ... cantik ! Tapi kucing kat sini kalau korang tengok first time , mesti korang ingat musang sebab kucing kat sini semuanya muka macam musang . Hidung dengan mulut muncung ke depan . =_____=


Petang nanti nak bawak MokMok pegi HappyPets . Jumpa vet . Hope dia ok ! :)

3 comments:

  1. kucing aku plak baru je mati smlm :((
    tu pun xde sape nak bgtau sbb takut aku sedey. sob sob... tapi apapun, aku prefer kucing biasa dari kucing yng hot2 tu. hihihi... sbb lagi lasak kot. boleh geget2 perut die. hahaha

    ReplyDelete
  2. e'in - kesiannya . mati saket ke eksiden ? aku kalau kucing ni , tak kisah pun ape jenis . janji kucing . heh heh heh .

    ReplyDelete
  3. betol la mkanan ni ok..lpas dia bau,trus ngup ngap ngup ngap.. hbis smgkuk,.mak aih,..blu pon nmpk cntik n smkin lmbut.. terbaik..

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...