November 10, 2010

Mari 'Mengerjakan' Ayam !


Kerja jadi fulltime housewife ni sebenarnya bukannya mudah . Hari-hari orang macam aku ni kena asyik memikir je memanjang , setiap hari menu apa yang nak kena masak untuk suami . Sampai satu masa dan keadaan boleh blur je jadinya sebab masa tu akan rasa , semua lauk dah masak . =____=

Nak makan luar ? Hmmmm . Kirim salam je lah jawabnya ! Setakat ni kalau makan tengahari , kiteorang belum pernah lagi nak makan luar . Dekat sini kalau nak kata makan tengahari tu mahal sangat , tak lah sebab kat sini special case . Macam TGI ke , Steak House ke etc ... selalunya restoran macam ni , weekdays memang akan ada promosi untuk lunch . Let say 1 set burger tu dengan air sekali or nak tambah salad adalah dalam RM30 . Murah kan ?

Kalau aku yang biasanya makan tengahari dekat rumah je ni , kekadang tu , belum pun esok , hari sebelumnya tu dah sibuk tengok dalam fridge ada bahan mentah apa . Haaaa time lah kalau kebetulan ada idea nak masak , terus dapat idea dah nak masak apa . Tapi ... kalau memang otak tengah blur tak boleh nak pikir apa , terus buntu ! Masa tu idea 'tukang makan' memang amat diperlukan . =_____=

Laki aku ni pulak , nak kata cerewet sangat bab makan tu , takdelah sangat . Tengok keadaan jugaklah . Hehehehe . Tapi kalau macam dia ni , dia suka lauk yang sup-sup bagai ni . Paling dia suka , sup tulang . ;)

Tapi aku takdelah nak setiap hari nak dok masak sup tulang je memanjang . Kembang pulak tekak aku nak menelan kalau sup je memanjang . Huhuhuhu . Biasanya lauk aku masak , aku rotate setiap minggu . Let say macam ayam . Minggu lepas masak sup ayam . So , minggu ni aku tukarlah masak menu lain pulak . Selalunya kalau ayam ni , jarang kot masak lauk lain selain dari sup ayam or aku buat nasi ayam . Itu je lah . Sebab aku ke dia ke , both tak berapa suka ayam sangat . Tapi hidup kat tempat orang ni , kita mane boleh memilih sangat , ye tak ? 

Rasanya dulu aku dah pernah kot buat entry pasal aku buat nasi ayam ni tapi belum ada resipi nak buat . Masa first time nak buat dulu , agak cuaklah jugak sebab takut tak jadi tapi belum cuba belum tahukan ? Hehehe . Tapi bila dah belajar buat nasi ayam ni , ek elehhhhhhh ... takdelah susah mana pun ! Senang je . Cepat kot aku rasa . Resipi ni pun dapat dari MyResipi .





Memula , kena rebus ayam dulu sebab nak dapatkan air rebusan ayam tu . Air rebusan ayam ni lah nanti yang akan digunakan untuk masak nasi ayamnya . ;)

Rebus ayam ni sukatan air tu kena pandai agak sendiri . Sebabnya air rebusan ni akan dibahagi dua . Separuh untuk nasi , separuh lagi untuk masak sup . Terlebih takpe , jangan terkurang !

Air rebusan ni kena rebus sekali dengan beberapa ulas bawang putih ( 4 atau 5 ) dan halia ( 2 atau 3cm ) . Bahan-bahan ni akan dihiris . 

Air rebusan ni bila minyak dah naik dan ada bau , bolehlah tutup .





Haaaaaa ... ni ayam yang dah direbus tadi . Ayam ni ditos untuk keringkan ayam daripada air rebusan . So , takdelah nanti bila korang goreng ayam , ayam ni meletup-letup dalam kuali . ;)




Macam apa yang aku mention kat gambar ni . Pada aku lah , nak buat nasi ayam ni , memang menggunakan halia dengan bawang putih yang sangat banyakkkkkkkkkkkkkk !!!




Ni nasi yang nak dimasak , kena siap-siap basuh dulu macam korang masak nasi biasa tu .





Ni , nak buat nasi ayamnya pulak . Memula tumis bawang putih ( 6 ulas ) dengan halia ( 3cm ) . Boleh tumis dengan minyak biasa ataupun butter . Pendapat aku yang pernah tumis dua-dua bahan ni , aku rasa tumis dengan butter lagi sedap dari minyak ! Kena tumis sampai naik bau . ( sedapnyaaaa bau masa ni . ;) )




Bila bahan tumis tu dah naik bau , masukkan nasi yang dah dibasuh tadi tu . Nasi ni ditumis sekali dengan bahan tadi tapi takdelah nak kena tumis lama-lama .




Taraaaaaaaaaaa ... bila tengok nasi dah sebati dengan bahan tumis tadi , terus masukkan air rebusan ayam tadi . Nak sukat air rebusan ni , samalah macam sukat masak nasi biasa . Tahukan ? :) . Jangan lupa letak sedikit garam dengan ajinomoto . Lepas tu , tutup je lah periuk nasi tu and biar nasi masak seperti biasa .




Ni nak buat sambal cili kicap pulak . Nak buat sambal cili kicap ni pun senang je . Ambil bawang putih dalam 2 ulas , beberapa batang cili padi , letak garam , gula , ajinomoto secukup rasa . Then , korang blend !




Air rebusan lebihan dari nasi tadi , korang buat sup pulak . Terus rebus je air rebusan tu balik tapi korang letak lah sup bunjut dengan bawang besar yang dah dihiris halus . Jangan lupa garam dengan ajinomoto secukupnya . Aku biasanya letak kentang sekali . Baru sup tu nampak menarik selain dari aku memang seorang pencinta kentang . Heh heh heh . :P




Ayam yang dah direbus tadi , korang gaulkan lah dengan kicap , lepas tu digoreng . Tak kisahlah kicap masin ke , kicap manis ke . Ikut tekak koranglah nak kicap mana . Janji kicap ! Macam aku kat sini , aku pakai kicap dari Filipina so rasanya agak kureng sikit dari kicap Malaysia . Hukhukhuk . :(




Ini ayam yang dah digoreng ! Rangup dan sedap ! * nom nom nom *




Lihattttttttttttttttt ... senang je kan ???


Good luck loveysssssss ! :)

3 comments:

  1. bahaya tau sijil palsu ni..takpasla2 student effect..susah dapat keje

    ReplyDelete
  2. tau takpe .
    kalau kantoi kat negara sendirik , oklah lagik .
    ni terus kantoi kat BBC pulak tuh ! haih . =_+

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...