November 3, 2010

Lambaian Kaabah .



Suasana di Makkah Al-Mukarammah setiap kali musim Haji .


Assalamualaikum ...


Firman Allah Taala :

(ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا ومن كفر فإن الله غني عن العالمين)

" Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia ( orang-orang mukmin ) pergi mengerjakan Haji ke Baitullah iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan . Barangsiapa yang kufur ( ingkar ) , maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya ( tidak memerlukan sesuatu pun ) daripada pihak lain ( alam ) . "


Aku baru je lepas call mak aku . Nak tanya dia dah sampai mana ? Sebab ikut perkiraan aku waktu Malaysia , kalau dah dekat pukul 5 petang ni , mesti mak aku dah sampai KL dah . Mak aku sebelum daftar kat Tabung Haji Kelana Jaya , akan singgah kat rumah kakak dia merangkap makcik aku yang anak dia mestilah merangkap sepupu-sepupu aku dekat Taman Permata . Heh heh heh . 

Hari ni , tengah malam tak pun , pagi buta waktu Malaysia di mana kalau waktu aku kat sini , waktu Maghrib , mak dengan abah aku gerak datang sini ! Alhamdulillah . Rezeki . Allah dah memanggil mak abah aku untuk pergi menziarah Baitullah tahun ni . :)

Aku mestilah suka sebab lepas je dorang dah selesai urusan Haji dan juga dah selesai buat Tawaf Wida' , semua dah bebas nak buat aktiviti apa pun . Harap-harap , masa tu , aku dah boleh ajak laki aku pegi 'culik' dorang kejap bawak balik rumah kiteorang kat Jeddah ni . Bila lagikan nak jalan-jalan kat sini ? Boleh bawak dorang pegi membeli belah dekat Al-Balad . Mesti mak aku suka sebab Al-Balad ni lah syurga kain dan segala macam benda . Nak abaya ada , tasbih ada , sejadah ada , jubah top lelaki ada , perfume ada , segala macam lah ada ! 

Biasanya kalau jemaah Haji dari Malaysia ni dekat sebulan lebih baru balik semula ke Malaysia kan ? Dulu , aku ingat , buat Haji ni ambil masa sebulan . Bila dah besar ni , baru aku tahu yang buat Haji ni sebenarnya seminggu je kalau tak silap aku . Selebihnya , jemaah Haji diberi peluang or boleh terus buat amal ibadah lain . Macam hari tu , mak aku cakap , lepas selesai Haji , dorang ada lagi 3 minggu untuk balik ke Malaysia semula . So , boleh lah aku 'culik' masa 3 minggu free tu . ;)

Apa pun , aku berharap dan berdoa , semoga Allah mempermudahkan urusan mak abah aku . Semoga Allah terus beri kesihatan yang baik buat mak abah aku sepanjang menunaikan Haji . Semoga Allah terus memelihara mak abah aku sepanjang perjalanan Haji dorang nanti . InsyaALLAH . Amin !

Perigatan bersama : Anyone yang nak translate Makkah in English , please still make the spelling remain MAKKAH . Not MECCA . Nak tahu kenapa ? Sebab bila eja MECCA , itu sebenarnya merujuk kepada satu kilang arak dekat negara mana entah . Kerajaan Saudi kat sini dah keluarkan fatwa pasal benda macam ni . Jadinya , aku share dengan korang . So , please be aware and alert benda macam ni . Makkah Al-Mukarammah adalah tempat suci kita sebagai umat Islam . Please take note ! Thank you . :)

2 comments:

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...