November 23, 2010

Kenangan SPM .


Rindunya nak bulatkan ABCD . Tee hee . ;))

Aku ambil SPM tahun 2002 . Masa tu aku kat Sekolah Teknik Perdagangan Johor Bahru . ( Serius banyak kenangan best masa sekolah teknik ni ! ) . Masa ni aku rasa 10 subjek kot paper kena ambil masa SPM : Bahasa Melayu , Matematik Moden , Matematik Tambahan , Agama Islam , Lukisan Kejuruteraan , Pengajian Kejuruteraan Awam , Kimia , Fizik , Sejarah , Bahasa Inggeris .

Time SPM , aku dah keluar dari duk hostel . Sebab ? Hehehehehe . ( Sengih-sengih dulu .) . Aku kan nakal , sebelum rekod aku tercemar , aku dinasihatkan duduk luar . So , aku keluar je lah . Tapi aku takdelah berulang dari rumah aku nun kat Pasir Gudang tu . Aku duduk menumpang kat rumah teman baik aku , Haleefa aka Epa .

Epa ni kecil je orangnya . Kurusssssssss ! Kedinggggggggg ! ( Epa , sila gemukkan badan kamu ! Hihihi.) Aku bagi reason nak menumpang rumah Epa sebab kunun nak concentrate study lah . Kununnya lah ! Kebetulan Epa setuju . Jadinya , sepanjang SPM tu lah aku jadi 'anak baru' kepada mak Epa . Hihihi .

Time SPM ni , nak kata study hard sangat tu , tak . Aku memang bukan jenis yang kuat study . Aku bukan macam setengah orang tu , time exam , sanggup tak tidur . Kalau aku , masa tidur memang untuk tidur . Tapi aku kalau time exam suka bangun time Subuh tu haaaaa , baru syiok sikit nak study . Nak menghafal pun jadi senang sebab lepas Subuhkan ? ;)

Masa kat rumah Epa ni , memang study seriuslah sebab Epa ni memang tekun sikit orangnya . Kalau aku macam dah start buat pe'el main-main aku , mulalah suara kecik dia keluar :

Epa : " Neklahhhhhh , jangan main-main . Belajar . "
Aku : " Iya . " ( Padahal dalam hati ... kekekeke )

Tapi aku memang berterima kasihlah kat Epa sebab dia banyak tolong aku sepanjang SPM tu . At least , aku adalah inisiatif nak belajar secara serius dari banyak main . Kalau aku duk hostel , entah aku belajar ke tak kan ? Huhuhuhu . Maklumlah , masa tu pikir nak enjoy je memanjang . Pemikiran pun tak berapa nak matang . Yang tau masa tu , hati membuak-buak nak cepat habis sekolah ! ( Berangan kau kunun macam dah habis belajar , padahal ... jangan kata degree , diploma pun belum lagi . =____= )

Disebabkan aku duk luar , menumpang rumah Epa , sepanjang exam tu memang kiteorang keluar rumah awal pagi . Nak sampai sekolah cepat . Pegi sekolah selalunya naik cab . Hihihi . Sampai je sekolah , orang pun belum ramai lagi . Terus pegi kantin sambung study . ( Ya Allah ... baiknya aku . Hahahaha . )

Dalam banyak-banyak subjek yang kena ambil ni , aku paling suka subjek Sejarah ! Aku tak tahu lah kenapa tapi aku memang addicted gila dengan Sejarah . Kalau orang lain dah angkat tangan surrender dengan subjek Sejarah , aku masih setia dengan subjek ni . Aku sendiri tak tau punca dari mana aku boleh minat gila dengan subjek Sejarah ni . Mungkin sebab subjek itu sendiri kot ? Yelah , belajar Sejarah kan memang kita totally belajar pasal sejarah yang berlaku kat negara kita pada zaman dahulu kala . 

Lagi satu , mungkin sebab cikgu Sejarah aku masa tu , cara dia mengajar memang buat aku tertarik dengan subjek ni . yelah , nak mengajar subjek macam ni , as cikgu , kalau kita dah tahu subjek ni macam boring kat student dia , cikgu mestilah kena cari inisiatif cara mengajar untuk buat student suka dengan subjek tu . Kan ? Heh heh heh .

Lagi satu subjek yang aku suka , Lukisan Kejuruteraan . Pun aku suka jugak . Setiap kali , asal hari tu ada subjek ni je , aku jadi eksaited lah . Memang masa tu , rasa macam ... wahhhh ... bestnya jadi arkitek ! Teringin nak design rumah sendiri and buat rumah tu untuk emak aku . Kekekeke . Sudahnya sekarang ? 

Tapi aku tak pernah rasa menyesal pun . Semua yang berlaku ada hikmah kan ? Walaupun , aku tak dapat nak jadi Arkitek dapat kahwin dengan orang yang bekerja Arkitek pun , JADILAH ! Kahkahkah . Nilah ada jodoh namanya . Kuikuikui .

Hmm ... sepanjang form 5 kan , aku rasa semua cikgu-cikgu yang aku dapat , memang best ! Ada yang garang , ada yang sporting habisssss ! Aaaaaa .. jangan tanya aku lagi eyh , cikgu mana aku tak suka . Hukhukhuk . Cukuplah sekali cerita pasal dia . Tak mahu cerita pasal cikgu yang aku anti sangat tu . Hihihihi .

Masa form 5 , aku ingat lagi , cikgu subjek English . Cikgu Cina . Nama cikgu tu , Chin . Aku tak ingat nama penuh apa . Biasalah , nama kaum cina ni panjang sikit . So , agak sukar nak ingat kat situ . Cikgu ni kurus orangnya . Belum kahwin tapi umur dah agak berusia . Hehehe . Even cikgu ni dah nampak tua tapi dressed up dia kekadang macam nak pegi shopping kau ! Tak pun macam nak pegi tengok movie keluar dengan kawan-kawan . Memang menarik perhatian lah . Hari-hari kalau ada subjek English , mesti kiteorang dah berteka-teki apelah cikgu Chin ni pakai haritu . Paling utama yang kiteorang nak tengok : Kasut dia . Kasut yang dia pakai , semua comel belaka buat kekadang rasa nak tanya : " Teacher , where are you buying all those cute shoes ? " . Hihihi .

Selain cikgu English , cikgu yang memang aku suka tengok ... ehem ehem ... ustaz aku . Ustaz Hairul Anuar . Aku sampai sekarang lagi still boleh ingat kecomelan ustaz ni . Pipi tembam , suara pun slow je . Even ustaz , dia pun still sporting . Asyik buat lawan je memanjang . Even belajar agama , dia tahulah macam mana nak tackle student supaya tak rasa boring dengan subjek agama ni . Aku ingat lagi dia buat lawak bila Allen tanya :

Allen : " Ustaz , macam mana orang tu boleh terbakar ? "
Uzstaz : " Sebab terkena minyak petronas ! "

Gila kau ! Selamba je muka dia macam tak bersalah . Padahal satu kelas dah gelak gila dengar dia bagi jawapan camtu kat Allen . Dah la masa tu satu kelas memang dah tengah syiok gila dengar dia bercerita pasal kisah-kisah zaman Nabi dulu . Sekali buat lawak .. terus potong stim . Memang pecah perut lah kalau ustaz ni dah start sengal dia . Hihihi . 

Kalau cikgu garang pulak , cikgu Add Math . Nama Zubaidah kot tapi kiteorang panggil cikgu Bedah . CIkgu ni kecik jugak orangnya tapi badan berisilah tapi takdelah gemuk . Chubby . Aaaa subjek ni bagi aku memang susah . Aku rasa dalam kelas yang pandai Add Math ni , Nizrin , Dayah , Ieja , Epa , Akmal , Azrul , Yunos & Reza . Dieorang tu kira otai lah ! Kalau dalam kelas , cikgu Bedah tu selalu tanya kat bebudak tu lah sebab kalau tanye , mesti dorang dapat jawab . Kalau tanya kat aku , nampaknya , aku sengih-sengih kerang busuk je lah . Kekekeke .

Cerita pasal cikgu Bedah ni , ada sekali tu kan , dia ada bagi homework tau . Suruh kiteorang buat dekat rumah / hostel . Then , esoknya dia nak tengok . Sekali je kan , esoknya tu , ramai lah tak siap . Bila dah tak siap , semua dah tak senang duduk . Bila tiba subjek dia kan , semua dah get ready .

Cikgu Bedah : " Ok . Semua tunjuk latihan yang saya suruh buat tu . Nak tengok . "

Satu kelas senyap je . Then , cikgu Bedah ni macam pahamlah . 

Cikgu Bedah : " Oh ramai tak buat ye ? Yang tak siap , keluar sekarang ! Pegi duduk luar kelas and siapkan sekarang jugak ! Tak kira . Yang dah siap , duduk dalam kelas . Saya mengajar mana yang dah siap je . "

Bila yang tak siap tu semua keluar , cikgu Bedah macam terkejut gila sebab majoriti keluar termasuk yang berjawatan penting dalam kat sekolah ! Hahahahaha . Lawak gila . Cikgu Bedah ni pun macam nak tergelak jek tengok dalam kelas adalah tinggal dalam 5 orang kot ? Kahkahkah .

Tapi kiteorang duduk kat luar tak lama mana pun . Yelah kata sekolah bawah pentadbiran Bonda kan ? Kang kalau Bonda lalu ke , cikgu jugak yang susah nak kena menjawab . Lagipun cikgu Bedah paham and tahu yang kiteorang bukan sengaja tak nak buat tapi sebab soalan tu memang susah . Tee hee . ;)

Lagi satu pasal cikgu Bedah ni , kalau time mengajar , dia suke menyergah dengan suara tinggi kalau ada student yang mengantuk dalam kelas . ( Garau kau suara dia . Sebatu dah boleh dengar tahu ! =____= ) . Bila suara garau dah keluar , yang ngantuk tu boleh terus jadi segar bugar ! ( Aku tergolonglah tu . Dah lah aku duduk depan sekali . Nasib baik aku tak terkena sindrom kekurangan pendengaran . ) Then , dia ni suka tepek student dengan eraser board ! Kekekeke . Kalau dia tanya tapi tak dapat jawab or terhegeh-hegeh nak jawab , siap lah kau putih dekat tudung ke , rambut ke , kepala ke , songkok ke . Hihihihi .

Lagi sorang cikgu garang , cikgu subjek Awam lah . Subjek ni biasanya kiteorang panggil subjek KEJUT stand for Kejuruteraan Awam . Heh heh heh . Pakai tudung labuh . Maaf , nama memang tak ingat . MashaAllah , cikgu ni , aku taktau lah kenapa ! Kerja nak hangin je semacam . Lelagi kalau ada lab kat luar . Biasalah kan kalau lab kat luar , mesti student nak happy sikit tapi dia ni tak , kalau nampak kiteorang gelak-gelak ke , mesti mulalah nak kerja menyound je . Ingat kiteorang memain . Boring betul . =_____=

Itu satu hal . Bila nak hantar report , dia marah bila kiteorang pakai kertas colorful . Lagilah boring . Patutnya , takpelah . Sebab nampak ceria sikit . Takdelah boring color putih semata . Kalau ada group yang hantar report pakai kertas colorful , dia akan bagi balik suruh tukar kertas . Haih . Boring . Boring . =____=

Hmmm ... kalau korang nak tau , subjek yang aku rasa paling tough gila and memang takleh masuk dalam kepala otak aku ni ialah subjek Kimia & Fizik . Cikgu Kimia aku , CIkgu Suriani . Baik cikgu ni . Kuat cubit kalau memain dalam lab . Kekekekeke . Cikgu fizik pulak , cikgu Shima . Cikgu ni garang jugak tapi kekadang suka gak buat lawak . Tapi dua subjek ni , aku enjoy kalau ada kena buat eksperimen je tapi kalau kelas semata , aku jadi boring semacam . Mesti ngantuk . Lepas tu selamba tidur dekat belakang . Kahkahkah .

Aaaaaa ... walaupun subjek banyak gila and cikgu ramai yang kiteorang suka , tapi aku paling sure lah , cikgu yang kiteorang paling sayangggggggg ??? Jatuh kepada cikgu kelas ! Cikgu Woo Wai Meng . Perghhh nama penuh tu aku bagi . Nampak sangat memang feveret . Hihihihi . Cikgu ni comel woooooo ~. Chubby . Pipi tembam ! ( Eleh aku ni , nak cakap orang pipi tembam , macam lah pipi aku ni kurus . Hahahaha . ) . Cikgu Woo ni memang terbaiklah . Sporting gila wa cakap sama lu ! Dah lah caring . Memang bestlah . Lepas mak aku , dialah cikgu kelas yang paling best dari cikgu kelas yang lain . ;) ( Budak 5 Awam 3 , korang setuju kannnnnn ??? )

Sekarang semua dah tinggal kenangan . Kenangan yang memang takkan dilupakan . Dulu time sekolah , sibuk tak sabar nak kerja lah , itulah inilah tapi bila dah 8 tahun tinggalkan dunia persekolahan , rasa rindu gila okeiiii ! Rindu nak pakai baju sekolah , rindu nak suasana dalam kelas , rindu nak pegi beli makanan time rehat , rindu time eksaited PJ ramai-ramai , rindu nak kena denda ... hahahaha . 

Apapun , jasa semua cikgu memang dikenang . Sebab tanpa mereka , takdelah kiteorang semua berjaya . Sekarang memasing dah bekerjaya . Dah kahwin dah pun , dah ada anak lagi ( Aku je belum . Hukhukhuk . ). Ada jugak yang masih single & mengamalkan hubungan solo sebab komitmen dengan kerja . Hihihihi . Korang yang tengah bercinta tu , cepat-cepat kahwin ye rakan-rakan . Syiok woooo kahwin ! Aku hasut ni . Aku hasut ni . Hahahahahaha . Tapi kahwin tu jangan main redah je . Nuntut ilmu dulu ! ;)

Anyway , buat semua yang pernah sekelas dengan aku tak kiralah dari sekolah rendah sampai sekolah menengah , hope korang bahagia sekarang ni . Semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan kita selamanya . But what ever it is : School Life was AWESOME DUDE !

3 comments:

  1. Best2 topic ni...hopefully one day ade student efa yg cam nekla yg akn mengenang jasa cgunye...wee...

    nekla..cgu pka tu cgu fatimahla... efa br jmpe die las month.. die mengajar kat teknik pd... aritu efa g sekola sne coz nk pindah sane..skrg bakal jd rakan sekerja da..=)

    cgu woo wai meng memg bes... berbaloila kte kumpul duit hadiahkn die hand bag kan...=)

    sume cgu bes2... bersyukur sgt krn bertemu dgn rakan2 yg best+ guru2 yg very de supportive! lov u alll... mmuahx!

    ReplyDelete
  2. hihihi . inshaAllah . Epa mesti cikgu yang baik . Mesti ramai puye yang adore ngan epa .

    eyh , epa pindah teknik perd ke lepas ni ? wah ! bestnye ! dptlah jumpa ustaz kesygn awam 3 . jelesnyaaaa ~

    nnt neklah update eyh series by series pasal 5 awam 3 . tungguuuuuuu ...

    ReplyDelete
  3. tq nekla............
    eh...bukan teknik perd
    pd=port dickson...
    wan kan keje kat klia..skunk ktorg duk kat seremban..

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...