November 12, 2010

HomeMade Mashed Potato .



Bahan-bahan .

Actually it was a longgggggggggggg time ago laki aku dah request nak homemade mashed potato di mana ia mestilah hasil dari air tangan bininya sendiri but ... barulah semalam aku berkesempatan nak mengerjakan resipi yang baru lagi pada aku .

Lagi pulak , kentang kat sini pada suatu ketika dulu ( skema sekejap. ) adalah sangat murah . Sekilo kentang adalah dalam 90 sen . Tapi itu 6 bulan lepas lah . Sekarang ? Dah mahal . Hukhukhuk . Sekilo dalam SAR2.40 ! 

Bila nak buat homemade ni , pertama kali mestilah aku kena explore Safari aku ni untuk mencari resipi cara nak membuatnya . Banyak kali dah review dan cuba menghafal cara nak buat tapi disebabkan ini baru pertama kali nak buat , aku tak berani nak main hafal . Kang salah step , membazir je kentang aku kalau tak jadi .

Bahan untuk kentang dengan gravy nya mestilah berbeza . Cuma mashed potato , bahan yang diperlukan takdelah banyak . Cuma :

  • Beberapa biji kentang ( ikut korang lah nak banyak mana )
  • Fresh Milk ( pun tak kesah jugak either fresh or low fat milk )
  • Serbuk lada hitam 
  • Garam




Memula tu , kena buat mashed potatonya dululah . Dah lepas kopek kulit kentang tu , potonglah kentang dalam bentuk square sederhana besar . Jangan potong kecil sangat or jangan potong besar sangat . Masa rebus kentang ni , jangan lupa letak garam sekali . Rebus sampai kentang empuk .




Lepas kentang dah empuk tu , korang tos lah kentang tadi . Biar kentang betul kering dari air rebusan tu . Dah kering , korang lenyeklah kentang ! Actually lagi elok pakai hand mixer tapi maklum je lah , aku manalah ada lagi menda tu semua , so aku guna manually je . Lagipun , tangan aku kan dah cukup gebu untuk jadi mixer manually . Hahaha . ;p

Sambil lenyek kentang tu , sambil tuang susu sikit demi sedikit . Jangan pulak korang gelojoh pegi tuang susu semua . Tuang sikit-sikit . Kalau nak kentang sangat lembut , letaklah susu banyak . Kalau taknak , letak sikit je . Aku lenyek kentang dengan susu takdelah sampai separuh . Suku je kot . Sebab macam tak best je kalau kentang lembik sangat . ;)

Jangan lupa juga , sambil lenyek tuang susu tu , letak sekali serbuk lada hitam . Kalau nak kentang tu korang makan sampai asap keluar dari telinga , letaklah banyak . Kalau nak rasa biasa sahaja , letak sikit tapi jangan terlalu sikit . Kalau boleh , sambil lenyek tu , rasalah kentang korang tu . 




Mashed potato yang dah siap . Sedap woooooooo !




Air rebusan dari stok ayam dengan bawang dicincang halus .

Lepas mashed potato dah siap , kenalah buat gravy dia pulak . Kalau siapa yang baru first time nak buat , akan jadi kelam kabut sikit kat sini sebab buat gravy ni memang kena pandai agaklah . Bahan-bahan untuk gravy :

  • Stok ayam 
  • Bawang besar
  • Daun saderi
  • Majerin
  • Sos tomato 
  • Tepung gandum

Memula , bawang besar & daun saderi di cincang halus . Masa buat ni , aku tak pakai daun saderi pun sebab hari tu cari kat Panda , takde yang elok . So , aku pakai bawang besar je .

Lepas tu , ambil air dalam 500 ke 650 ml dan rebus bersama bawang besar yang dicincang halus tadi juga bersama stok ayam . Stok ayam ni jangan letak banyak sangat nanti jadi masin . Semalam aku buat , jadi termasin sebab aku over letak stok ayam . Kalau yang pakai stok ayam dalam botol tu , gunalah dalam 5 sudu besar . Kalau pakai kiub macam aku , letak lah dalam 5 kiub stok ayam . 4 kiub pun ok lagi . ;)

Renihlah air rebusan ni dalam 10 hingga ke 15 minit .
 




Dah siap renih , air rebusan ni ditapis . Biar tinggal air rebusan je . Bawang besar tadi semua kena tapis . Sebab nak buat gravy ni hanya guna air rebusan sahaja .




Then , panaskan kuali ke periuk ke ( ikut korang lah nak pakai mana . ) dengan marjerin . Bila marjerin dah betul-betul cair , letak tepung gandum sedikit demi sedikit . Kacau sampai takde ketul or cecair melekat kat tepi kuali or periuk . Marjerin tu , macam aku semalam , aku letak 5 sudu besar marjerin dengan 2 sudu besar tepung . Kiranya , jumlah tepung yang letak tu mesti separuh dari marjerin yang digunakan .

Bila bahan dah cair betul , barulah masukkan air rebusan sikit demi sedikit . Sambil kacau air rebusan tu , jangan lupa letak 1 sudu besar sos tiram , 1 sudu besar sos tomato dan juga serbuk lada hitam . Sambil tu jugak , rasalah gravy korang cukup masin ke tak . Kalau tawar , baru letak garam . Jangan masa masak ni terus letak garam sebab stok ayam tadi dah masin . Takut nanti dah cukup rasa , lepas tu main letak je garam , terus jadi masin gravy korang . ( Macam aku , terlebih stok ayam . Terus jadi masin . )

Kacaulah gravy korang tu sampai agak korang dah masak . Masak gravy ni takdelah lama mana . Setengah jam dah dikira gravy tu dah masak . Kalau boleh jangan guna api yang besar . Sederhana atau api kecil dah memadai . Lagi satu , gravy ni kalau nak pekat , boleh lah tambah tepung dan marjerin lagi . Kalau nak cair , tambah air . Depends selera and tekak memasinglah yek .



Inilah rupa gravy dah siap ! Macam KFC . Jimat belanja korang . ;)

Boleh makan puas-puas . Paling best bila laki aku cakap :

" Sedaplah ayang punya mashed potato ! "

Fuhhhhhh ... bahagia beb rasanya bila masak macam ni and dipuji oleh half of me . Ada kepuasan di situ . Siapa yang dah kahwin ni , tahulah macam mana . Tak rugi sebenarnya kita ni sebagai orang perempuan , lagi-lagi seorang isteri masuk ke dapur , masak untuk suami dan anak-anak . Lagi-lagi yang dah kahwin . Sebabnya , salah satu kunci kebahagiaan rumah tangga adalah dari air tangan isteri .

I love you Azman Kamarudin ! ;p

2 comments:

  1. salam.. lama dh nk try wat mashed potato ni tp x reti n xde inisiatif nk cari r tnya resepi pn.. hmm, kebetulan sesgt dlm entri ni ada resepinya so will try soon lh.. hehe semlm baru je beli baaaanyk kentang sbb mmg suka wat pegedil kentang yg leh d mkn bersama sup bihun, soto nasi impit atau mkn gitu je dgn nasi.. thnks

    ReplyDelete
  2. Salam Niza .

    Papepun , good luck !
    Eyh , bukan begedil ke namanya or pegedil ? Hihihi .
    Neway thanks for drop off here .
    Take care dear . :)

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...